Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

BIODATA

DAYA

DAYA LUARAN DAN DALAMAN

BEBANAN GRAVITI, TEKANAN &


TINDAKBALAS

PRINSIP KESEIMBANGAN DAYA

10

JENIS BEBAN

11

JENIS PENYOKONG

13

RUJUKAN

16

1.1

DAYA

Daya adalah faktor yang penting di dalam bidang sains kejuruteraan. Ia didefinisikan sebagai
suatu agen yang menghasilkan atau cenderung menghasilkan; memusnahkan atau cenderung
memusnahkan pergerakan.

1.2

DAYA LUARAN DAN DALAMAN

1.2.1 Daya Luaran

Daya luaran dikaitkan dengan beban yang dikenakan ke atas struktur. Ia meliputi berat struktur
itu sendiri dan beban luaran yang dikenakan ke atas struktur. Tindakan daya luaran ini
menghasilkan tindakbalas untuk memberi keseimbangan kepada struktur. Merujuk kepada rajah
1.2 (a), sebatang rod AB dikenakan daya luaran dengan magnitud P Newton (seolah-olah ditarik
arah ke luar di kedua-dua hujung).

Rajah 1.2 (a): Daya Luaran

1.2.2 Daya Dalaman

Daya dalaman adalah daya yang terdapat pada bahan struktur untuk menanggung beban yang
dikenakan. Daya dalaman bertindak berlawanan arah dengan daya luaran. Merujuk kepada
rajah 1.2(b), suatu struktur kerangka mempunyai 3 anggota; iaitu AB, BC dan AC yang
dikenakan daya luaran dengan magnitud W Newton pada titik B. Apabila daya luaran
dikenakan, anggota struktur AB, BC dan AC mempunyai daya dalaman yang menentang daya
luaran, W.
5

Daya dalaman bertindak berlawanan dengan arah daya luaran. Oleh demikian, daya luaran dan
daya dalaman merupakan tindakan pasangan daya dan masing-masing boleh terbentuk samada
sebagai daya mampatan atau daya tegangan.(lihat rajah 1.2 (c))

Rajah 1.2 (b) : Daya Dalaman

Rajah 1.2 (c) : Arah tindakan daya

1.2.3 Jenis-jenis Daya Luaran dan Dalaman


Amnya terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

(i) Daya paksi


(ii) Daya ricih
(iii) Daya lentur
(iv) Daya putiran/kilasan

(i) Daya Paksi

Daya yang bertindak bersudut tepat dengan luas keratan jasad.

Rajah 1.3 (a) : Daya Paksi

Daya ini bertindak samada arah ke dalam (mampatan) atau bertindak arah ke luar (tegangan) dan
masing-masing;

mengakibatkan ubahbentuk pemendekan (e/g: tiang yang menanggung beban)

mengakibatkan ubahbentuk pemanjangan (e/g: beban yang digantung pada dawai spring)

(ii) Daya Ricih


Daya yang bertindak berserenjang/selari dengan luas permukaan keratan.

Rajah 1.3 (b) : Daya Ricih

Ia mengakibatkan ubahbentuk ricihan (e/g: sambungan bolt dan rivet yang menanggung beban)

(iii) Daya lentur


Dua momen yang senilai dan berlawanan arah pada kedua-dua hujung .

Rajah 1.3 (c) : Daya Lentur

Ia mengakibatkan ubahbentuk lenturan (e/g:- rasuk yang membawa beban)

(iv) Daya putiran/kilasan


Daya yang mengandungi dua momen yang sama nilai yang bertindak pada arah yang berlawanan
di kedua-dua hujungnya.

Rajah 1.3 (d): Daya Putiran

Ia mengakibatkan putaran (e/g:rod berpusing terhadap paksi memanjang)

1.3

Takrifan Mekanik Struktur

Mekanik ialah kajian tentang gerakan benda (daya yang menyebabkan gerakan). Struktur ialah
sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian hingga menjadi bentuk tertentu. Mekanik
Struktur adalah Kajian terhadap sifat-sifat dan kelakuan struktur apabila ia dikenakan beban atau
daya.

1.4

Bebanan graviti, tekanan dan tindakbalas

Beban graviti, tekanan dan tindakbalas merupakan suatu bentuk tindakan daya. Ketiga-tiganya
mempunyai hubungkait dalam menghasilkan keseimbangan dalam tindakan daya.
1.4.1 Bebanan
Rajah 1.4 menunjukkan sebuah kotak yang diletakkan di atas satu satah mendatar. Hasil darab
antara jisim, m dan tarikan graviti, g kotak tersebut akan menghasilkan daya pada kotak tersebut.
(Tarikan graviti : 9.81 ms).

