Anda di halaman 1dari 16

KESENIAN DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang nyata (waq'ie) dan sesuai dengan fitrah manusia,
pada semua tempat, zaman dan situasi yang menepati cita rasa, kehendak, sifat,
keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia.
Dalam diri manusia tertanamnya perasaan suka pada keindahan. Keindahan itu
dalah seni.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh
oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa.
Al-farabi : menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.
al-Ghazali : seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang
sesuai dengan fitrah.
Seni ada 2 tujuan :
i. Seni untuk seni : bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini
dibebaskan untuk apa-apa
tujuan sama ada mengandungi
unsur baik atau jahat.
ii. Seni untuk masyarakat : Seni dicipta utnu sesuatu tujuan maka ianya mestilah
difahami oleh
masyarakat yang digunakan
untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian :
i. Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara
dan sebagainya.
ii. Seni yg diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni
bina, seni pakaian dan
sebagainnya.
iii. Seni yg diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo,
teater, filem dan
sebagainya.
iv. Seni yg dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yg berbentuk
puisi dan prosa.

8.1 Konsep Seni menurut perspektif Islam

* Seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam.

* Perbezaan seni Islam dan bukan Islam sari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak
yang terkandung dalam hasil seni islam.
* Tujuan seni Islam adalah kerana Allah.
* Dalam pembangunan seni kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi
aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehiudpan manusia.
* Seni mestilah bersifat Amar makruf dan nahi mungkar.
* Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan keredhaan
Allah dan ketakwaan)
* Seni mestilah menjadi alat untuk meningkatkan ketqwaan.
* Hukum asal kesenian dan hiburan adalah HARUS
* menjadi haram kerana wujudnya perkara yang bertentangan dengan syara'

8.2 Prinsip-Prinsip Kesenian

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan


dan nilai-nilai persekitran dan sejagat.
- Alam sekitar gelerinya dan manusia menjadi seniman yang menggarap segala
unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan NYA.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek-aspek
estatika, kemanusiaan, moral dan lain2 lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kpd
keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri.
- menurut Islam kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke
arah ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar dr wahyu Allah, sama seperti undang2 dan syariat.
- Harus beradda di bawah linkungan dan peraturan wahyu.
- Ini membezakan kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama
manusia serta makhluk lain.

Terdapat 5 hukum dalam seni :i. WAJIB : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yg mana tanpanya individu
tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan
mencantikkan reka bentuk masjid serta seni taman bagi maksud menarik orang
ramai untuk mengunjungi rumah Allah tersebut.
ii. SUNAT : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat
penyatuan uamt islam seperti nasyid, qasidah dan selawat kpd rasulallah dalam
sambutan maulidur rasul dan taranum (seni lagu) al-Quran.
iii. MAKRUH : Jika kesenian itu membawa unsur-unsur yang sia-sia (lagha) seperti
karya seni yang tidak diperlukan manusia.
iv.HARAM : JIka kesenian itu berbentuk hiburan yang :
1. Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan2 yang berupa
tanggungjwab asas
terhadap Allah khasnya spt ibadat fardu ain dan
kifayah.
2. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dpat membezakan
antara yang hak
(betul) dan yang batil ( palsu).
3. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan
pelbagai maksiat lain.
4. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
spt pergaulan bebas
dlm bentuk bersuka-suka yang melampau.
5. Objek atau arca dl bentuk menyerupai patung sama ada dibut dr kayu,
batu dll.
6. Disertai dgn alat muzik yang diharamkan oleh Islam spt alat tiupan,
bertali, tabuhan yg
bertutup bahagian atas serta alat muzik
tekanan jari. Setengah ulama mengatakan harus
digunakan dlm
pendidikan dan tidak menarik kpd konsep al-malahi(hiburanyg keterlaluan).
Alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah.
7. Seni yang merosakkan akhlak dan memudharatkan individu atau yang
berbentuk tidak
bermoral seperti tarian.
8. Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat untuk
menunjuk-nunjuk dan
kesombongan.
v. HARUS : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

