Anda di halaman 1dari 17

Topik 3: Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan

Pengenalan:
Objektif:
1. Menerangkan makna dan konsep kreativiti dan inovatif
2. Menerangkan proses kreativiti
3. Membuktikan teknik kreativiti
4. Memberikan contoh inovatif
5. Membincangkan halangan kreativiti dan inovatif

3.1 Apa itu kreativiti?


Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya kreativiti kepada usahawan?
Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan
Osborn (2003), kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya
dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.
Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks
di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan
permasalahan yang tidak tetap.

3.2 Proses Kreativiti


Adakah kreativiti amat perlu bagi pengusaha?
Seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk mengimplementasi strategi
baru. Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang
mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan dan memajukan
dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan
organisasi akan mendapat manfaatnya.
Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di
dalam proses kreatif iaitu:
1) Pengumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation)
2) Inkubasi (Incubation) Penetasan???
3) Idea
4) Penilaian dan Pelaksanaan

Fasa 1:
Pengumpulan Pengetahuan
Untuk memulakan proses kreatif, seseorang perlu bersedia mengumpul semua
informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti
membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama,
menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. Dengan
pendedahan begini, ia dapat memberikan pandangan yang luas mengenai
masalah dan mempunyai asas yang kukuh mengenai kreativiti demi untuk
membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan perniagaan.

Fasa 2:
Inkubasi
Di dalam fasa ini, seseorang individu mungkin tidak terlibat secara langsung
dengan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah
tersebut. Malahan mereka mungkin akan cuba membuangkan masalah tersebut
dan membiarkan minda bawah sedar (subconscious) melakukan tugas tersebut.
Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana
sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat,
membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain
badmintan atau sedang meditasi.

Fasa 3:
Idea
Ini merupakan fasa yang paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti. Dalam
fasa ini, jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah
dijumpai akhirnya. Kadang-kadang fasa ini juga dikenali sebagai faktor eureka.
Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan
sesuatu masalah secara tidak sengaja. Sebagai contoh: semasa makan,
berjalan, mandi dan sebagainya

Fasa 4:
Penilaian dan Pelaksanaan
Pada fasa terakhir, usahawan akan menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini
merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin,
keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan menentukan idea yang boleh
dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam
sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga
dalam idea kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya
kepada bentuk idea yang terakhir. Kemudian, usahawan tersebut boleh memilih
idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

3.3 Sekatan Terhadap Kreativiti


Kita perlu ingat tidak semua idea kreatif yang telah dihasilkan boleh diterima.
Kreativiti tidak bermakna ia tidak mempunyai sekatan, tidak mengalami
kecewaan dan tidak mengalami kegagalan. Terdapat empat sekatan terdapat
kreativiti iaitu:
a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)
Masalah utama yang menjadi penghalang kepada kreativiti adalah
kepercayaan yang kita tidak kreatif. Dengan ini kita telah menyekat daya
kreativiti dari berlaku. Sekiranya kita sering mengatakan yang kita bukan
seorang yang kreatif, maka tidak perlulah kita belajar untuk menjadi
seorang yang kreatif.
Tak perlulah bersusah payah melakukan sesuatu sekiranya yang jauh
dilubuk hati kita sudah mengatakan aku tidak boleh melakukannya.
Tidak ada istilah mencuba yang ada hanyalah istilah lakukan atau
tidak lakukan .
b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)
Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan
mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal. Untuk mengelak
dari di kritik, golongan seperti ini akan bertindak secara kebiasaan dan
menjadi pengikut sahaja. Mereka tidak akan melakukan perkara yang
berbeza.
Akan senantiasa ada manusia yang akan mengkritik usaha kita walau
pun idea tersebut baik(cemerlang)
Jadikan kritikan sebagai satu cabaran bukan satu masalah

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)


Persaingan di dalam pasaran, tugasan yang bertimbun, jadual yang padat
dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti. Ini
mungkin terjadi apabila keadaan kerja persekitaran tidak memberi ruang
untuk para pekerja menjadi kreatif. Dengan itu pekerja tersebut akan
melakukan tugas hanya untuk memenuhi kehendak tugasan.
d) Tekanan (Stress)
Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi
permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang
diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas
tersebut dengan efektif. Tekanan bukan sahaja boleh melemahkan
(menghabiskan) tenaga seseorang malah ia tidak elok untuk kesihatan.

