Anda di halaman 1dari 3

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

Kampung Sawah Ring.


Lorong 4,
Kampung Baru Sawah Ring,
84700 Gersik, Muar, Johor.

013-6464266

Bil (26) dlm PJKKKSR/11/02


Tarikh : 31 Mac 2011
Kepada,
YB M Asojan
ADUN Gambir
YB
1. MOHON PEMASANGAN TIANG DAN BEKALAN ELEKTRIK LORONG 5 KANAN
KG BARU SAWAH RING.
2. MOHON TURAP TAR JALAN PARIT MOHD AMIN KE EMPANGAN BESAR
LEBIH KURANG 1 KM (DI SAWAH)
3. MOHON BINA JALAN PERTANIAN DARI JAMBATAN SUNGAI BARU HINGGA
KE SUNGAI MUAR.
4. MOHON TINGGIKAN JALAN TAR JALAN BENTENG, KG SAWAH RING.
Majlis perjumpaan mesra rakrat bersama YB ADUN Gambir dan Ahli Parlimen Ledang dengan
pemimpin masyarakat di Restoren Maju Sawah, Sawah Ring berkaitan dan dirujukkan.
2.
Perkara 1, Bekalan elektrik Lorong 5, Kg Baru Sawah Ring belum dilaksanakan jarak 350m.
Jalan tar sudah turap dan dilaksanakan (RM60,000). Terima kasih. Bekalan air sedang dalam proses
untuk dilaksanakan (RM80,000).Disertakan salinan fotostat surat permohonan saya kepada Dato
MB bertarikh 27.2.2009 dan surat Pejabat MBJ kepada Pegawai Daerah Ledang bertarikh 3.3.2009.
3.
Perkara 2, Turap tar Jalan Parit Mohd Amin . Disertakan salinan fotostat permohonan saya
kepada Jurutera Jabatan Pengairan dan saliran Daerah Muar bertarikh 15.4.2009 dan surat jawapan
JPS (bah. 2.3) bertarikh 26.5.2009.
4.
Perkara 3, Mohon bina jalan pertanian. Jawapannya terdapat pada surat Jurutera JPS Daerah
bertarikh 26.5.2009 (bah. 2.4).
5.
Perkara 4, Mohon tinggikan jalan tar di Jalan Benteng Sawah Ring.
a) Dari tiang letrik no JBR 10 hingga JBR 14
b) Dari tiang letrik no JBR 17 hingga JBR 24
Kawasan ini, jalan terputus kerana banjir 2006 dan 2011. Telah kemukakan kepada YB
M Asojan pada tahun 2007.
Semoga dalam tindakan YB jua. Terima kasih.

Saya dengan hormatnya,


Yang menjalankan tugas,
...
(HUSSIN BIN MOHAMED)

Sk.

1. Penghulu Mukim Gersik


2. Pegawai Daerah Ledang

( Melalui fax 07-7719591 )


Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung
Kampung Sawah Ring.
Lorong 4,
Kampung Baru Sawah Ring,
84700 Gersik, Muar, Johor.

013-6464266

Bil (26) dlm PJKK


Tarikh : 31 Mac 2011
Kepada,
En. S.Vadivelu (019-7733619)
Golden Kluang Sdn Bhd.
N0. 11 Tingkat 1, Jalan Kg Tengah 1,
Taman Fajar Jaya,
86000 Kluang, Johor.
Tuan,
Pemasangan Parit Simen U Sepanjang 1.5 KM Kg Sawah Ring, Gersik, Ledang, Johor.
Selaku kontraktor utama yang memasang parit U bermula pada 9.11.2010. Saya telah
menghubungi tuan melalui telefon pada hari Sabtu 26.3.2011 untuk berbincang berhubung dengan
masalah pemasangan parit U tersebut. Tuan berjanji akan datang tapi tak datang. Saya tunggu
sehingga jam 6.30 petang pada hari tersebut.
2. Masalah berbangkit.
2.1. Ada parit U yang patah dipasang juga. Lokasi hadapan Sek. Keb. Sawah Ring.
2.2. Tembok pagar sekolah yang pecah kerana kobe dibaiki tidak sempurna.
2.3. Parit U yang ditebuk untuk laluan air tidak kemas. Satu contoh di hadapan Pejabat
Pertanian Sawah Ring.
2.4. Jarak antara parit U agak besar lebih kurang 2 dan tidak ditutup dengan simen.
2.5. Pemasangan parit simen U simpang siur tidak lurus. Sukar dipasang capping beam.
Lokasinya terdapat di tiang letrik SR 61. Saya telah meminta sub kontraktor yang
memasang capping beam kawasan tersebut tinggal dahulu sehingga parit U diluruskan.
2.6. Terlalu banyak tanah dalam parit simen U yang tidak dikeluarkan . Kini sudah
dipenuhi rumput seolah-olah seperti parit tanah. Akan mendatangkan masalah kelak.
2.7. Saya dimaklumkan oleh sub kontraktor dari Mersing yang memasang parit U dan
tembok bahawa parit U ini dipasang melepasi bus stopsehingga ke satu tempat lebih
kurang 50m lagi pada jalan raya ada cat merah 1250. Benar atau tidak?. Perkara ini telah
saya kemukakan kepada Jurutera JKR Ledang tetapi tiada jawapan.
Selaku pengguna kami penduduk sepatutnya mendapat satu perkhidmatan yang baik mutu
perlaksanaannya tambahan pula kosnya mencapai jutaan ringgit. Menunggu jawapan segera.
Sk.
Yang menjalankan tugas,
...
(HUSSIN BIN MOHAMED)

1. Penghulu Mukim Gersik


2. Pegawai Daerah Ledang
4. ADUN Gambir
5. Jurutera JKR Ledang

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung


Kampung Sawah Ring.
Lorong 4,
Kampung Baru Sawah Ring,
84700 Gersik, Muar, Johor.

013-6464266

Bil (24) dlm PJKKKSR/11/02


Tarikh : 31 Mac 2011
Kepada,
Tuan / Puan,
_______________________________No K/P : ____________________________
_______________________________
BAYARAN WANG EHSAN BANJIR 2011
PUSAT PEMINDAHAN SEK. KEB. SAWAH RING
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya mendapat arahan Penghulu Mukim Gersik untuk dimaklumkan.
2.

Diminta tuan/puan hadir seperti kenyataan di bawah ;Hari


: Jumaat
Tarikh : 8 April 2011
Masa
; 7.00 pagi
Tempat
: Dewan Jubli Intan Tangkak

3.

Jika tuan/puan mewakilkan sesiapa pun mestilah ada surat rasmi bahawa tuan/puan memberi
kebenaran yang ditandatangani oleh tuan/puan sendiri.

4.
Sila bawa bersama surat ini semasa tuan/puan atau wakil pergi ke Dewan Jubli Intan,
Tangkak pada hari, tarikh dan masa yang telah dinyatakan.
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan jua.
Terima kasih.
Saya dengan hormatnya,
Yang menjalankan tugas,
...
(HUSSIN BIN MOHAMED)
Sk.

1. Penghulu Mukim Gersik


2. Pegawai Daerah Ledang
3. ADUN Gambir
4. Ahli Parlimen Ledang.

Anda mungkin juga menyukai