Anda di halaman 1dari 4

The early relations of England with Borneo to 1805 (1922) merupakan

sebuah laporan karya Johannes Willi yang diterbitkan di Cornell University Library
pada Februari 1922. Beliau berasal dari Gais Switezerland. Merupakan seorang
professor di University of Berne, Switzerland. Beliau telah mengarang buku The
Early Relations of England with Borneo to 1805(1922) atas cadangan Prof. Ph.
Worker dan Prof Arthur dengan bantuan Prof Newton dan Mr. William Foster. Buku
ini mempunyai 4 bab utama dan mempunyai 146 helai muka surat secara
keseluruhan. Buku ini merupakan satu karya mengenai laporan tentang sejarah
awal percubaan yang dilakukan oleh pihak British untuk bertapak di Borneo.
Borneo merupakan satu kepulauan di asia tenggara dan merupakan kepulauan
ketiga yang terbesar di dunia. Borneo merupakan sebuah kepulauan yang terdiri
daripada Sarawak, Borneo Utara, Kalimantan dan juga Brunei.
Hubungan di antara British dan Borneo telah bermula pada tahun 1599
apabila pedagang-pedagang dari British menemui kepulauan tersebut ketika
ekspedisi pelayaran yang pertama. Mereka melihat potensi kepulauan Borneo
sebagai pusat perdagangan kerana Borneo merupakan sebuah pulau yang besar
dan kaya dengan pelbagai hasil bumi. Para pedagang yang terlibat dengan
ekspedisi pelayaran pertama telah menghantar petisyen untuk memaklumkan
mengenai penemuan tersebut kepada Ratu Elizabeth. Ratu Elizabeth menyedari
akan kepentingan kepulauan Borneo kepada ekonomi british di samping pihak
Inggeris mampu meluaskan pasaran dagangan mereka dan meningkatkan lagi
aktiviti perdagangan. Pada tahun 1603, Kapten Middleton telah mengetuai
ekspedisi pelayaran kedua ke Kepulauan Borneo yang dikenali sebagai the
second Voyage. The second voyage ini bertujuan untuk menarik perhatian British
terhadap Borneo.
Percubaan British untuk bertapak di Borneo telah melibatkan beberapa
tahap. Tahap yang pertama ialah bermula di Soekadana pada tahun 1603 hingga
1623. Setelah gagal di Soekadana, British mencuba di Banjarmasin. Percubaan di
Banjarmasin ini melibatkan dua tahap. Tahap yang pertama ialah sekitar tahun
1708 dan percubaan kedua ialah pada tahun 1738 hingga 1749. Selepas
percubaan di Banjarmasin, British mencuba pula di Balambangan yang turut
melibatkan dua tahap. Tahap pertama ialah pada tahun 1775 dan tahap kedua
ialah pada tahun 1803 hingga 1805.
Pada 1603, Kapten Middleton telah mengetuai ekspedisi pelayaran kedua
ke kepulauan Borneo. Pelayaran kedua atau the second voyage ini bertujuan

untuk menarik perhatian British terhadap kepulauan Borneo. John Saris


merupakan individu penting dalam pelayaran kedua tersebut. Beliau menetap di
Bantam, Indonesia dan pernah terlibat dalam pelayaran pertama. John Saris
telah melihat perkembangan berterusan yang dilakukan oleh pihak Belanda yang
dilakukan oleh pihak belanda di kepulauan Melayu dan Borneo. Walaupun
percubaan Belanda pada tahun 1600 telah gagal, namun begitu John Saris
mendapat maklumat bahawa Oliver Van Noort, dan Van Warwyck telah
melakukan percubaan untuk menjejakkan kaki di soekadana. Oleh yang
demikian, pihak British juga telah mengikut jejak kaki pihak Belanda untuk
memulakan pelayaran ke Borneo.
Seterusnya, antara percubaan British untuk bertapak di Borneo ialah
dengan membina kilang di Borneo. British telah membina kilang di Soekadana
pada tahun 1609, iaitu setahun lewat daripada pihak Belanda yang telah
bertapak lebih awal. Walau bagaimanapun, terdapat masalah setelah British
membina kilang di Soekadana. Masalah itu wujud akibat daripada kebencian
pihak belanda terhadap pihak British dan juga kegagalan pihak British untuk
berurusan dengan penduduk tempatan. Ini menyebabkan pihak british gagal
mengesan tipu muslihat pihak belanda dan kesannya ekonomi di Soekadana
menjadi mundur. Keadaan ini menyebabkan pihak Inggeris mengambil langkah
untuk menubuhkan sebuah lagi kilang baharu di Sambas dan kemudiannya
ekonomi di Sambas menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding di
Soekadana. Namun, ketibaan Kapten Larkin di Soekadana telah menyebabkan
berlakunya kemajuan di tempat itu dengan menjual barangan perdagangan di
Soekadana. Masalah mula timbul apabila Belanda cemburu dengan kemajuan
perdagangan di Soekadana. Oleh itu, pihak Belanda telah menjual barangan
dagangan mereka di bawah harga pasaran bagi menarik para pedagang untuk
membeli barangan mereka. Maka, ini telah menyebabkan berlakunya peperanga
diantara dua pihak ini akibat ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Lalu,
kedua-dua

pihak

ini

mengalami

kerugian

dan

kemudiannya

terpaksa

menanggung hutang yang tinggi.


