Anda di halaman 1dari 58

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

TAJUK 1
1.1

MENGAJAR NOMBOR

SINOPSIS

Secara umumnya tajuk 1 membincang tentang konsep nombor dan cara pengajaran
konsep nombor.
1.2

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:


i.

Menerangkan tentang perkembangan awal nombor.

ii.

Meningkatkan pengetahuan kandungan pedagogi yang berkesan dalam


pengajaran Nombor Bulat.

iii.

Merancang aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Nombor


Bulat.

iv.

Membincangkan isu- isu yang berkaitan dengan pengajaran Nombor.

1.3

KERANGKA TAJUK

1.4

KANDUNGAN

1.4.1 NOMBOR BULAT


Kemahiran - kemahiran matematik dalam tajuk Nombor Bulat yang perlu ada dan
mesti dikuasai murid- murid setelah tamat sekolah rendah ialah:

Menggunakan istilah seperti banyak, sedikit, sama banyak, tidak sama


banyak atau lebih besar daripada, lebih kecil daripada semasa membuat
perbandingan.

Mengenal dan menamakan nombor bulat

Mengira, membaca dan menulis nombor bulat

Menentukan nilai tempat bagi digit dalam nombor bulat

Membanding beza nilai- nilai nombor bulat

Menyusun nombor bulat secara menaik atau menurun


1

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Membundar nombor bulat kepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu yang
hampir.

Pengetahuan Kandungan Pedagogi ialah satu aspek yang amat penting dikuasai
oleh guru untuk menyampaikan isi kandungan secara berkesan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan kandungan pedagogi bermaksud guru
dapat menguasai kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dalam pengajaran
dengan tujuan membantu murid memahami dan menguasai sesuatu konsep.
Seorang guru matematik yang efektif perlu arif tentang langkah- langkah
perkembangan yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesuatu konsep khususnya
bagi nombor bulat.
Tahap Perkembangan Nombor Bulat
Perkembangan suatu konsep matematik selalunya akan melalui beberapa langkahlangkah tertentu. Ia berlaku secara berturutan dari konsep yang mudah ke konsep
yang agak sukar dan seterusnya ke tahap yang susah. Murid- murid perlu
didedahkan mengikut pemeringkatan setiap tajuk nombor bulat seperti berikut:

Celik Nombor

Pra Nombor

Nombor Awal

Pengenalan Nilai Tempat

Pengukuhan tentang Nilai Tempat

Lanjutan tentang Nilai Tempat

Celik Nombor
Celik nombor merangkumi:

Pemahaman tentang konsep nombor dan operasi ke atas nombor.

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Pembentukan strategi berguna bagi memahami nombor dan operasi ke atas


nombor.

Kebolehan untuk mengira dengan tepat dan efisyen, boleh mengesan


kesilapan.

Kebolehan dan kecenderungan untuk menggunakan kefahaman tentang


nombor , dan dalam pelbagai cara yang fleksibel apabila ingin membuat
keputusan.

Mempunyai jangkaan bahawa nombor adalah berguna, dan bekerja dengan


nombor adalah bermakna dan boleh diterima akal (make sense).
contoh: dapat tempat pertama dalam kelas

Pra Nombor
Pada peringkat ini, kanak- kanak perlu ada kemahiran pra syarat untuk mempelajari
tentang nombor. Kemahiran pra syarat ini termasuklah:

mengklafikasi /mengisih objek melalui sifat- sifat fizikal seperti warna, saiz

membandingkan kuantiti dua objek melalui padanan satu ke satu.

menentukan hubungan kuantiti antara dua set sebagai sama banyak, lebih
banyak atau kurang daripada.

Keabadian kuantiti

Konsep Pranombor adalah yang bukan berkaitan dengan nombor tetapi kemahiran
ini penting sebagai asas kepada konsep dan kemahiran nombor yang seterusnya.
Perkembangan Awal Nombor
Di sini, kanak- kanak akan menumpukan perhatian untuk mempelajari nombor 1 ke
10, juga sifar.

Mereka akan diajar membaca, menulis dan menyusun nombor

berasaskan objek- objek konkrit dahulu, diikuti dengan objek- objek dalam gambar
dan akhirnya hanyalah simbol atau nombor sahaja. Mereka juga perlu faham konsep
3

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

sifar yang mewakili kuantiti kosong atau tiada. Guru matematik perlu berhati- hati di
sini kerana kanak- kanak biasanya menghadapi masalah untuk memahami makna
sifar.Oleh itu, adalah wajar untuk mengenalkan sifar hanya setelah kanak- kanak
kenal nombor sekurang- kurangnya

sehingga nombor 3. Begitu juga dengan

nombor 10 kerana ia melibatkan nombor dua digit dan nilai tempat.


Penerangan berkenaan Nilai Tempat akan dihuraikan kemudian.
Kemahiran/konsep penting yang perlu dikembangkan dalam peringkat awal nombor

Mengenal, menama, dan menentukan nilai nombor 1 hingga 10,


dan 0

Membilang nombor 1 hingga 10

Menulis angka 1 hingga 10

Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menaik dan


menurun.

Perkembangan Nombor (Number Development)


Mengajar awal nombor
Dengar, lihat, sebut dan tunjuk
Strategi Membilang

Membilang secara menaik (Counting on)

Membilang secara menurun (Counting back)

Membilang secara lisan (Verbal counting)

Membilang secara sentuhan (Touch counting)

Membilang secara visual (Visual counting)

Membilang secara melangkau (Skip counting)

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Mengajar Menulis Angka


Teknik Biasa

Menulis di udara (write in the air)

Menulis di atas pasir (write on sand board)

Menekap angka putus-putus (trace dashed numerals)

Menulis di atas ruang kosong (write on empty space)

Membilang
Apabila kita membilang, kita sebenarnya mencari bilangan elemen dalam satu set
objek. Ia melibatkan nombor- nombor selain dari 1. Contohnya kita membilang wang,
baki wang, membilang dalam kiraan dua (2, 4, 6, 8, 10, 12, ...) atau dalam kiraan
lima (5, 10, 15, 20, 25, ...).
Kita boleh membilang dalam pelbagai cara yang berbeza. Membilang secara lisan
biasanya digunakan bagi objek yang ada di depan mata. Menggunakan gundal atau
tally marks, untuk membilang dilakukan dengan mencatatkan satu tanda untuk
mewakili satu kuantiti dan kemudian menjumlahkan tanda yang dicatat . Ini adalah
membilang menggunakan asas 1. Membilang biasa ialah menggunakan asas 10.
Selain dari itu kita juga boleh menjalankan aktiviti membilang menggunakan jari
(finger-counting) terutamanya untuk membilang nombor kecil. Di sini kita
menggunakan 1 jari= 1 unit dan terhad kepada mengira 10 sahaja. Lain- lain simbol
tangan juga digunakan seperti dalam Sistem Cina di mana 1 tangan mewakili 10.
Finger binary (base 2 counting) juga ialah satu cara membilang di mana membilang
sehingga 1023 = 210 1 boleh dilakukan.
Guru matematik sepatutnya mendedahkan teknik- teknik untuk membilang seperti
teknik counting on (0, 1,2,3,4,....), teknik counting back (10, 9,8,7,6,.....) dan juga
skip counting (2, 4,6,8,....) . Kita patut mula dengan nombor yang lebih kecil dahulu
misalnya nombor 0 hingga 10. Apabila murid- murid sudah mahir, barulah beralih ke
nombor- nombor yang lebih besar.

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Pelbagai alat dan kaedah

boleh digunakan untuk membantu membilang seperti

hand tally counters, menggunakan pensel dan kertas, penganggaran,

aritmetik

mental, abakus, kalkulator dan komputer. Kita sepatutnya dapat membuat pilihan
yang bijak melalui pengalaman untuk memilih yang mana satu yang lebih baik dan
sesuai.
Peranan Algoritma Dan Perwakilan Nombor

Algoritma ialah satu prosedur yang mengandungi langkah- langkah khusus untuk
diikuti dalam pengiraan. Mengikut

al-Khwrizm, algoritma merujuk kepada

peraturan- peraturan dalam menjalankan aritmetik menggunakan sistem nombor


Hindu-Arab. Kepentingan untuk memahami dan menggunakan algoritma adalah
perlu dalam mempelajari matematik. Terdapat pelbagai algoritma dalam matematik
dengan kegunaannya tersendiri.
Untuk menjadi mahir dalam pengiraan, seorang mestilah mempunyai kaedah yang
efisen dan tepat untuk mengira, dan ada kemahiran celik nombor dan operasi. Kita
perlu tahu dan faham bagaimana sesuatu algoritma itu digunakan dan berfungsi. Ini
dapat menyokong kita untuk terus maju dalam matematik kerana algoritma itu
bermakna untuk kita. Sekiranya kita mengamalkan pembelajaran secara menghafal
semasa

menjalankan

algoritma

matematik,

maka

ini

akan

menghalang

perkembangan celik nombor kita. Pelajar yang dapat mencipta algoritma alternatif
selalunya lebih berjaya dalam matematik kerana ia dibina berasaskan pemikiran dan
kefahaman mereka.
Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, latihan perlu diberi setelah
mempelajari tajuk matematik. Kadangkala latihtubi dan latihan tidak akan menjadi
berkesan dan perlu sekiranya ia tidak membawa apa-apa makna kepada pelajar.
Jadi seharusnya pelajar perlu jelas dan faham apa yang mereka buat. Kefahaman
konseptual mesti dilengkapi dulu sebelum latihan dijalankan. Konsep yang kukuh
tentang ide- ide matematik akan memudahkan lagi menyelesaikan masalah yang
berkaitan.

