Anda di halaman 1dari 25

KURSUS:

HSA 3043 - ASIA TENGGARA ABAD KE-20


PENSYARAH: DR SAHUL HAMID BIN MOHAMED MAIDDIN
KUMPULAN: C
TAJUK TUGASAN
SOALAN 1:
JOSE RIZAL: LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN

NAMA

NO. MATRIK

MARLIA BINTI ABDUL MUKTI

D20121058870

MALEENA A/P ADUN

D20121058772

NOOR NAZIRAH BINTI RAMLI

D20121058841

NOR FARHANIZA BINTI MAT DESA

D20121058848

WAN MOHD AFIQ BIN WAN MOHD ZAWAWI

D20121058844

Pengenalan
Umumnya, perkataan atau istilah Asia Tenggara telah mula digunakan secara meluas dalam masa
Perang Dunia Kedua.1 Kawasan ini meliputi negeri di sebelah timur tanah besar Asia yang
merangkumi kawasan semenanjung Indo-China, gugusan kepulauan Indonesia serta Filipina.
Melihat kepada Asia tenggara itu sendiri, ianya merupakan kawasan yang sangat strategik dalam
kegiatan perdagangan timur dan barat. Kawasan ini kaya dengan hasil bumi yang menjadi
rebutan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia untuk memilikinya. Sehubungan dengan itu,
perkara ini telah membuka mata pihak barat untuk melihat dan seterusnya menguasai kawasankawasan di Asia Tenggara. Kawasan Asia Tenggara yang strategik dan sumber hasil bumi yang
banyak juga telah menarik minat pihak barat untuk menguasai serta mengaut keuntungan
kawasan ini untuk dibawa pulang ke negara asal kerana pada waktu itu barat sedang mengalami
satu anjakan paradigma iaitu kepesatan dalam Revolusi Industri.2
Begitu juga dengan Filipina dimana Sepanyol telah menjajah Filipina selama 333 tahun
dan pemerintahan Sepanyol di Filipina telah mengubah banyak perkara iaitu dari aspek politik,
ekonomi dan sosial. Motif utama sepanyol menjajah Filipina adalah untuk menyebarkan agama
Kristian dan meluaskan aktiviti perdagangan mereka. 3 Disebabkan kekejaman yang dilakukan
oleh Sepanyol, maka wujudlah semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina iaitu
yang dipimpin oleh Jose Rizal melalui gerakan Liga Filipina pada tahun 1880 dan 10 tahun
kemudian, wujud pula gerakan yang lebih bersifat radikal. 4 Umumnya, nasionalisme membawa
maksud semangat cinta akan tanah air sendiri. Beliau juga telah bergiat aktif untuk menyebarkan
1 D.G.E. Hall .1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 3.
2 Wan Abdul Rahman Latif et. al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 285.
3 Anggita Tiana et.al. 2013. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan
Sepanyol di Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Tesis Sarjana. Jakarta: Fakulti Ilmu
Sosial. Hlm. 1.
4 A. Kardiyat Wiharyanto. 1996. Pembentukan Negara-Negara Nasional di Asia
Tenggara. Jakarta: Universitas Sanarta Dharma. Hlm. 21.
2

semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina iaitu melalui penulisan dan karya
yang telah berjaya dihasilkannya. Jose Rizal yang mempunyai latar belakang pendidikan yang
baik telah banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara Filipina terutamanya
dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat.5
Latar Belakang
Umumnya, sebelum melihat dengan lebih mendalam mengenai sumbangan yang telah dilakukan
oleh Jose Rizal di Filipina, maka perlulah dilihat terlebih dahulu mengenai latar belakang beliau.
Nama asal Jose Rizal ialah Jose Prota Rizal Mercado dan beliau telah dilahirkan pada 19 Jun
1861. Sebenarnya, terdapat banyak gelaran yang telah diberikan kepada Jose Rizal iaitu yang
pertama ialah beliau telah dikenali sebagai Rizal iaitu nama yang diberikan oleh bapanya
Fransisco kerana perkataan Rizal adalah berasal daripada perkataan Ricial iaitu yang
membawa maksud medan hijau.6 Nama samaran yang diberikan oleh bapanya kepada Rizal
adalah kerana pada tahun 1849, Gabenor Janeral iaitu Fransisco Claveria telah mengeluarkan
arahan kepada semua rakyat Filipina untuk menukar nama yang digunakan sebelum ini kepada
nama keluarga yang telah diberikan oleh Sepanyol.
Oleh hal yang demikian, bapa Jose Rizal terpaksa mengikut perintah gabenor jeneral
untuk menukar nama Jose Rizal kepada Rizal. 7 Namun begitu, berlaku sedikit masalah iaitu Jose
Rizal kurang bersetuju namanya digelar Rizal sahaja kerana nama gelaran yang digunakan oleh
beliau dalam perniagaan adalah Rizal Mercado. Jika beliau menggunakan nama yang lain beliau
bimbang masyarakat tidak mengetahui perniagaannya. Oleh sebab tiada pilihan, maka Rizal
mengambil keputusan untuk menerima kedua-dua gelaran tersebut iaitu demi menjaga
kepentingan keluarga dan perniagaannya.8
5 Niels Mulder. 2005. Wacana Publik Asia Tenggara: Menuju Masyarakat Madani.
Yogjakarta: Penerbit Kanisius. Hlm. 100.
6 Ma. Dominga B. Padilla. 2011. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real
Ophthalmologist. Philippine Journal of Ophthalmologist, 36 (2). Hlm. 84.
7 Leon Ma Gufrrero. 1974. The First Filipino: A Biography of Jose Rizal. Manila:
National Historical Commision. Hlm. 19.
8 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real
Ophthalmologist. Hlm. 84.
3

Bapanya iaitu Fransisco Mercado merupakan individu yang berketurunan Tionghoa dan
ibunya pula bernama Teondora Alonzo serta kedua-dua ibu bapa Jose Rizal ini telah berkahwin
pada tahun 1848. Perkahwinan ibu bapa Jose Rizal ini telah dikurniakan 11 orang cahaya mata
iaitu 2 orang adalah lelaki dan 9 orang adalah perempuan. Jose Rizal merupakan anak yang
ketujuh di dalam keluarga tersebut dan maknanya Jose Rizal mempunyai seorang sahaja abang
iaitu Paciano dan saudara yang lain ialah Narcisa, Saturnina, Maria, Lucia, Olimpia, Conception,
Soledad, Trinidad, dan Josefa. Namun begitu, adiknya yang bernama Conception telah
meninggal dunia sejak kecil lagi iaitu pada umur 3 tahun dan Jose Rizal sangat sedih dengan
pemergian adiknya.9 Jose Rizal sebenarnya mempunyai darah kacukan iaitu kacukan Sepanyol
dan Jepun disebabkan oleh ibunya adalah berdarah kacukan Jepun dan Sepanyol dan ibunya
sebenarnya merupakan seorang guru sehinggakan rumah Jose Rizal mempunyai sebuah
perpustakaan yang dimuatkan dengan 1000 buah buku. Manakala, Jose Rizal pula merupakan
seorang anak yang suka membaca dan oleh sebab itulah apabila dewasa beliau menjadi pintar. 10
Tambahan pula, ibunya merupakan seorang yang mahir dalam bidang mengarang sajak dan
beliau sering membaca sajak kepada anak-anaknya termasuklah Jose Rizal sehinggakan apabila
dewasa, Jose Rizal mengikut jejak ibunya dan telah memenangi pelbagai pertandingan.11
Buktinya, di awal umur 3 tahun, Jose Rizal telah mengenali huruf dan sudah boleh
membaca kitab injil pada umur 5 tahun. Pada umur 8 tahun pula beliau telah memasuki satu
pertandingan dan beliau menang pertandingan drama tersebut manakala, pada umur 18 tahun
beliau telah memenangi pertandingan mengarang puisi peringkat antarabangsa. Yang paling
menakjubkan ialah beliau dikatakan telah berjaya menguasai lebih kurang 21 bahasa iaitu semasa
beliau belajar di Eropah dan oleh sebab itulah, kebanyakan masyarakat sangat menghormati
beliau sehinggakan ada sesetengah masyarakat yang mengatakan bahawa Jose Rizal ini telah
mendapat mukjizat.12
9 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan
Sepanyol di Filipina Tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 26.
10 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real
Ophthalmologist. Hlm. 84.
11 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan
Sepanyol di Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 28.
4

