Anda di halaman 1dari 9

Banjir yang melanda negara kita beberapa ketika dulu sudah cukup untuk

membangkitkan persoalan; adakah dunia ini selamat didiami lagi? Tidak kira di
mana kita berada, kita dikepungi lautan dengan 70 peratus permukaan bumi adalah
air. Maka, kewujudan air sangat berkait rapat hampir pada setiap aspek kehidupan,
lebih-lebih lagi aspek keselamatan dan nyawa.
Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama
ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan
air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan
keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan
keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air
naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh membunuh manusia, bahkan boleh
melenyapkan negara.
Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama
ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan
air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan
keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan
keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air
naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh membunuh manusia, bahkan boleh
melenyapkan negara.
Kerosakan harta benda sudah membayangkan kesannya kepada ekonomi manusia.
Sekurang-kurangnya, kita memerlukan belanja dalam jumlah yang sama untuk
mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan, semuanya
mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana
aktiviti perniagaan yang terhenti.
Apabila barangan yang seharusnya dijual tidak dapat dijual, bahkan kerosakan
barangan juga berlaku, maka ia menyebabkan kerugian di pihak peniaga. Syarikat
yang menyertai bursa saham akan terjejas dan menyebabkan pelabur merasa tidak
selamat dan mula mengalihkan modal kepada negara-negara lain sebagai alternatif.
Justeru, minat pelabur yang luntur akan menyebabkan kesan yang lebih buruk
kepada industri pelaburan dan tidak mustahil, krisis kewangan tahun 1999 boleh
berulang.
Maka, banjir yang melanda Johor secara dahsyat bukan saja memberi kesan buruk
kepada negeri Johor, bahkan memungkinkan risiko kepada ekonomi negara kita
seluruhnya. Walaupun ini cuma logika sebab dan musabbab, namun risiko ini tidak
harus dipandang remeh.
Banjir juga mengancam kesihatan. Bermula dari kegagalan fungsi hospital dan
farmasi, berlanjutan kepada penularan penyakit-penyakit berjangkit. Penyakit
seperti cirit-birit, taun, demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi
ancaman akibat daripada bahana banjir yang menjejaskan kebersihan makanan,

minuman, persekitaran. Bahkan kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa


banjir turut memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit.
Penyakit Leptospirosis yang mula menyerang dengan dua kes kematian dicatat
pada awal Januari 2007 adalah berpunca daripada bakteria Leptospira yang didapati
daripada air kencing haiwan berdarah panas di mana penyakit ini boleh merosakkan
organ dalaman manusia. Bakteria yang tersebar melalui air banjir mengancam
keselamatan kerana penularan yang tidak terkawal.
Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa
ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah. Muridmurid dan pelajar tidak dapat ke sekolah dan proses mengajar terbantut di tengahtengah. Keadaan boleh menjadi lebih buruk yang membabitkan masa depan
generasi kecil kita.
Realitinya, banjir bukan saja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang
terlibat, bahkan ia juga memberi kesan kepada kesedaran manusia terutamanya,
dalam persiapan menghadapi banjir. Banjir telah membuka mata kita berkenaan
sistem perparitan yang dilaporkan bermasalah, serta beberapa aktiviti pembalakan
yang tidak terancang. Dakwaan tambakan pasir oleh Singapura menyebabkan
banjir juga mendapat perhatian yang tidak sedikit, sekurang-kurangnya banjir telah
menyebabkan kita lebih peka kepada banyak perkara yang sebelum ini lebih
bersifat tersembunyi.

Banjir yang melanda negara kita telah mengejutkan pelbagai pihak. Masing-masing
sibuk mengutarakan pendapat mereka tentang faktor-faktor yang mendorong
wujudnya fenomena alam ini. Mereka berpendapat pandangan mereka lebih tepat.
Sebenarnya, banyak perkara yang mampu dilakukan untuk menangani mala petaka
ini sebelum, semasa dan selepas.
Kerajaan seharusnya memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik. Pihak
berkuasa tempatan haruslah menjalankan pemeriksaan parit dan longkang di
kawasan yang memang dianggap berisiko tinggi untuk menerima banjir. Sikap telus
dalam aspek ini memastikan aliran air tidak akan terganggu atau tersumbat.
Seterusnya, air tidak boleh bertakung sebegitu mudah. Sistem perparitan yang baik
juga memastikan air mudah surut selepas banjir.
Malah, kerajaan seharusnya menubuhkan pusat kajian banjir kebangsaan. Pusat ini
berperanan untuk menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan banjir. Pusat ini
bertanggungjawab mengeluarkan amaran banjir dan memastikan setiap bantuan
disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dengan lancar. Dengan kewujudan pusat
ini semua perancangan dan tenaga tidak dibazirkan tetapi digunakan sebaik
mungkin. Malah, pusat kebangsaan banjir ini juga mampu memastikan tidak berlaku
penyelewengan dalam pemberian bantuan banjir.
Malahan, semua pasukan keselamatan seperti polis, tentera, dan pasukan
pertahanan awam perlu bersedia. Semua cuti mereka harus dibekukan ketika
musim hujan. Mereka juga harus diberi latihan untuk mengendalikan mangsamangsa banjir atau keadaan banjir dengan lebih cekap lagi. Penggunaan peralatan
moden dan cukup seperti bot dan helikopter harus ditingkatkan. Persediaan ini
memastikan semua mangsa akan terselamat kerana mereka akan diselamatkan
oleh pasukan yang sudah terlatih dalam situasi bahaya seperti banjir.
Kutipan derma harus dijalankan oleh kerajaan beberapa bulan sebelum musim
hujan berlaku. Kutipan derma ini penting supaya semua masyarakat negara
berkongsi masalah negara tanpa memilih kaum. Wang derma yang sudah dikutip
boleh digunakan untuk merancang strategi yang mampu untuk menyekat masalah
banjir ini daripada berlanjutan. Kutipan derma ini juga membantu kerajaan kerana