3.4 Bagaimana untuk membina idea yang kreatif


Setiap manusia mempunyai cara berfikir yang tersendiri. Terdapat beberapa
teknik untuk membaiki kreativiti. Antara teknik tersebut adalah:

Brainstroming
Analogi Paksaan (Forced Analogy)
Do it
Peta Minda (Mind Mapping)
Kumpulan Nominal (Nominal Group)

a) Brainstorming
Brainstorming adalah teknik yang berkuasa (berpengaruh) dan selalu
digunakan untuk menghasilkan idea. Semasa sessi brainstorming, setiap
ahli kumpulan akan mencadangkan idea dan idea tersebut kemudiannya
akan dibincang bersama. Kumpulan brainstorming selalunya diantara
empat hingga tujuh orang. William, 2000 menjelaskan terdapat empat
peraturan apabila melakukan brainstorming:
i)
ii)
iii)
iv)

lagi banyak idea, lagi baik


semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam
gila atau tidak betul
gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak
idea
Idea berbentuk kritikan atau penilaiain (evaluation) tidak dibenarkan

b) Analogi Paksaan (Forced Analogy)


Analogi paksaan teknik yang berguna dan amat berkesan untuk menjana
idea. Sesebuah idea akan dibandingkan dengan masalah yang
4

mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung untuk mendapat pandangan


(insight) baru. Terdapat beberapa cara untuk memaksa hampir
keseluruhan hubungan dan mendapat jalan penyelesaian yang baru,
seperti anda dan sebatang pen, musik dan komputer, produk dan
pasaran. Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina
pandangan baru dan juga mencari jalan alternatif yang lain. Untuk
membina suatu hubungan, ia memerlukan pilihan terdapat sesuatu objek
atau kad bergambar yang akan membantu menjana idea. Pilih objek atau
kad tersebut secara rawak dan apa jenis hubungan yang boleh dipaksa.
c) DO IT
Langkah pertama untuk teknik DO IT, kita perlu menganalisa masalah
tersebut dengan memastikan soalan yang betul telah diajukan.
Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal untuk
membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Sekiranya
masalah tersebut nampaknya terlalu besar, pecahkan masalah tersebut
kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan masalah
tersebut secara singkat jika boleh.
DO IT singkatan untuk:
D
O
I
T

Define problem (kenal pasti masalah)


Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan
laksanakan teknik kreatif)
Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)
Transform (lakukan)

Langkah kedua, selepas berjaya kenal pasti masalah tersebut, keluarkan


(dijana) idea sebanyak yang mungkin untuk memperolehi jalan
penyelesaian terhadap masalah tersebut. Setiap idea yang dikeluarkan
(dijana) adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea tersebut baik
atau buruk.
Langkah ketiga, kita perlu melakukan kajian dan analisa secara terperinci
sebelum memilih cara yang terbaik untuk menyelesaian masalah tersebut.
Semua penyelesaian yang ada haruslah diperolehi dari langkah kedua
tadi.
Langkah keempat, selepas jalan penyelesaian terbaik dipilih, kini tiba
masanya untuk perlaksanaan. Dalam langkah keempat ini, ia melibatkan
pembinaan produk yang bersesuaian (reliable) dari idea yang dihasilkan,
pasaran dan strategi perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan
tenaga.

d) Peta Minda (Mind Mapping)


Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan
(word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat
secara non linear. Ia membantu kita melihat sesuatu masalah dan jalan
penyelesaiannya.
Kebanyakkan manusia menggunakan mind mapping semasa:
Brainstorming
Mengambil nota (taking notes)
Menyegarkan ingatan mereka (refreshing their memory)
Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan untuk menjana produk
baru, menyelesaikan masalah, plan strategi atau membangunkan sesuatu
proses. Kunci utama adalah untuk menjana idea dan menyelesaikan
masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea
dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja
idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin
berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan
penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.
e) Kumpulan Nominal (Nominal Group)
Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan
penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah
kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak
yang mungkin di dalam helaian kertas. Selepas itu, setiap ahli kumpulan
akan menyatakan idea mereka dan seterusnya idea tersebut akan
dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian.
Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana
yang terbaik.

Ciri-ciri individu yang kreatif


Terdapat lapan ciri individu yang kreatif:
1. Individu kreatif adalah seorang yang merendah diri (humble) dan bangga diri
(proud) dalam waktu yang sama.
2. Kebanyakkan individu yang kreatif perasaan yang amat kuat (passionate)
mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan seorang
yang sangat objektif mengenainya.
3. Individu kreatif adalah berani untuk mencuba idea yang baru.
4. Individu kreatif bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

5. Individu kreatif mempunyai kombinasi seorang yang suka bermain


(playfulness) dan seorang yang disiplin atau seorang yang bertanggungjawab
dan tidak bertanggungjawab.
6. Individu kreatif sering kali mempunyai kawalan diri yang baik.
7. Individu kreatif adalah individu yang mempunyai matlamat (goal-directed),
tidak tergesa-gesa dan membuat pertimbangan di dalam membuat sebarang
keputusan
8. Individu kreatif sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

3.6 Apa itu Inovasi?


Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian
terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya
melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi. Hari ini, inovasi
dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi. Syarikat yang
berjaya bersaing dan menang adalah syarikat yang membangunkan produk baru
atau sistem baru untuk mengeluarkan produk senantiasa membaharuinya.
Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk
menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik. Ini
bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak
akan membenarkan syarikat mereka berpuas hati dengan apa yang ada
(complacent), terutama sekali apabila pesaing akan menghasilkan idea yang
kreatif.
(Chell, 2001) Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang
baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan
pengeluaran (supply-demand equation).
Usahawan mencipta permintaan baru di dalam pasaran dengan menukar
kombinasi faktor pengeluaran untuk mencipta sesuatu yang baru. Oleh itu,
inovasi adalah kunci usahawan untuk bertahan (survival) di dalam keadaan
persaingan perniagaan yang sengit. Inovasi atau mati sepatutnya menjadi
prinsip harian kepada setiap usahawan.

3.7 Jenis Inovasi


Setiap orang di dalam perniagaan mestilah inovatif untuk membolehkan
perniagaan tersebut berubah dengan pantas sejajar dengan kehendak dan
keperluan pengguna. Kuratko dan Hodgetts, 2004 menyatakan terdapat empat
asas kepada inovasi:
1. Penciptaan (Invention) mencipta produk, perkhidmatan atau proses
yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba. Contoh:
Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse
2. Perluasan (Extension) Penambahan atau tambahan kepada produk,
perkhidmatan atau proses yang sedia ada. Contoh: Samsung yang
terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan
perniagaan mereka kepada automobil.
3. Duplikasi (Duplication) Proses membuat pendua (replication) terhadap
produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar
meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk,
perkhidmatan atau proses sedia ada. Contoh: Fungsi telefon bimbit
membolehkan kita berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan
lokais. Tetapi kini, telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan
seperti pemain mp3, MMS dan WAP.
4. Perpaduan (Synthesis) Proses untuk mengabungkan bahagianbahagian lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru
dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada.
Contoh: Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan
Internet.