Selain itu, dari segi pendidikan pula, Jose Rizal telah mendapat pendidikan awal di
rumahnya sendiri iaitu diajar oleh ibu dan bapanya cara menulis dan membaca kerana ibunya
merupakan seorang guru dan bapanya juga telah mengupah guru peribadi untuk mengajar Jose
Rizal di Rumah. Namun begitu, selepas guru peribadinya iaitu Leon Monroy telah meninggal
dunia maka, bapanya mengambil keputusan untuk menghantar Jose Rizal tinggal bersama bapa
saudaranya iaitu Jose Alberto dan bersekolah di sekolah swasta di Binan. Jose rizal
sememangnya merupakan anak yang baik walaupun beliau berjauhan dengan keluarga tetapi
beliau pandai berdikari sendiri tetapi pengajiannya di Binan hanya selama setahun sahaja kerana
kemudian keluarganya menghantarnya untuk bersekolah di Manila pula.13 Beliau berpindah
sekolah ke Manila iaitu Ateneo Municipal de Manila iaitu semasa berumur 10 tahun. Namun
begitu, nasibnya semasa mendapat pendidikan di sekolah tersebut adalah kurang bernasib baik
dan disisihkan kerana peristiwa ibunya yang telah ditangkap tersebut. Buktinya, beliau telah
ditempatkan di kelas yang paling bawah sekali kerana peraturan di sekolah tersebut adalah
mengikut pangkat keluarga tersebut. Walaupun beliau disisihkan namun beliau tetap berusaha
untuk belajar bersunguh-sungguh sehinggakan beliau berjaya dalam pelajaran. Apabila beliau
telah berjaya membuktikan bahawa beliau boleh cemerlang dari orang lain walaupun berasal dari
kalangan orang bawahan maka, orang sekelilingnya yang sebelum ini memandang rendah
kepadanya telah berubah.14 Salah satu bukti bahawa beliau merupakan pelajar yang pintar ialah
beliau telah berjaya memenangi satu pertandingan mengarang sajak pada tahun 1875 yang
bertajuk Por La Educacin Recibe Lustre La Patria atau dalam bahasa inggerisnya membawa
maksud Through Education Our Motherland Receives Light.
Sajak yang dikarang oleh beliau ternyata berjaya menarik perhatian masyarakat di
sekelilingnya kerana makna tersirat yang terkandung dalam setiap bait sajaknya adalah sangat
bermakna. Hal ini demikian kerana, sajak tersebut telah menerangkan mengenai kepentingan
pendidikan iaitu dengan pendidikan sahaja, rakyat Filipina dapat membebaskan diri mereka
12 Shafie Abu Bakar. 1972. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7. Hlm.
8.
13 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan
Sepanyol di Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 29.
14 Ibid. Hlm. 30.
5