8.3 Bidang-bidang kesenian

8.3.1

Tulisan (Khat)

- khat, segala tulisan yang cantik untuk hiasan


- menjadi haram sekiranya digunakan untuk fitnah, lucah, syirik dan sebagainya
* Kepentingan seni khat :
i. Ia mempunyai kaitan dgn peningkatan tahap tamadun itu sendiri. sebab itu ia
merupakan hasil
aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
ii. salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam
membaca dan menulis
ayat2 al-quran dgn baik. Dan dengan cara ini difikirkan
untuk memudahkan lagi mereka mempelajari
dan menghafalnya.
iii. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta
citarasa penulisnya.
iv. Rasulallah menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasulallah bermaksud "
Hendaklah kamu
mengindahkan seni khat kerana ianya antara kunci
sumber rezeki".
v. Saidina Ali (k.w) pernah berkata : " Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis
kerana tulisan
merupakan perkara paling mustahak dan menyeronokkan".

* Jenis-jenis khat :i. Khat Khufi : berasal dr Kufah.


ii. Khat Riq'ah : dapat ditulis dgn cepat

8.3.2 Penulisan
* Dikaitkan dengan seni kesusasteraan.
* Mendapat sambutan hangat umat islam kerana seni ini bersumberkan ayat alquran dan al-sunnah.
* al-Quran dilihat dr segi keindahan bahasa dan isi kandungannya.
* al-Quran berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan arab dr
segi keindahan bahasa
* Ramai arab Quraish memeluk Islam kerana mendengar al-Quran seperti Umar alKhattab, al-Walid al-Mughirah, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.

* Selain al-Quran kesusteraan islam meliputi Syair, Ruba'i, Burdah dan prosa dll.

8.3.3

Lukisan dan arca

-Dikenali juga sebagai seni halus.


- Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya
tertera pada helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga dan
gambar berbentuk Arabesque dgn pilihan warna emas.
- Seni lukis islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-benda bernyawa yg boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa
atau patung.
- harus melukis dan membentuk sesuatu yang tidak bernyawa
- haram membentuk patung dan melukis makhluk yang bernyawa
- dibolehkan melukis makhluk yang bernyawa kerana keperluan yang diiktiraf
seperti
pendidikan.
- gambar foto tidak termasuk dalam lukisan tetapi mestilah memenuhi syarat :
1) Menutup aurat sekiranya untuk umum
2) Tiada pergaulan bebas, percampuran dengan bukan mahram

Matlamat kesenian

- Seni dalam islam tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun


keseronokan semata.
- Seni islam dibentuk untuk melahirkan seseornag yang benar-benar baik dan
beradab.
- Motif seni islam mesti bermatlamatkan :
~makruf ( kebaikan)
~halal
~berakhlak.

- menanam rasa khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan jiwa


manusia sebgai makhluk Allah yg diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada
keindahan.
-Kesenian Islam terpancar dari tauhid yang merupakan yang merupakan satu
penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan allah swt.
- Seni perpaksikan tauhid dapat menanam sikap bertaqwa dan beriman.
- Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan emosi.
- seni dalam islam merupakan keperluan tahsiniat
- mengisi kekosongan masa, masa yang kosong kalau tidak diisi dengan perkara
kebaikan atau paling kurang perkara harus
atau makruh, masa itu akan diisi dengan perkara kejahatan.
- salah satu cara berdakwah
ejarah perkembangan Ukiran kayu
Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun
demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara
menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu.
Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan
mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah
kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh
Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat
keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada
tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka
sebagai Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih
awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya.
Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam
hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera
Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang
mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu
adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa
dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran
masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir
negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini
telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

BENTUK-BENTUK UKIRAN
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang
ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus
bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran
tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian
selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah
awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang
menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke
dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang
menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek.
Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

b. Ukiran Bunga Timbul


Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat.
Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada
kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik
berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik.
Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang
rumah dan sebagainya.

d. Ukiran Kayu Hanyut


Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf
tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut
diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan
sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam
sungai.

