Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KEMELAH,

SEGAMAT, JOHOR DARUL TAZIM


MINIT CURAI
Nama Mesyuarat/Taklimat

Tarikh/Hari
Masa
Tempat
Pengerusi

:
:
:
:

Wakil Sekolah
Turut Hadir

:
:

Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid Segamat


Tahun 2016
12.01.16 (Selasa)
2.00 petang
Dewan Seminar PPD Segamat
Encik Wan Mohd Karmizan bin Wan Ibrahim
(Penyelia Hal Ehwal Murid PPD Segamat)
Encik Hairilanuar bin Mason (GPK HEM)
1. Haji Anuar bin Hashim (Ketua Unit Pembangunan
Kemanusiaan, PPD Segamat.
2. Encik Rosli bin Putih (Penolong PPD Bimbingan
Kaunseling, PPD Segamat.
3. Encik Johari bin Marsan (Penyelia Kanan HEM)

Perkara-perkara penting yang dibincangkan :


Taklimat Haji Anuar bin Hashim (Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Segamat.
1. Komitmen dan kerjasama semua Penolong Kanan HEM sepanjang 2015 amat baik.
2. Harapan tahun 2016 agar lebih cemerlang.
3. Prinsip kerja Ketua PPD Segamat iaitu A, B dan C.
4. Ambil tanggungawab. Jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
5. Kepimpipinan yang bijak perlu diterapkan, Amalan tugas secara bersilang dengan GPK 1
atau GPK KK. Gantikan k=tugas jika ketiadaan GPK yang lain.
6. Tahun 2016 adalah tahun yang amat mencabar. Banyak peruntukan yang dikurangkan.
Perbelanjaan dikurangkan. Gunakan secara maksimum kerana peruntukan yang
minimum.
7. Kadar peruntukan seperti biasa ke sekolah-sekolah.
8. Telah masuk ke gelombang yang kedua PPPM iaitu 2016-2020 iaitu memacu system.
9. Peranan dan tugas GPK HEM perlu selari dengan gelombang kedua.
10. Semua bantuan KPM perlu diteliti dan difahami, Ibu bapa amat prihatin dengan bantuan
KPM.
11. GPK HEM perlu bijak menjawab jika timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan bantuan
KPM. Pekeliling terkini perlu dirujuk dari semasa ke semasa.
12. Elakkan aduan daripada ibu bapa jika ada. Contoh, isu buku teks. Pastikan semua murid
mendapat buu teks yang sewajarnya.
13. Kehadiran murid perlu dipantau setiap hari. Ini adalah focus utama KPM(dashboard).
14. Buku rekod kehadiran murid perlu dihantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 10.00
pagi.
15. Waktu mengajar untuk GPK perlu diminimumkan agar tugas hakiki lebih berfokus.
16. Fokus utama 2016 ialah memantapkan disiplin dan kehadiran murid.
17. Kehadiran perlu mencapai sasaran 95%.
18. Pendidikan wajib-murid boleh dibuang sekolah sekiranya bermasalah disiplin atau
kehadiran. Rujuk pekeliling berkaitan.
19. Buku kawalan kelas perlu ada dan sentiasa dikemaskini. Ianya adalah sebagai bukti guru
masuk ke kelas. Guru yang masuk ke kelas perlu memastikan murid ada di dalam kelas
untuk mengelakkan kes murid ponteng kelas.
20. Keselamatan murid pergi dan balik sekolah perlu diambil berat. Pastikan murid selamat
pergi dan balik sekolah.
21. Pengawal keselamatan di sekolah perlu memeriksa setiap kenderaan yang masuk dan
keluar sekolah.
22. Pastikan tidak berlaku kes keracunan makanan di kantin sekolah. GPK HEM perlu
merasa semua jenis makanan yang dijual kepada murid.

Taklimat Encik Johari bin Marsan(Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid)


1. Bantuan KWAPM-pastikan data atau maklumat permohonan Tahun dan cicir dikemaskini.
2. Guru Besar/Pengetua selaku pengerusi jawatankuasa bantuan mengesahkan
permohonan.
3. Kelayakan semasa ialah pendapatan RM870 dan perkapita RM200. Pastikan murid yang
layak sahaja.
4. Pelaksanaan RMT dijalankan pada hari pertama persekolahan.
5. Syarat kelayakan RMT pendapatan RM580 dan perkapita RM140.
6. Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP). Tunggu surat arahan pembayaran kepada
murid yang layak. Pendapatan keluarga perlu dikemaskini dalam APDM.
7. Takaful Murid- Sebarang tuntutan perlu dikemukakan bersama dokumen yang lengkap.
Tuntutan yang layak hanya kemalangan dan elaun tunai hospital.
8. APDM- tarikh akhir kemaskini ialah pada atau sebelum 30 Januari 2016.
9. Kad 001 perlu dibuat.
Taklimat Encik Wan Karmizan bin Wan Ibrahim (Penyelia Hal Ehwal Murid)
1. Bermula tahun 2015 pelaksanaan eSPBT telah dijalankan.
2. Guru SPBT log masuk dan disahkan Guru Besar.
3. Buku stok perlu disemak oleh GPK. Mulai tahun 2016 semua buku teks yang lebih akan
diambil.
4. Bilik Operasi SPBT Daerah ialah di PPD lama.
5. Dalam baki buku stok mesti kosong.
6. Dendaan buku teks perlu ikut prosedur yang ditetapkan. Jika ada baki tidak boleh dibawa
ke tahun hadapan. Jika murid tidak membayar denda, rekodkan kesalahan dalam salah
laku disiplin.
7. Kantin- Perjanjian Kantin perlu ikut contoh yang baharu yang dikeluarkan oleh JPNJ.
8. Audit Negara akan memantau ke sekolah-sekolah.
9. Kebersihan kantin perlu ditegaskan.
10. Harga makanan perlu ikut perjanjian asal. Jika ada permohonan menaikkan harga, ianya
perlu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kantin dan perlu diminitkan sebagai
rekod.
11. Sewaan kantin minimum ialah Jumlah Murid X 60 sen.
12. RMT- kualiti makanan perlu disemak oelh Guru Penyelaras RMT atau Guru Bertugas.
13. Jika berlaku kes keracunan terus rujuk ke PPD.
14. Pemantauan kendiri HEM-perlu dilengkapkan dan dihantar.
15. 3K- rujuk buku baharu.
16. PPDa- Buat takwim tahunan dan laksanakan. Laporan perlu dihantar ke PPD.

Dilaporkan oleh,

(HAIRILANUAR BIN MASON)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK LKTP Kemelah, Segamat.