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Kelajuan dan kecekapan menggunakan algoritma matematik melibatkan nombornombor besar bukan lagi merupakan satu isu kritikal kerana isu ini dapat diatasi
menggunakan teknologi. Kita memerlukan fasiliti kepada algoritma untuk pengiraan
itu. Walaupun begitu, teknologi tidak boleh menafikan keperluan untuk memahami
dan menjalankan algoritma- algoritma asas.
Nilai Tempat
Dalam sistem Hindu-Arab , nilai tempat merupakan satu konsep utama. Nilai bagi
sesuatu nombor ditentukan melalui kedudukannya dalam nombor itu.
Sebagai contoh nombor 3578 dibaca sebagi tiga ribu lima ratus tujuh puluh lapan.
Ribu, ratus, puluh dan sa menunjukkan nilai tempat bagi digit.
3 5 78
8 sa
7 puluh, atau 70 sa
5 ratus, atau 500 sa
3 ribu, ataqu 3000 sa

Dalam bentuk kembangan (expanded form), 3578 boleh ditulis sebagai 3000 + 500
+ 70 +8.
Guru perlu membimbing murid memahami nilai tempat asas sepuluh supaya mereka
faham sistem nombor Hindu-Arab. Ini membolehkan mereka membina sebarang
nombor menggunakan 10 digit itu dan menentukan nilai tempatnya. Konsep nilai
tempat dapat dikukuhkan lagi melalui pengalaman mencerakinkan nombor dalam
bentuk expanded form.
Apabila tajuk nilai tempat diperkenalkan, murid- murid akan mula menggunakan
nombor 11 hingga 20 . Ide tentang nilai tempat dikaitkan terus dengan konsep
pengumpulan semula dalam nombor asas 10 (10 sa = 1 puluh). Satu contoh bahan
untuk menunjukkan nombor asas sepuluh ialah dengan menggunakan straw. Kita
7

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

katakan satu straw mewakili nilai 1 dan 1 ikatan yang mengandungi 10 straw
menunjukkan ide mengumpulkan 10 straw kepada satu kumpulan 10.

Lihat rajah di bawah.

sa

puluh

Ide nilai tempat diteruskan lagi kepada nombor 20 sehingga 100. Untuk membina
kefahaman dan pengalaman ini, kita mesti melalui proses mengumpulkan objek
dalam kumpulan sepuluh- sepuluh. Sekali lagi kita boleh gunakan straw untuk
menunjukkan ide

1 ratus = 10 puluh = 100 sa. Di sini guru memainkan peranan

penting untuk membimbing murid untuk belajar dan memahami konsep nilai tempat
dengan mudah melalui pengalaman konkrit.

Kini masanya untuk anda berfikir.


Aktiviti 1
Apakah bahan- bahan lain yang boleh anda gunakan sebagai
objek asas 10 semasa mengajar konsep nilai tempat?
Bagaimana anda menggunakan bahan itu untuk menunjukkan nilai
sa, puluh dan ratus?
Catatkan di bawah.

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Konsep nilai tempat dilanjutkan kepada nombor melebihi 100. Idea pengumpulan
sepuluh- sepuluh dilakukan untuk menunjukkan 10 puluh = 1 ratus; 10 ratus = 1 ribu
dsb. Sehubungan dengan itu, kefahaman murid tentang nilai tempat diperluaskan
kepada ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta. Murid perlu diingatkan tentang
digit 0 dalam ide nilai tempat. Sifar di sini ada makna tertentu. Guru perlu
membimbing murid supaya faham. Contohnya dalam nombor 709, sifar terletak pada
tempat puluh dan tiada nilai puluh di sini.
Ada banyak cara yang baik yang boleh digunakan untuk mengajar konsep nombor.
Sebagai seorang guru matematik kita tahu,

murid membina konsep melalui

kefahamannya dan pembelajaran akan berlaku daripada pengalaman belajar yang


bermakna. Oleh itu, guru harus merancang pengajaran yang menyediakan ruang
untuk berfikir melalui aktiviti aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif , mencabar,
praktikal dan relevan.

(a)

Contoh Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran - Membilang

Hasil Pembelajaran:

Membilang sekumpulan objek dari 1 hingga 10


Membilang ke belakang dari nombor 10 to 0.

Bahan :

10 pembilang

Kad Nombor 0 10

Prosedur:
1. Guru berkata: Lihat, saya ada banyak pembilang.
Mari kita kira bilangan pembilang yang saya ada.

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

2. Guru mengalihkan satu kaunter ke tepi dan berkata satu.

3. Guru mengalihkan satu lagi pembilang dan berkata dua.


4. Guru ulang untuk tiga, empat sehingga sepuluh.
5. Kerja berpasangan:
Secara bergilir lakukan seperti di atas- seorang alihkan pembilang sambil
seorang lagi menyebut bilangan yang dialih.
Beri pujian jika dapat mengira dengan betul.
6. Murid- murid bermain Permainan Mengira dalam kumpulan berlima
mengikut peraturan berikut:

Kocok kad (0 10) dan terbalikkannya.

Seorang pemain ambil kad teratas dan terbalikkan sambil


menyebut nombornya , contoh : tujuh.

Pemain lain mengira ke belakang enam, lima , empat, tiga,.....,


sifar mengikut giliran.

Pemain yang menyebut sifar akan mengambil kad seterusnya dan


permainan diteruskan seperti di atas.

(b)

Contoh Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Nilai Tempat

Hasil Pembelajaran:

Menukar nombor 10 hingga 20 dalam puluh dan sa menggunakan strip-puluh


dan kepingan sa.

Bahan:

Bahan Asas 10 : strip- puluh dan kepingan sa

Kad nombor : 0 hingga 9

Kad Manila dengan dua poket.


10

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Prosedur:
1. Guru bimbing murid untuk menukar 10 kepingan sa dengan
satu jalur- puluh
jalur- puluh
kepingan sa
2. Murid diminta menyebut satu nombor antara 11 dan 20. Contohnya 15.
Guru bimbing murid tukar 15 sa dengan 1 strip- puluh dan 5 sa

3. Guru bimbing murid pilih satu kad nombor untuk mewakili nombor di atas
dan letakkan dalam poket seperti di bawah:

Puluh

Sa

4. Guru bimbing murid untuk menulis 15 = 1 puluh + 5 sa = 10 + 5


5. Murid kemudian menyebut nombor itu dalam dua cara iaitu :
satu puluh dan lima sa dan lima belas..
6. Ulang langkah- langkah di atas untuk nombor- nombor lain.

Ringkasan
11

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

1.

Nombor mewakili kuantiti sesuatu objek dan diterjemahkan dalam bentuk


simbol digit.

2.

Ide sifar diperkenalkan selepas murid- murid kenal sekurang- kurangnya tiga
nombor pertama.

3.

Ide pengumpulan bersepuluh penting untuk membina konsep nilai tempat.

4.

Tiada satu cara terbaik yang tertentu untuk mengajar tajuk nombor bulat. Oleh
itu, gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan pelbagai kaedah yang boleh
digunakan untuk menyokong pengajaran.

1.4.2 OPERASI DAN FAKTA ASAS NOMBOR


Operasi Tambah dan Tolak
Pengenalan
Murid-murid sekolah rendah perlu mempunyai kemahiran asas mengira. Ada empat
operasi asas iaitu :

Penambahan

penolakan

pendaraban

Pembahagian

TADIKA dan TAHUN 1

Peringkat Pembelajaran Bagi Penambahan Dan Penolakan


Ada 3 langkah asas dalam pembelajaran ini:

Tambah dan Tolak sehingga nombor 10 pengalaman mengira awal dan

memahami konsep dan makna penambahan dan penolakan


Tambah dan Tolak sehingga nombor 18 menekankan kemahiran mengingat

fakta asas bagi penambahan dan penolakan


Tambah dan Tolak bagi nombor lebih daripada 2 digit menekankan tentang
algoritma simbolik bagi penambahan dan penolakan.

Makna Penambahan Dan Penolakan


12

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Penambahan - operasi yang mengumpulkan dua nombor (addends) untuk


menghasilkan nilai unik ketiga yang dikenali sebagai hasil tambah.

Dalam ayat matematik, ia ditulis sebagai


3 + 4 = 7, 3 dan 4 adalah addends, dan 7 adalah hasil tambah.

Penolakan kita mula dengan hasil tambah dan menarik keluar satu daripada
addends untuk mencari satu lagi addend yang tinggal.

Hasil tambah sebenar adalah minuend; addend yang ditolak adalah


subtrahend; addend yang tertinggal adalah baki

Dalam ayat matematik, ia ditulis sebagai


7 3 = 4, 7 adalah minuend, 3 adalah subtrahend, dan 4 merupakan
baki.

Ada dua model asas untuk menggambarkan penambahan.


(a) Model Set: kombinasi objek konkrit; dan
(b) Model Garis Nombor : kombinasi kuantiti tidak konkrit
Contoh :

Masalah 1: Abu mempunyai 3 biji bola berwarna merah dan 5 biji bola biru.
Berapa jumlah bola yang Abu punyai?

Masalah 2: Suhu air dalam sebuah bikar adalah 38 o C.

Selepas

memanaskannya, suhu meningkat sebanyak 4 o C. Apakah bacaan suhu baru


bagi air tersebut?
Masalah 1 berkenaan penambahan dua biji bola, dua objek konkrit. Gambaran
rajah adalah seperti berikut: MODEL SET

13

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Masalah 2 berkenaan kombinasi dua bacaan suhu, kuantiti bukan konkrit.


