Anda di halaman 1dari 10

Adab dalam media sosial : Hak Kebebasan individu atau common sense?

Perkembangan teknologi yang sentiasa berkembang telah memberi kesan kepada


kehidupan dan persekitaran manusia. Jika pada zaman awal, manusia menghantar
maklumat melalui utusan burung merpati atau utusan manusia, kemudian zaman
mula berkembang apabila manusia mula menguasai sistem tulisan dan berutus
surat. Sekitar abad ke-19, dunia Barat berjaya mencipta teknologi telegram yang
disampaikan melalui kod khas; kod Morse. Di sini mampu dilihat bahawa teknologi
adalah sentiasa berkembang, sehinggalah pada abad ke-21 ini pelbagai teknologi
canggih yang pada awalnya tidak terfikir ia mampu direalisasikan.
Namun, apa yang ingin ditekankan disini adalah kewujudan media sosial yang
merupakan salah satu hasil teknologi ciptaan manusia. Revolusi teknologi telah
berjaya mengubah cara berkomunikasi manusia. Media sosial merupakan media
baru yang sangat berpengaruh dan mempunyai bilangan pengguna yang tinggi
terdiri daripada segenap lapisan masyarakat dengan golongan muda menjadi
penyumbang utama kepada kemeriahan media sosial hari ini. Andreas Kaplan dan
Michael Haenlein mendifinisikan media social sebagai sebuah aplikasi berasaskan
internet yang membangun atas dasar ideology dan teknologi Web 2.0 dan yang
membolehkan penciptaan dan pertukaran (2010). Media ini juga dikategorikan
sebagai wajib bagi sesetengah golongan masyarakat sehinggakan keputusan
pantas juga boleh dibuat menerusi aplikasi dalam talian ini. Kemeriahannya boleh di
lihat menerusi statistik bilangan pengguna sehing mencecah jutaan pengguna dan
terus berkembang tanpa henti. Media sosial ini dipelopori oleh kuasa besar dunia
seperti Facebook, Whatsapp, Wechat, Twitter, Instagram, Blog, Youtube dan
sebagainya. Media social ini bersifat komunikasi dua hala dan tidak memberikan
limitasi untuk member pendapat atau pandangan mereka, bukan sahaja kepada
individu komunikasi mereka sahaja bahkan ada di antara media ini bersifat global
dan terbuka untuk dipertontonkan kepada sesiapa tanpa halangan. Sejak kewujudan
Internet, penyebaran informasi dan maklumat telah berkembang dengan pesat.
Sekiranya dahulu berita berkenaan sesuatu hal hanya dapat diketahui selepas
beberapa ketika, kini berita dapat dikhabarkan dalam masa beberapa saat.
Kewujudan media sosial merancakkan lagi penyebaran maklumat dalam masa
singkat, sekaligus menjadi peralatan penting baik untuk berhubung malahan, mampu

melakukan perkara yang tidak digemari. Berbeza dengan media konvensional


contohnya televisyen, radio dan media cetak yang tidak berupaya untuk menjadikan
komunikasi dua hala seperti media baru ini. Teknologi yang berkembang pesat ini
telah menginovasikan telefon bimbit sebagai medium untuk mengakses media social
dengan lebih mudah, lebih efisien dan lebih elegan. Media tradisional juga telah
mengubah corak penyampaian berita mereka seiring dengan perkembangan media
social dengan mengaplikasikan media ini dalam menyampaikan berita. Oleh itu
kepentingan media social dalam menyampaikan sesuatu berita itu tidak boleh
dinafikan dan tidak boleh diperkecilkan sumbangannya kerana pada abad ini
medium komunikasi yang paling popular sehingga menjadi sebahagian hidup
sesetengah penggunanya. Tahun lepas sahaja 2015 dianggarkan 25 juta bilangan
pengguna internet di Malaysia menurut Laporan Ekonomi

