Anda di halaman 1dari 5

(A) Alamat pengirim - ditulis di b&iaqipan atas sebelah kanan surat

(B) Tarikh - ditulis di bawah alamat pengirim dan dibubuh tanda noktah selepas tahun (diselang sebaris dari alamat
terakhir pengirim]
(C) Pembuka kata - ditulis ke dalam sedikit selepas diselang satu atau dua baris dari tarikh
(D) Kata ganti diri penerima - ditulis di bawah pembuka kata di sebelah kiri surat (contohnya Saudara, Saudari,
Nenda, Bonda. Ayahanda, Kakanda, dan sebagainya)
(E) Isi - setiap isi ditulis dalam satu perenggan tanpa dibubuh nombor dan sejajar dengan pembuka kata
(F) Penutup - biasanya merupakan ucapan penghargaan terima kasih
(G) Pengakuan pengirim - ditulis di bahagian bawah sebelah kanan surat selepas diselang satu atau dua baris dari
penutup (biasanya merupakan rangkai kata Yang benar, Yang ikhlas, Sahabatmu, Adindamu, atau sebagainya]
(H) Tandatangan - diturunkan di bawah pengakuan pengirim.

14, Kampung Gadek,


78000 Alor Gajah,
Melaka.
22 Mei 2015.
Menemui sahabatku, saudara Arif yang tinggal di Bangi, Selangor, semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera di samping keluarga yang tercinta. Bagi diri saya dan keluarga di sini
sihat-sihat sahaja.
Apa khabar, saudara? Saya berdoa agar saudara sihat sejahtera hendaknya. Sudah agak lama
kita tidak berutus surat memandangkan masing-masing memerah otak untuk menghadapi
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan menjelang tidak lama lagi. Bagaimanakah
persiapan saudara? Saya yakin bahawa saudara akan memperoleh keputusan yang mantap
berdasarkan prestasi cemerlang saudara dalam Penilaian Menengah Rendah dahulu. Namun
demikian, saya berharap agar kesibukan kita tidak akan menggugat jalinan silaturahim yang kita
mulakan sejak sekolah rendah lagi.
Saudara,
Adakah saudara masih ingat akan pasukan kompang yang pernah kita sertai semasa saudara
tinggal di sini empat tahun dahulu? Baru-baru ini, pasukan kompang tersebut telah menyertai
Pertandingan Kompang Peringkat Negeri Selangor bagi merebut Piala Menteri Besar Selangor.
Dalam kesempatan ini, izinkan saya menceritakan pengalaman saya menyertai pertandingan
tersebut. Tentu saudara pun berminat kerana saudara pernah aktif dalam pasukan kompang ini.
Pertandingan kompang tersebut diadakan pada hari Khamis bersamaan dengan 6 Mei yang lalu
bertempat di Dewan Seri Bernam. Pasukan kompang yang saya sertai mewakili daerah Sabak
Bernm. Sebanyak sepuluh pasukan menyertai pertandingan tersebut. Kesemua pasukan
mempamerkan persembahan yang menambat hati penonton dan hebat-hebat belaka. Sejak awal
pertandingan, saya sudah dapat merasakan persaingan sengit dalam kalangan pasukan yang
bertanding. Bimbang juga saya jika kami pulang dengan tangan kosong.
Saudara,
Walaupun syarat pertandingan tidak menetapkan golongan umur, namun amat mengejutkan
kerana penyertaan banyak membabitkan golongan muda. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti
berkompang sudah diminati oleh golongan muda dan saya yakin bahawa permainan ini tidak
lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Semasa ucapan perasmian pertandingan itu, Menteri
Besar selangor menyatakan bahawa beliau berbangga terhadap golongan muda yang turut
menyertai pertandingan itu. Malahan, beliau akan berusaha untuk mewujudkan Akademi

