Anda di halaman 1dari 38

Kepatuhan, ketundukan zahir dan batin terhadap

perintah dan larangan yang terkandung dalam


syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
tanpa berbelah bahagi.
Suatu peraturan hidup yang lengkap dan
menyeluruh merangkumi seluruh ruanglingkup
kehidupan manusia, orang yang mentaatinya
diberikan pahala orang yang mengingkarinya
dikenakan siksa.

Terbahagi kepada tiga perkara asas iaitu :

AQIDAH - Tidak Berubah Sepanjang Zaman (Ketuhanan,


Kenabian, Makhluk Ghaib dan Berita Alam Akhirat)
Keimanan kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitabkitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari akhirat, Qadha dan
Qadar.

SYARIAH - Berubah Mengikut Zaman, Tempat Dan


Kondisi (Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayat)
Ekonomi, Politik, Sosial, Pendidikan, Kehakiman,
Kebudayaan, Kesihatan, Ketenteraan, Keamanan,
Keilmuan, Ketamadunan, Kekayaan, Keselamatan, dan
lain-lain.

AKHLAK - Mahmudah Dan Mazmumah


(Dengan Allah, Manusia dan Alam) Taqwa,
Ikhlas, Syukur, Redha, Tawakkal, Zuhud,
Wara`, Amanah, Penyayang, Pemaaf,
Pemurah, Adil, Berpada dengan yang ada,
Toleransi, dan lain-lain.

CIRI-CIRI ISLAM :

Rabbani
Syamil dan kamil
Waqii atau praktikal
Tinggi dan agung
Alami atau sejagat

TUJUAN ISLAM :

Mendidik manusia mengenal pencipta


Mengajar dan memandu manusia supaya dapat
mengerjakan ibadah dengan tepat
Melahirkan insan yang berkualiti dan bertanggungjawab
Menjamin keselamatan diri dan harta
Manusia ada tempat untuk bergantung
Mendapat balasan baik yang berkekalan.

Seseorang manusia mesti hidup pada masa dan


zamannya dari segi pemikiran, sikap, nilai-nilai,
perilaku dan pandangan hidup iaitu menjalani
kehidupan sesuai dengan tuntutan keadaan
manusia yang hidup masa kini dan bersesuaian
dengan situasi dan kondisi semasa
( Prof Dr Yusof al-Qardhawi )

Masalah yang sedang kita hadapi sekarang


bukanlah kerana kejahilan dan kebodohan kita
mengenai Islam, tetapi ditimbulkan oleh kejahilan
kita tentang zaman semasa.
(Tariq al-Basyari-Tokoh
Pemikir Islam)

Saya lihat Malaysia dalam proses membentuk sebuah


model negara Islam dengan caranya tersendiri. Bagi saya
sebahagian besar daripada asasnya adalah tepat. Peraturan
Islam telahpun dilaksanakan dan diguna pakai. Apa yang
perlu dilakukan kini ialah usaha untuk memperbaharui
aspek-aspek tertentu berdasarkan kepada keutamaan
(aulawiyat )
(Prof Dr Tariq Ramadan Islamic
Study University of Fribourg, Geneva
- Cucu kepada As-Shahid Hasan AlBanna )

Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana


Malaysia mengamalkan ajaran sebenar Islam . Lihat sahaja
pembangunannya yang amat pesat dan rakyatnya juga
berpegang kepada ajaran sebenar Islam dengan aman dan
damai tanpa rusuhan dan huru-haraIni adalah ciri-ciri
negara Islam kerana Islam adalah agama kemajuan dan
pembangunan, bukannya kemunduran
(Syeikh al-Azhar Dr Mohammad Sayed TantawiMultaqa Ulama Sedunia : Putrajaya 10 hb-12 hb
Jul 03)

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari


bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab
baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas kepada
fundamental. Asas dan fundamental menurut yang
terkandung dalam al-Quran dan Hadith yang
merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam
Hadhari jika ditafsir secara ikhlas- jika difahami secara
jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana
umat Islam dari asas aqidah
( Petikan Ucapan Dasar YAB Dato
Seri Abdullah Ahmad Badawi di
Perhimpunan Agung UMNO di PWTC
pada 23 September 2004 )

