Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN AGAMA
PUTRAJAYA PRESINT 11 (2)
FOLIO KERJAYA

NAMA: NURFARHANA BT MOHD AMIN


KELAS: 3 AL-BURUJ
MATAPELAJARAN: SIVIK
TAHUN: 2016
1

ISI KANDUNGAN
BI PERKARA
L
1
2
3
4
5
6
7
8
9

PENGHARGAAN
PENGENALAN
PEMILIHAN KERJAYA
ARKITEK
TUGAS ARKITEK
KELAYAKAN
SYARAT PENGAJIAN
PUSAT PENGAJIAN
PENUTUP

M/S
3
4
7
9
10
11
11
12
13

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Pendidikan Sivik saya kerana
telah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi tentang kerjaya
pilihan saya. Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada
ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam
menghasilkan folio ini.

PENGENALAN
3

Kerjaya
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, kerjaya
merupukan suatu profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara
mencari nafkah. Persoalannya, bagaimanakah cara pemilihan kerjaya.
Terdapat 4 peringkat pemilihan kerjaya.
Pertama, kesedaran diri (Self Awareness). Pada peringkat ini,
seseorang haruslah mengetahui personaliti, kemahiran, kekuatan dan
minat yang ada pada diri mereka sendiri. Langkah ini penting dalam
memilih kerjaya yang sesuai. Perkara-perkara ini juga sering disoal dalam
temu duga pekerjaan. Antara kaedah untuk mengetahui nilai-nilai yang
terdapat dalam diri seseorang adalah melalui teori Holland. Teori Holland
mencadangkan bahawa seseorang mempunyai salah satu daripada 6 jenis
personaliti sama ada :
Realistik: Seseorang yang praktikal dan sesuai dalam kemahiran
pertukangan dan mekanikal
Investigatif: Seseorang yang sering melakukan analisis dan
terkenal dalambidang saintifik dan teknikal.
Artistik: Seseorang yang mempunyai kreativiti yang tinggi
Sosial: Seseorang yang suka bergaul dengan masyarakat. Bidang
pendidikan dan kebajikan sesuai dengan personaliti ini.
Berdaya usaha: Seseorang seperti usahawan yang terlibat degan
pengurusan dan perniagaan
4

Konvensional: Seseorang yang sistematik dan sesuai dalam


pekerjaan dan organisasi pejabat.
Seseorang yang memilih kerjaya yang mempunyai persekitaran yang
sesuai dengan personalitinya lebih berpeluang untuk berjaya dan
mengalami kurang stres dalam pekerjaanya.
Kedua, kesedaran peluang (Opportunity Awareness). Peringkat ini
melibatkan pencarian dan pengumpulan maklumat tentang peluang
pekerjaan yang terbuka kepada seseorang.
Ketiga, membuat keputusan. Seseorang boleh membincangakan
perkara ini dengan orang ramai seperti ahli keluarga dan rakan. Selain itu,
menemu bual bersama siswazah untuk mengetahui pengalaman dan
perjalanan yang perlu dihadapi untuk memudahkan lagi proses membuat
keputusan. Terdapat juga beberapa program yang dapat mencadangkan
pelbagai kerjaya yang sesuai dengan diri seperti Prospects Planner.
Peringkat keempat adalah mengambil tindakan dengan menyelidik
tentang majikan yang menyediakan pekerjaan yang diminati atau
menyediakan borang permohonan serta menghadiri temuduga.
Kadangkala, seseorang harus melakukan pengubahsuain dan terpaksa
melakukan salah satu peringkat ini semula.

PEMILIHAN KERJAYA
Kesedaran Diri (Self Awareness)
Setelah menjalankan The Holland Code Career Test, saya mendapati
bahawa saya seorang yang suka berfikir dan investigatif. Seorang yang
6

investigatif suka menyelesaikan maslah abstrak dan kebiasaanya


menyukai persekitaran yang saintifik dan akademik. Selain itu kategori
ini lebih memilih kerjaya yang menggunakan akal fikiran berbanding
fizikal. Mereka suka berkerja berseorangan dan menghabiskan masa
menganalisis data dan konsep. Seorang yang investigatif gemar
menerokai konsep dan menghasilkan teori tentang cara alam berfungsi.
Sebagai seorang yang investigsatif, tujuan kerjaya saya adalah untuk
mencari pekerjaan yang membolehkan saya berfikir bagi menyelesaikan
masalah abstrak dan memeriksa data untuk mencari corak dan prinsip.
Melalui ujian ini saya juga mendapati bahawa

Minat saya dalam pembinaan adalah sederhana


Minat dalam berfikir adalah tinggi
Minat penghasilan adalah tinggi
Minat membantu adalah sederhana
Minat memujuk (persuading) adalah rendah
Minat pengaturan adalah rendah

Kesedaran Peluang (Opportunity Awareness)