Gambaran rajah adalah seperti berikut: MODEL GARIS NOMBOR

4 0C

38 0C

42 0C

10 0C

0 0C

20 0C

30 0C

40 0C

Ada empat model asas untuk menunjukkan makna Penolakan :

50 0C

(a) Model Take-Away


(b) Model Perbandingan (Comparison)
(c) Model Missing-Addend
(d) Model Garis Nombor
Contoh :
(a) Model Take-Away

Masalah 1: Bibah mempunyai 5 ekor ayam. Semalam, 2 daripada ayamayam tersebut dicuri orang. Berapa ekor ayam yang tinggal ? (MODEL TAKE
AWAY)

14

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

(b)

Model Perbandingan (Comparison)

Masalah 2: Nina mempunyai 5 biji oren. Sari pula mempunyai 2 biji oren.
Berapa biji oren yang Nina punyai, melebihi oren yang dipunyai oleh Sari ?

(c)

Model Missing-Addend
Masalah 3: Bob bercadang memelihara 5 ekor arnab. Pakciknya memberi 2
ekor arnab sebagai permulaan.Berapa ekor arnab lagi yang perlu Bob beli ?

(d)

Model Garis-Nombor
15

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Masalah 4: Suzy mempunyai 5 liter jus oren. Dia memberi 2 liter kepada
adiknya. Berapa liter jus oren yang masih tinggal pada Suzy ?
5 liter
2 liter

3 litres

3 liter

Hubungan Antara Penambahan Dan Penolakan

Penambahan dan penolakan adalah operasi songsang (inverse).

Contohnya:

disebabkan 3 + 4 = 7, maka 7 3 = 4 dan 7 4 = 3.

Aktiviti mengenai hubungan antara penambahan dan penolakan

adalah

sangat penting pada tahap awal pembelajaran kanak-kanak.

Sebagai guru matematik, adalah sangat penting untuk membimbing mereka


memahami hubungan inverse ini melalui aktiviti yang dirancang dengan teliti.

Contoh Mengenai Penolakan Merupakan Inverse Kepada Penambahan


Isi tempat yang kosong:
8 + 4 = 12
12 8 = _____

12 4 = _____

5 + 9 = 14
14 5 = _____

14 9 = _____

Sifat Penambahan
Identiti Penambahan(Additive identity)

Sifar adalah identiti bagi Penambahan sebab dengan menambah sifar


kepada sebarang nombor, tetap akan menghasilkan nombor tersebut,
contohnya 4 + 0 = 4 (tekankan bahawa (a + 0) and (0 + a) adalah
sama.

Tukar tertib/Komutatif (Commutative property)


16

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

o Menukar tertib kedudukan dua addend tidak mengubah hasil tambah,


contohnya: (4 + 3 = 3 + 4).
tidak perlu lagi menghafal (7 + 5).
Identiti Penambahan(Additive identity)
o Sifar adalah identiti bagi penambahan sebab dengan menambah sifar
kepada sebarang nombor, tetap akan menghasilkan nombor tersebut,
contohnya 4 + 0 = 4 (tekankan bahawa (a + 0) and (0 + a) adalah
sama.

Fakta Asas Penambahan

Algoritma Bagi Penambahan Dan Penolakan


Untuk mengajar algoritma bagi penambahan dan penolakan, kita perlu
menggunakan bahan konkrit ( seperti bahan asas-10 dan carta nilai
tempat ).
Rajah berikut menunjukkan contoh bagi proses penambahan
menggunakan bahan konkrit asas-10 serta proses bagi penolakan.

17

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Model Konkrit bagi (16 + 18).

PuSa76- 23

PuSa76- 233

PuSa76- 2353

18
Model Konkrit bagi (76 23).

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Contoh Algoritma Penambahan

Contoh Algoritma Penolakan

Disamping algoritma tersebut di atas, terdapat lain-lain algoritma untuk


mengira penambahan dan penolakan.
Operasi Darab Dan Bahagi
Pendaraban dan pembahagian adalah dua konsep penting yang digunakan dalam
semua topik Matematik. Pendaraban merupakan antara asas pengiraan
yang dianggap sukar selain membahagi. Oleh itu pelajar harus membina
asas yang kukuh tentang pendaraban dan pembahagian semasa di sekolah
rendah sebelum memasuki peringkat menengah.

Kemahiran Asas Matematik Pendaraban dan Pembahagian


Kanak kanak membina pengetahuan pendaraban dan pembahagian daripada
kefahaman tentang topik penambahan dan pendaraban. Kemahiran Asas Matematik
yang berkaitan dengan pendaraban dan pembahagian ialah:

Menulis ayat pendaraban dan pembahagian.

Menyatakan dengan cepat fakta asas pendaraban sehingga 9 x 9 dan


19

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

fakta asas pembahagian sehingga 81 9.

Menulis pendaraban dan pembahagian dalam bentuk algorithma piawai.

Mendarab sebarang dua nombor.

Membahagi sebarang nombor dengan nombor lain, dengan baki dan


tanpa baki.

Menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan pendaraban dan


pembahagian.

Maksud Pendaraban dan Pembahagian


Pendaraban secara umumnya dikenali sebagai penambahan berulang nombor yang
sama. Di dalam ayat pendaraban 3 x 4 = 12, 12 dipanggil hasil darab bagi 3 dan 4
di mana 3 ialah multiplier dan 4 ialah multiplicand.
Sebaliknya. pembahagian dikenali sebagai suatu proses mengagihkan suatu kuantiti
kepada bahagian yang sama. Bagi pernyataan bahagi 305=6, 30 dipanggil
dividend, 5 ialah pembahagi (divisor ) dan 6 ialah hasil bahagi (quotient). Walau
bagaimanapun ada banyak lagi maksud pendaraban dan pembahagian.

Rajah 1 menggambarkan dua maksud umum pendaraban dan Rajah 2


menerangkan dua maksud umum pembahagian.

Terdapat 3 bungkusan buah


tomato. Setiap bungkusan ada 4 biji
tomato .Berapakah jumlah buah
tomato semuanya.
How many tomatoes are there
altogether?

Terdapat 3 baris buah tomato.


4 biji tomato pada setiap baris.
Berapakah jumlah buah tomato
kesemuanya. ?

(3 X 4) bermaksud 4 + 4 + 4

TAMBAH BERULANG

20

(3 X 4) bermaksud 3 baris; 4 di
dalam setiap baris.

Rajah1. Maksud Pendaraban.

SUSUNAN

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Terdapat 12 biji tomato untuk dibahagi


kepada 3 orang kanak-kanak.
Berapakan biji tomato untuk setiap
kanak-kanak tersebut?

Terdapat 12 biji tomato.Seorang


kanak-kanak makan 3 biji
tomato. Berapakah orang
kanak-kanak yang dapat makan
semua tomato?
buah tomato?
tt?tomato.atoes?

12 3 = 4 bermaksud 3 boleh di tolak


daripada 12 sebanyak 4 kali; iaitu.
12 3 3 3 3 = 0

12 3 bermaksud 12 diagihkan
kepada 3 orang kanak-kanak;
Seorang kanak-kanak mendapat 4.

AGIHAN SAMA

TOLAK BERTURUT-TURUT

Rajah 2. Maksud Pembahagian.

Banding dan beza (3 x 4 = 12) dan (4 x 3 = 12). Bagaimanakah perbezaan


pendaraban ini mempengaruhi proses anda dalam pengajaran pendaraban?

21

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Cikgu menyuruh Ahmad melukis gambar menunjukkan maksud 8 2 = 4. Ahmad


melukis gambar berikut:

Arif ,rakan Ahmad ,menyatakan gambar di atas tidak menunjukkan maksud


pembahagian yang betul. Kerana untuk pembahagian 8 2, Ahmad harus
melukis 8 objek yang dikongsi sama oleh 2 orang. Gambar yang betul
adalah seperti di bawah.:

Apakah respon anda tentang perbezaan pendapat antara Ahmad dan Arif ?
Kenapa anda fikir perbezaan pendapat ini timbul antara mereka ?

22

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Hubungan antara Pendaraban dan Pembahagian


Pendaraban dan pembahagian adalah suatu operasi songsangan (inverse
operation). Sebagai contoh, oleh kerana 5 x 3 = 15, maka 15 3 = 5 dan
15 5 = 3. Kanak-kanak perlu diberi ruang yang luas untuk meneroka hubungan ini
secara aktif.

Model Konkrit bagi (76 23).

Sifat-Sifat Pendaraban
Pendaraban mempunyai beberapa ciri yang boleh digunakan untuk meringkaskan
prosedur pengiraan secara mental dan lazim. Dua ciri yang berguna ialah identiti
penambahan,ciri tukar tertib dan pendaraban dengan sifar.
i)

Identiti Penambahan (Additive identity).

Satu ialah identiti penambahan kerana mendarabkan 1 dengan sebarang nombor


akan meghasilkan nombor itu sendiri.
(4 x 1 = 4).
ii)

Tukar tertib/Komutatif (Commutative property).

Pendaraban adalah operasi komutatif kerana untuk sebarang nombor a dan b, (b x


a) akan memberi nilai yang sama seperti (a x b). Sebagai contoh, 2 x 3 = 3 x 2 = 6.
23

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

iii)

Pendaraban dengan sifar.

Sebarang nombor yang didarabkan dengan sifar akan memberi nilai sifar.

Bagaimanakah ciri-ciri pendaraban ini dapat membantu pelajar meringkaskan


tugasan mereka dalam menghafal fakta asas pendaraban?