Kompang bagi memastikan permainan kompang ini terus berkembang bukan sahaja di negeri
selangor bahkan juga ke serata pelosok negara.
Semasa giliran pasukan kompang saya mengadakan persembahan, para penonton senyap
sunyi bagaikan terpukau oleh kemerduan paluan kompang kami dan alunan suara kumpulan
kami menyanyikan lagu. Selepas persembahan, kami mendapat tepukan yang paling gemuruh.
Apabila keputusan diumumkan, pasukan kompang kami telah muncul sebagai johan. Kami
mendapat hadiah wang tunai sebanyak lima ribu ringgit dan piala pusingan.
Kemenangan ini memang mengejutkan tetapi kami yakin bahawa di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Kesungguhan ahli-ahli pasukan kompang saya berlatih tanpa mengira penat dan
jemu akhirnya berbaloi dengan kemenangan ini. Wang kemenangan yang kami peroleh itu akan
kami gunakan untuk membeli peralatan kompang yang berkualiti demi menjamin kemenangan
pada peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan Disember ini.
Dengan kemenangan ini juga, saya berharap agar saudara akan berusaha menubuhkan pasukan
kompang di tempat saudara. Saya yakin bahawa pengalaman dan pengetahuan yang saudara
miliki, sudah pasti saudara mampu melatih ahli-ahli baharu, bak kata orang, kemenyan sebesar
lutut, jika tidak dibakar, tidak akan berbau. Saya difahamkan bahawa Kementerian Belia dan
Sukan mempunyai peruntukan khas untuk membeli peralatan kompang tersebut. Saudara hanya
perlu menubuhkan persatuan kompang dan kemudian memajukan permohonan mendapatkan
kompang kepada kementerian tersebut.
Setakat ini dahulu coretan dalam warkah saya pada kali ini. Saya berharap kita dapat
berjumpa lagi pada warkah yang lain. Sehingga itu, saya mendoakan saudara dan keluarga
berada dalam keadaan sihat dan sentiasa mendapat rahmat daripada Tuhan. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Umar Sahlan

Sempena sambutan Hari Pengguna Malaysia di sebuah sekolah ,anda selaku pegawai daripada
Persatuan Pengguna Negeri telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
pengguna Bijak Dapat Menangani Kenaikan Harga Barangan kepada sekumpulan pelajar
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, Encik Hazrim Hisyam, yang dihormati Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
guru-guru, dan pelajar yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas kesudian pihak sekolah mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang
bertajuk "Pengguna Bijak Dapat Menangani Kenaikan Harga Barangan" pada hari yang bertuah
ini dan di dalam dewan yang serba indah ini.
Sidang dewan yang dihormati,
Inflasi ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kenaikan harga barangan yang tinggi
yang disebabkan oleh kuasa beli rakyat yang bertambah. Berdasarkan Belanjawan 2008, inflasi
di negara kita kini mencecah 8.1 peratus. Hal yang sedemikian ini sudah tentu akan
membebankan rakyat, khususnya yang hidupnya umpama kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Sehubungan dengan ini, kita haruslah menjadi pengguna bijak dengan
melaksanakan beberapa langkah untuk menangani kenaikan harga barangan dalam pasaran.
Tindakan secara kolektif, berterusan, dan bersungguh-sungguh nescaya dapat menyelesaikan
perkara ini.
Pengguna bijak melaksanakan beberapa amalan sewaktu berbelanja. Amalan yang pertama
ialah pengguna membuat senarai barangan yang hendak dibeli sebelum keluar membeli-belah.
Oleh hal yang demikian pengguna dapat berjimat cermat dengan membeli barangan yang
diperlukan sahaja. Setelah itu, pengguna bijak memilih barangan yang berkualiti sahaja, iaitu
barangan yang tidak mudah rosak supaya penggunaan barangan tersebut berpanjangan sekali gus
memuaskan hati pengguna. Pengguna bijak juga seterusnya akan membuat perbandingan harga
bagi barangan yang sama jenis untuk. memilih harga yang paling murah dan berpatutan. Tidak
dinafikan bahawa terdapat pehiaga yang menangguk di air keruh, oleh itu pengguna bijak
haruslah membeli barangan setelah tawar-menawar harga dengan peniaga.
Selain bijak berbelanja, pengguna juga haruslah bijak pakai. Hal ini bermakna pengguna
mengamalkan beberapa langkah dalam pemilihan pakaian. Antaranya ialah pengguna tidak
terlalu terpengaruh oleh fesyen terkini kerana pakaian yang bercirikan fesyen terbaharu lebih
mahal harganya. fanganlah hanya membeli pakaian berjenama semata-mata untuk kelihatan
bergaya kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta. Di samping itu, pengguna bijak
juga haruslah kreatif dengan mengitar pakaian lama semula, misalnya mengubah suai pakaian
sedia ada, membuat cadar atau selimut daripada pakaian lama, membaiki tapak kasut yang
tertanggal, dan sebagainya.
Pelajar-pelajar yang dikasihi,