Terdapat pelbagai kerjaya yang sesuai dengan personaliti saya
tetapi kerjaya yang paling sesuai dan menarik adalah arkitek. Seorang
arkitek haruslah mempunyai minat dalam penghasilan (creating) dan
berfikir (thinking). Berdasarkan ujian yang telah saya lakukan, saya
mendapati minat saya terhadap kedua-dua aspek ini adalah tinggi. Oleh
itu pekerjaan ini sesuai dengan saya.
7

ARKITEK
Kerjaya pilihan saya adalah arkitek. Arkitek bertanggungjawab
mereka bentuk bangunan, susunan kawasan bandar dan luar bandar,
merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek. Ia merupakan
suatu kerjaya dalam bidang seni bina iaitu suatu bidang yang menyatukan
bidang seni dan sains. Ianya juga merupakan bidang yang saya sangat
minati. Kerjaya ini mermerlukan seseorang yang kreatif, berimaginasi
tinggi dan mahir dalam seni. Kebelakangan ini, akibat kepesatan
8

pembangunan khusunya di bandar-bandar besar dan kemunculan bandarbandar baru, ramai arkitek yang berkhidmat dengan pihak pemaju,
kontraktor, pembekal bahan binaan serta syarikat yang terlibat dalam
industri bangunan. Oleh itu, siswazah arkitek tidak menghadapi masalah
dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan peluang pekerjaanya
semakin meningkat.
Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah arkitek
ialah sebagai arkitek perancang bandar, arkitek landskap, arkitek juruukur
bahan, arkitek kapal, arkitek marin, arkitek bangunan dan juruteknik
senibina. Selain itu, seorang arkitek juga boleh bekerja dengan firmafirma arkitek, jabatan kerajaan dan badan-baan berkanun.
Kerjaya dalam bidang ini mampu menawarkan pendapatan sekitar
RM2,000 sehingga RM5,300 serta beberapa imbuhan lain di sektor
kerajaan, manakala sektor swasta mampu menawarkan gaji yang lebih
tinggi kepada seorang arkitek.
TUGAS ARKITEK
Antara tugas seorang arkitek adalah:
Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan
projek, kegunaan bangunan dan pembukaan bangunan.
Menyedia pelan atur dan menentukan ciri-ciri seni bina luar,
memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan.
9

Menyelaras reka bentuk struktur, mekanik dan elektrik.


Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan
memastikan bahawa reka bentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan reka bentuk dan
pembinaan dari PBT.
Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan
kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi
peruntukan.
Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas
seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya
KELAYAKAN DIPERLUKAN
Untuk menceburi bidang ini, seseorang harus memiliki kelulusan
dalam Sarjana Muda Seni Bina dari institusi pengajian tinggi tempatan
atau luar negara yang diiktiraf.
Selepas memperolehi ijazah, mereka perlu lulus dalam peperiksaan
yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan
Arkitek Malaysia untuk mendapat pengiktirafan sebagai arkitek
bertauliah.
SYARAT PENGAJIAN
Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian dalm bidang seni
bina. Antaranya adalah

10

1. Cara pertama: Jika pelajar ingin melanjutkan pengajian di bawah


program tahun asas seni bina di UTM, pelajar perlu mendapat
kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil
Pelajaran Vokasional. Sekurang-kurangnya, pelajar perlu mendapat
lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu
dan Matematik. Kemudian, pelajar akan mengikuti pengajian
selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak
akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk
tempoh tiga tahun.
2. Cara kedua: Kementerian Pelajaran menawarkan program
matrikulasi sains selama satu tahun sebelum pelajar ditawarkan
untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di USM,
UM,UIAM,UPM dan UKM. Program ini memerlukan calon lulus
peperiksaan SPM atau SPMV serta mendapat kepujian Bahasa
Melayu, Matematik, serta tiga matapelajaran lain
3. Cara ketiga: USM mengambil calon lepasan STPM untuk terus
melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda selama tiga tahun
sebelum meneruskan pengajian selama setahun bagi program
Sarjana Muda Seni Bina. Cara ini memerlukan calon lulus SPM
dan kepujian Bahasa Melayu. Calon juga perlu lulus STPM dengan
mendapat prinsial yang baik khususnya dalam mata pelajaran
Matematik, Fizik, Ekonomi dan Geografi.

11

PUSAT PENGAJIAN YANG MENAWARKAN BIDANG SENI BINA


1.
2.
3.
4.
5.

Universiti Malaya
Universiti Teknologi Mara
Universiti Sains Malaysia
Universiti Islam Anatarabangsa
Universiti Putra Malaysia

PENUTUP
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi akhirnya folio
sivik kerjaya ini telah berjaya saya siapkan. Setelah beberapa minggu
bertungkus lumus menyiapkan folio ini, terdapat beberapa kesimpulan
yang saya perolehi iaitu kita haruslah melakukan proses pemilihan
kerjaya dengan teliti dan jujur. Nilai-nilai ini akan memastikan pilihan
yang dilakukan adalah kerjaya yang terbaik untuk kita dan tidak
membawa kepada stres yang tinggi.

12