Firman Allah Yang Bermaksud :


Dan carilah apa yang telah dikurniakan Allah
kepadamu ( kebahagiaan ) negeri akhirat, dan
janganlah kamu melupakan bahagianmu dari
( kenikmatan ) duniawi ; dan berbuat baiklah
(kepada hamba-hamba Allah ) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di ( muka ) bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berbuat kerosakan
( Surah al-Qasas : Ayat 770)

Asas kepada Pembangunan Islam Hadhari yang boleh


disenaraikan Menerusi zahir ayat ini ( Surah al-Qasas :
77 ) ialah seperti berikut :

Membelanjakan harta anugerah Allah untuk


beribadah dan amal soleh bagi bekalan hari akhirat
Hirathah ad-din.
Membelanjakan harta, tenaga dan pemikiran untuk
menjamin kehidupan yang selesa di dunia Siasah
ad-dunia.
Menjalinkan hubungan dan interaksi yang baik
sesama manusia ,dalam keluarga, jiran dan
masyarakat.
Tidak melakukan kerosakan menjaga Maqasid assyariah ( menjaga agama, akal, nyawa, harta dan
keturunan )
( Prof Dr Yusof al-Qardhawi )

Syeikh Abdul Rahman Taj ( Buku : al-Siasah alSyariyyah )


Apa yang dimaksudkan dengan siasah syariyyah
ialah peraturan-peraturan yang bertujuan untuk
menyusun agensi-agensi negara dan mentadbir hal
ehwal umat, dengan mengambil kira ianya tidak
bertentangan dengan roh syariat serta dapat
mencapai matlamat menjaga kepentingan rakyat;
sekalipun peraturan-peraturan tersebut tidak
terdapat dalil tentangnya secara terperinci
dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Tanggungjawab pemerintah itu adalah berdasarkan


kepada kepentingan dan kemaslahatan rakyatnya
(kaedah Fiqh).

Hadhari bermaksud Yang Bertamadun.


Islam Hadhari
Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan
negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan
kepada perspektif tamadun Islam.
Islam Hadhari juga boleh ditafkrifkan sebagai penghayatan
Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan peradaban.

Islam tidak boleh difahami secara juzi atau terpisah dengan


sistem hidup yang lain seperti ekonomi, politik, tasawuf dan
lain-lain).
Ajaran untuk meningkatkan kualiti hidup ke arah peradaban
unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan
teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi
global, krisis identiti dan penjajahan pemikiran)
Ajaran untuk membangunkan secara sepadu antara Spiritual
Quality, Emotional Quality, Intelektual Quality dan Physical
Quality

Keimanan & Ketaqwaan kpd Allah

Kerajaan Adil dan Amanah

(Tuntutan `Aqidah)
(Tuntutan Syari`at dan Akhlak)

Rakyat Yang Berjiwa Merdeka

(Tuntutan Akhlak)

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

(Tuntutan Syari`at)

Pembangunan Ekonomi Seimbang & Konfrehensif

Kehidupan berkualiti

Pembelaan Hak Kump. Minoriti & Wanita


Keutuhan Budaya & Moral

(Tuntutan Syari`at)
(Tuntutan Syari`at)

(Tuntutan Syari`at & Akhlak)


(Tuntutan Syari`at & Akhlak)

Pemeliharaan Alam Semulajadi

(Tuntutan Syari`at & Akhlak)

Kekuatan Pertahanan

(Tuntutan Syari`at)

Memelihara, Memartabat dan Memperkasa


(Dharuriyat al-Khams & Maqasid al-Syari`ah)

Agama.
Nyawa (Kesihatan Fizikal)
Akal
Harta
Keturunan (Maruah, Institusi keluarga)

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah


negara Islam contoh iaitu sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri, aman, harmoni serta
mendapat keampunan, rahmat dan keberkatan
daripada Allah S.W.T.
Konsepnya:
Negara yang mempunyai masyarakat membangun
dan memiliki ilmu, beriman, bertaqwa,
berakhlak, berbudi luhur dan beramal salih,
berkemahiran, berketerampilan serta tergambar
sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan
berbudaya yang berpaksikan kepada ajaran
agama..

