Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL

Rakyat Malaysia kaya dnegan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud,
dipelihara, dipulihkan dan juga diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar
dan segar. Permainan tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis
Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan
permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan
memerlukan pergerakan yang terbatas. Sebagai contoh permainan anjung adalah
seperti batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala Permainan
Laman terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang lebih luas
kerana permainan seperti ini memerlukan pergerakan yang lebih lincah dan aktif
berbanding Permainan Anjung.
Permainan getah merupakan permainan tradisional yang terkenal di zaman nenek
moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan
lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanakkanak memainkannya. permainan ini dinamakan lompat getah kerana bahan yang
digunakan getah halus berbelang. Alatan yang digunakan untuk menghasilkan
alatan ini Ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supoaya
tidak terburai ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas
simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah juga disebut
sebagai zero Point oleh segelintir masyarakat.
PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH
Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak.
Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang
dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan
2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan
melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana
melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu
bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua tidak dapat menghidupkan
anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut
dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh mereka. Antara peraturan-peraturan
permainan lompat getah adalah seperti berikut :-