Anda di halaman 1dari 5

NO.

BORANG :

COMPANY KFC CHICKEN FARMS

NAMA PROJEK : _________________________

SENARAI TANGGUNGJAWAB PETUGAS


Jawatan

: FOREMAN

Jabatan/Bahagian

: SENGGARAAN

Lapor Kepada

: PENGURUS KILANG

1.

RUMUSAN/RINGKASAN KERJA ( SUMMARY )


Melaksanakan kerja-kerja senggaraan dan membaikpulih mesin, alatan jentera kilang.

2.

KUASA ( AUTHORITIES )
Memberhentikan mesin/alatjentera yang tidak berfungsi dengan baik bagi
mengelakkan kemalangan/kerosakan yang lebih serius.

3.

TANGGUNGJAWAB ( RESPONSIBILITIES )
-

Bertanggungjawab melaksana dan memastikan kerja-kerja senggaraan


berancang, servis dan baikpulih dibuat ikut jadual.
Bertanggungjawab menyegerakan pembaikan semua kerosakan dengan
sempurna tanpa pembaziran peralatan, bahan-bahan dan alatganti.
Bertanggungjawab memastikan semua buku rekod.laporan dikemaskini dan
dilengkapi saperti yang dikehendaki.
Bertanggungjawab menjaga peralatan kerja dengan baik, disimpan dengan
teratur kemas, bersih dan dalam suasana berdisiplin.
Bertanggungjawab mengatur dan menyusun tenaga kerja dan mengawal kos
urustenagakerja dan kos senggaraan distesyen tempat bekerja.
Bertanggungjawab dalam menjaga dan mematuhi peraturan keselamatan,
kesihatan dan pengurusan alam sekitar dalam kerja serta undang-undang yang
berkaitan dengan tugasan.

sambung.

Bertanggungjawab melaksanakan QOHSE di kilang.


Bertanggungjawab memberi maklumbalas/laporan kepada pengurusan kilang
tentang masalah/urusan penting berkaitan dengan urursan kerja.

3.1

Harian ( Daily )
- Membuat perjumpaan pagi dengan fitter dan apprentis untuk merancang/mengatur
kerja harian.
- Meneliti kerosakan pada buku laporan kerosakan serta mengagihkan tugas kepada
fitter dan apprentis mengikut kesesuaian serta memasti, menyemak kembali
kerja-kerja telah disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
- Melaksanakan kerja-kerja PM,senggaraan kecil, overhaul dan servis
mesin/peralatan kilang seperti yang dirancangkan.
- Membuat perancangan pembelian barang-barang keperluan untuk kerja-kerja
senggaraan harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
- Membuat perbincangan dan memberi maklumbalas kepada pengurusan kilang
berhubung dengan urusan dan masalah berkaitan dengan tugas.
- Membuat pemantauan dari segi keselamatan, kebersihan dan kesihatan pekerjaan
setiap masa.
- Mengawal downtime ke paras yang paling minimum.
- Memastikan keadaan mesin supaya sentiasa dalam keadaan baik dalam usaha
mencapai throuhput.
- Menyedia dan menyiapkan laporan harian kerja-kerja senggaraan kepada
pengurusan kilang.
- Memastikan aspek alam sekitar, kualiti, kebersihan kilang, kesihatan dan
keselamatan pekerjaan diberi keutamaan.

3.2

Mingguan ( Weekly )
- Melaksanakan PM mengikut jadual.
- Membuat pesanan alatganti dan koordinasi dengan bahagian setor.
- Menghadiri mesyuarat ketua bahagian.

3.3

Bulanan ( Monthly )
- Menyedia dan menyiapkan semua laporan berkaitan dan dihantar tepat pada
masanya.
- Melaksanakan program pelinciran mesin mengikut running hours yang
ditetapkan.
- Mempastikan semua laporan dan rekod kerja-kerja senggaraan, baikpulih dan
servis direkod, susun bersiri dan mudah dicari.
- Memantau dan mengkaji semula pencapaian objektif-objektif QOHSE serta
mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan.

3.4

Tahunan ( Annually )
- Menyediakan plan tindakan program pengurusan QOHSE serta belanjawan yang
diperlukan.
- Menyediakan laporan-laporan untuk kajian semula pengurusan QOHSE
bermatlamatkan peningkatkan berterusan.

3.5

Tugas am ( Non-periodic )
- Membuat pemantauan dari segi keselamatan,kebersihan dan kesihatan pekerjaan
setiap masa.

________________________________________________________________________
Issue 2 Rev 0

Page 2 of 5

4.

Menjaga peralatan kerja dengan baik, disimpan dengan teratur kemas, bersih
dan dalam suasana berdisiplin selaras dengan konsep 5S.
Mengawal kos senggaraan agar tidak melebihi belanjawan yang ditetapkan
oleh pengurusan kilang.
Memberi latihan dan tunjukajar hands-on kepada petugas-petugas di bawah
seliaan.
Mengemaskinikan history Card mesin.
Mengatur dan menyusun tenaga pekerja serta mengawal kos tenaga
kerja/KLM di stesyen berkenaan.
Menentukan semua buku/rekod laporan dikemaskini.
Mesra pelanggan.

TANGGUNGJAWAB PENYELIAAN ( SUPERVISORY RESPONSIBILITIES )


Menyelia dan membimbing Fitter dan Apprentis dalam tugas-tugas mekanikal.
Bertanggungjawab keatas kerja-kerja petugas di bawah seliaannya di kilang selaras
dengan peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan kilang.

