Anda di halaman 1dari 14

Mengubah Adat Puasa

Menjadi Ibadat Puasa

Prepared by:
Mohd Puzi bin Yaacub

Pendahuluan
Maksud Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan
berpuasa ke atas kamu sebagaimana di
wajibkan ke atas orang- orang sebelum kamu
semoga kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)
Ramadhan, bulan rahmat, bulan pengampunan
dan pelepasan dari api neraka.
Adakah kita dapat menjiwai amalan bulan
istimewa ini dalam bentuknya yang asal?

Pendahuluan
Sewaktu kecil dulu, ibu mengejut untuk bersahur
sebelum subuh, ayah sentiasa ajar niat puasa
esok hari selepas bersahur.
Apabila bermula ramadhan jiran dan rakanrakan sekeliling sibuk bicara mengenai tawaran
jualan dan sambutan hari raya.
Masuk separuh Ramadhan emak dan kakak
pula sibuk membuat kuih dan baju baru.
Dapatkah kita menghayati dan merasa nikmat
taqwa dengan tradisi berpuasa sedemikian
rupa?

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
1. Yang adatnya, puasa
hanya baru bermula,
tetapi perayaan hari
raya yang di
warwarkan. Kesanya
suasana Ramadhan
tenggelam, tidak
menjadi matlamat
utama

Wujudkan suasana
beribadah, taqarrub dan
berlumba-lumba
merebut tawaran dari
Allah dengan
membanyakan
membaca dan tadarus
Al-Quran, bersedekah,
bertarawih dan rajin
melaksanakan sunat
nawafil

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
2. Yang adatnya, bila
puasa, perut kita
kosong,puasa membuat
kita lapar, bila diusik,
marah mudah naik ke
muka. Bila dikata,di
nesta, hati mendidih
dan tangan rasa
hendak melayang

Menyabarkan diri, kata


pada diri
Sesungguhnya aku
berpuasa,
sesungguhnya aku
berpuasa, Pupuk rasa
ukhwah walaupun pada
mulanya dengan rasa
terpaksa. Jadikan bulan
Ramadhan sebagai
bulan kasih sayang.

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
3. Yang adatnya, siang
hari, bila berpuasa,
badan rasa letih, tidak
bermaya terutama
menjelang tengahari
dan petang. Mata
mengantuk dan terus
tidur sepanjang hari.
Ramai memilih melepak
depan TV.

Bertadarus Al-Quran,
membaca, mengkaji
dan menghayati sirah
Nabawiah, tambah ilmu
dengan mengikuti
kuliah agama, membina
kemahiran diri. Guna
masa terluang untuk
muhasabah diri dengan
Allah SWT.

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
4. Yang adatnya, kita

Ibadah dan tarbiah


mengutamakan puasa
ruhiyah dengan melatih
fizikal di siang hari, tetapi
jiwa dan mendidik
bila tiba waktu berbuka,
nafsu. Makanlah
juadah dan hidangan
sepenuh meja. Kita makan berpada-pada dan
simpanlah tenaga untuk
semahu-mahunya,
beribadah terawih dan
menjadikan pesta makan.
Badan letih dan lesu, penat nawafil di malam hari.
sediakan hidangan dan
kenyang makan.

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
5. Yang adatnya, dalam
bulan puasa kita tidak
rasa perubahan ketara
dalam kelakuan harian,
dosa-dosa kecil kita
buat tanpa disedari
kerana terbiasa.

Marilah kita tukar adat


kebiasaan melakukan
dosa kecil dengan
menyedarkan dan
menyemak kembali diri
kita dan tinggalkan
kelakuan buruk itu
untuk mendapat pahala
dan keredaan Allah.

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
6. Yang adatnya,
semasa awal
Ramadhan surau dan
masjid penuh dengan
orang tua dan muda.
Sayangnya semakin
hari jamaahnya
semakin kurang. Orang
tua sahaja yang tetap
setia.

Marilah kita tukar adat


ini kepada ibadah
dengan memastikan
setiap kita tua dan
muda mengimarahkan
surau dan masjid untuk
menunaikan solah
Terawih tanpa gagal
sehingga Ramadan
terakhir.

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
7. Yang adatnya,
bermula pertengahan
Ramadhan hingga ke
akhirnya, ramai sibuk
membuat persiapan
raya, membeli belah,
buat kuih, bunyi
mercun berdentum,
percikan bunga api
.Surau dan masjid
menjadi lesu

Sibukan diri , lipat


gandakan ibadah di
sepuluh terakhir
Ramadhan untuk
merebut Lailatul
Qadar, malam yang
lebih baik dari seribu
bulan. 1000 bulan=83
tahun. Rebutlah
ganjaran ini.

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
8. Yang adatnya, kita
teramat gembira bila
menjelang raya, maklumlah
hendak merdeka dari
bermacam2 larangan yang
menyiksajiwa, merancang
pesta hiburan yang hebat,
halal dan haram bercampur
demi sambut raya, roh
ramadhan lenyap sekelip
mata.

Tukar adat ini dengan


menyisip dan menitip rasa
kesedihan, kepiluan kerana
perpisahan dengan bulan
rahmat dan maghfirah.
Teguhkan doa dan
pengharapan agar tahun
depan berjumpa
dengannya. Maka Syawal
disambut dengan penuh
kesyukuran kerana menang
trofi Ramadan

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa
Syukur kerana berjaya mengekang nafsu dan shawat dan
kembalilah ke bulan Syawal dengan fitrah insaniah
yang suci dan bersih. Bertekad mengekal kesucian
ini dengan menjaga batas halal dan haram Dalam
menempuh kehidupan
di hari-hari mendatang.

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa

Ubah Adat Puasa Menjadi


Ibadat Puasa

Anda mungkin juga menyukai