Fakta Asas Pendaraban


Fakta asas pendaraban adalah pendaraban daripada sebarang dua nombor 1 digit.
Terdapat 100 fakta asas bagi pendaraban. Fakta asas pendaraban boleh di
terjemahkan dalam bentuk jadual.

Bincangkan dengan rakan anda di sekolah. Apakah aktiviti pembelajaran yang


digunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang hubungan songsangan antara
pendaraban dan pembahagian? Senaraikan semua idea utama anda.

Fakta Asas Pembahagian


Sekiranya pelajar anda telah mengetahui fakta asas pendaraban, mereka boleh
mengaitkan dengan fakta asas pembahagian. Sebagai contoh, jika mereka tahu
bahawa 6 x 5 = 30, maka tidaklah sukar untuk mengaitkan bahawa 30 5 = 6 dan
30 6 = 5. Oleh itu, tidak perlu untuk mempelajari fakta asas pembahagian secara
berasingan. Sebaliknya guru perlu menekankan tentang hubungan songsang antara
pendaraban dan pembahagian.

24

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Algoritma bagi pendaraban dan Pembahagian


Terdapat berbagai jenis algoritma untuk melakukan operasi pendaraban dan
pembahagian. Rajah 3 di bawah menunjukkan empat jenis algoritma yang berbeza
untuk pendaraban dan Rajah 4 menunjukkan 2 jenis algoritma untuk pembahagian.
Algoritma 1
3
X
1
6
8

9
4
4

2
2
4

Algoritma 2
4
6
4

2
2
2

1
4

Algoritma 3
4
6
4

2
2
2

0
0

4
6

4
6
4

6
X4
6X

20
6X

300
20

X4
20 X
20
20 X
300

Algoritma 4
X

300

20

20

6000

400

80

1800

120

24

324 x 26 = 6000 + 400 + 80 + 1800 +


120 + 24
= 8424
Rajah 3. Algoritma Pendaraban

25

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Algoritma 1

1
9
7
2
2

3
4
4
1
3
2

Algoritma 2

4
1

1
8
3

1
9
7
2
2

baki

3
0
4
0
4
1
3
2

4
0
0
1
0
1
0
1
8
3

134
tolak 100 x 7
tolak 30 x 7
tolak 4 x 7
baki

Rajah 4. Algoritma Pembahagian

Maksud pendaraban dan pembahagian yang manakah setiap


algoritma di atas di asaskan? Terangkan sebab anda.

Algoritma yang manakah yang anda pilih untuk mengajar pelajar


anda? Mengapa?

Bagaimanakah anda menggunakan bahan konkrik untuk


menunjukkan proses pendaraban dan pembahagian algoritma?

Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.


Sebagai guru matematik, anda seharusnya mencari peluang untuk mengumpulkan
aktiviti p-p yang baik untuk pengajaran anda. Jika anda mempunyai koleksi aktiviti
yang pelbagai, anda secara semulajadi akan mendapat idea yang banyak semasa
26

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

merancang pengajaran anda. Dengan membaca contoh aktiviti di bawah diharap


akan dapat memberi gambaran dan idea untuk memulakan koleksi anda.

Aktiviti 1: Pendaraban sebagai Penambahan Berulang.


Hasil Pembelajaran:

Menerangkan bahawa pendaraban adalah penambahan berulang.

Menulis ayat pendaraban.

Bahan:

Pinggan kertas

Pembilang

Langkah perlaksanaan:
1. Guru bercerita tentang penambahan berulang;murid melakonkan setiap cerita
menggunakan pembilang dan pinggan kertas.Contoh cerita ditunjukkan dalam
Rajah 5.
Sediakan jadual untuk menunjukkan fakta asas pendaraban.Apakah pola yang
dapat dilihat dalam jadual ini?Bagaimanakah anda menggunakan pola ini untuk
mengalakkan pelajar anda mengingat fakta asas dengan mudah?

Rajah 5. Contoh menunjukkan 3 x 2 = 2 + 2 + 2.

2. Setelah membuat model cerita yang lain, guru memperkenalkan pendaraban


sebagai penambahan berulang dan ayat matematik yang berkaitan seperti
3 x 2 = 2 + 2 + 2.

27

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

3. Di dalam kumpulan 4 orang, setiap murid bergilir-gilir melakukan main peranan


bagi situasi di bawah:
Murid A: Ambil sebarang bilangan pinggan(tidak lebih dari 9) dan letakkan
ditengah setiap kumpulan.
Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang (tidak lebih dari 9) atas setiap
pinggan.
Murid C: Mulakan bercerita 3 pinggan; 2 pembilang setiap satu; 6 pembilang
semuanya
Murid D: Tuliskan ayat penambahan berulang dan ayat pendaraban yang
berkaitan.
Aktiviti 2: Pendaraban sebagai Suatu Susunan.
Hasil Pembelajaran:

Menerangkan bahawa pendaraban adalah suatu susunan.

Menulis ayat pendaraban.

Bahan :

Pembilang

Jalur Kertas

Langkah perlaksanaan :
1. Guru

membincangkan

masalah

susunan

mudah

dengan

murid

dan

menggunakan jalur kertas dan pembilang untuk menyelesaikan masalah. Contoh


masalah adalah seperti dalam Rajah 6.


3 pinggan. 2
biji telur dalam
setiap

pinggan.
Berapakah


bilangan telur
semuanya?

28

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Rajah 6. Contoh untuk menunjukkan 3 x 4 sebagai 3 baris dengan 4 objek dalam


setiap baris.
2. Selepas menyelesaikan masalah yang sama, guru memperkenalkan pendaraban
sebagai susunan baris dan lajur.
3. Dalam kumpulan 4 orang,setiap murid bergilir-gilir melakukan main peranan bagi
situasi di bawah:
Murid A: Ambil beberapa bilangan jalur kertas(tidak lebih daripada 9 jalur)
dan susun dalam baris ditengah-tengah setiap kumpulan.
Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang (tidak lebih daripada 9 ) di atas
setiap jalur kertas.
Murid C: Ceritakan situasi3 baris;2 pembilang dalam setiap baris; 6 pembilang
semuanya
Murid D: Tuliskan ayat matematik tentang pendaraban.
Aktiviti 3: Pembahagian sebagai Pengagihan Sama Rata.
Hasil Pembelajaran:

Menerangkan pembahagian sebagai pengagihan sama rata.

Menulis ayat metematik mengenai pembahagian.

Bahan;

Pinggan kertas

Pembilang

Langkah Perlaksanaan:
1. Guru menceritakan tentang pengagihan sama rata. Murid menggunakan
pembilang dan pinggan kertas untuk melakonkan cerita guru. Contoh ditunjukkan
dalam Rajah 7.

29

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

3 baris; 4 murid dalam setiap baris; berapakah bilangan murid semuanya?

Rajah 7. Contoh menunjukkan pembahagian 8 2 sebagai pengagihan sama rata.


2. Setelah menggunakan model cerita yang lain, guru memperkenalkan maksud
pembahagian sebagai pengagihan sama rata dan menulis ayat matematik yang
berkaitan iaitu 8 2 = 4.
3. Dalam kumpulan 4 orang, setiap murid bergilir-gilir memain peranan bagi situasi
di bawah:
Murid A: Ambil sebarang bilangan pembilang dan letakkan di tengah kumpulan.
Murid B: Ambil sebarang bilangan pinggan (tidak lebih daripada 9) dan letakkan
bilangan pembilang yang sama di atas setiap pinggan tadi.
Murid C: Mulakan bercerita 6 pembilang;letakkan sama banyak di atas 3
pinggan; 2 pembilang pada setiap pinggan. atau 9 pembilang; letakkan di atas
4 pinggan; 2 pembilang diatas setiap pinggan dengan 1 baki.
Murid D: Tulis ayat pembahagian.
Aktiviti 4: Pembahagian sebagai Penolakan Berulang
Hasil Pembelajaran:

Menerangkan pembahagian sebagai penolakan berulang.

Menulis ayat matematik pembahagian.

30

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Bahan:

Pinggan kertas

Pembilang

Langkah Perlaksanaan:
1. Guru memperkenalkan masalah penolakan berulang; Murid menggunakan model
bagi setiap masalah dengan pinggan kertas dan pembilang.Contoh cerita
ditunjukkan dalam Rajah 8.
Terdapat 8 ekor kupu-kupu berehat di atas 2 kuntum bunga , dan setiap bunga mempunyai
bilangan kupu-kupu yang sama.Berapa banyakkah kupu-kupu pada setiap bunga?

Rajah 8. Contoh untuk menunjukkan 12 3 sebagai penolakan berulang.

2. Selepas beberapa kali bercerita, guru memperkenalkan pembahagian sebagai


penolakan berulang dan ayat matematik yang berkaitan seperti
12 3 = 4.
3. Dalam kumpulan 4 orang, setiap murid bergilir-gilir melakonkan peranan bagi
situasi di bawah:
Murid A: Ambil sebarang bilangan pembilang dan letakkan ditengah kumpulan.
Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang atas pinggan( tidak lebih
daripada 9 pembilang).
Murid C: Ikut bilangan nombor yang dipilih oleh murid B dan letakkan baki
pembilang ke atas pinggan dan bercerita seperti 24 pembilang; 3
pembilang pada setiap pinggan; 8 pinggan mempunyai pembilang. atau

31

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

9 pembilang; letak 2 pembilang pada satu pinggan; 4 pinggan


mempunyai pembilang dengan baki 1
Murid D: Tuliskan ayat matematik tentang pembahagian.

