Anda di halaman 1dari 7

Perayaan Tradisi Orang Cina

February 12th, 2010 17 Comments

Sedar tak sedar, perayaan tradisi orang Cina yang juga


disebut perayaan tahun baru Cina akan disambut mulai
esok.  Suasananya amat terasa sekali di mana juga anda
berada, apatah lagi fakta dari Engine Answer Wolfram
Alpha mengatakan 23.7% daripada penduduk Malaysia
adalah suku kaum cina.
Istimewanya perayaan Tahun Baru Cina 2010.
1. Jatuh pada tarikh 14 Februari yakni hari berkasih sayang.
2. Tahun harimau yang membawa maksud berani, tegas,
kuat.
3. Kerajaan sambut dengan program mesra muhibbah.

Sejarah sambutan perayaan tahun baru cina.


Sejarah perayaan tahun baru Cina bermula beribu-ribu
tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama
‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini
membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan
makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan
malam.
Perayaan tahun baru Cina adalah menandakan permulaan
tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama
dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
‘cheongsam’, ia menjadi simbol tradisi kemeriahan
masyarakat cina.
Tujuan perayaan tahun baru cina.
Perayaan tahun baru Cinamelambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun
baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi
menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.
Bila perayaan tahun baru cina disambut?
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu
tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal
tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12
ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di
China.
Namun, adalah diketahui bahawa “bulan lompat” yang
dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan
matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti
Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud)
dan Zhou (menurut Sima Qian).
Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan
menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama
ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1,
atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM,
Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han
menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal
sampai masa ini.
Tarikh perayaan tahun baru cina yang bersamaan dengan
permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang
kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi
simbol tahunan kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha
telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya,
tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai
penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat
Cina Buddha.
Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet,
harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan
arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir
dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib
binatang tersebut.
Bagaimana perayaan tahun baru Cina disambut?
Sebelum Tahun Baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga
Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh,
kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau
nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang
berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput
nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada
malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib
baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang
mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna
merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah
mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa
Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan
pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan
terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena
jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk
memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan
kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina.
Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang
diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan
Hari Pertama.
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari
kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya,
terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri
daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah
dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.
Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina
merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang
tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh
keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau
moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa
sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru
sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
Hari Ke-2.
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari “membuka tahun”
(Cina Tradisional: 開 年 , Cina Ringkas: 开 年 , kāi nián)
menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi,
anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak
berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.
Hari Ke-3.
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang
tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas
kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai “mulut merah” ( 赤 口 chì kǒu),
yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat
dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga
yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa
tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai
tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun
Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari Ke-5.
Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃 子 ,
Cina Ringkas: 饺 子 , jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi
“pecah lima” ( 破 五 , pò wǔ). Ini juga merupakan ulang
tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan,
perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan
diserikan oleh pemetik api.
Hari Ke-7.
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai ( 人日,
pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia
setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang,
dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung
salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan
adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di
rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,
tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia
selain rantau tersebut.
Hari Ke-9.
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum
Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( 天 公
tiān gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai “tahun baru”
suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada
hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini
termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan
beberapa generasi lalu. Teh dituang sebagai adat bagi
menghormati orang ternama.
Hari Ke-15.
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang
diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵 節 ,
Cina Ringkas: 元 宵 节 ), atau Chap Goh Mei ( 十 五 暝 )
dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine.
Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓 , Cina Ringkas: 汤圆 ),
bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari
ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan
sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak
dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan
bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada
amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai
Perayaan Tanglung.

Anda mungkin juga menyukai