daripada cengkaman musuh iaitu Sepanyol. Sajak tersebut adalah selari dengan masa tersebut
iaitu Filipina dijajah oleh Sepanyol dan rakyat Filipina terpaksa mengikut segala peraturan yang
telah ditetapkan oleh Sepanyol. Oleh sebab itulah, Jose Rizal telah menulis sajak tersebut
dengan tujuan rakyat Filipina membuka mata dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh kerana
dengan cara tersebut mereka dapat membebaskan negara mereka daripada penjajah.
Selain itu, Jose Rizal juga telah membuktikan bahawa beliau cemerlang dalam
pendidikan walaupun beliau datang dari kalangan orang bawahan dan buktinya, beliau telah
berjaya memperoleh ijazah dalam bidang kesenian pada tahun 1877.15 Kemudian, beliau telah
melanjutkan pelajaran ke Universiti Santo Tomas sehingga pada tahun 1879 iaitu selama dua
tahun dan beliau telah mengambil kursus doktor mata. Keputusan Jose Rizal untuk mengambil
kursus doktor mata adalah kerana ibunya sendiri mempunyai masalah penglihatan dan pada masa
tersebut juga, kebanyakan masyarakat Filipina mengalami masalah penglihatan. Jadi, beliau
berniat untuk membantu masyarakat Filipina iaitu dengan cara mempelajari bidang ini dan
membuka klinik untuk masyarakat Filipina. Tujuan Jose Rizal tersebut adalah sangat mulia
namun, beliau telah berhenti dari Universiti Santo Tomas dan kemudian menyambung pelajaran
dalam bidang kedoktoran di Madrid pula. Ilmu perubatan yang dipelajari olehnya ternyata telah
membuahkan hasil sehinggakan masyarakat telah memuji tindakan beliau iaitu beliau telah
menjalankan pembedahan mata ibunya sendiri dan akhirnya penglihatan ibunya berjaya
dipulihkan. Itu adalah merupakan kejayaan besar yang dilakukan dalam hidupnya kerana dapat
berjasa kepada ibunya sendiri.

16

Selain itu, Jose Rizal juga telah menulis sebuah drama yang

bertajuk Ditepi Kali Pasig dan drama tersebut telah menceritakan mengenai
pemerintah Sepanyol yang kejam dan peristiwa tersebutlah yang telah
menyebabkan Sepanyol marah kepada Jose Rizal.17
Kemudian, beliau telah memenangi lagi satu pertandingan iaitu yang
dianjurkan oleh Lyceum Seni Sastera dimana dalam pertandingan tersebut,
15 Ibid. Hlm. 31.
16 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real
Ophthalmologist. Hlm. 85.
17 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan
Sepanyol di Filipina Tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 33.
6

Jose Rizal telah menulis satu penulisan yang bertajuk Dewan Dewa-Dewa
dan bermula saat itulah beliau ingin meneruskan pengajian ke Madrid,
Sepanyol. Namun begitu, disebabkan tindakan beliau telah mengkritik
Sepanyol maka mustahil beliau dapat menyambung pelajaran ke Sepanyol.
Disebabkan Jose Rizal mempunyai ramai kawan rapat dan keluarga yang
sentiasa menyokongnya maka, beliau berjaya juga menjejakkan kaki di
Madrid dan menyambung pelajarannya di Universiti Madrid pada tahun 1882.
Di universiti tersebut beliau telah menyambung pelajarannya dalam
bidang doktor falsafah perubatan dan beliau juga mengambil lagi satu kursus
iaitu kesusasteraan. Beliau juga telah menggunakan peluang semasa berada
di Sepanyol dengan sepenuhnya iaitu beliau telah mempelajari banyak
bahasa misalnya, bahasa Tagalog, Bisaya, Melayu, Ilokano, Subanon, Cina,
Jepun, Rusia, Sepanyol, Inggeris, Swedia, Portugis, Perancis, Latin, Arab,
Belanda, Gatalan, Itali, Sanskrit dan Yunani. Akhirnya iaitu pada tahun 1885,
beliau telah berjaya menamatkan pelajarannya dan kemudian beliau telah
mengikut Profesor De Wecker ke Paris pula iaitu dengan tujuan menyambung
lagi pelajarannya. Kesannya, beliau telah berjaya membuka klinik mata
sendiri iaitu hasil berkat usahanya selama ini. 18 Selepas di Paris, beliau
melanjutkan pelajarannya pula di Jerman iaitu di Universiti Hiedelberg dan
kemudian berhijrah pula ke Leipzig iaitu untuk mempelajari ilmu sejarah dan
psikologi

pula.