TOKOH-TOKOH UKIRAN
1.Encik Latiff bin Long
Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir
ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga
yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga
terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut
yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran
ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi
pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam
Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah
pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh
Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
2. Tuan Haji Wan Su bin Othman
Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut
Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup
mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh
Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini
adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di
Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
Anda mungkin juga meminati:
Ukiran Kayu
Pengenalan.
1. Merupakan satu seni ukiran tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur

alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka.


2. Termasuk dalam seni Mukaddas yang bermaksud mempunyai maksud yang
tersirat selain maksud yang tersurat.
3. Motif yang digunakan spt. motif awan larat atau ragam hias yang diambil dari
unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri.
4. Hasil ukiran Melayu dapat dilihat pada istana lama, rumah tradisional, masjid,
makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan harian.
5. Selain daripa itu hasil ukiran juga dapat dilihat pada:
a. Istana Kenangan, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak
b. Istana Balai Besar, Kedah
c. Istana Tengku Nik( Muzium Induk Negeri Terengganu)
d. Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan
e. Masjid kampung keling, Melaka
f. Rumah-rumah Melayu kayu di negeri Perlis, Melaka dan Johor
g. Masjid kampung Laut, Kota Bharu Kelantan.
Prinsip Ukiran
1. Sebagai pelengkap dan penyokongkepada sessuatu reka bentuk
2. Jenisnya ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaan
3. Motif perlu harmoni dengan persekitaran. Biasanya motif flora digunakan sbgai
lambang keindahan persekitaran.
4. Penerapan falsafah dan kerohanian orang Melayu, disamping mengekalkan nilainilai keagamaan.
Jenis-jenis ukiran
1. Ukiran Bunga timbul
-tidak tembus spt terdapat pada perabot, mimbar masjid dan panel
2. Ukiran Larik
-berbentuk bulat
-terdapat pada tiang rumah dan tiang pemegang tangga rumah tradisional
3. ukiran tebuk tembus
-dihasilkan pada sekeping papan yang ditebuk hingga tembus
-terbahagi kepada ukiran tanpa silat dan ukiran bersilat
-berfungsi sebagai hiasan dan pengalir udara tradisional , spt terdapat pada
selasar( serambi) dan bahagian atas dinding rumah
4. Ukiran arca
-berbentuk tiga dimensi
-terdapat pada kepala keris, hulu senjata, senduk, kukur kelapa dan congkak
5. Ukiran Layang
-ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul pada permukaan
-terdapat pada perabot almari, katil, bermotif ringkas dan menggunakan teknik
guris di permukaan kayu.
POLA CORAK

- corak yang dipilih mengikut kesesuaian fungsi ukiran


-tiga jenis pola iaitu Pola Bujang, Pola Pemidang dan Pola lengkap

PERALATAN
1. Peralatan tradisional
2. Peralatan moden
Jenis Peralatan
1. Pahat -menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak
diperlukan
2. ketam kayu- melicin dan meratakan permukaan kayu
3. Cetar- membentuk asas kayu secara kasar
4. tukul kayu- mengetuk pahat dalam proses mengukir
5. gergaji kecil- memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan
6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis
7. daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak yang telah diukir

8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran


9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki
10. Gergaji kecil(jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang dikehendaki
11. Mesin gerudi- Menebuk lubang
12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut
13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.

BAHAN
1. Kayu yang jenis halus dan liat uratnya
2. Kayu yang tua dan benar2 kering
3. Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong
PEWARNA
1. Kunyit, mirathon,kiwi, syelek, dan bahan kimia yg. terdapat di pasaran
GAM
- Utk melekatkan papan dan kayu yang disambung
PROSES MENGUKIR
1. Penyediaan kayu
2. Mengukir
3. Kemasan

BENTUK SILAT
a. Silat leper c. Silat serong
b. Silat belah rotan d. Silat Minang kabau

e. Silat dada tuna

Anda mungkin juga menyukai