5.

KELAYAKAN ( QUALIFICATIONS )
Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab, petugas berkenaan mestilah
mempunyai kreteria tertentu supaya dapat melaksanakan tugas dengan baik dan
berkesan. Berikut ini adalah kreteria-kreteria yang diperlukan oleh Foreman yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap, perilaku dan kebolehan.

5.1

Pendidikan ( Education )
- SRP/MCE
- Telah menjawat jawatan Fitter Mekanik/Machinist serta mempunyai sijil drebar
injin pembakaran dalam (Diesel) Gred 2 atau Gred 1 yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kilang Dan Jentera Malaysia.

5.2

Pengalaman ( Experience )
- Berpengalaman dalam kerja-kerja pengendalian dan baikpulih jentera kilang
sawit.

5.3

Kemahiran Kepimpinan ( Leadership Skills )


- Berkebolehan menguruskan kerja.
- Berketrampilan diri dan berkebolehan menerima dan memberi arahan dengan
baik.
- Berkebolehan menguruskan masa.
- Berkebolehan mengurus dan memotivasikan petugas di bawah jagaannya.
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik, menerima/memberi maklumbalas
kepada rakan setugas, petugas di bawah seliaan dan dengan pengurusan.
- Berkebolehan menyampaikan nilai-nilai syarikat kepada rakan setugas dan
petugas di bawah seliaan.
- Berkebolehan memimpin, mendisiplinkan diri dan memberi contoh yang baik
kepada rakan setugas, petugas di bawah seliaan dan pelanggan.
- Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada petugas dibawah
seliaan.
- Berkebolehan mematuhi peraturan syarikat.

________________________________________________________________________
Issue 2 Rev 0

Page 3 of 5

5.4

Perancangan Strategik ( Strategic Planning )


- Berkebolehan merancang kerja, mencadang dan melaksanakan pelan tindakan.

5.5

Fokus Pelanggan dan Pemasaran ( Customer and Market Fokus )


- Berpengetahuan terhadap kehendak dan aspektasi pelanggan.
- Berpengetahuan terhadap kepuasan pelanggan.
- Berkebolehan mengendalikan masalah pelanggan berkaitan kualiti produk.
- Berkebolehan menarik minat dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan
pembekal.

5.6

Informasi dan Analisis ( Information and Analysis )


- Berkebolehan menganalisis data untuk menunjukkan/membawa kepada
peningkatan/pembaikan.
- Berkebolehan mengukur dan memantau kawalan proses dan prestasi mesin.
- Berkebolehan membuat carta senggaraan berancang bagi mengurang/ menyahkan
breakdown mesin.

5.7

Fokus Sumber Manusia ( Human Resource Focus )


- Berkebolehan mewujudkan kesedaran keselamatan kepada petugas bawahan,rakan
setugas dan pembekal di tempat kerja.
- Berkebolehan menguatkuasakan prosedur keselamatan kepada petugas
bawahan,rakan setugas dan pembekal di tempat kerja.
- Berkebolehan melaksana dan mengekalkan OHSAS 18001.
- Berkebolehan menyampaikan pengetahuan dan kemahiran serta melatih petugas
bawahannya .
- Berkebolehan menilai keberkesanan kursus yang berkaitan dengan tugasan nya.
- Berkebolehan melibatkan diri dan bekerja sebagai satu pasukan.
- Berkebolehan mendapatkan maklumat muktakhir dari segi pentadbiran berkaitan
dengan tugasannya.
- Berkebolehan menguruskan kemajuan kerjaya petugas di bawah jagaannya.

5.8

Pengurusan Proses ( Process Management )


- Berkebolehan melaksanakan senggaraan berancang keatas mesin-mesin utama.
- Berkebolehan mengendalikan masalah mesin dalam masa yang ditetapkan.
-

5.9

Berkebolehan menasihat berhubung dengan kualiti alatganti.


Berkebolehan bertindak atas nasihat dan arahan bagi menyahkan perbezaan/
perselisihan ke atas kawalan proses.
Berkebolehan mencapai kadar kerosakan mesin di bawah sasaran yang ditetapkan.
Berkebolehan menjaga kebersihan di tempat kerja.
Berkebolehan melaksana dan mengekalkan ISO 14001, ISO 9001 dan OSHAS
18001.
Berkebolehan mengawal dan meminima kos senggaraan/kos berubah.

Keputusan Perniagaan ( Business Result )


- Berkebolehan memahami situasi semasa dan trend tentang kos senggaraan ke atas
prestasi kewangan kilang.
- Menyedari/memahami situasi/kedudukan kilang dalam syarikat.
- Berkebolehan mengurangkan perbelanjaan/mengelakkan pembaziran.
- Berkebolehan menjana pulangan yang baik melalui amalan perhubungan awam
( PR ) yang baik.

________________________________________________________________________
Issue 2 Rev 0

Page 4 of 5

6.

KELULUSAN JAWATAN ( APPROVED BY )

.
Tandatangan Ketua Petugas
7.

.
Tarikh

PENERIMA JAWATAN ( AGREED BY )

..
Tandatangan Petugas

..
Tarikh

ooooOoooo

________________________________________________________________________
Issue 2 Rev 0

Page 5 of 5

Anda mungkin juga menyukai