kewangan kerajaan tidak akan terjejas lantaran rakyat sendiri sanggup berkorban
demi kebajikan rakyat senegara.
Selain itu, kerajaan seharusnya menjalankan kempen kesedaran terhadap isu ini
melalui media massa. Dalam kempen itu, pelbagai cara atau kaedah menghadapi
banjir dijelaskan kepada rakyat. Pengetahuan ini mampu digunakan oleh mangsamangsa banjir dengan lebih bijak demi keselamatan mereka.. Kemahiran ini juga
memastikan mangsa-mangsa banjir mengetahui cara-cara mendapatkan maklumat
seperti kewujudan pusat-pusat bantuan banjir dan keadaan cuaca semasa.
Pengetahuan ini memastikan mangsa-mangsa banjir tidak panik.
Kesimpulannya, banjir memang sukat diatasi tetapi sikap berwaspada mampu
mengurangkan impak bencana ini. Semua pihak tanpa perlu menuding jari haruslah
memainkan perana mereka dalam isu ini. Rakyat seharusnya lebih bersikap proaktif
dengan membuat persediaan awal mereka sendiri tanpa bergantung kepada
kerajaan. Kita tidak mahu pelbagai masalah wujud selepas bencana ini
surut.Mungkin peribahasa Sediakan payung sebelum hujan boleh menjadi
renungan semua.
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak
disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di
negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua
hidupan sehingga boleh membawa kematian.
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan
yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam
akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan
dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga
menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermoden. Kawasankawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan
bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.
Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir kilat kerana
apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah
dan kemudian bertakung, maka lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat
akan berlaku.
Hakisan sungai yang kerap berlaku juga boleh mendatangkan banjir kilat. Faktor
semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and
menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan
membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi
cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik
seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan
sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai

tersebut tidak dapat megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan
melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Hutan yang berperanan menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Hal ini
menyebabkan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan
yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam
sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang
banyak, maka berlakulah banjir kilat.
Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan
kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan
cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat
menampung sejumlah air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit
menyebabkan banjir kilat berlaku
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi dan
membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgahlangkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti
pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan betrerusan.

Dalam era modenisasi ini,kita dibanjiri dengan kepesatan ekonomi dan teknologi
yang semakin berkembang.Namun,Perkembangan ini bukan sahaja memberikan
kesan psitif malah,ia turut memberi kesan yang negatif.Bencana banjir kilat dan
tanah runtuh antara kesan negatif yang dibawa oleh arus pemdenan
ini.Persoalannya,apakah punca-punca kejadian seperti ini?
Antara punca berlakunya tanah runtuh termasuklah kemajuan dari sektor
ekonomi.Ekonomi yang semakin meningkat,secara tidak langsung telah membawa
kepada kejadian ini.Bencana ini berpunca daripada aktivit-aktiviti yang tidak
terkawal seperti kegiatan pembalakan.Disebabkan ingin mengaut
keuntungan,manusia sanggup melakukannya tanpa memikirkan kesan yang akan
berlaku kepada kehidupan flora dan fauna.
Selain itu,pembukaan petempatan di kawasan bukit telah menyebabkan
berlakunya tarahan bukit.Penebangan pokok yang tidak terkawal boleh
menyebabkan hakisan tanah.Ini kerana,struktur tanah sudah menjadi longgar
disebabkan ketiadaan pautan akar pada pokok.
Banjir kilat seringkali berlaku di kawasan yang semakin membangun seperti
bandar.Petempatan ini seringkali dikaitkan dengan bencana banjir kilat terutama
sekali apabila musim tengkujuh.Hal ini kerana bandar merupakan kawasan yang

bertanah pamah dan ditambah lagi dengan pengurusan sistem perparitan yang
tidak diselenggara.Sehubungan dengan itu,sikap "melempar batu sembunyi tangan"
menjadi pendorong kepada berlakunya banjir kilat di mana sampah yang dibuang
oleh manusia akan menyebabkan parit tersumbat.
Selain berfungsi sebagai penyerap karbon dioksida,pokok-pokok juga berperanan
dalam menjadi agen penahan air yang deras akibat hujan lebat yang berlaku di
kawasan berbukit berhampiran dengan kawasan bandar.JIka pokok-pokok tidak
ditanam di kawasan bandar,sudah tentu bencana tersebut akan melanda ke
kawasan tersebut.Sebagai akibat,bencana ini akan memusnahkan segala harta
benda dengan sekelip mata.
Kesimpulannya,bencana alam sebegini hanya akan memberikan impak yang
buruk kepada kita.Sebagai seorang manusia yang bertamadun kita haruslah
sentiasa berusaha untuk mengelakkan bencana seperti ini daripada terus berlaku
dengan mengambil iktibar daripada bencana tersebut.
Oleh itu kita haruslah berusaha menangani masalah ini bak kata pepatah "bumi kita
tanggungjawab bersama".