2013/2014 yang

disediakan oleh Kementerian Kewangan. Angka-angka ini menunjukkan bahawa


dunia internet kini sudah mampu dimiliki oleh orang-ramai dan kadar langganan
internet yang meningkat saban tahun. Berdasarkan statistik terkini di laman
Statistika, penggunaan harian media sosial oleh pengguna Internet secara global
telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Pada
2016 yang akan menjelang tidak lama lagi, pengguna media sosial sedunia
dijangkakan mencecah dua bilion. Facebook masih media sosial paling popular pada
2015 dengan 1.5 bilion pengguna aktif sebulan. Walaupun begitu, setiap perkara itu
pasti ada kelebihan dan kekurangan tidak kurang juga kebaikan dan keburukannya.
Justeru itu, pengguna media social mestilah mempunyai etika dan adab semasa
berada di ruang alam maya ini. Setiap gerak-geri komunikasi di media social sukar
dikawal dan menyebabkan kesan yang buruk ke atas pengguna tersebut. Sesuatu
media yang baik jika disalahgunakan sudah pastilah ada kesan kepada masyarakat,
komuniti dan Negara. Contohnya akhir-akhir ini terdapat pengguna yang mengambil
kesempatan

untuk kepentingan

peribadi

dan

masing-masing

berani

untuk

mengeluarkan teori rekaan dan imaginasi mereka untuk mempengaruhi pembaca


yang lain menerusi tulisan mereka. Ramai di antara pengguna tidak sedar bahawa
kewujudan peruntukan undang-undang yang mengawal selia urusan berkaitan
internet menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tujuan akta ini digubal
bagi menangani isu-isu sensitive terutamanya berkaitan isu perkauman dan agama.
Pengguna internet perlu mengamalkan gaya hidup yang harmonis, toleransi dan
rasional ketika melayari sebarang media social supaya boleh mengelakkan

sebarang pertelingkahan dan melibatkan tindakan undang-undang diambil ke atas


mereka. Setiap individu perlu berhati-hati dalam setiap perkongsian dan komen yang
dimuat-naik supaya risiko berlakunya penyalahgunaan media social dapat
dikurangkan.

Adab dalam media sosial


Rakyat Malaysia sangat dikenali dengan kayanya dengan ada dan tatasusila
semasa berkeluarga dan bermasyarakat tetapi karakternya berubah apabila
berhadapan dengan media social. Mereka lebih agresif daripada penampilan diri
mereka sendiri. Walaupun hanya segelintir yang bersikap begitu tetapi ianya turut
memberikan imej negative kepada setiap individu. Agresif mereka ini dipengaruhi
dengan emosi yang boleh menyebabkan mereka hilang kawalan dan kewarasan
ketika

mengangkat

atau

mempertahankan

komen

dan

hujah

mereka.

Walaubagaimanapun, komunikasi merupakan aspek yang penting dalam kehidupan,


dengan kepesatan perkembangan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT)
komunikasi telah melalui suatu perubahan yang sangat besar dalam sejarah
komunikasi dunia. Dengan ICT inilah segala maklumat dan komunikasi ini boleh
berlaku dengan cepat, cekap dan berkesan. Namun begitu, hak kebebasan individu
tidak seharusnya digunakan untuk melakukan penyalahgunaan terhadap hak yang
diperuntukkan perlembangaan iaitu kebebasan bersuara. Hak kebebasan ini tidak
boleh disertai dengan menyakiti hati dan perasaan individu lain. Cuba lihat
bagaimana sikap biadap Charlie Hebdo yang menghina agama Islam menerusi
karya sampahnya yang menyaksikan ketidak tenteraman awam. Kuasa untuk
bersuara tanpa sempadan juga perlu digunakan oleh setiap individu dengan
bijaksana dan mempunyai etikanya yang tersendiri. Adab ini juga tidak hanya
terletak kepada individu yang memuatnaik sebarang post tetapi juga individu yang
turut serta memberikan komen adakah ianya masih di dalam konteks apa yang cuba
disampaikan. Bagaimanakah mungkin media social hari ini mampu untuk
melahirakan individu yang berakhlak mulia yang dapat memberikan sumbangan
kepada pembangunan Negara jika kita terdedah kepada perkara yang melalaikan.
Pendedahan aktiviti harian secara melampau di media sosial akan memudaratkan
pengguna. Pendedahan secara melampau bermaksud, semua aktiviti yang

