Anda di halaman 1dari 2

Makanan awak nampak biasa dan ringkas, betulkah rasanya sedap, kata lelaki

itu.
sekali awak rasa makanan saya tentu awak akan mencubanya lagi, kata Amirah
yakin. Awak pasti akan datang untuk makan lagi.
Saya akan mencuba makanan awak tetapi saya mahu membayar separuh harga
sahaja.
Oleh sebab lelaki itu adalah pelanggan pertamanya, Amirah bersetuju. Selepas
makan lelaki itu membayar setengah harga.
bagaimana rasanya? Amirah bertanya.
Awak akan dapat jawapannya pada besok hari, kata lelaki itu sambil berlalu dari
situ.
Lelaki itu sahajalah pelanggan Amirah pada hari itu. Dia berharap lebih ramai
yang akan datang pada esok hari. Keesokan harinya lelaki semalam membawa dua orang
kawannya untuk makan di gerai Amirah. Setelah beberapa hari berlalu, dua orang kawan
lelaki pertama membawa empat orang kawannya untuk makan di gerai itu. Akhirnya
kelapan-lapan lelaki itu dapat menyakinkan ramai kawan-kawannya untuk datang makan
di gerai Amirah.
Amirah pula sentiasa menghidangkan makanan yang sedap-sedap. Layanannya
juga cepat dan memuaskan. Amirah pula seorang yang bersopan-santun. Dalam masa
yang singkat, ramai orang di Kampung Sekayu mendapat tahu tentang gerai itu. Ramai
orang datang untuk menikmati kesedapan masakan Amirah. Perniagaannya semakin
berkembang.
Pada suatu petang, selepas menutup gerainya seperti biasa Amirah akan ke pasar.
Di pasar dia terus ke gerai Fatimah, penjual sayur. Amirah selalu membeli sayur-sayuran
keperluannya daripada Fatimah.
Saya dengar perniagaan awak semakin maju Amirah, kata Fatimah.
Syukur, begitulah nampaknya, kata Amirah.
Awak bodoh Amirah, kata Fatimah.
Dengan marah Amirah membaling terung di tangannya, sambil berkata, Apa
maksudnya?
Kenapa kamu menjual makananmu dengan separuh harga?

Perniagaanku baru bermula. Aku mahu mereka datang ke gerai aku, kata
Amirah.
Aku tahu ramai orang datang ke gerai kau sekarang. Inilah masanya kau
menaikkan harga!
Jika aku menaikkan harga makanan, tentu mereka tidak datang ke gerai aku,
kata Amirah, bimbang.
Mengarutlah. Mereka sukakan masakan kau. Tak ada gerai lain yang menjual
makanan sesedap gerai kamu. Mereka tetap akan datang walaupun kau menaikkan
harga.

Anda mungkin juga menyukai