Mereka yang bergelar pengguna bijak turut mengamalkan bijak makan. Antaranya mereka
tidak membeli sayur dan buah-buahan tempatan, sebaliknya menanam sayur dan buah-buahan
tersebut di kawasan rumah. Selain mengutamakan buah-buahan tempatan daripada buah
import, pengguna bijak juga makan buah-buahan tempatan pada musimnya. Hal ini demikian
kerana harga buah-buahan tempatan pada waktu itu lebih rendah memandangkan jumlahnya
banyak. Sebagai pelajar atau pekerja, pengguna bijak memilih untuk membawa bekalan ke
sekolah atau tempat kerja, di samping mengehadkan amalan makan di luar, sebaliknya memasak
makanan sendiri di rumah.
Ciri pengguna bijak yang lain ialah bijak guna tenaga, iaitu elektrik dan air. Amalan menutup
suis lampu, kipas angin, dan pendingin udara apabila tidak digunakan dapat mengurangkan tahap
penggunaan elektrik dan sekali gus menjimatkan sejumlah wang setiap bulan untuk membayar
bil elektrik. Penggunaan mentol dan lampu jimat tenaga berupaya untuk menjimatkan
penggunaan tenaga hingga 80 peratus, manakala peti sejuk yang mempunyai tenaga cekap dapat
menjimatkan kos elektrik hingga 25 peratus. Antara kaedah yang dilakukan oleh pengguna bijak
untuk menjimatkan penggunaan air adalah dengan sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap
sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran, mengunakan air tadahan
hujan untuk kegunaan di garaj, di taman, dan curahan tandas simbah, dan Iain-lain.
Selain itu, tindakan bijak berhibur atau bercuti juga termasuk dalam tindakan pengguna
bijak. Sahabat handai atau sanak saudara yang datang ke rumah tidak perlu dibawa makan di
restoran, sebaliknya dilayan di dalam rumah sahaja dengan menyajikan hidangan yang dimasak
sendiri. Aktiviti melancong pula dilakukan di dalam negara dan di luar waktu puncak, iaitu
bukan pada masa cuti sekolah atau perayaan kerana kos penginapan dan membeli-belah lebih
murah. Perkhidmatan pengangkutan yang paling murah lebih sesuai dipraktikkan ketika
melancong.
Hadirin sekalian,
Demi menjadi pengguna bijak, pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis perlu
dijadikan pegangan dalam kehidupan kita. Inflasi yang tidak terkawal bukan sahaja memberikan
kesan kepada kita sebagai rakyat, malahan ekonomi negara juga terjejas. Sebelum berundur,
sukacita saya ingin mengingatkan pelajar sekalian agar menjadi pengguna bijak walau di manamana pun anda berada. Saya berharap agar ceramah ini dapat memberikan manfaat kepada kita
semua. Sekian, terima kasih.
700 pp