dilakukan seharian dimaklumkan secara terperinci termasuklah menyatakan secara


jelas benda berharga yang dimiliki seperti jam tangan mewah, barang kemas, duit,
dan alatan berharga. Situasi ini mampu menarik perhatian orang ramai untuk
memanipulasikan maklumat tersebut dengan niat yang tidak baik. Pendedahan
alamat rumah yang lengkap, gambar setiap bahagian rumah secara terperinci,
makluman tentang ketiadaan di rumah kerana keluar berjalan-jalan atau melancong
juga dapat mengundang bahaya kepada harta benda kita. Di samping itu juga sikap
tidak baik sesetengah individu yang menyebarkan berita-berita palsu dan tidak tepat
dengan sewenang-wenangnya. Lazimnya penyebaran maklumat dilakukan dengan
berkongsi sesuatu perkara melalui media sosial. Kita kongsi sesuatu kerana
mungkin kita merasakan yang perkara itu penting untuk diketahui oleh orang lain,
atau kita merasakan perkara itu bermanfaat untuk diketahui oleh orang lain.
Bagaimanapun, perbuatan kongsi maklumat ini boleh menimbulkan masalah
apabila perkara yang dikongsi itu tidak disahkan kebenaran, ketepatan atau
kesahihannya terlebih dahulu. Masalah juga timbul apabila perkara yang dikongsi
tidak memberikan manfaat, sebaliknya membawa mudarat. Pengguna media sosial
juga wajar peka bahawa perbuatan mengongsi aib orang lain juga adalah perbuatan
yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. Malah, jika perkara yang dikongsi
itu

mengandungi

unsur-unsur

dosa

dan

maksiat

termasuklah

penipuan,

pembohongan dan lain-lain, maka ia juga sesuatu yang tidak wajar dilakukan.
Hakikatnya, media sosial telah membuka era public journalism iaitu era yang
menyaksikan sesiapa sahaja boleh menjadi 'wartawan'. Dalam kata lain, sesiapa
sahaja yang mempunyai peranti pintar dan capaian kepada Internet boleh
melaporkan sesuatu perkara yang berlaku dalam bentuk audio, video, gambar atau
kombinasi mana-mana atau kesemua tiga bentuk ini. Masyarakat hari ini bukan lagi
menjadi pengguna berita semata-mata tetapi kini telah diupayakan oleh media sosial
untuk menjadi penulis, penyampai dan penyebar berita, persis golongan wartawan.
Walau apa juga sebab kita menggunakan media sosial, kita perlu memberikan
perhatian kepada adab penggunaannya. Dalam hal ini, Islam telah memberikan
prinsip-prinsip umum yang boleh diaplikasi sebagai adab khusus penggunaan media
sosial. Sehubungan itu juga kita dapati ledakan maklumat yang dibawa oleh
perkembangan teknologi maklumat ini turut membawa perubahan kepada kaedah
untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Perubahan yang berlaku kini amat hebat
dan pantas. Sebarang kelekaan dan kealpaan boleh menyebabkan individu itu

terpinggir,

tertinggal

atau

barangkali

tercicir

dari

arus

perdana.