Berdasarkan

latar

belakang

pendidikannya,

jelas

menunjukkan bahawa Jose Rizal memang merupakan seorang pelajar yang


cemerlang dan sangat berdedikasi semasa menuntut ilmu.19
Sumbangan Jose Rizal
Penyebaran Idea Motherland
Salah satu sumbangan Jose Rizal ialah penyebaran idea motherland. Perkembangan nasionalisme
di Filipina merujuk kepada idea-idea yang dibangkitkan terhadap cinta kepada motherland.
18 Ibid. Hlm. 36.
19 Ibid. Hlm. 37.
7

Konsep motherland dalam perkembangan nasionalisme Filipina amat berkait rapat dengan idea
nasionalisme yang dicetuskan. Konsep motherland membawa maksud perasaan cintakan negara
dan ibu negara. Idea motherland ini menjadi unsur penyatuan penduduk Filipina yang disebarkan
oleh Jose Rizal.20 Tujuan penyebaran idea motherland adalah untuk menyebarkan semangat cinta
kepada negara bagi menyatukan penduduk Filipina dan berjuang menentang penjajah Sepanyol.
Selain itu, Jose Rizal juga menyatakan bahawa penyebaran idea ini juga adalah untuk
membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina. 21 Dalam
penyebaran idea motherland ini, Jose Rizal melihat Sepanyol sebagai motherland dan Filipina
sebagai anak jajahan kepada Sepanyol.
Dengan penyebaran idea motherland ini telah menyebabkan satu gerakan ditubuhkan setelah
dapat memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina. Gerakan yang
ditubuhkan ialah Gerakan Propaganda atau Propaganda 1872 yang menjadi simbol kebangkitan
rakyat. Peristiwa pembunuhan tiga orang paderi Filipina telah menyebabkan semangat
kebangsaan semakin kuat. Paderi Filipina yang mempunyai semangat kebangsaan telah dilarang
sembahyang dan dasar De la Torre digantikan dengan dasar yang keras. Penderhakaan 200 orang
askar Filipina di Cavite dalam bulan Januari 1872 telah ditindas dengan pantas tetapi
penderhakaan ini telah menjadi percubaan kepada pemberontakan. Kesannya membawa kepada
orang-orang awam yang menyokong untuk menggulingkan kerajaan dan setelah dibicarakan
golongan tersebut telah dijatuhkan hukuman bunuh di antaranya ialah tiga orang paderi Filipina
yang tidak bersalah iaitu Father Bungos, Gomez dan Zamora. 22 Ketiga-tiga paderi yang dibunuh
itu digelar sebagai pejuang kebangsaan dan semangat mereka telah berlanjutan kepada
pemimpin-pemimpin baru seperti Jose Rizal untuk menghapuskan penindasan dan kejahilan
penjajah Sepanyol. Dengan penderitaan dan kepercayaan yang sama, mereka telah melancarkan
gerakan bagi mendedahkan kepada kerajaan Sepanyol dan dunia tentang kezaliman
pemerintahan dan nasib rakyat yang ditindas. Gerakan Propaganda ini dijalankan dengan aman
melalui alat sebaran am dan berdialog. Keadaan ini bermula pada tahun 1872 dan menandakan
20 Mohd Janan Ahmad. 1969. Sejarah Nasionalisme di Tenggara Asia. Kelantan:
Pustaka Aman Press. Hlm 118.
21 Ibid. Hlm. 117.
22 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm 882.
8