Setelah gagal di SOekadana, pihak british telah beralih ke
Banjarmasin dan menjalankan perdagangan lada hitam disitu. Namun begitu,
perdagangan British sering diganggu oleh pihak belanda. Pada ketika itu,
perdagangan lada hitam lebih bernilai daripada perdagangan emas. Pada tahun
1639, pihak Belanda telah menghalang Inggeris berdagang lada di situ dengan

alasan

bahawa

ianya

bertentangan

dengan

kontrak

eksklusif

raja

dan

mengancam akan merampas sebarang kapal di Banjarmasin. Tindakan Belanda


ini telah menyebabkan pihak british terpaksa menanggung hutang yang tinggi.
Sebuah kapal telah dihantar semula ke Banjarmasin dengan tujuan untuk
menubuhkan semula kilang di sana dan juga untuk mendapatkan geran dan
perlindungan daripada sultan tempatan pada tahun 1700. Pihak Inggeris telah
menghantar kapal ke Banjarmasin dalam jumlah satu sehingga empat buah
setiap tahun dengan tujuan untuk membina semula kilang di situ namun ia tidak
berjaya apabila tercetusnya peperangan kecil diantara pihak british dan orang
tempatan. Kesannya, Banjarmasin dan kawasan lain terbakar. pihak Inggeris
menghantar lebih banyak kapal ke Banjarmasin, tetapi, hanya satu kapal sahaja
mencapai matlamat. Ini adalah kerana kapal-kapal dagang Belanda telah
monopoli perdagangan di Banjarmasin. Perkara ini menyebabkan pihak Inggeris
meninggalkan

Banjarmasin

akibat

hubungan

perdagangan

mereka

kerap

diganggu oleh Belanda.


Akhir sekali, Pihak Inggeris mencuba untuk mendapatkan Balambangan,
iaitu wilayah di Borneo Utara. Pada awal tahun November 1768, sebuah arahan
telah dikeluarkan kepada wakil2 british di Bombay, Bengal dan Mandros untuk
menuntut pemilikan Balambangan atas nama raja british dan SHTI. Pada 1769,
british telah menghantar 2 buah kapal perang dibawah pimpinan kapten hall,
kapten trotter dan kapten beck untuk melaksanakan perintah tersebut. Ketika
kapten hall tiba di Banguey, beliau telah mengambil alih balambangan, Palawan
dan North Borneo seperti yang tertakluk dalam didalam geran. Kapten Hall telah
menaikkan bendera British pada 25 oktober 1769 dan beberapa hari kemudian,
beliau telah pergi ke Melaka. Kapten Trotter juga telah berjaya memperbaharui
geran untuk mengesahkan pemilikan tanah-tanah dan pulau-pulau seperti yang
dipersetujui oleh Sultan Sulu pada tahun 1764. Tetapi, beliau gagal bertahan
kerana menerima serangan yang berterusan daripada lanun-lanun sulu dan
mempunyai masalah peruntukan. Kapten Beck yang juga merupakan harapan
terakhir turut gagal bertahan.
Pada tahun 1803, Pihak british sekali lagi mencuba untuk membangunkan
syarikatnya di Balambangan. Namun begitu, askar2 british di Balambangan
sering kali berdepan dengan masalah kebuluran akibat daripada kekurangan
bekalan makanan. Kapal British yang membawa bekalan dari india sering lambat
sampai. Pada tahun 1804, elaun beras terpaksa disekat dan ini menyebabkan

british terpaksa mengutus surat kepada china, Bengal dan juga pulau pinang
ekoran daripada keadaan yang begitu terdesak. Pada November 1805, british
terpaksa meninggalkan Balambangan atas persetujuan daripada Gabenor
Jeneral.
Kesimpulannya, percubaan pihak british untuk bertapak di Borneo
menemui kegagalan. Sepanjang percubaan mereka untuk bertapak di borneo,
pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi. Masalah dan cabaran ini telah
menggagalkan usaha pihak british untuk bertapak di Borneo.

Anda mungkin juga menyukai