Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH

Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak.


Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung
panjang dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini
memerlukan 2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan
pemain lain akan melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak
lawan kalah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh
menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua
tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang
akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh
mereka. Antara peraturan-peraturan permainan lompat getah adalah seperti
yang berikut :PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH
Bil.

Peraturan-peraturan

1.

Untuk menentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam


plom akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah
ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain
dahulu. Jika tiga permain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.

2.

Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika


salah seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan
termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan
bermain.

3.

Pada permulaan permainan ini, getah dipegang tegang pada paras


tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero
point" atau "kosong game" (bagi orang kelantan). Pemain tidak boleh
menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

4.

Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat


tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan
yang sama.

5.

Seterusnya,getah dipegang pada paras paha. Namun, paras ini boleh


ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Setiap
lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh getah.

6.

Seterusnya ke paras pinggang. Pada paras ini pemain boleh melompat


dengan menyentuh getah.

7.

Diikuti pada paras dada.

8.

Seterusnya ke paras telinga. Pada paras ini, pemain yang memegang


getah perlu berhati-hati agar tidak cedera.

9.

Kemudian ke paras kepala.

10. Seterusnya, getah sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan


dengan persetujuan kedua-dua pasukan.
11. Jika pemain melepasi setiap paras sebelum ini, seterusnya pemain
akan bermain mengikut cara huruf z dan c pada paras pinggang.
12. Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang
sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang
sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain
tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut
persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan penamat kepada
pusingan pertama permainan.

Anda mungkin juga menyukai