Hak Kebebasan atau common sense


Cabaran paling besar berkenaan dengan media sosial boleh dirumuskan
sedemikian; bagaimana kita boleh mengimbangi kebebasan bersuara dan
mengeluarkan pendapat dengan had ke atas kebebasan-kebebasan tersebut.
Cabaran ini bukanlah sesuatu yang mudah ditangani, apatah lagi jika diambil kira
bahawa media sosial sentiasa berubah dan berkembang. Malangnya, tindak balas
pemerintah dalam menangani cabaran ini tidak berkadar, atau disproportionate
dengan masalah yang ingin ditangani. Pemerintah bertindak untuk menutup ruangruang demokratik yang sebelum ini terbuka dan ini telah sedikit sebanyak
mewujudkan chilling effect atau kesan ketakutan ke atas kebebasan bersuara dan
mengeluarkan pendapat. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Jangan kerana kesan buruk media sosial, kebebasan disekat semberono.
Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah hak yang dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan dan hak ini boleh disekat hanya sekiranya dibenarkan
oleh Perlembagaan itu sendiri. Maka pendekatan kita dalam menghadapi cabaran
media sosial mestilah menjurus kepada mendukung kebebasan bersuara dan
mengeluarkan pendapat. Undang-undang hanya wajar diguna pakai dalam keadaankeadaan yang istimewa. Sekatan yang dikenakan mestilah munasabah dan
berkadar. Ia mesti ditentukan dengan tepat dan jelas tanpa ruang untuk
mengaplikasikan sekatan tersebut secara arbitari dan terpilih. Had kebebasan
bersuara tidak wajar diletakkan pada tahap yang terlalu rendah. Undang-undang
tidak wajar digunakan setiap kali ada orang berasa tersinggung dengan kata-kata
orang lain. Dalam keadaan tersebut, kerajaan tidak perlu melibatkan diri. Ya,
memang kita marah apabila kita lihat agama, bangsa atau agama kita dihina. Tetapi
itu tidak cukup untuk mewajarkan tindakan diambil ke atas mereka yang menghina.
Ini kerana tahap toleransi kita berbeza, bergantung pada individu. Perkara yang
menyinggung sensitiviti seseorang mungkin tidak menyinggung sensitiviti orang lain.
Amalan kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat hanya wajar diambil
tindakan sekiranya ia mengancam kemudaratan fizikal ke atas individu atau harta
benda. Ini memastikan bahawa had kebebasan bersuara tidak hanya menjadi suatu

hak ilusi dan tidak berkesan. Kita harus sedar bahawa masyarakat kita sebenarnya
semakin

matang.

Media

sosial

merupakan

suatu

elemen

penting

dalam

perkembangan masyarakat kita. Amalan demokrasi yang kita dukung dan proses
pematangan masyarakat ini bergantung kepada ruang-ruang bebas dan demokratik
yang sedia ada. Untuk menyekat kebebasan hanya kerana kemudaratan yang boleh
dibawa oleh media sosial akan mengakibatkan terbantutnya pertumbuhan
masyarakat dan negara kita. Dengan berdasarkan ilmu dan iman, sepatutnya ianya
menjadi common sense apabila kita menggunakan hak kita untuk bersuara.
Common sense untuk tidak bertindak terlalu emosional dan mengakibatkan kesan
yang lebih mendalam. Hak kebebasan bersuara ini mesti digunakan melalui saluran
yang betul dan lebih rasional tanpa terikut-ikut dengan emosi sahaja. Media social
bukan medan untuk kita melepaskan segala-galanya yang tersemat di hati.
Pengguna internet dan media social mestilah menekankan etika, berhemah dan
bertanggungjawab menggunakannya.
Cadangan
Majlis Profesor Negara mengambil pendirian bahawa pengguna perlu dididik untuk
lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial. Pelbagai kaedah boleh
digunakan

untuk

memastikan

pengguna

mematuhi

undang-undang

dan

menggunakannya secara beretika. Pendidikan boleh membentuk budaya bermedia


sosial yang lebih efektif, mampan dan sesuai dengan nilai murni Malaysia. Media
sosial juga mengakibatkan tekanan hidup dalam kalangan masyarakat terutama
golongan remaja. Arnett (1999) menggambarkan kehidupan remaja sebagai
kehidupan yang sentiasa bergelora. Sikap mengejar kemewahan penggunaan media
sosial menjadi satu budaya dalam kehidupan masa kini. Keterlaluan penggunaan
media sosial menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau
kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga
menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Cara menangani kesan media sosial
adalah

melalui

pemikiran

yang

positif

menjadikan

seseorang

itu

mampu

menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa


tertekan. Masalah atau tekanan adalah sebahagian daripada asam garam
kehidupan. Manusia tidak dapat mengelak daripada mengalami tekanan, namun

mempunyai kekuatan dan upaya untuk mengurus tekanan dan menyelesaikan


masalah. Malah, tekanan juga memberi dorongan untuk seseorang melonjakkan diri
mereka ke arah hidup yang lebih cemerlang sekiranya mereka dapat menguruskan
tekanan dengan baik. Kerajaan juga hendaklah memainkan peranan untuk
mengurangkan kejadian media sosial yang mendatangkan tekanan kepada
masyarakat. Pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang dan peraturan
terhadap segala kegiatan penyalahgunaan media social. Dalam bahagian akhir ayat
30, Surah al-Hajj, disebutkan supaya kita menjauhkan diri daripada perkataan yang
dusta. Natijahnya di sini adalah dalam menggunakan media sosial, kita perlu
memastikan bahawa hanya perkara yang benar sahaja disampaikan dan
dikongsikan. Internet dan media sosial jika diberikan aksesnya secara melulu tanpa
pengawasan,

kelak

boleh

membuatkan

anak-anak

terpesong

dengannya.