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di
negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan
kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan
kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.
Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata
tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah
yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air
dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan
Skudai dan Jalan Air Molek di Johor Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca
daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.
Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat.
Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah di
merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangan

sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat berlaku.
Contoh peniaga pasar malam sesuka hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang
tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan
punca terjadinya banjir kilat.
Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan
longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan
sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air
akan tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak
sempurna menjadi punca banjir kilat.
Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadang-kadang hujan
dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan ini semakin buruk dengan
fenomena El-Nino yang menyebabkan hujan lebat berterusan. Dengan ini, jelaslah bahawa
faktor iklim menjadi punca kepada banjir kilat.
Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat
perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak
memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas
sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa
binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama
bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat
dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat
kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat
juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir
kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca
terjadinya banjir kilat.
Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di
merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit
dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat.
Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan
tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan Skudai dan Jalan Air Molek di Johor
Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang
suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca
banjir kilat. Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang
membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak
memantau kawasan pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan
sampah menakung air dan banjir kilat berlaku. Contoh peniaga pasar malam sesuka
hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan
hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan
punca terjadinya banjir kilat.
Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna.
Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat
disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku
apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan
raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna
menjadi punca banjir kilat.
Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadangkadang hujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan
ini semakin buruk dengan fenomena El-Nino yang menyebabkan hujan lebat
berterusan. Dengan ini, jelaslah bahawa faktor iklim menjadi punca kepada banjir
kilat.
Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan.
Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju
perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa
binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan
tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku
apabila hujan turun dengan lebatnya.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting
agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami
kerana banjir kilat dapat dikurangkan.

Pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007, banjir telah menenggelami bandar
Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Sebanyak 100,000 orang mangsa terpaksa
berpindah ke pusat pemulihan mangsa banjir. Selain faktor cuaca, kejadian banjir
turut berkait rapat dengan perbuatan manusia yang tamak haloba dan tidak
menjaga alam sekitar kita. Bak kata peribahasa, di mana batang terguling, di situ
cendawan tumbuh semua pihak perlu mengaturkan usaha-usaha untuk
mengelakkan berlakunya banjir.

Untuk membendung berlakunya musibah ini, terlebih dahulu kerajaan harus


mempertahankan hutan yang sedia ada. Hal in demikian kerana hutan merupakan
kawasan tadahan air semula jadi. Air hujan yang lebat akan diserapkan ke dalam
perut bumi kita melalui akar tumbuh-tumbuhan. Sehubungan dengan itu, kerajaan
harus menggubal akta untuk melestarikan hutan rimba kita. Penguatkuasaan
undang-undang harus dilaksanakan agar menjatuhkan hukuman yang berat
terhadap mereka yang sanggup melakukan pembalakan haram. Natijahnya, usaha
memelihara dan memulihara hutan berupaya untuk membendung banjir.
Bukan itu sahaja, sistem saliran di negara kita perlu diperbaik sebelum berlakunya
banjir. Kebanyakan longkang dan parit sempit sahaja dan tidak dapat memuat
kapasiti air hujan yang lebat. Lebih-lebih lagi sungai kita semakin cetek akibat
hakisan tanah kerana penerokaan hutan dan sampah yang tersumbat. Dalam
konteks ini, kerajaan setempat dan Jabatan Kerja Raya perlu membina longkang dan
parit yang konkrit di samping mendalamkan sungai. Para pekerja majlis
perbandaran perlu sentiasa membersihkan sampah yang terdapat di longkang, parit
dan sungai. Lantas, kerajaan perlu menaik taraf sistem saliran di negara kita
daripada berlakunya banjir kilat.
Di samping itu, media massa perlu mengadakan kempen supaya orang ramai
memiliki kesedaran sivik terhadap alam sekeliling kita. Khalayak ramai perlu
diingatkan supaya tidak membuang sampah ke dalam parit dan sungai kita,
terutamanya penghuni rumah setinggan di sepanjang tebing sungai. Iklan,
dokumentari, rencana dan forum perlu diadakan supaya masyarakat kita mencintai
alam sekeliling kita . Hakikatnya, masyarakat kita perlu diingatkan supaya tidak
membuang sampah ke dalam sistem saliran kita.
Secara tuntasnya, banjir merupakan bencana alam yang tidak dapat dielakkan
tetapi risiko atau kerugian akibat banjir dapat diminimumkan jika semua pihak
bekerjasama untuk menanganinya. Bak kata peribahasa, Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna, kita perlu mencintai alam sekitar daripada
menyesal setelah menerima padahnya.

Anda mungkin juga menyukai