3.8 Sumber kepada Inovatif


Usahawan memerlukan idea yang kuat sebelum beliau berupaya (inspire)
memberikan inspirasi kepada produk, perkhidmatan dan proses baru. Terdapat
empat punca sumber usahawan untuk inovasi. (Drucker, 1985; Kuratko dan
Hodgetts, 2004)
a) Secara tidak sengaja (Unexpected Events)
Usahawan selalunya memperolehi idea secara tidak disangka. Peristiwa
yang tidak disangka memberi peluang yang baik sekali untuk usahawan
menggunakan kepakaran mereka untuk melaksanakan aplikasi tersebut.
Kejayaan atau kegagalan yang tidak disangka boleh menjadi sumber
utama kepada inovatif apabila sesuatu tersebut tidak menarik perhatian
atau tidak dirancang.
b) Konsep pengetahuan yang baru (New-Knowledge Concept)
Pasaran masa kini, kita boleh memperolehi produk atau perkhidmatan
baru dengan mudah. Malah kebanyakkan produk atau perkhidmatan
adalah inovasi berdasarkan pengetahuan yang memerlukan masa yang
lama untuk melakukan penyelidikan dan dibangunkan oleh segolongan
pakar. Pengetahuan baru boleh diperolehi melalui pembacaan,
menghadiri seminar atau persidangan atau perbincangan diantara para
profesional.
c) Perubahan Demografis (Changes of Demographics)
Perubahan demografis terhadap umur, peringkat pendidikan, pendapatan
dan jenis pekerjaan telah menjadi sumber utama kepada inovatif kepada
usahawan. Penukaran terhadap ciri-ciri demografis telah mencipta
peluang yang besar untuk usahawan menjelajahi (explore). Sebagai
contoh: taraf hidup dan peningkatan pendapatan, permintaan terhadap
barangan mewah dan produk kesihatan telah juga meningkat.
d) Keperluan Proses (Process Needs)
Keperluan proses perlu wujud di dalam proses perniagaan, industri atau
perkhidmatan. Ia akan menjadikan proses yang sedia ada menjadi
sempurna, mengantikan mana yang lemah, mereka bentuk semula proses
sedia ada dan sebagainya. Semua ini menyediakan peluang untuk
usahawan untuk menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang
sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna. Contoh: di dalam
proses untuk menjadi masyarakat yang sihat, manusia akan mula
melakukan lebih kerap senaman. Dengan ini, usahawan boleh
menyediakan pusat penjagaan kesihatan untuk mereka yang berminat.

3.9 Halangan kepada Inovasi


Walaupun usahawan mempunyai banyak idea yang inovatif, namun terdapat
juga kekurangan yang menjadi penghalang kepada inovasi. Halangan kepada
inovasi sering kali berlaku di dalam organisasi, terutama dari kakitangan itu
sendiri. Di bawah senaraikan halangan kepada inovasi:
a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif
Sesetengah organisasi berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak
mahu sebarang perubahan. Bagi organisasi seperti ini, perubahan boleh
mengancam budaya dan prosedur organisasi tersebut. Dan kemungkinan
perubahan akan mengancam kedudukan mereka. Untuk mengelakkan
perkara ini dari berlaku, pihak pengurusan akan menolak atau mengelak
untuk memberi perhargaan kepada inovatif di dalam organisasi. Selain
dari itu, batasan diantara jabatan yang berlainan turut juga menghalang
berlakunya komunikasi untuk inovatif idea dikalangan kakitangan.
b) Tidak cukup sumber
Sesetengah organisasi hendakkan perubahan dan inovatif tetapi
menghadapi kekurangan sumber seperti sumber manusia, kewangan dan
kelengkapan yang menjadi satu benda yang penting untuk menjayakan
inovatif.
c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan (Traditional Management
Behaviour)
Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan daripada menjadi kreatif.
Ini berlaku apabila pengurusan dikawal oleh kakitangan yang telah lama
bertugas dan mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir dan
menolak sebarang perubahan.
Selain dari halangan berpunca dari organisasi, terdapat juga halangan datang
dari sikap individu itu sendiri seperti:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Takut untuk mencuba (fear to trying)


Takut untuk melakukan kesilapan
Motivasi yang salah (improper motivation)
Takut kepada perubahan
Takut kepada kegagalan (fear to fail)
Tidak percaya pada diri sendiri individu tersebut merasa diri mereka
terlalu tua atau tidak pandai untuk melakukan tugas tersebut. Akibatnya
beliau tidak mencuba untuk mencari jalan inovasi untuk mengatasi
masalah tersebut.