Melaksanakan agenda pembangunan


negara dan ummah berlandaskan
pendekatan Islam yang bersifat universal,
maju, bertamadun, bertoleransi dan
berimbang.

Melahirkan individu dan masyarakat Islam


yang memiliki jati diri yang mantap dengan
kekuatan spiritual, emosional, intelektual,
material, mampu berdikari, berdaya saing,
melihat kehadapan, inovatif serta cekap
menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan damai

KEIMANAN& KETAQWAAN KEPADA ALLAH


Maksud Iman: Bukanlah keimanan itu sesuatu yg boleh dicita-cita dan
dihias-hias, tetapi sesuatu yg mantap dalam sanubari dan dibuktikan
dengan amalan.
(al-Hadith)
Maksud Taqwa: Takut kepada Rab al-Jalil, beramal dengan wahyu yg
diturunkan dan bersedia bekal untuk perjalanan yang jauh ke negeri
akhirat.
(Kata-kata Saidina `Ali (r.`a.)
Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, tentulah Kami
akan membuka kepada mereka pintu-pintu keberkatan dari langit dan
bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan
mereka dengan azab seksa dgn sebab usaha perbuatan mereka.
(Al-A`raf 96)
Adakah mereka yg mengasaskan binaannya (masjid Dhirar) berasaskan
taqwa dan mardatillah itu lebih baik ataukah mereka yang
mengasaskannya di tepi jurang yang dalam, lalu jatuh tersungkur
bersama yang membinanya ke dalam neraka jahannam (itu yang lebih
baik)? .
(Al-Tawbah 109)

1.Bahasa : berasal dari bahasa Arab :ikatan atau


simpulan.
2.Istilah : kepercayaan yang tersimpul kuat
dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan
tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun.
(al-Baqarah : 256)

RUKUN IMAN:
Percaya kepada Allah
Percaya kepada para Malaikat
Percaya kepada Kitab-kitab
Percaya kepada para Rasul
Percaya kepada hari Akhirat
Percaya kepada Qada dan Qadar

SYARIAH
Bahasa : Bahasa Arab
- Jalan atau jalan yang lurus
- Sumber air
Istilah : Hukum-hukum yang diperundangkan Allah
s.w.t. ke atas hambanya supaya beriman dan
beramal denganya yang boleh membawa kepada
kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
(al-Jathiyah: 18)
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM
Al-Quran
Al-Hadith
Al-Ijma
Al-Qias

Bahasa : tingkah laku, tabiat, perangai atau bentuk


peribadi
Istilah : Sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang
yang menghasilkan perbuatan dari pancaran hati
nurani
(Imam al-Ghazali)
Rasulullah s.a.w. adalah model akhlak Islam.
Sabdanya : Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia

AKHLAK:
AKHLAK
Kepada Allah SWT.
Kepada Manusia
Keapada Makhluk

2.

KERAJAAN ADIL & BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan


haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuian
dengan firman Allah dalam surah al-Nah yang bermaksud:

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik


dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.
Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros
dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik,
maju dan dirahmati Allah SWT.

Adil juga bermaksud: Meletakkan sesuatu kena pada


tempatnya (Memberikan sesuatu hak kepada yang berhak
menerima menurut kadarnya). Firman Allah S.W.T.:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya berlaku adil


dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada
kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.
(al-Nahl 90)

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap


sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa.
(al-Maidah 8)

Sesungguhnya Allah S.W.T. menyuruh kamu


supayamenyerahkan segala amanah kepada ahlinya
(yg berhak menerimanya) dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah
menghukum dengan adil .
(al-nisa 58)

Sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad


mencuri aku akan potong tangannya.
(Hadith R. al-Bukhari)

3.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA


Antara ciri jiwa merdeka adalah Berfikiran kreatif
dan inovatif; mampu melahirkan idea dan buah fikiran
baru yang bermanfaati, dinamik dan positif memberi
faedah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Ciri-ciri pemuda Islam:


1-keimanan, kejujuran, semangat dan bertindak
(al-Syahid Hasan al-Banna)
2-tidak jumud, tidak suka berpoya-poya, jauhi lagha
dan segala sifat negatif dll.
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam;
dan Kami telah berikan mereka menggunakan
berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan
Kami telah berikan rezeki kepada mereka daripada
benda yang baik-baik serta Kami lebihkan (darjat dan
kedudukan serta keindahan ciptaan) mereka atas
segala makhluk yang Kami ciptakan.
(al-Isra 70)

Sesungguhnya kami telah dibangkitkan oleh


Allah untuk mengeluarkan sesiapa sahaja di
kalangan kamu daripada mengabdikan diri
kepada sesama hamba, kepada mengabdikan
diri hanya terhadap Alah, daripada hidup
bernaung di bawah kezaliman agama-agama
kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan
hidup di dunia kepada keluasan hidup dunia dan
akhirat.
(Rub`i bin `Amir
ketika berhadapan
dengan Rustam Panglima
tentera Parsi)

4.

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara integratif boleh


menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan
semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan,
kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat
dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan
harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan
Negara kita.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan


penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan
terbuka luas.

Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan


double major,boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui
program pembangunan negara dan ummah.
PM Dr Asiah Ali
Penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi (Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah)
bagi tujuan melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang dari
segi spiritualnya, intelektualnya, emosionalnya dan fizikalnya, selari
dengan dasar pendidikan negara.

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu


dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.
(al-Mujadalah 11)

Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia


hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan
kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu sesiapa
yang inginkan kedua-duanya hendaklah degan ilmu
(maksud al-Hadith)

Nabi Sulaiman `a.s. ditawarkan dengan salah satu


daripada tiga perkara: takhta, harta dan ilmu. Baginda
`a.s. memilih ilmu. Akhirnya baginda memiliki
segalanya.

Sejarah membuktikan kejayaan Baghdad dan Andalusia


lampau kerana dengan ilmu pengetahuan. Barat hari ini
muncul sebagai Kuasa Besar Dunia kerana mereka
memiliki ilmu dunia. Bagaimanapun mereka akan
kecundang di akhirat kiranya mereka tidak memilih
ilmu ukhrawi.

5.

PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG & KOMPREHENSIF

Pembangunan ekonomi memainkan peranan penting kepada kehidupan


selesa bukan sahaja manfaat untuk dunia tetapi juga akhirat, sekiranya
diasaskan kepada keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T.

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama


diberi keutamaan oleh Islam. Seimbang & Konfrehensif bermaksud:
Kemampuan menserasi dan memantapkan segala kegiatan ekonolmi
secara berakhlak antara kerajaan dan swasta secara bersepadu dan
berkesan selari dengan konsep pensyarikatan Malaysia bagi mewujudkan
kesetabilan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu


pendekatan menggabungkan usaha memantapkan amalan ekonomi yang
berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti eknonomi secara
berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi dalam negara dan di
peringkat antarabangsa.

Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi


dalam negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi
pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan
paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan
kestabilan ekonomi akan dicapai.

Firman Allah S.W.T.:


setelah selesai mengerjakan solat, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi Allah
(untuk menjalankan urusan masing-masing)
dan carilah apa-apa yang kamu hajati
daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah
kepada Allah banyak-banyak (dalam segala
keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia
dan diakhirat).
(al-Jumu`ah 10).

KEHIDUPAN BERKUALITI

Kehidupan berkualiti boleh dicapai sekiranya


Dharuriyat al-Khams yang terkandung dalam
Maqasid al-Syari`ah dipelihara & diperkasakan:
Agama, Nyawa, `Aqal, Maruah dan Hartabenda.
Firman AllahS.W.T.:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahala
dankebahagiaan akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)
dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmat-nikmat-Nya
yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan.
(al-Qasas 77)
6.

7.