Aktiviti 5: Pencarian Fakta Pendaraban.


Hasil Pembelajaran:

Untuk mengingat semula fakta asas pendaraban dengan pantas.

Bahan:

Carta mencari fakta ( Rajah 9) terdiri daripada fakta asas pendaraban dan
kad L bagi setiap pasangan murid.

X
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9

0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0

1
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9

2
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18

3
0
3
6
9
12
15
18
21
24
27

4
0
4
8
12
16
20
24
28
32
36

5
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45

6
0
6
12
18
24
30
36
42
48
54

7
0
7
14
21
28
35
42
47
56
63

8
0
8
16
24
32
40
48
56
64
72

9
0
9
18
27
36
45
54
63
72
81

Rajah 9. Carta pendaraban mencari fakta menunjukkan 3 x 6 = 18.

Langkah Perlaksanaan:
1. Secara berpasangan, murid membina carta pendaraban masing-masing.
32

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

2. Secara berpasangan, murid bergilir-gilir melakukan main peranan berikut:


Murid A : Gunakan fakta mencari pendaraban untuk mencari fakta; kemudian tanya
soalan pendaraban seperti berapakah 5 x 8 ?. Kemudian semak jawapan
yang diberi oleh murid B.
Murid B : Ingat semula fakta pendaraban.
1.4.3 SENSE OPERASI DAN PENGIRAAN
Abakus
Bahagian-bahagian Abakus

Jari hantu menaik dan menurunkan manik


atas

Jari telunjuk menurunkan manik bawah


menjauhi palang pemisah

Ibu jari menaikkan manik bawah mendekati


palang pemisah

33

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Perwakilan Nombor

5
34

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Menentukan Nilai Tempat

Tuliskan nilai-nilai di bawah :


Penambahan dan Penolakan

35

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

OPERASI TAMBAH
KAWAN KECIL (LITTLE FRIEND)/

KAWAN BESAR (BIG FRIEND)/

KOMBINASI 5
+ 1 = naik 5 turun 4

KOMBINASI 10
+1 = turun 9 naik 10

(+5 4)
+ 2 = naik 5 turun 3

(-9 +10)
+ 2 = turun 8 naik 10

(+5 3)
+ 3 = naik 5 turun 2

(-8 + 10)
+ 3 = turun 7 naik 10

(+5 2)
+ 4 = naik 5 turun 1

(-7 + 10)
+ 4 = turun 6 naik 10

(+5 1)

(-6 + 10)
36

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

+ 5 = turun 5 naik 10
(-5 + 10)
+ 6 = turun 4 naik 10
(-4 + 10)
+ 7 = turun 3 naik 10
(-3 + 10)
+ 8 = turun 2 naik 10
(-2 + 10)
+ 9 = turun 1 naik 10
(-1 + 10)

OPERASI TOLAK
KAWAN KECIL (LITTLE FRIEND)/

KAWAN BESAR (BIG FRIEND)/

KOMBINASI 5
- 1 = naik 4 turun 5

KOMBINASI 10
-1 = turun 10 naik 9

(+5 4)
- 2 = naik 3 turun 5

(-10 +9)
- 2 = turun 10 naik 8

(+3 5)
- 3 = naik 2 turun 5

(-10 + 8)
- 3 = turun 10 naik 7

(+2 5)
- 4 = naik 1 turun 5

(-10 + 7)
- 4 = turun 10 naik 6

(+1 5)

(-10 + 6)
- 5 = turun 10 naik 5
(-10 + 5)
- 6 = turun 10 naik 4
(-10 + 4)
- 7 = turun 10 naik 3
(-10 + 3)
- 8 = turun 10 naik 2
(-10 + 2)
- 9 = turun 10 naik 1
(-10 + 1)
37

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Kalkulator
Kalkulator merupakan bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh menarik
dan memotivasikan pelajar. Harganya juga murah dan hanya memerlukan beberapa
kemahiran asas untuk menggunakannya. Penggunaannya semakin penting untuk
peringkat persekolahan yang lebih tinggi. Malah dengan menekan beberapa butang
kalkulator sahaja akan dapat mengira dengan menghasilkan jawapan yang tepat
dengan pantas. Kalkulator juga mempunyai pelbagai peranan dan boleh digunakan
untuk sebilangan besar topik dalam matematik. Melalui penggunaan kalkulator
pelajar berpeluang membuat penerokaan dan mengaplikasikannya secara lebih
mendalam tentang konsep dan kemahiran matematik untuk topik-topik yang
berkaitan.
Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik
sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahkan seperti ini memerlukan fahaman
yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengahsetengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan
kalkulator mahu pun komputer.
Kalkulator dicipta oleh Colmur pada tahun 1820 dan pada tahun 1875, Boldwin dari
Amerika Syarikat telah menambah baik penggunaan kalkulator dengan melibatkan
permasalahan operasi-operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Sejak itu, beberapa
model baru muncul dan tidak terhad kepada pengiraan permasalahan empat operasi
tetapi juga untuk mendapatkan nilai tepat punca kuasa, gandaan, fungsi
trigonometri, logaritma dan aplikasi statistik.
Penggunaan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negaranegara maju belumlah dikatakan menyeluruh, tetapi penggunaan kalkulator
menjadikan murid lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih baik
dan memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Terdapat
kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik ekoran daripada
penggunaan algoritma kertas-pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak
langkah, proses dan peraturan yang harus diikuti, terutama dalam operasi
pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa
38

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga
meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.
kalkulator dan komputer alatan penting dalam penyelesaian masalah matematik.
Alat

ini

membekalkan

imej

visual

bagi

idea-idea

matematik

selain

mempermudahkan jalan kerja untuk mengatur dan menganalisis data serta


menjalankan pengiraan dengan cekap dan tepat. Justeru, murid ;akan lebih
bermotivasi, menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau
kesimpulan , merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan
masalah dan dapat memupuk pemahaman konsep matematik disamping menyemak
semula jawapan baik.

Bagaimana kalkulator dapat membina kemahiran menganggar dan


membuat penghampiran seterusnya mampu memperkembangkan minda
pelajar. Bincangkan.

Kalkulator penting dalam kehidupan seharian. Kepentingan kalkulator adalah seperti


berikut:
(i)

memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik

(ii)

membantu menyelesaian masalah dengan lebih mudah dan berkesan

(iii)

membantu menyelesaikan masalah untuk soalan yang lebih mencabar

(iv)

memberi peluang dan membuat penerokaan yang lebih mendalam tentang


topik-topik yang berkaitan

(v)

membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan polapola yang diperhatikan

(vi)

menguasai nilai nombor sama ada besar atau kecil

(vii)

merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan


untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.

(viii)

membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok
dengan matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics.
39

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

(ix)

membina keyakinan diri dan matematik mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

(x)
(xi)
(xii)

akses kendiri dan murid berdikari.


mengukuhkan kemahiran jangkaan dan menganggar
menyemak jawapan tanpa perlu bantuan guru.

Apakah masalah yang dihadapi oleh murid sekolah rendah apabila


menyelesaikan masalah algoritma operasi matematik? Adakah kalkulator
diperlukan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut?
Bincangkan.

Kiraan Mental
Pengiraan mental dan teknik menganggar adalah elemen- elemen penting dalam
melakukan pengiraan dan menggunakan matematik. Untuk menguasai kemahiran
pengiraan mental dan membuat penganggaran kita mestilah mempunyai asas yang
mantap tentang nombor bulat dan nilai tempat. Faktor lain yang dapat meningkatkan
kemahiran pengiraan mental dan penganggaran ialah pemahaman dan penguasaan
tentang fakta- fakta asas dalam matematik. Orang yang dapat membuat perkaitan
dan menganalisis pola atau trenda juga akan lebih mudah menjalankan pengiraan
mental dan penganggaran.
Pengiraan mental
Pengiraan mental merupakan satu proses mengira untuk mencari jawapan tanpa
menggunakan pensil dan kertas,

kalkulator atau apa-apa alat bantuan

pengiraan. Kekuatan minda akan memudahkan pengiraan mental dan


penganggaran dilakukan. Kebanyakan kanak- kanak mampu mencongak
sebelum mereka mempelajari pengiraan secara formal disekolah.

Berpengetahuan baik dalam fakta asas nombor adalah satu keperluan bagi
melakukan pengiraan mental dengan cekap dan ini mengurangkan kebergantungan
40

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

terhadap ingatan sementara. Kebolehan menggunakan teknik mencerakinkan


nombor dapat membantu dalam pengiraan mental.

