Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan di Sekolah


Yang berusaha, ahli jawatankuasa program Amalan kebersihan dan keselamatan Sekolah , yang dihormati guruguru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana pada pagi yang ceria
ini, kita dapat bersama-sama dalam program yang sangat bermanfaat kepada semua pelajar-pelajar juga komuniti
sekolah ini. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang kepentingan amalan kebersihan dan
keselamatan di sekolah.
Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Amalan kebersihan perlu dititikberatkan sepanjang waktu tanpa mengira waktu dan ketika. kita begitu
sering mendengar pepatah yang mengatakan Kebersihan Sebahagian daripada iman, Oleh yang
demikian aspek kebersihan itu sangat penting untuk kita utamakan demi menjamin kesejahteraan di dalam
hidup khususnya di sekolah. Selain itu, kebersihan juga menjadi simbol kemajuan dan kesejahteraan suatu
bangsa. Aspek kebersihan bukan sahaja terletak pada kebersihan fizikal semata-mata , tetapi juga pada
rohani atau spiritual dan jasmani.
1.1 Kebersihan - definisi, cara dan kesan pengabaiannya
Kebersihan adalah keadaan bebas dari sebarang kekotoran termasuk di antaranya segala jenis sampah
sarap . Louis Pasteur merupakan salah seorang pengkaji kesihatan telah menemukan. penularan penyakit
atau infeksi disebabkan oleh mikrob. Sayugia diingatkan bahawa masalah kebersihan akan mendatangkan
kesan buruk yang tidak diingini terhadap kesihatan semua. Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang
proaktif dan efektif harus diberikan penekanan dalam usaha mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, semua
pihak haruslah memainkan peranan masing-masing
Oleh yang demikian , setiap individu perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka dan kebersihan diri
agar sentiasa sihat dan tiada penularan penyakit berjangkit, menurut Imam al-Ghazali kebersihan
terbahagi kepada empat bahagian iaitu menyucikan zahir dari segala hadas, kotoran dan benda yang
menjijikkan, kedua mensucikan anggota badan dari segala perbuatan jahat dan dosa, ketiga menyucikan
hati dari segala pekerti yang tercela dan keempat menyucikan sirr (rahsia dan batin) dari sesuatu yang lain.
Sidang hadirin sekalian , Tempat tinggal dan persekitaran yang bersih akan menjamin kesejahteraan
hidup yang selamat dan selesa, itulah yang sering diingatkan kepada kita melalui media elektronik
mahupun media cetak. Oleh yang demikian , kebersihan tempat tinggal, persekitaran tempat bekerja,

sekolah, dan sebagainya perlu diutamakan . Aktiviti pembersihan perlu dilakukan secara berkala dan
konsisten antaranyai yang boleh dilakukan termasuklan seperti menyapu, mencuci alat kelengkapan ,
membersihkan tandas , serta membuang sampah ditempat yang sepatunya, mengadakan gotong royong
mahupun ceramah atau pameran yang berkaitan dengan kebersihan.
Merujuk kepada laporan akhbar Bernama, bertarikh 30 Januari 2014 Seramai 120 murid Sekolah
Kebangsaan Tanah Liat di Bukit Mertajam telah mengalami keracunan makanan selepas dipercayai
memakan nasi berlauk ayam masak kicap di kantin sekolah ketika waktu rehat. Pihak pengurusan sekolah
mengambil tindakan pantas dengan menghantar ke semua mereka ke Hospital Bukit Mertajam. Sembilan
daripada mereka terpaksa ditahan di wad manakala selebihnya dibenarkan pulang selepas menerima
rawatan sebagai pesakit luar.Mohd Zaidi berkata Jabatan Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah sedang
menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian. Sidang pendengar sekalian, ini merupakan salah
satu kejadian yang sering kali berlaku di sekolah dimana natijahnya adalah kepada murid kerana
pengabaian aspek kebersihan yang sepatutnya tidak diamalkan.
1.2Amalan Keselamatan dan perlaksanaan di sekolah
Manakala penerangan kedua yang akan saya terangkan adalah keselamatan di sekolah, para hadirin
sekalaian , Merujuk kepada modul perlaksanaan sekolah selamat oleh Kementerian Kendidikan Malaysia
keselamatan di sekolah bermaksud persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa
selamat tanpa ganguan daripada mana-ana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar, yang
merangkumi aspek kemudahan, bangunan dan kawasan . Matlamatnya ialah untuk mewujudkan

budaya

selamat di sekolah dengan sokongan ibubapa dan komuniti setempat. Antara lain matlamatnya ialah
menjadikan bahagian bangunan sekolah sesuai digunakan mengikut fungsi dan kegunaannya.Memastikan
sistem perparitan berada dalamkeadaan sempurna, Memastikan alat kebakaran mencukupi dan berfungsi
dengan baik, sistem pendawaian dan peralatan elekterik berfungsi dengan sempurna dan memastikan
kantin berkeadaan baik dan bersih untuk penyediaan makanan.
Manakala sidang hadirin sekalian, merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 8
TAHUN 2011 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH ada menyatakan , keselamatan
dan kesejahteraan murid hendaklah sentiasa diberi keutamaan oleh pihak pengurusan sekolah serta
merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi. Di antara perkara yang boleh menjejaskan keselamatan
dan kesejahteraan murid adalah perbuatan berunsur jenayah, membuli, mengambil dadah, keadaan fizikal
dan kemudahan di sekolah yang tidak sempurna, penguatkuasaan peraturan aktiviti murid yang tidak