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI & WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan


kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai
kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh
undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa,
agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung
dalam matlamat pensyariatan syariat Islam (Maqasid Syariah).
Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau
alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian
dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi
undang-undang.
Firman Allah S.W.T:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan wanita, dan kami telah menjadikan kamu
berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang-orang
yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yg lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
mendalam pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
(al-Hujurat 13)

Sabda Rasulullah S.`a.w. semasa mengerjakan Hajjatul


Wada`:
Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita,
kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah
kerana Allah dan Allah menghalalkan kepadamu
mencampuri mereka dengan ijab kabul yang sah sesuai
dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya
ialah agar mereka tidak membiarkan orang-orang luar
yang dibenci oleh suami berkunjung ke rumahnya.
Sekiranya mereka melakukan demikian ajarlah mereka
dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi
mereka (wanita) ke atas kamu (lelaki) pula ialah
memberikan mereka rezeki (makanan dan
perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah
aku tinggalkan kamu sesuatu yang tidak akan
menyesatkan kamu selama-lamanya, sekiranya kamu
berpegang dengan kedua-duanya, iaitu, kitab Allah dan
sunnahku.
(al-Hadith)

8.

KEUTUHAN BUDAYA & MORAL


Keutuhan budaya dan moral amat penting dalam menguatkan
benteng dan jati diri rakyat Malaysia daripada terjebak dalam
gejala keruntuhan akhlak, khususnya di kalangan jenerasi muda
kerana mereka adalah aset negara. Budaya hidup dan nilai moral
yang baik tidak bercanggah dengan syari`at Islam adalah perlu
dipertahankan. Berasaskan kaedah fiqhiyyah:
Al`Adah Muhakkamah
Al-Ma`ruf `Urfan ka al-Masyrut Syartan
Antara budaya terbaik yang tercatat dlm al-Quran dan perlu
dipertahankan:
sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; iaitu
orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, perkara-perkara lagha
(mungkar dan maksiat) mereka hindari
(al-Muminun 1-3)
Dan (ciri-ciri) hamba Allah yang bersifat al-Rahman (ialah):
Orang yang berjalan di muka bumi dengan penuh sopan, dan
apabila mereka bercakap dihadapan orang jahil mereka berkatakata dengan cara yang selamat, dan apabila mereka bermalam
mereka (menunaikan ibadah) sujud dan berdiri dan mereka
berdoa (ke hadhrat Tuhan):

9.

PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI


Dalam mengejar pembangunan negara, manusia
sering mengeksploitasi kekayaan alam semulajadi.
Perbuatan seperti pembakaran hutan secara
berleluasa, pembalakan tidak terkawal dan
penggondolan bukit mengakibatkan alam sekitar
musnah dan menyumbang kepada bencana alam
seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan
bumi.
Deklarasi yang dilaksanakan oleh UNDP seperti
Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto
(1997) turut ditandatangani Malaysia. Malaysia sendiri
telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk
memastikan pembangunan negara secara lestari dan
mesra alam. Penyelidikan dan pemantauan terhadap
alam tabii perlu berterusan agar pembangunan yang
dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi
kepada kehidupan sejagat.

10.

KEKUATAN PERTAHANAN.

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isuisu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan
persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri,
fizikal dan spritual. Bangsa yang maju memerlukan
umat yang dapat mempertahankan diri dan negara
dari dicerobohi. Kekuatan pertahanan akan menjamin
kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang
membolehkan proses pembangunan dilakukan secara
berterusan.

Kekuatan persenjataan sahaja tidak mmpu


mempertahankan negara terutama di Malaysia yang
terdiri daripada rakyat pelbagai etnik atau lebih
dikenali sebagai mayarakat majmuk. Dalam keadan
ini kerajaan harus berusaha untuk mengeratkan
perpaduan antara kaum, sekaligus mengelakkan
pembaziran tenaga dan kewangan dalam
menyelesaikan masalah yang berpunca daripada
perbalahan sesama etnik.

1.Keagungan ajaran Ilahi.


2. Kekuatan dan keutuhan.
3. Kemahiran dan kebijaksanaan.
4. Kesejahteraan dan kedamaian.
5. Keadilan dan kesaksamaan.
6. Kualiti dan prestasi.
7. Kehadapan dan pro-aktif.
8. Kesepakatan dan perpaduan.
9. Keseimbangan dan kesederhanaan.
10. Kemanusiaan dan kasih-sayang


1-PEMBANGUNAN SPIRITUAL - (Tamadun al-Ruhi).
2-PEMBANGUNAN FIZIKAL - (Tamadun al-Madi)

Anda mungkin juga menyukai