Anda di halaman 1dari 5

Soalan: Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah


punca-punca berlakunya gejala buli dalam kalangan pelajar di
sekolah dan langkah-langkah menanganinya. Tuliskan teks
syarahan
anda
selengkapnya.
Analisis
Tema/Isu
Tugasan
Format

Soalan:
Gejala
Buli
Menulis syarahan tentang punca-punca dan
langkah-langkah menangani gejala buli
Syarahan

Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa, Puan Hjh
Rohanah bt Esmail, Yang dihormati Guru Penolong Kanan Petang Puan
Kalsom bte Haron, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru
serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Asalamualaikum , salam
sejahtera serta salam satu Malaysia
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Berdirinya saya pada hari ini yang berbahagia ini, adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Punca-punca Gejala Buli di
Sekolah serta langkah-langkah menanganinya.
Sebelum saya
meneruskan syarahan saya, ingin saya kemukakan satu soalan iaitu ,
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan rangkai kata 'gejala buli?
Hadirin yang dihormati sekalian,
Menurut Kamus Dewan, gejala buli membawa maksud masalah
yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek,
menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius
masalahnya. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang.
Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.
Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang
kepada masalah kes buli ini.
Sebenarnya, antara punca berlakunya gejala buli ialah kekurangan
penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang terlibat.
Agama Islam contohnya, menggariskan nilai-nilai murni dan akhlak mulia
yang selaras dengan tuntutan agama. Umpamanya, nilai hormatmenghormati sesama manusia, kasih-sayang, belas kasihan, amanah,
bertanggungjawab dan sebagainya. Namun, mereka yang terlibat dalam

gejala buli ini tidak lagi menghayati dan mengamalkan suruhan agama.
Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian
orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain.
Ringkasnya,
ketandusan nilai keagamaan dalam diri mereka
menyebabkan gejala buli ini semakin berleluasa.
Selain itu, ibu bapa juga menjadi punca berlakunya gejala buli ini.
Pada zaman yang serba moden inil kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk
dengan kerjaya masing-masing untuk meningkatkan taraf kehidupan
mereka. Hal ini menyebabkan mereka kurang memberikan belaian kasih
sayang,
kemesraan
dan
prihatian
kapada
anak-anak
mereka. Contohnya, terdapat segelintir Ibu bapa yang keluar bekerja
seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka tidak ada masa untuk
mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang remaja. Tugas
dan tanggungjawab menjaga anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada
pembantu rumah. Justeru, kekurangan perhatian daripada ibu bapa turut
menjadi punca gejala buli ini.
.
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya di sekolah juga
merupakan salah satu punca yang penting menyebabkan pelajar terlibat
dalam kegiatan membuli ini. Para pelajar yang masih terlalu muda,
dikatakan berumur setahun
jagung dan berdarah
setampuk
pinang sebahagian besarnya masih belum boleh berfikir dengan
matang. Contohnya, mereka amat mudah terpengaruh dengan tindakan
rakan sebaya dan tidak dapat berfikir tentang baik buruknya tindakan
mereka itu. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut
juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh
ahli-ahli kumpulannya. Jelaslah, rakan sebaya yang menjadi orang
penting dalam kehidupan remaja selain ibu bapa menjadi punca gejala
buli ini.
Bagaimana dengan pihak media massa? Seperti yang kita ketahui,
media masa terutamanya televisyen sering menayangkan filem-filem
yang berunsur keganasan, pergaduhan dan sebagainya. Filem dan
rancangan terutamanya dari barat dan Hong Kong jelas memaparkan
unsur keganasan seperti rancangan gusti, filem-filem aksi pertarungan
dan pembunuhan jelas membewa pengaruh buruk kepada remaja kita.
Pelajar meniru aksi yang disaksikan di televisyen untuk membuli rakanrakan mereka yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan seperjuangan sekalian,
Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.
Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk

membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak


kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam kurikulum di sekolah.
Contohnya, melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya, ilmu tentang gejalagejala negatif terutamanya buli dan kesan-kesan buruknya perlu
dimasukkan dalam sukatan.
Dengan itu, pelajar akan menyedari
bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan yang boleh
menggelapkan masa hadapan meeka. Pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan
cara-cara mengelakkan mereka daripada terbabit dalam kes buli ini.
Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga
boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke
semasa bagi menyedarkan para pelajar agar menjauhi diri daripada
gejala buli. Pihak luar seperti NGO boleh dipanggil untuk mengadakan
pameran dan ceramah tentang gejala buli ini. Selain itu pihak sekolah
sendiri boleh menganjurkan aktiviti seperti kuiz, pidato dan sebagainya
tentang kes buli dan juga boleh menggalakkan para pelajar supaya
menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini
kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang
cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi
pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan
informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua
pelajar tahu akannya.
Seterusnya , yang paling penting ialah diri pelajar itu sendiri. Para
pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana kawan yang baik akan
membawa mereka ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Umpama
berkawan dengan penjual minyak wangi, secara tidak langsung badan
kita juga akan sentiasa wangi. Contohnya, jika berkawan dengan orang
yang minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi
dan gemar membaca bersama-sama. Oleh itu, jika pelajar mesti bijak
memilih kawan, supaya tidak terjebak dalam gejala buli di sekolah.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu
dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para
pelajar boleh menjadi mata dan telinga kepada para guru di sekolah.
Contohnya jika para pelajar ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli, mereka harus memberanikan diri untuk melaporkan
kepada guru disiplin atau pihak sekolah dengan segera agar masalah itu
dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,


.
Memang tidak dapat dinafikan lagi, pihak sekolah turut memainkan
peranan penting untuk menangani gejala buli ini. Setiap laporan yang
diterima daripada guru atau pelajar mesti diambil tindakan dengan
segara. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki
melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah tidak harus berkompromi
dengan kes buli malah harus mengenakan hukuman yang setimpal
kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan
juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Tidak syak lagi, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah
menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak
akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. . Ibu bapa juga perlu
menunjukkan tingkah laku yang baik, contohnya tidak bertengkar atau
bergaduh di hadapan anak-anak , bergaul dengan baik dan mesra ketika
berurusan dengan jiran tetangga dan orang lain. Bak kata bidalan,
bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Ibu bapa yang baik akan
melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.

.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam
kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus meluangkan masa
dengan anak-anak dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan anak
mereka semasa di sekolah. Contohnya, pada hujung minggu atau cuti,
ibu bapa boleh membawa anak-anak bercuti untuk mempererat
kemesraan keluarga. Perhatian dan belaian kasih sayang yang
sepenuhnya kepada mereka akan menyebabkan mereka tidak berasa
sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk nilai-nilai murni
dalam sanubari anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini anakanak akan menyayangi ibu bapa dan sentiasa sudi meluahkan isi hati dan
masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersamasama.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara
kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan
berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita

yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai anganangan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan
aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa
depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati
sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita
terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga
berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang
dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa
dipersada dunia.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun jari sepuluh dan
memohon kemaafan jika ada kesilapan tutur kata semasa menyampaikan
syarahan saya tadi. Semoga apa yang telah saya sampaikan sebentar
tadi dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Anda mungkin juga menyukai