Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Pertama sekali, saya dan rakan sekumpulan saya berasa bersyukur kepada Tuhan
kerana dengan keberkatan-Nya, saya dan rakan dapat menyelesaikan kerja kursus ini
dengan berjaya dan pada masa yang ditetapkan.
Selepas itu, saya dan rakan juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah penasihat bola baling kami iaitu En.Ghazali

Bin Omar kerana dengan

pertolongan beliau, yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan dorongan kepada
kami dalam menyiapkan kertas kerja ini. Beliau sentiasa memberi penerangan dan
idea yang bernas kepada kami apabila kami menghadapi masalah. Dengan
pertolongannya, kami telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini. Beliau juga selalu
mengingati kami tentang apa yang seharusnya dibuat agar kami tidak melakukan
kesilapan dalamnya.
Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekerja yang sentiasa memberi
kerjasama yang tinggi kepada saya. Kami selalu bersama berbincang dan saling
memberi pendapat dan berkongsi idea dalam menyiapkan kertas kerja ini. Kami juga
meluangkan masa mencari bahan bahan atau maklumat yang diperlukan dalam kertas
kerja ini. Sikap mereka inilah yang membolehkan kertas kerja ini dapat disiapkan dalam
masa yang ditetapkan. Dalam hal ini juga, ia juga mengeratkan hubungan antara saya
dan rakan saya.
Saya dan rakan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami
yang selalu memberi dorongan, sokongan moral dan kewangan kepada kami. Ibu bapa
kami yang selalu memberi sokongan kepada kami juga mendorong kami

dalam

menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Akhir sekali, sekali lagi kami ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
orang yang membantu kami dalam menjayakan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.
Usaha anda semua amat kami hargai.

Anda mungkin juga menyukai