10

3.10 Pentingnya Kretiviti dan Inovatif untuk Usahawan


a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan (to
ensure an organisations survival)
Kreativiti dan inovatif adalah sangat penting untuk membolehkan
sesebuah organisasi bertahan dalam jangka masa yang panjang. Masa
hadapan sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan mereka
untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru. Sesebuah
organisasi tidak lagi boleh menunggu permintaan daripada pengguna,
organisasi haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para
pelanggannya.
b) Untuk meneroka pasaran baru
Dengan adanya produk dan perkhidmatan baru, usahawan boleh
mengambil kesempatan meneroka pasaran baru. Seorang usahawan
yang kreatif dan inovatif akan senantiasa berfikir untuk menguasai
pasaran baru dengan mengenalkan produk dan perkhidmatan baru.
Contoh: apabila Philips memperkenalkan pemain DVD yang pertama di
pasaran pada tahun 1995, ia berjaya menguasai keseluruhan pasaran
seluruh dunia.
c) Untuk mengguna sumber asli
Terdapat banyak sumber asli didunia ini. Usahawan seharusnya
mengunakan sumber ini tanpa melakukan sebarang kerosakkan kepada
alam sekitar. Malah kreativiti dan inovatif adalah pencipta sumber.
Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab untuk mencipta nilai
terhadap sumber asli tersebut untuk kegunaan manusia sejagat.

3.11 Strategi untuk mengalakkan Kreativi dan Inovatif


i)

Kenal pasti kebolehan sendiri adalah penting untuk mengetahui


yang kita mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara
kreatif dan inovatif. Tetapi berhati-hati dengan kebolehan sendiri agar
ia tidak menjadi penghalang kepada mencari jalan penyelesaian.

ii)

Tukar persepsi (pandangan) anda Cuba melihat sesuatu masalah


atau peluang dari berbagai sudut. Menguji masalah dan peluang
tersebut dengan memecahkannya menjadi pecahan-pecahan kecil,
cari masalah sebenar atau jalan penyelesaian yang terbaik.

11

iii)

Tukar budaya orgnisasi Organisasi mesti mengalakkan kakitangan


mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada
kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iv)

Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) Setiap kegagalan


atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam
mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Ujian 1
1. Apa itu kreativiti? Berikan definasi kretiviti?
Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan
kepada masalah dan peluang yang diperolehi.
Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks
di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan
permasalahan yang tidak tetap.
2. Secara ringkas terangkan proses kreatif.
a) Pengumpulan Pengetahuan
Perlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan
yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan
rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar
profesional atau bengkel dan sebagainya
b) Inkubasi
Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari
mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur,
berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut,
bermain badmintan atau sedang meditasi
c) Idea
Jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai
akhirnya. Dikenali sebagai faktor eureka. Kadang-kadang seseorang
boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
tidak sengaja.

12

d) Penilaian dan Pelaksanaan


Menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar
kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan
ketekunan.

3. Bagaimanakah cara untuk memperolehi maklumat yang relevan untuk


pengumpulan pengetahuan.

Mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini


melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja
dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel
dan sebagainya.

4. Terangkan langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif.

Menukar idea tersebut menjadi realiti.


Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian,
disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.
Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan
menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan.
Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea
kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada
bentuk idea yang terakhir.
Usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan
aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

5. Senaraikan dan terangkan halangan untuk kreativiti?


a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)
Kepercayaan yang kita tidak kreatif.
b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)
Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan
mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal.
c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)
Tugasan yang bertimbun, jadual yang padat dan permintaan segera akan
menyebabkan kurangnya daya kreativiti.
d) Tekanan (Stress)
Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi
permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang

13

diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas
tersebut dengan efektif.
6. Bagaimana anda mengeluarkan idea kreatif?