Aplikasi Fakta Asas Matematik dalam pengiraan mental bagi operasi tambah
dan tolak
1

Tukar tertib

Susunan nombor boleh

3+4 =4+3

bertukar tempat
2

Tambah 1

Tambah 0

Tambah nombor

Tambah 1 kepada suatu

5+1=6

nombor ialah nombor

6+1=7

berikutnya dalam urutan

7+1=8

menaik
Identiti sifar (nombor

gandaan dua
5

Tambah nombor

yang ditambah 0 tidak

7+0=7

berubah)

9+0=9

Gandaduakan

4+4=8
8+8=16

nombor

5+0=5

Untuk nombor yang

7+8=

hampir dengan

satu lebih atau satu

Fikirkan 7+7=14

gandaan dua

kurang daripada nombor

14+1=15

gandaan dua
6

Kombinasi 10

9 pasangan

1+9

2+8

3+7

4+6

6+4 7+3
8+5=

8+2

9+1

5+5
7

Tambah menjadi
10 dan
selanjutnya

Cerakinkan satu nombor

8+2 +3=10+3

yang besar

=13

Buat kombinasi 10
Tambahkan

Membilang

Ambil nombor lebih besar

2+7=

mengikut tertib

Sambung membilang

Bilang 7... 8, 9

41

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

menaik
9

secara menaik
Tolak satu daripada suatu

Kurangkan satu

8-1=7

nombor ialah nombor

7-1=6

berikutnya dalam urutan

6-1=5

menurun
10

Gandaan

16-8=8
Fikirkan 8+8=16
songsang 16-8=8

11

Membilang

9-3=6

secara tertib

9 ... 8, 7, 6

menurun

Bilang 3 kali tertib


menurun dan dapat

12

Membilang secara

jawapan 6
8-6=2

menaik

6 ... 7, 8
Bilang 2 kali tertib menaik
untuk dapat 8

Pengiraan Mental Secara Kreatif Bagi Pendaraban


Bil Cara

Huraian cara

Contoh

Contoh

Gandaduakan

4x12=48

2x9=18

faktor pertama

4x24=96

4x9=36

atau faktor kedua

4x48=192

8x9=72

Doubling
(Gandaan Dua)

Hasil darab juga


digandaduakan

32 x 125=4000
16x250=4000
8x500=4000
4x1000=4000

42

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Halving(separuh)

Apabila

4x12=48

26x3=78

diseparuhkan

4x6=24

13x3=39

faktor pertama

4x3=12

atau faktor kedua,


maka hasil darab
juga diseparuhkan
Sesuai untuk
nombor genap
sahaja
3

Darab /bahagi

Nombor didarab

24x10=240

36010=36
3600100=36

dengan gandaan

dengan gandaan

24x100=2400

10

10, maka hasil

24x1000=24000 3600010=3600

darab digandakan
pada kadar yang
sama
Nombor asal
ditambahkan
bilangan sifar
mengikut gandaan
10(pendaraban)
Nombor asal
dikurangkan
bilangan sifar
mengikut gandaan
10(pembahagian)
4

Nombor serasi

Bentukkan

99x5=?

254x98=?

(compatible

nombor

numbers)

serasi(compatible

100x5=500

254x100=25400

number) kepada

1x5=5

254x2=508

10, 100

500-5=495

1000-508=492

24400+492=24892

Cari hasil

43

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

darab dengan
gandaan 10

Tolak /tambah
hasil darab

Bundarkan

Bundarkan

68x12=?

nombor kepada

nombor

gandaan 10

pertama /kedua

70x12=840

Tambah/tolak hasil 2x12=24


840-24=816
darab
6

Taburkan faktor

Taburkan nombor

kepada nombor

pertama kepada

yang mudah

24x12=288

15x36=540

nombor kecil yang

20x12=240

15x10=150

mudah dikendali

4x12=48

15x10=150

240+48=288

15x10=150

Darab dengan

15x3=45

faktor kedua

15x3=45

Tambahkan hasil

Teknik Mendarab dalam pengiraan mental


Bil
1

Cara
Mendarab dengan
4

Huraian cara
Darabkan dengan 2, darab

Mendarab dengan
11

58 x 4 = (58 x 2) + (58 x 2)
= (116) + (116)

dengan 2
Tambahkan hasil darab

Contoh

Ambil nombor asal (52) dan


bayangkan terdapat ruang

= 232
52x11=
5 (5+2) 2

di antara 2 digit
Tambah kedua-dua digit
dan letak pada ruang
99x11=

kosong
44

572

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Jika hasil tambah keduadua digit lebih daripada 10,


tambahkan digit pertama
kepada digit pertama pada
nombor asal

3
4
5
6

Darab dengan 5

Darab dengan 10

Darab dengan 6

Bahagi dengan 2
Darab dengan 3

Darab dengan 9

kemudian darab dengan 2


Darab nombor dengan 10

Daran dengan 12

Tolak nombor asal


Darab dengan 10
Tambah nombor asal

Darab dengan 13

sebanyak 2 kali
Darab dengan 3
Tambah 10 kali nombor

Darab dengan 14

asal
Darab 4
Tambah 10 kali nombor

Darab dengan 15

asal
Darab dengan 10
Darab dengan 5
Tambahkan kesemua hasil

10

Darab dengan 16

darab
Darab dengan 8, kemudian
darab dengan 2

11

Darab dengan 17

Darab dengan 7
Tambah 10 kali nombor

12

Darab dengan 18

asal
Darab dengan 20
Tolak nombor asal
sebanyak 2 kali
45

9 (9+9) 9
=1089

(9+1) 89

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

13

14

Darab dengan 19

Darab dengan 24

Darab dengan 20

4x19=

Tolak nombor asal

4x20=80

sebanyak satu kali

80-4=76

Darab 8 dan darab 3

Prinsip umum dalam pengiraan mental

Kebanyakan kanak- kanak akan melakukan pengiraan minda sebelum mereka diajar
mengira secara bertulis. Dalam pengajaran kelas biasanya pelajar akan mereka dan
menggunakan cara sendiri dalam mengira. Kita sepatutnya sedar mengajar tatacara
mengira secara formal akan mengakibatkan mereka tidak menggunakan daya
berfikir bahkan sangat bergantung kepada kaedah yang diajar. Kamii and Dominick
(1997) menyatakan yang apabila kita mengajar pelajar membuat hubungan antara
nombor (pengetahuan matematik logik) dengan mengajar algoritma kepada mereka
(pengetahuan bersosial ), kita secara tak langsung menarik perhatian mereka dari
cuba menggunakan kepekaan terhadap nombor kepada mengingati prosedur
pengiraan. Pengajaran algorithma secara bertulis perlu bagi mendorong pelajar
mengembangkan kefahaman mereka kepada hubungan nombor saja.

Apabila guru matematik mengajar kemahiran pengiraan mental , penekanan hanya


perlu diberi kepada bagaimana jawapan diperolehi tanpa menekankan speed
maupun ketepatan jawapannya. Untuk membina keyakinan pelajar, guru tidak
perlu fokus kepada speed pelajar mendapatkan jawapan.

Pengajaran pengiraan mental yang baik haruslah pelbagai. Guru perlu tahu
bagaimana menerangkan kepada pelajar. Penekanan dibuat kepada kepekaan
nombor dan kefahaman terhadap nilai tempat. Sowder (1990, p.19) menekankan
yang pengiraan minda tidak boleh dilengahkan sehingga pelajar menguasai menulis
algorithma secara formal. Perbincangan secara kelas adalah penting bagi berkongsi
kaedah minda diantara pelajar. Sesetengah strategi boleh diajar melalui
perbincangan kelas, penerangan dan latihan.
46

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Secara umumnya, guru perlu menekankan penggunaan pengiraan mental dan


penganggaran bagi pengiraan mudah dan sederhana dan hanya menggunakan
kalkulator bagi pengiraan yang sukar sahaja.

Penganggaran dalam pengiraan matematik


The NCTM Principle and Standards of School Mathematics (2000) mendefinisikan
kecekapan pengiraan sebagai mempunyai kecekapan, kebolehlenturan dan kaedah
tepat bagi mengira. Apa yang perlu diberi penekanan

semasa guru mengajar

matematik ialah membina kemahiran mengira tanpa kertas dan pensil. Pelajar perlu
cekap mencongak iaitu mengira secara mental di samping boleh menggunakan
kertas dan pensil dan alat teknologi seperti kalkulator dalam pengiraan.
Pada kebiasaannya pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan algoritma
(tatacara pengiraan) bagi pengiraan aritmetik. Walau bagaimana pun congak dan
anggaran juga sama penting dalam kehidupan harian bagi meningkatkan
pembelajaran matematik. Dalam kehidupan harian adalah sangat biasa memberi
jawapan hampir kepada masalah arithmatik yang diperlukan berbanding jawapan
yang tepat. Ini berlaku terutamanya apabila jawapan diperlukan dengan cepat tanpa
penggunaan alatan seperti kertas dan pensil, kalkulator atau mesin kira.
Apabila jawapan tepat diperlukan, biasanya penggunaan kalkulator dan mesin kira
akan digunakan. Namun pelajar perlu juga diajar kepentingan menganggar dalam
mendapatkan jawapan. Biasanya pelajar yang selalu

menggunakan strategi

penganggaran dan congak atau mental dalam pengiraan lebih memahami secara
mendalam tentang hubungan nombor. Ini akan mendorong mereka menjadi lebih
cekap dalam matematik.

