Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 6

SESI 2015/2016
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
Tarikh : 7 Februari 2015
Tempat: Dewan Kompleks SMKPP 18(1)
Hari : Sabtu
Jam : 9.00 pagi
Tanggal 7 Februari 2015, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 6 telah berlangsung di Dewan
Kompleks Sekolah Menengah Putrajaya Presint 18(1). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh
Yang Di Pertua PIBG sesi 2014/2015 iaitu Encik Ayob bin Ibrahim.
Mesyuarat Agung PIBG ini telah dikelolakan oleh . dan . selaku
pengerusi majlis. Majlis ini juga turun disertai
oleh jemputan jemputan khas
iaitu. Pihak PIBG sekolah telah menyediakan jamuan berupa sarapan pagi untuk
ibubapa dan guru-guru yang hadir sebelum mesyuarat bermula.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz . diikuti dengan ucapan
guru besar SKPP 18(1) iaitu Puan Salmiah binti Hashim dan seterusnya ucapan perasmian oleh
Yang Dipertua PIBG sesi 2014/2015, Encik Ayob bin Ibrahim. Penyampaian cenderahati
disampaikan kepada semua AJK PIBG serta penyampaian hadiah kepada Tokoh Sarana iaitu
Encik Hanafi dan Tokoh PIBG iaitu Encik Ayob bin Ibrahim.
Acara diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat PIBG yang
lepas, laporan kewangan dan pembentangan usul-usul yang berkaitan. Ibubapa yang hadir diberi
peluang untuk memberi usul-usul dan mereka juga telah dimasukkan ke dalam kumpulan Kelab
Sokongan Ibubapa dan Guru (KSIB). Ini bertujuan untuk membincangkan usul-usul yang telah
disuarakan seterusnya melaksanakan usul-usul tersebut sekiranya bersesuaian. Berikutnya YDP
Pibg membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015.
Seterusnya, acara pemilihan dan perlantikan AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2015/2016
yang telah dipegerusikan oleh Guru Besar selaku Penasihat PIBG. Bagi perlantikan YDP dan
NYDP, ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya YDP dan NYDP bagi sesi yang lepas
dikekalkan untuk sesi 2015/2016. Sebanyak 7 orang AJK Ibubapa jugak telah dipilih daripada
ahli-ahli mesyuarat yang hadir. Kesemua jawatan lain yang melibatkan para guru telah dipilih
dan dilantik oleh pihak sekolah bagi tujuan melancarkan segala aktiviti PIBG yang bakal
dijalankan bagi sesi 2015/2016.

Setelah pemilihan dibuat, AJK baru dipilih mengambil tempat di tempat yang telah
disediakan. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak
RM50 bagi setiap keluarga.
Akhir sekali, selepas agenda hal-hal lain, ucapan penangguhan telah dibuat oleh YDP
Pibg. Majlis ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Laporan disediakan oleh,


.
1. Suhana binti Shaari
2. Sukinah binti Mat Darus

Anda mungkin juga menyukai