Kegahirahan pengguna media sodial mendedahkan maklumat peribadi kepada


pengguna yang lain member peluaang kepada penjenayah dan member implikasi
buruk kepada diri sendiri. Oleh itu, aspek perundangan dilihat mampu mengekang
situasi ini dari berlaku dan berkuasa mengheret mana-mana individu ke muda
pengadilan di atas perbuatan jenayah siber. Kajian yang menyeluruh perlu
diperhalusi cara untuk menangani perkara-perkara barudalam internet yang
mengganggu hak indivicu seperti perbuatan menghina, merosakkan nama baik
individu dan reputasi seseorang, membuli serta jenayah melalui media social.
Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib melaksanakan pemantauan
dan tindakan, maka jika perlu kuasa itu ditambah maka perlulah undang-undang
dipinda atau undang-undang baru dibuat. Undang-undang sedia ada sudah cukup,
cuma ia sentiasa perlu dikaji semula untuk menangani isu-isu baru. masalah dan isu
penggunaan media sosial belum di tahap kronik yang boleh membawa keburukan
kepada rakyat dan negara secara keseluruhan. Sekatan-sekatan di negara-negara
tertentu disebabkan budaya yang diamalkan tidak selaras degan adab dan etika
kaum dan agama negara tersebut membuatkan banyak sekatan dibuat seperti di
China dan Iran. Perkara penting ialah memberi ilmu kepada pengguna internet
mengenai etika dan adab yang perlu ketika melayari internet dan menggunakan
media sosial. Rakyat Malaysia perlu menjadi pengguna media sosial yang bijak dan
berhati-hati kerana media sosial boleh dijadikan sumber untuk perlakuan jenayah.
Jika penggunaan media sosial boleh membawa bencana kepada diri sendiri
mengapa perlu diteruskan? Oleh itu kesedaran pengguna itu sendiri perlu untuk

menjaga keselamatan diri. Untuk rekod, SKMM telah menjalankan 6,000 program
pendidikan internet di seluruh negara sepanjang tahun lepas bagi menyalurkan
pelbagai petua untuk mengelak pengguna menjadi mangsa buli siber selain memberi
pendedahan supaya menggunakan internet secara lebih berwaspada. Internet dan
media sosial jika diberikan aksesnya secara melulu tanpa pengawasan, kelak boleh
membuatkan anak-anak terpesong dengannya. Oleh kerana ibu bapa kerap bekerja
dan tiada masa untuk anak-anak dalam membimbing mereka, anak-anak ini bakal
belajar dari rakan sebaya. Sekiranya buruk pembawaan dari rakan sebaya, maka
anak-anak ini akan belajar perkara yang tidak elok dari rakannya. Malahan, sekatan
keatas bahan pornografi perlu dilakukan kerana sekiranya mereka terdedah dengan
perkara sebegitu, mereka akan membesar dengannya. Tun Mahathir turut
mengatakan jika dahulu beliau sendiri berhasrat untuk memberikan kebebasan
Internet, beliau turut mengakui telah mengubah pendapatnya dan menekankan
kebebasan internet dan media sosial seharusnya dikawal. Ini kerana maklumat kini
senang tersedia dan mudah diperoleh. Jika dahulu, pengguna perlu pergi ke
perpustakaan dan membayar untuk meminjam buku serta mencari buku-buku yang
diingini, berkat internet pengguna hanya perlu menaip kata kunci dan mendapatkan
maklumat tersebut. Tun Mahathir turut memberikan contoh betapa senangnya untuk
pengguna internet kini mendapatkan maklumat cara-cara untuk membuat senjata
api. Perkembangan paling penting dalam perakyatan maklumat ini adalah dengan
adanya media sosial - telah berjaya memperkasakan rakyat, seakan-akan seperti
baru sedar bahawa mereka mempunyai hak dan boleh mengamalkan hak tersebut.
Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat diraikan di media sosial. Tetapi
media sosial juga terdapat keburukan. Ia boleh menjadi tempat di mana maklumat
palsu disebarkan, di mana hinaan dan kutukan dilontar dan di mana macam-macam
gangguan boleh berlaku. Media sosial boleh membawa seribu satu kemudaratan
dan oleh kerana media sosial itu begitu mudah digunakan dan begitu luas
penggunaannya, maka media sosial boleh membawa mudarat yang cukup besar.
Akta Kebebasan Maklumat seharusnya menjamin laluan media