1.4.2 Tekanan
Sekiranya luas permukaan sentuhan antara kotak dengan satah (rujuk rajah 1.4) adalah A, maka
tekanan, p yang di alami oleh permukaan dalam sentuhan ialah daya per unit luas;
Tekanan = Daya/Luas atau p=F/A
(Unit tekanan Nm)

1.4.3 Tindakbalas
Apabila jasad/kotak mengenakan daya sebanyak mg ke atas permukaan yang disentuhnya, maka
terdapat daya tindakbalas, Ryang sama nilainya bertindak ke atas jasad itu. Tindakan daya
tindakbalas ini berlawanan arah dengan daya yang dikenakan ke atas jasad.
1 N/m = 1 Pascal (Pa)
1kN/m = 1 kPa

Bebanan
Graviti

Keseimban
gan Daya
Tekanan

1.5

Tindakbalas

Prinsip Keseimbangan Daya

Prinsip keseimbangan daya ialah suatu jasad itu berada di dalam keseimbangan apabila:
a. Jumlah daya kekiri sama dengan jumlah daya kekanan. (

Fx = Fx

b. Jumlah daya ke atas sama dengan jumlah daya ke bawah. ( Fy = Fy )


c. Jumlah momen ikut jam sama dengan jumlah momen lawan jam. ( M = M )

10

1.6

Jenis Beban

Beban dikelaskan mengikut cara ia diagihkan pada struktur. Terdapat tiga kaedah utama
pengagihan beban pada sesuatu struktur. Namun demikian lazimnya beban yang dibawa oleh
struktur adalah gabungan daripada beberapa jenis beban.
Tiga jenis beban ialah:
a. Beban tumpu/titik
b. Beban Teragih Seragam
c. Beban Momen

1.6.1 Beban Tumpu


Beban tumpu juga dikenali sebagai beban titik. Beban ini bertindak ke atas luas yang terlalu kecil
dan boleh dianggap bertindak ke atas satu titik. Simbolnya anak panah dan unitnya N atau kN.
(rajah 2.23)

1.6.2 Beban Teragih Seragam


Beban ini boleh dianggap bertindak keseluruhan atau sebahagian rasuk dengan cara teragih
seragam.(rajah 2.24) Unitnya N/m atau kN/m. Untuk memudahkan pengiraan tindakbalas, kita
gunakan nilai jumlah beban yang dibawa dan mnganggapnya bertindak ditengah-tengah jarak
beban teragih seragam.
Contohnya (rujuk 2.24), jika nilai beban teragih seragam 15 kN/m dan ia bertindak disepanjang
rentang rasuk 4 m, jumlah beban yang ditanggung oleh rasuk ialah 15kN/m X 4 m = 60 kN dan
bertindak 2 m dari penyokong.
11

1.6.3 Beban Momen


Momen dihasilkan oleh sepasang daya. Daya ini bertindak pada suatu titik tertentu dan ia
mengakibatkan pintalan berlaku pada titik tersebut. Ia bertindak mengikut arah pusingan jam
atau melawan arah pusingan jam. Sekiranya ia bertindak mengikut arah pusingan jam,
anggapkan nilainya positif dan arah momen melawan jam, anggapkan nilainya negatif. Unitnya
ialah Nm atau kNm. Momen dinyatakan dalam dua bentuk sebagaimana ditunjukkan dalam rajah
2.25 (a & b).

12

1.7

JENIS-JENIS TUPANG/PENYOKONG

Objek yang digunakan untuk menyokong atau menyangga suatu anggota struktur

Terdapat 3 iaitu rola (roller support), pin (pin support) dan hujung terjempit (fixed end
support)

1.7.1 ROLA (ROLLER SUPPORT)


Keseimbangan tercapai kerana penyokong memberi daya tindakbalas terhadap beban
yang dikenakan
Penyokong rola hanya mampu memberi tindakbalas dalam arah menegak sahaja
Penyokong rola bersudut tepat dengan satah penyokong
Fy = 0

13

1.7.2 PIN (PIN SUPPORT)


Penyokong jenis pin dapat memberikan dua arah tindakbalas iaitu arah menegak dan
mendatar
Fx = 0, fy = 0

14

1.7.3 HUJUNG TERIKAT (FIXED END SUPPORT)


o Penyokong hujung terikat memberi tindakbalas dalam kedua-dua arah menegak dan
mendatar
o

Penyokong memberi tindakbalas kepada momen

Penyokong memberi 3 daya tindakbalas iaitu arah menegak, mendatar dan momen

Fx = 0, fy = 0, M = 0

15

RUJUKAN

1. 2012. http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2012/10/pengenalan-mekanik-struktur.html
(atas talian) 20 Mac 2016
2. 2008. http://www.scribd.com/doc/50361068/Daya-dan-keseimbangan#scribd (atas talian)
20 Mac 2016
3. 2010. https://www.coursehero.com/file/9525858/UNIT2/ (atas talian) 20 Mac 2016
4. 2001. https://sites.google.com/site/kejuruteraanawam/struktur (atas talian) 20 Mac 2016
5. 2007. http://eprints.usm.my/5350/1/Document-7511_Version-8100_applicationpdf_0.pdf (atas talian) 20 Mac 2016
6. 2011. Haiqal Azhar Pengenalan Kepada Mekanik (modul politeknik) 20 Mac 2016

16