cekap serta kawalan keselamatan yang longgar termasuk peraturan bagi mengawal keluar masuk orang
luar ke sekolah.
Sidang hadirin sekalian , pihak pengurusan sekolah hendaklah bersikap tegas terhadap sebarang perkara
yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan murid. Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah
sentiasa mengingatkan semua guru akan tanggungjawab tersebut agar perkara ini perlu diberi perhatian
sewajarnya, supaya pihak sekolah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan kemungkinan yang boleh
menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid-murid serta mengambil
langkah-langkah tertentu untuk mengelakkannya. Pada setiap masa, keselamatan dan kebajikan murid
hendaklah menjadi pertimbangan utama.
Sebagai panduan untuk memastikan langkah-langkah dalam mengurus keselamatan diri murid serta warga
sekolah berjalan dengan baik, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah serta PIBG perlu merancang langkahlangkah bagi menjamin keselamatan murid. Selain daripada itu, aspek keselamatan diri murid pada setiap
masa sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah atau aktiviti-aktiviti di luar bilik
sentiasa di beri keutamaan. Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga
mengenai jadual persekolahan termasuk jadual waktu sekolah dan jadual aktiviti lain yang melibatkan
penyertaan murid-murid termasuk hari cuti dan perubahan masa persekolahan.
Pihak sekolah juga boleh mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi meningkatkan
kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada
dalam semua keadaan dalam kata lain menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian
daripada peraturan sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua komuniti sekolah.
Antara aktivit lain yang boleh dilaksanakan oleh pihak khususnya ialah menjayakan program keselamatan
di sekolah ialah dengan menggabungkannya bersama dalam aktiviti lain contohnya PROGRAM 3K
(KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN) , bertujuan memastikan semula sekolah
mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan
serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan
konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali
sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi
Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan
Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.

1.3 Kesinambungan Amalan Kebersihan dan Keselamatan di Sekolah


Para hadirin sekalian , adalah diharapkan agar kedua-dua eleman ini dapat diterapkan serta diamalkan
oleh semua komuniti sekolah agar dapat membentuk generasi yang sihat serta seimbang dari segi jasmani,
emosi, intelektual serta jasmani selaras dengan kehendak falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain daripada itu sidang pendengar sekalian , melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan
Agama yang menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah
diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang
kepentingan mengamalkan nilai kebersihan dalam hidup terutamanya yang melibatkan
kemaslahatan umum seperti tandas awam dan kawasan rekreasi. Guru tidak seharusnya
leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap
ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan
mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek kebersihan di dalam
kelas dan di kawasan sekolah di samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan
alam sekitar dengan melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat.
Konsep bersih ini diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih
menyeluruh. Pihak sekolah dan guru boleh membina taman mini dan landskap supaya
keadaan sekolah lebih cantik dan hijau. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan
Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang
menarik dan berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang
dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita
tentang kemaslahatan amalan kebersihan.

BORANG MAKLUM BALAS / PENILAIAN


TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATA DI SEKOLAH
Nama Sekolah : SK. KUALA PAYA
Daerah
: SEGAMAT
Kod Sekolah

: JBA 7009

SKALA

SKOR

Cemerlang

Sangat Baik

Baik

Sederhana

Kurang Baik

Tandakan ( ) pada ruang yang berkaitan.


A. Persekitaran Sekolah.

Bil
1.
2.
3.
4
5.

Perkara

Skor
3
4

Skor
3
4

Skor
3
4

Permukaan padang rata dan ditumbuhi rumput.


Gelanggang bersimen dan tidak berlubang
Terdapat tanda amaran di kawasan yang merbahaya
Kawasan sekolah berpagar dan di kawal sepenuhnya
Parit atau lubang ditutupi jeriji besi

B. Kawasan Kantin / Kafeteria.

Bil
1.
2.
3.
4
5.

Perkara

Tempat membasuh tangan / sinki sesuai dan bersih


Kerusi dan meja selamat dan sesuai digunakan
Penyedia dan penjual makanan mengamalkan amalan kebersihan
Pinggan dan cawan yang sesuai disediakan
Makanan yang di jual berada dalam keadaan bersih

C. Kawasan Makmal Sains

Bil
1.
2.
3.
4
5.

Perkara
Alat Pemadam api yang bersesuaian
Peti kecemasan berada dalam keadaan baik dan sempurna
Peralatan merbahaya di simpan di tempat yang sesuai
Pengudaraan dan pencahayaan yang sesuai
Peraturan makmal dipamerkan di tempat yang sesuai

D. Kawasan Bangunan Sekolah

Bil
1.
2.
3.
4
5.

Perkara

Skor
3
4

Skor
3
4

Saiz Jeriji/lubang angin di kaki lima bertingkat kecil


Tanda amaran bahaya pada bahagian tangga
Susur gajah mempunyai atap / pelindung
Mempunyai tapak perhimpunan ketika kecemasan / bencana
Kawasan bangunan sentiasa di jaga tahap kebersihannya

E. Kawasan Bilik Darjah

Bil
1.
2.
3.
4
5.

Perkara
Kipas dan lampu berada dalam keadaan baik
Aliran pengudaraan dan pencahayaan yang sesuai
Kebersihan Bilik darjah sentiasa diutamakan
Mempunyai pelan kecemasan
Susunan perabot sesuai dan selamat

Di Pantau Oleh :
Tandatangan : .
Nama

: .

Jawatan

: .

Anda mungkin juga menyukai