kepada sumber

maklumat yang diperlukan. Dengan adanya suatu akta yang telah digubal di Negaranegara seperti Filipina, Thailand, Hong Kong dan Korea Selatan. Malaysia juga
boleh menggubal akta yang sesuai bagi meransang media yang ada untuk
memperkukuhkan lagi usahanya bagi meningkatkan system integrity Negara.

Kesimpulan
Kesimpulannya, meskipun media sosial ini dianggap khazanah yang menyajikan
beraneka jenis maklumat, namun ada yang berupa maklumat yang perlu diproses
dan ditapis terlebih dahulu. Sebarang maklumat yang menyeleweng serta bahanbahan paparan yang memberi kesan negative kepada fikiran perlu dihindarkan. Ini
kerana ada maklumat palsu yang dikongsi di media social tanpa kesahihan. Begitu
juga perlu diingatkan kepada masyarakat sebelum berkongsi apa-apa jua maklumat
dengan rakan-rakan, mereka perlu tahu bahawa maklumat tersebut diyakini
kebenaran dan kesahihannya terlebih dahulu.

Oleh yang demikian, dalam

menangani masalah ini ilmu pengetahuan yang dimiliki terutamanya ilmu agama
memainkan peranan penting yang boleh bertindak selaku system penapis minda
dalam membentuk minda yang sihat dan sejahtera. Justeru, setiap anggota
masyarakat perlu memainkan peranan dalam menguasai kemahiran dalam media
sosial, bukan sekadar menjadi pengguna biasa sahaja bahkan mampu untuk
berjihad membangunkan system maklumat atau perisian tersendiri berasaskan
panduan dan acuan Islam. Namun, apa yang lebih penting individu itu perlu sedar
dalam

diri

masing-masing

untuk

sekurang-kurangnya

mengetahui

apakah

kepentingan media sosial ini, ke manakah halatujunya kepada masyarakat dan


bagaimana ia boleh dimanfaatkan sebagai medan untuk berjihad dan berdakwah ke
arah kesejahteraan ummah.

Bibliografi
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein 2010, Users of the world, unite! The
Challenges and Opportunities of Social Media, Bussiness Horizons, Vol. 53,
Issue 1
Asiah Sarji (1991). Penyiaran dan Masyarakat. Kuala Lumpur. DBP
Shamsul Amri (2007). Budaya Yang Tercalar. Kuala Lumpur. DBP
Mohamad Isa Abd Ralip. 2010. Facebook bukan saluran terbaik atasi konflik rumah
tangga. Berita Harian. Diakses daripada http:// www.bharian.com.my. 1 Mei
2016
Sheldon, P. (2008). Students Favorite: Facebook and Motives for its Use.
Southern Mass Communication Journal Spring. 39-53.
Musa Abu Hassan, Zulkiple Abd. Ghani, Mohd Shobi Ishak, Jusang Bolong & Siti
Zobidah Omar. (2011). Tahap Penerimaan Maklumat Berkaitan Islam di
Iternet Dari Perspektif Model Penerimaan Teknologi (TAM). Wan Amizah Wan
Mahmud, Faridah Ibrahim, Samsudin A.Rahim & Normah Mustafa (pnyt).
Bangi: UKM.
Zulkiple Abd Ghani. 2001. Komunikasi Islam Sebagai Komunikasi Alternatif. Jurnal
Islamiyyat.
Loomis, J. E. (2000). Generation X. Indianapolis, IN: Rough Notes Co.