Hubungan antara penganggaran dalam pengiraan dan penggunaan kalkulator


Pelajar seharusnya di ajar membuat penganggaran pada permulaan bagi menjawab
soalan sebelum menggunakan kalkulator , kemudian barulah menyemak prosedur
47

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

pengiraan. Sowder (1990) menyatakan kefahaman kepada nombor adalah asas


menguasai penggunaan kalkulator dan ianya mengembangkan penekanan kepada
pengiraan mental bagi semua nombor yang membantu mengembangkan kepekaan
nombor bagi memahami aritmetik, membuat anggaran dan berurusan dengan
tekhnologi
Kepentingan Penganggaran dalam kehidupan seharian
Penganggaran dalam pengiraan didefinisikan sebagai mencari jawapan terdekat
kepada masalah aritmetik tanpa mengira jawapan itu tepat atau sebaliknya. Ia
merupakan komponen penting bagi kognitif matematik, dimana ia menyediakan
maklumat terhadap kefahaman orang secara umum tentang konsep matematik,
hubungan dan strategi dan perkembangan kognitif pelajar dalam domain matematik.
Selain itu kemahiran penganggaran adalah berguna dalam kehidupan harian di
mana ia lebih realistik dan digunakan secara menyeluruh dalam setiap akiviti kita.
Teknik dalam mengira menggunakan penganggaran
Penganggaran selalu digunakan dalam situasi berikut:
1. Anggaran Kuantiti (mencari bilangan pelajar, hari, kelas dsb)
2. Anggaran Ukuran ( mencari panjang , luas , isipadu, masa dsb)
3. Anggaran Jawapan( mencari jumlah, perbezaan dsb )
Pembundaran
Tetapkan digit bagi nilai tempat yang hendak dibundarkan. Ianya sebagai digit
kekunci.Kenalpasti digit dalam nilai tempat dalam kedudukan kanan dari digit
kekunci.
Sekiranya digit tersebut kurang dari 5, bundarkan ke bawah, dengan mengekalkan
digit kekunci dan ganti semua digit di kanannya dengan sifar.
Sekiranya digit tersebut lebih besar dari 5, bundarka ke atas, dengan menambah 1
kepada digit kekunci dan menggantikan semua digit di kanannya dengan sifar.
Contoh: menganggarkan 589 + 217 , kita membundarkan 589 kepada 600
dan 217 kepada 200 dan mengira secara minda dengan 600 + 200 bagi
memperolehi anggaran 800.
48

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

500

20017

550

589 600

250

300

Penukargantian nombor yang serasi


Digunakan apabila nombor hampir kepada nombor asal pengiraan menjadi mudah
untuk dianggarkan secara minda
-Kenalpasti nombor dalam pengiraan asal yang boleh diganti dengan lain nombor
bagi menghasilkan anggaran yang mudah dengan minda.
-Kirakan dengan nombor baru bagi mendapatkan anggaran.
Contohnya : anggarkan nilai 524 x 33 dengan gantian nombor serasi.
Jelaskan dan 10 cara berfikir
Mendarabkan 100 dan 10 adalah senang digunakan , satu cara menggantikan
nombor serasi ialah 500 x 30 = 15000. Hasilnya 15000.
Anggaran depan ke hujung
Cara paling ringkas yang melibatkan pengiraan paling kiri , atau depan ke hujung,
digit setiap nombor seperti jika digit yang baki semuanya sifar.
Digunakan bila menganggar diperlukan secara pantas dan anggaran kasar saja.
-

Anggapkan semua digit kecuali permulaan atau digit depan ke hujung dalam

nombor yang dikira adalah 0


Buat pengiraan dengan nombor baru
Sekiranya memerlukan anggaran lebih hampir,laraskan anggaran pertama
dengan menggunakan digit lain atau nombor bagi anggapan menjadi 0 dan
anggar semula.
Contohnya: anggarkan nilai 569 + 375 dengan menggunakan anggaran
depan ke hujung yang dilaraskan. Jelaskan cara berfikir.

49

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Tambahkan digit depan ke hujung, kita akan dapat 500 + 300 adalah
800.nombor yang tinggal adalah 69 + 75 atau lebih kurang 150. Jadi 569 +
375 adalah hampir 950.

Pengelompokan
Digunakan bagi menganggar jumlah apabila addends pada pengiraan kelompok
sekitar nombor yang sama.
-Kenalpasti nombor yang setiap addends adalah hampir dan senang untuk
mencongak secara minda dengan senang
-Gantikan setiap addends dengan nombor yag sama.
-Guna pendaraban untuk menganggar jumlah campuran asal pengiraan tambah.

Contoh

Penyelesaian Masalah : Penderma Darah

Bilangan penderma darah di sebuah hospital adalah hampir sama bagi empat bulan
terawal pada tahun tersebut :

Bulan

Bilangan Penderma Darah

Januari

145

Februari

154

Mac

148

April

153

Jika corak bilangan tersebut berterusan, anggarkan bilangan penderma darah yang
dijangkakan pada tahun tersebut.

Penyelesaian

50

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

Setiap nombor adalah hampir kepada 150. Kita mahu menganggarkan jumlah untuk
12 bulan, maka kita berfikir 12 x 150 adalah lebih kurang 10 darab 150, atau 1500.
Bilangan penderma berkemungkinan hampir 1500 pada tahun tersebut.
[ Giliran Anda ]
Latihan : Anggarkan bilangan penderma unutk masa lain adalah seperti
berikut. Gunakan kelompok untuk menganggar jumlah yang dinyatakan.
a. Penderma untuk jangka masa empat bulan adalah
September, 97
Oktober, 120
November, 89
Disember, 106
Berapakah bilangan penderma yang menderma darah dalam masa
tersebut ?
b. Bilangan penderma bagi enam bulan pertama pada suatu tahun adalah
126, 124, 125, 127, 129, dan 123. Berapakah bilangan anggaran
penderma darah untuk jangka masa enam bulan tersebut?
Refleksi : Adakah pengelompokan sentiasa memberi anda anggaran yang
sama dengan membundar ? Gunakan contoh dan bahagian (a) di dalam
latihan, dengan nombor yang dibundarkan dengan puluh yang terdekat, untuk
menguji konklusi anda.
Mengelompok juga boleh digunakan untuk menganggar hasil darab.
Contohnya, untuk menganggar hasil darab 9 x 13 x 8 x 12, kita melihat
bahawa nombor tersebut berkelompok dengan kelompok 10. Kita mencari
hasil darab secara mental daripada 10 x 10 x 10 x 10, atau 10,000, untuk
mencapai anggaran.
1.4.4 ISU-ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN NOMBOR BULAT
Pendahuluan
Dari segi sejarah nombor menjadi asas keseluruhan kurikulum matematik. Semua isi
kandungan matematik yang digariskan untuk murid daripada peringkat pra
persekolahan sehingga ke sekolah rendah adalah berasaskan nombor. Standard
Nombor dan Operasi menggambarkan keperluan bagi kefahaman yang mendalam
51

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

serta kelancaran bagi kemahiran mengira, nombor dan aritmetik.Memahami nombor


dan operasi, membangunkan number sense, dan memperoleh kemahiran dalam
pengiraaan aritmetik membentuk pendidikan asas matematik di peringkat sekolah
rendah.
Semasa melalui pembelajaran di peringkat ini, murid seharusnya menguasai
kefahaman yang baik tentang nombor apakah itu nombor, bagaimana ianya
diwakilkan dengan objek, angka, atau atas garis nombor; bagaimana mereka ini
berkait antara satu sama lain; bagaimana nombor-nombor termaktub dalam sistem
yang mempunyai struktur dan ciri-ciri; dan bagaimana menggunakan nombor dan
operasi bagi menyelesaikan masalah matematk.
Konsep dan algoritma bagi aritmetik peringkat rendah juga adalah sebahagian
daripada nombor dan operasi. Keutamaan dalam Standard ini ialah pembangunan
number sense antaranya ialah kemampuan untuk meleraikan nombor
menggunakan nombor tertentu misalnya 100 atau sebagai rujukan, menggunakan
perkaitan antara operasi aritmetik untuk menyelesaikan masalah, memahami sistem
asas-sepuluh, memahami nilai nombor serta menganggar (Sowder 1992).
Kajian juga telah menunjukkan bahawa pembelajaran tentang nombor dan operasi
adalah

satu

proses

yang

kompleks

untuk

kanak-kanak

(contohnya,Fuson(1992)).Adalah penting bagi murid mengetahui kombinasi nombor


asas (basic number combinations - penambahan satu digit dan pasangan
pendaraban juga untuk penolakan dan pembahagian. Murid juga harus menguasai
kelancaran pengiraan-mempunyai dan menggunakan kaedah yang efisen dan tepat
untuk pengiraan.
Kelancaran boleh dilihat dengan jelas menerusi kombinasi penggunaan strategi
mental dan catatan atas kertas, juga menggunakan algoritma dengan pensil dan
kertas terutamanya apabila nobor semakin besar untuk enghasilkan jawapan yang
tepat dengan cepat. Apa pun kaedah yang digunakan murid, mereka harus boleh
menerangkan kaedah yang digunakan, memahami bahawa terdapat pelbagai
kaedah yang ada, dan boleh melihat kebergunaan mana-mana kaedah yang efisen,
tepat dan umum.
Murid juga harus mampu membuat anggaran dan menilai kemunasabahan jawapan
mereka. Kelancaran pengiraan seharusnya dibangunkan selari dengan kefahaman
52

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

murid terhadap peranan dan makna operasi aritmetik dalam sistem nombor. Justeru
dalam melaksanakan pengajaran, isu yang sering dibincangkan melibatkan
pengetahuan guru, murid dan juga tentang pedagogi.
Pengetahuan Guru
Ma (1999) melaporkan bahawa guru yang hanya memiliki pengetahuan prosedural
mempunyai kecenderungan untuk mengajar muridnya secara algoritma sahaja serta
gagal membuat perkaitan antara topik matematik. Contohnya walau pun guru ini
mengetahui bagaimana untuk menolak dan mendarab

tetapi

tidak dapat

mempamerkan kefahaman matematik melebihi daripada tindakan yang diperlukan


dalam melaksanakan operasi tersebut. Ini bertentangan dengan mereka yang
mempunyai kefahaman konseptual.