Brainstroming
Analogi Paksaan (Forced Analogy)
Do it
Peta Minda (Mind Mapping)
Kumpulan Nominal (Nominal Group)

7. Terangkan singkatan DO IT.


DO IT singkatan untuk:
D
O

Define problem (kenal pasti masalah)


Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan
laksanakan teknik kreatif)
Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)
Transform (lakukan)

I
T

8. Bagaimana caranya MIND mapping boleh menjana idea?

Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau


perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan
membangunkan pendapat secara non linear. Ia membantu kita
melihat sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya.
Digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah,
plan strategi atau membangunkan sesuatu proses.
Menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya
difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain,
jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut
di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin
berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan
penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

14

9. Apa itu kumpulan nominal?

Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari


jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam
sesebuah kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea
mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas.
Setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea dan seterusnya idea
tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan
(clarification) dan penilaian.
Ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang
terbaik.

Ujian 2
1. Senaraikan lapan ciri seorang individu yang kreatif
1. Seorang yang merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam
waktu yang sama.
2. Perasaan yang amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka,
walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yang sangat objektif
mengenainya.
3. Berani untuk mencuba idea yang baru.
4. Bersifat terbuka apabila menerima kritikan.
5. Kombinasi seorang yang suka bermain (playfulness) dan seorang
yang disiplin atau seorang yang bertanggungjawab dan tidak
bertanggungjawab.
6. Mempunyai kawalan diri yang baik.
7. Mempunyai matlamat (goal-directed), tidak tergesa-gesa dan membuat
pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan
8. anggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

15

2. Apa itu inovasi?

Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan


penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan
aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat
awal kepada inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci
kepada kejayaan banyak organisasi.
Nnovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk
baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik.

3. Terangkan secara ringkas empat jenis inovasi

Penciptaan (Invention) mencipta produk, perkhidmatan atau proses


yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.

Perluasan (Extension) Penambahan atau tambahan kepada produk,


perkhidmatan atau proses yang sedia ada.

Duplikasi (Duplication) Proses membuat pendua (replication)


terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini
bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian
tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada.

Perpaduan (Synthesis) Proses untuk mengabungkan bahagianbahagian lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru
dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia
ada.

4. Berikan beberapa contoh untuk setiap inovasi

Penciptaan (Invention) Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse

Perluasan (Extension) Samsung yang terkenal dengan produk


elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka
kepada automobil.

Duplikasi (Duplication) Fungsi telefon bimbit membolehkan kita


berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. Tetapi kini,
telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan seperti pemain
mp3, MMS dan WAP.

16

Perpaduan (Synthesis) Gabungan diantara komputer dan rangkaian


menghasilkan Internet.

5. Bagaimanakah usahawan
perkhidmatan dan proses?

memperolehi

idea

untuk

produk

baru,

i)

Kenal pasti kebolehan sendiri ukur baju sendiri

ii)

Tukar persepsi (pandangan) anda Cuba melihat sesuatu masalah


atau peluang dari berbagai sudut.

iii)

Tukar budaya orgnisasi Mengalakkan kakitangan mereka menjadi


kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan
yang
melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iv)

Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) Setiap kegagalan


atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam
mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

6. Apakah halangan untuk inovasi?


a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

Organisasi tidak mengalakkan inovatif


Tidak cukup sumber
Tingkah laku tradisi pihak pengurusan
Takut untuk mencuba (fear to trying)
Takut untuk melakukan kesilapan
Motivasi yang salah (improper motivation)
Takut kepada perubahan
Takut kepada kegagalan (fear to fail)
Tidak percaya pada diri sendiri

7. Mengapakah kreatif amat penting untuk usahawan.


a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan
b) Untuk meneroka pasaran baru
c) Untuk mengguna sumber asli

17

Anda mungkin juga menyukai