Anda di halaman 1dari 4

(PembukaanBismillah Kita buka majlis kita pada hari ini dengan bacaan Ummul

Kitab Al-Fatihah)
Yang dihormati ..
,
Yang dihormati .
.,
Seterusnya ikhwah akhawat yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t
Ikan berenang ke dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sirih pulang ke gagang.
Selamat kembali diucapkan kepada ikhwah akhawat Ikatan Muslimin Malaysia
cawangan luar negara ke tanah air tercinta, Malaysia. Mudahan dengan
perkumpulan kita pada hari ini mengukuhkan lagi semangat amal tarbiyah dan
dakwah di kawasan masing-masing.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Akh Muhammad Anas bin
Muhammad Yusof, graduan Australia untuk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran
seterusnya mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih di ucapkan kepada Al-Akh Anas Yusof atas bacaan Al-Quran dan
doa sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput hadirin untuk sama-sama berdiri
menyanyikan lagu Negaraku, lagu ISMA dan lagu tema kita pada hari ini, Obor
semangat. Dijemput hadirin untuk berdiri.
Ikhwah Akhawat yang dihormati sekalian,
Kepulangan para graduan daripada luar negara pada setiap tahun
memberikan makna yang cukup besar dalam memperkuatkan lagi saf Jemaah untuk
mengharungi cabaran dan ujian yang bakal mendatang. Aspek persediaan mental
dan pendedahan reality sebenar yang berlaku di Malaysia haruslah dirungkaikan
dan diperjelaskan kepada graduan luar negara yang baru pulang bagi memastikan
kesinambungan amal dakwah dan tarbiyah itu mampu diteruskan setelah
bermulanya fasa baru kehidupan bekerjaya mereka. Justeru itu, Biro luar Negara
Ikatan MUslimin Malaysia mengambil inisiatif untuk memastikan kemenjadian para
graduan yang baru pulang ke Malaysia dengan melaksanakan satu bentuk
perkumpulan BFG atau Back for Good untuk meberi pendedahan kepada para
graduan mengenai reality kehidupan di Malaysia, pengurusan kewangan dan
pengurusan kekeluargaan.
Oleh yang demikian, majlis akan diteruskan dengan pengisian pertama

Amal dan Tarbiyah ISMA di Malaysia: Perkongsian Pengalaman dari 2 orang panelis
yang tidak asing lagi bagi kita. Sedikit latar belakang tentang 2 panelis kita
Dengan ini majlis menjemput Ustaz Suhaib Ar-rumy bin Selamat dan Dr Irfan
bin Salmi untuk menyampai perkonsian mereka. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(Untuk perhatian ikhwah akhawat sekalian sebarang soalan yang ingin disampaikan
kepada penelis kita boleh disimpan untuk sesi soal jawab pada jam 12 tghari nnt.)

Terima kasih diucapkan kepada Ust Suhaib dan Dr Irfan atas perkongsian
pengalaman mereka sebentar tadi. Majlis dengan ini menjemput
. diiringi
untuk menyampaikan hadiah cenderahati
kepada panelis kita. Terima kasih diucapkan..
(Untuk pengetahuan ikhwah akhawat sekalian insyaAllah perkongsian
pengalaman kita dari ust Suhaib dan Dr Irfan akan disambung semula utk sesi soal
jawab pada jam 12 tengahri nnt.)
Ikhwah akhawat yang dihormati sekalian,
Pengurusan ekonomi diri dan kewangan merupakan satu kemahiran yang
sangat dititik beratkan oleh Biro Luar Negara terutama lagi bagi para graduan yang
baru sahaja pulang ke tanah air dan ingin memulakan fasa baru, alam kerjaya.
Jesteru itu, pengisian kita yang kedua Bijak Kewangan akan menekan aspek
pengurusan kewangan dengan cermat dan teliti agar lebih terurus. Sedikit latar
belakang tentang panelis kita:
Dilahirkan pada 23 Mei 1977 di Hospital Mentakab Pahang, Kini berusia 39 tahun.
Pendidikan menengah di Sekolah Alam Shah, KL sebelum melanjutkan pengajian di
Adelaide Australia dalam bidang Chemical Engineering. Menamatkan pengajian
pada 1999 dan berkhidmat dengan syarikat minyak negara sejak 2000 hingga kini.
Melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah di Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya pada 2011 hingga 2013. Merupakan Pengerusi Biro Dakwah Pusat, Ikatan
Muslimin Malaysia sejak 2015. Sebelum itu, terlibat di ISMA Cawangan Seremban
sebagai Setiausaha dan Naib YDP. Beliau turut dikurniakan 6 orang cahaya mata
berusia 2 hingga 15 tahun.
Dengan ini majlis menjemput Ustaz Haji Omar bin Kasim untuk menyampai
perkonsian beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ust Haji Omar bin Kasim di atas
penyampain beliau sebentar tadi. Mudahan apa yang disampaikan akan
diamalkan oleh kita semua nanti insyaAllah. Majlis dengan ini menjemput
. Diiringi
untuk
menyampaikan hadiah cenderahati kepada panelis kita. Terima kasih
diucapkan.

(Majlis mengalu-alukan ketibaan Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman


merangkap presiden ikatan muslimin Malaysia isma ke majlis sirih pulang ke
gagang 2016 pada hari ini)
Untuk pengetahuan hadirin sekalian program kita pada hari ini disertai
oleh seramai (70) orang peserta dari pelbagai negara iaitu Australia, US dan
Canada, Korea, India dan juga Mesir yang merupakan graduan dalam
pelbagai bidang antaranya perubatan, farmasi dan pergigian, kejuruteraan
kimia, elektirik dan mekanikal, syariah dan bahasa arab dan pelbagai lagi.
Mudah-mudahan ikhwah akhawat sekalian terus cemerlang dalam bidang
masing-masing.
Ikhwah Akhawat yang dihormati sekalian
Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput presiden
Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman untuk
menyampai ucapan beliau, dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust Abdullah Zaik atas
ucapan beliau sebentar tadi. Majlis ini
menjemput .......................................................
diiringi . untuk
menyampaikan hadiah tanda terima kasih kepada USt Abdullah Zaik kerana
sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan
Ikhwah akhawat yang dikasihi sekalian
Majlis seterusnya menjemput kembali Ust Suhaib Ar-rumy bin selamat
dan Dr Irfan Salmi ke pentas untuk sesi soal jawab Amal ISMA di Malaysia
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ust Suhaib dan Dr Irfan atas


perkongsian mereka sebentar tadi.
Seterusnya, majlis akan berehat sebentar untuk memberi ruang
kepada ikhwah akhawat utk menunaikan solat fardhu zohor dan makan
tengahari.
(Untuk makan tengahari ikhwah akhwat dijemput untuk menjamu selera di
mana-mana restoran di sekitar kawasan ini. Diharapkan ikhwah akhawat
dapat kembali semula ke dewan ini selewatnya jam 2 suku petang kerana
majlis akan bermula kembali pada jam 2.30 petang nnt.)
Mendayung sampan mudik ke hulu
Singgah bermalam di kampung deli,
Kalau penat rehatlah dahulu
Boleh disambung kemudian nanti
Sekian wbt.