Guru sebegini mampu membuat perkaitan

antara konsep matematik, operasi dan perkaitan untuk memberikan kefahaman yang
mendalam tentang sesuatu topik matematik.
Pengetahuan guru-guru yang mengajar nombor bulat juga menjadi sebahagian
daripada masalah dalam pengajaran nombor bulat. Masih terdapat guru yang tidak
menguasai secara keseluruhannya dengan mendalam tentang nombor bulat dan
nilai tempatnya. Ma (1999) juga mendapati bahawa ramai guru sekolah rendah
kekurangan pengetahuan tentang konsep dan operasi nombor bulat. Ini sekaligus
menjejaskan kemahiran pedagogi apabila mengajar di dalam kelas.
Aktiviti 2
Dapatkan maklumat dan bincangkan apakah konsep yang
terlibat dalam pengajaran isi kandungan matematik tentang
nombor bulat.
Apakah idea penting yang seharusnya disampaikan
tentang topik nombor bulat?

Cara Pengajaran Guru Matematik


Sebagai guru matematik kita perlu tahu beberapa perkara. Antaranya kita perlu tahu
di mana kita berada sekarang (dari segi pengetahuan murid-murid di dalam kelas
kita di mana atas pengetahuan sedia ada inilah yang perlu kita bina pengetahuan
matematik selanjutnya). Kita juga perlu tahu di mana kita mahu pergi (dari segi
53

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

pengetahuan kita harus tahu apa yang kita inginkan semua murid di dalam kelas
untuk peroleh dan kuasai sepanjang tahun persekolahan mereka).
Akhirnya, kita perlu tahu apakah cara terbaik untuk sampai kepada matlamat
tersebut

(sebagai guru kita akan menyediakan peluang pembelajaran yang

membolehkan semua murid di dalam kelas untuk mencapai objektif pembelajaran


mereka). Adalah perlu bagi guru untuk merekabentuk pengajaran matematik yang
berkesan.
Seterusnya apabila kita bercakap mengenai reformasi dalam pendidikan matematik,
adalah penting untuk menyedari bahawa penguasaan fakta asas tetap merupakan
sesuatu yang amat penting dalam pengajaran matematik terutamanya di peringkat
awal pembelajaran matematik dalam kalangan murid.Justeru, antara isu dalam
pengajaran guru ialah mengenal perbezaan di antara membantu murid menguasai
fakta asas dan membantu mereka tentang makna operasi.

Mengetahui Fakta Asas


Fakta asas bagi empat operasi asas adalah sangat penting dan menjadi asas dalam
pembelajaran matematik. Kebanyakan murid berfikir bahawa nombor yang besar
adalah yang mempunyai nilai yang besar. Namun jika mereka diajar tentang fakta
asas nombor, nombor yang paling besar ialah 9 manakala cara penyelesaian untuk
nombor lain hanya melibatkan konsep.
Contoh:
8888 (murid mengandaikan sebagai satu nombor besar)
Bagi murid yang mengetahui fakta asas, soalan ini hanya melibatkan sifir 8.
Masalah yang sering terjadi ialah guru tidak mengajarkan fakta asas secara
keseluruhannya. Di sekolah, biasanya hanya fakta asas pendaraban sahaja
diajarkan manakala fakta asas untuk 3 operasi yang lain diabaikan begitu sahaja.
Keadaan ini menyebabkan ramai murid terus ketinggalan dan tidak menguasai
penambahan dan penolakan yang sebenarnya lebih mudah daripada pendaraban.
Sekalipun mudah bagi guru, namun fakta asas ini perlu disampaikan secara
terperinci kepada murid untuk membantu mereka memahami fakta sebenar dalam
54

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

matematik. Murid yang tidak dapat menguasai fakta asas memerlukan bantuan lebih
daripada sekadar latih tubi. Antara cadangan bagi membantu murid yang belum
menguasai fakta asas ialah dengan mengenal pasti fakta asas yang dikuasai dan
yang tidak dikuasai murid juga mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
Sebelum

sesuatu

strategi

fakta

asas

menjadi

automatik,

murid

harus

membangunkan habit mental menggunakan strategi yang sesuai bagi sesuatu fakta
yang muncul dalam situasi bukan berbentuk latih tubi. Adalah sangat penting untuk
menyedari bahawa pengetahuan murid yang terhad tentang fakta asas seharusnya
tidak mengecualikan mereka daripada mengalami pengalaman matematik yang
sebenar.
Aktiviti 3
Dapatkan maklumat tentang fakta asas bagi empat operasi dalam
matematik dan bincangkan strategi bagi penguasaan fakta asas bagi
setiap operasi berkenaan.

Contoh :
a) strategi bagi fakta asas untuk operasi tambah : zero facts,
doubles, near doubles
b) strategi bagi fakta asas untuk operasi tolak : think addition atau think missing
part
c) strategi bagi fakta asas untuk operasi darab : fakta doubles, fives, nines

Pengajaran Nilai Tempat


Mengetahui nilai tempat adalah sangat penting sebelum murid dapat membaca dan
mengenali nombor yang lebih besar.

Nilai tempat ini sebenarnya tidak dapat

diajarkan dengan mudah dalam tempoh yang singkat.

Murid dapat memahami

tentang nilai tempat dengan sempurna hanya apabila mereka telah mempelajari dan
memahami tentang operasi.
Istilah nilai tempat bermaksud kedudukan atau nama tempat bagi sesuatu digit. Bagi
murid untuk memahami nilai tempat, mereka perlu terlebih dahulu menamakan
nombor-nombor kecil, melaksanakan penambahan dan penolakan bagi nombornombor kecil serta memahami tentang kumpulan dalam pengiraan group in
counting atau skip counting. Mereka juga perlu boleh membuat pengiraan ke atas
55

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

atau ke bawah dalam nilai dua-dua, tiga-tiga, lima-lima, sepuluh-sepuluh atau


seratus-seratus. mereka perlu diterangkan bahawa apabila nilai semakin besar, cara
yang lebih efisen ialah mengira dalam kumpulan bukannya secara individu.
Yang paling penting dalam nilai tempat ialah lajur tertentu mewakili saiz kumpulan
tertentu iaitu sa, puluh, ratus dan sebagainya. Digit dalam lajur berkenaan
memberikan maklumat tentang berapa banyak kumpulan dalam saiz berkenaan.
Kesukaran murid antaranya ialah untuk memahami bahawa setiap lajur berkenaan
adalah saling berkaitan dan ini mungkin abstrak bagi mereka. Masalah yang sering
terjadi ialah, guru mulai mengabaikan pengajaran tentang nilai tempat apabila
mengajar operasi kerana memikirkan bahawa pengajaran nilai tempat telah
dilakukan sebelum itu.
Aktiviti 4
Melalui pengalaman anda, senaraikan kesukaran, kekeliruan serta
kesilapan murid

dalam mempelajari dan memahami

tentang nilai tempat.


ii.

Bincangkan dalam kumpulan anda bagaimana untuk


mengatasi kesukaran dan kesilapan yang telah dikenal
pasti.

Perkembangan konsep nombor bulat dan operasi dalam kalangan murid


Perkembangan dan pembangunan pengetahuan murid tentang nombor

dan

pengiraan adalah penting dalam kefahaman asas matematik murid-murid.


Penerokaan awal biasanya diklasifikasikan dalam bentuk intuitif, secara terus dan
menerusi pengalaman konkrit (Kilpatrick et al. 2001).Baroody (1987) pula mendapati
bahawa kanak-kanak menggunakan kedua-dua strategi pengiraan konkrit dan juga
strategi pengiraan mental.
Strategi pengiraan konkrit digunakan apabila objek dikira bagi setiap nombor yang
ditambah sebelum semua dikira sebagai satu jumlah. Manakala strategi pengiraan
mental merupakan strategi untuk menjejaki sejauh mana seseorang perlu kira
daripada nombor kardinal bagi nombor pertama yang ditambah. Strategi ini
seterusnya berkembang kepada strategi operasi penambahan dan penolakan
56

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

termasuk pengiraan ke belakang, skip counting dan pengiraaan sepuluh-sepuluh


(Fosnot & Dolk, 2001).
Apabila berhadapan dengan pengiraan, murid-murid menggunakan pelbagai kaedah
untuk menyelesaikan masalah termasuklah menggunakan bahan-bahan manipulatif
untuk

memodelkan

situasi,

mencipta

prosedur

bertulis,

melukis

gambar,

melaksanakan pengiraan mental, mengunakan pensil dan kertas(Carroll & Porter,


1998). Bass (2003) menyarankan penggunaan satu penyelesaian generik yang
munasabah untuk menyelesaikan masalah matematik yang kerap ditemui.
penggunaan algoritma bertulisatau prosedur yang boleh dilaksanakan dengan cara
yang sama dan melibatkan nombor yang berbeza adalah perlu (Kilpatrick, et al.
2001, p.7).
Oleh kerana pengiraan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan apabila nombor
menjadi semakin besar, adalah penting untuk menjejaki (keep track) pengiraan dan
algoritma menggunakan pensil dan kertas yang masih merupakan satu kaedah yang
penting.
Aktiviti 5
Beberapa persoalan yang harus digunakan guru dalam mengajar
sebarang topik matematik dan pengajaran nombor bulat khususnya
ialah:
i) Apakah masalah ataupun kesukaran dalam pengajaran konsep
nombor bulat?
ii) Apakah kesilapan biasa ataupun kekeliruan yang selalu
dihadapi oleh murid dalam topik ini?
Bincang dalam kumpulan untuk menjawab persoalan-persoalan
di atas. Laksanakan pembentangan kumpulan untuk berkongsi
hasil perbincangan anda. Buat rumusan terhadap tindakan yang
dicadangkan bagi mengatasi kesukaran dan kesilapan murid
berkenaan, seterusnya memperoleh pengajaran yang lebih
efektif.

57

MTE3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,PERPULUHAN DAN PERATUS

58