Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU

TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS


PULAU PINANG
Tel: 04-6496795
Fax: 04-6496541
pba3019@jpnpp.edu.my

Pengetua,
Januari 2016
SMK Telok Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

21 hb

Puan,
MEMOHON PENGGUNAAN PADANG SMK TELOK KUMBAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman pihak Puan, pihak SK Sungai Batu ingin memohon
menggunakan padang SMK Telok Kumbar bagi tujuan mengadakan latihan rumah
sukan, acara sukantara , acara akhir padang dan juga Kejohanan Olahraga SK Sungai
Batu. Ini disebabkan sekolah kami tidak mempunyai padang yang sesuai untuk
mengadakan acara-acara tersebut.
3.
Justeru itu, saya ingin memohon kebenaran dari pihak Puan agar sekolah saya
dibenarkan menggunakan padang SMK Telok Kumbar untuk menjalankan aktiviti yang
telah dirancangkan.
4.
Sehubungan itu, bersama ini dikepilkan jadual perancangan penggunaan
padang untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.
5.
Kerjasama dan keprihatinan pihak Puan amat saya hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

ABU HANIFFA BIN NAINA MOHD


Guru Besar,
SK Sungai Batu.
sk.

Fail Kejohanan Olahraga 2016

Tarikh Aktiviti Sukan Menjelang Kejohanan Olahraga SK Sungai Batu

BIL

TARIKH

AKTIVITI

MASA

SUKANTARA

8.00 PAGI
12.30 TGH

SUKANTARA

8.00 PAGI
12.30 TGH

SUKANTARA

8.00 PAGI
12.30 TGH

SUKANTARA

8.00 PAGI
12.30 TGH

ACARA PADANG AKHIR

8.00 PAGI
12.30 TGH

ACARA PADANG AKHIR

8.00 PAGI
12.30 TGH

PRASUKAN / RAPTAI

8.00 PAGI
12.30 TGH

RAPTAI PENUH

8.00 PAGI
12.30 TGH

PERSIAPAN PADANG

8.00 PAGI
12.30 TGH

10

KEJOHANAN
OLAHRAGA
SK SUNGAI BATU

7.30 PAGI
3.30 PTG

CATATAN

Anda mungkin juga menyukai