kebangkitan semangat kebangsaan di Filipina dan berakhir pada tahun 1892 apabila Bonifacio
membentuk persatuan revolusi Katipunan setelah bubarnya Liga Filipina.23
Dalam Gerakan Propaganda ini, Jose Rizal telah menuntut Sepanyol dan Filipina
disatukan sebagai satu wilayah. Selain itu, Jose Rizal juga mendesak supaya Filipina diberi
persamaan hak dengan orang Sepanyol. Antara hak-hak yang dituntut oleh Jose Rizal dalam
Gerakan Propaganda iaitu persamaan di antara orang Sepanyol dengan orang Filipina dari segi
undang-undang, asimilasi (penyamaan) negeri Filipina sebagai wilayah biasa di bawah
pemerintahan Sepanyol, pengembalian perwakilan Filipina dalam Cortes Sepanyol, dasar
mengasingkan mukim Filipina dan kebebasan perseorangan untuk orang Filipina seperti
kebebasan bercakap, kebebasan mencetak dan kebebasan berjumpa serta membuat rayuan. 24
Gerakan Propaganda ini dilancarkan dengan cetakan hasil penulisan yang ditulis oleh Jose Rizal
bagi menyedarkan masyarakat Filipina dan mendedahkan sifat sebenar penjajah Sepanyol.
Golongan yang menyokong idea Jose Rizal mengenai motherland ialah golongan
Ilustrado. Golongan Ilustrado merupakan golongan bangsawan atau golongan terpelajar yang
telah dihantar untuk belajar di luar negara bagi mempelajari mengenai nasionalisme di negara
luar. Golongan ini memberi sokongan yang sepenuhnya kepada Jose Rizal dalam penyebaran
idea motherland dan gerakan propaganda.25 Golongan Ilustrado ini bertindak sebagai penggerak
dan penyebar idea dalam Gerakan Propaganda 1872. Golongan ini juga telah menyebarkan idea
berkaitan dengan penindasan yang dilakukan oleh penjajah Sepanyol kepada semua masyarakat
Filipina. Ahli-ahli propaganda yang utama iaitu seorang sarjana muda yang bijaksana Dr. Jose
Rizal, Marcelo del Pilar dan Graciano Lopez Jaena. 26 Perjuangan gerakan propaganda ini
dijalankan secara pasif oleh Jose Rizal. Hal ini menunjukkan idea Jose Rizal ini bersamaan
dengan ideologi Mahatma Gandi yang memegang prinsip-prinsip anti keganasan atau
23 Gregorio F. Zaide. 1980. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 181.
24 Ibid. Hlm. 182.
25 Onofre D. Corpuz. 1973. Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
110.
26 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm 883.
9

Sathyagraha iaitu berpegang kepada kebenaran. Dalam penulisan Mahatma Gandi yang bertajuk
Hind Swaraj, beliau menekankan bahawa dalam menjadi pejuang yang pasif, seorang pejuang
itu perlu mengamalkan kesucian, menjalani kehidupan miskin, mengikuti jalan benar dan
menyesuaikan rasa tidak takut dalam diri mereka. Perjuangan turut dijalankan secara pasif
kerana Jose Rizal mahu perjuangannya bermula daripada minda bukannya daripada kekerasan.
Hal ini juga untuk mengelakkan Sepanyol menafikan Filipina sebagai anak jajahannya.
Setelah golongan Ilustrado menjadi penggerak dalam menyampaikan idea penindasan
kepada masyarakat, kaedah perjuangan pada masa tersebut adalah masih berbentuk pasif.
Namun, setelah perjuangan golongan Ilustrado diambil oleh golongan massa, keadaan ini telah
berubah kerana perjuangan tersebut telah bertukar kepada corak perjuangan aktif. 27 Walau
bagaimanapun, keadaan ini dihalang oleh Jose Rizal kerana beliau mengetahui bahawa
perjuangan secara aktif akan mendatangkan masalah bagi pihak Filipina untuk menuntut hak
sebagai anak jajahan Sepanyol. Hal ini amat penting bagi Jose Rizal kerana beliau ingin
Sepanyol mengakui Filipina sebagai anak jajahan dan memberi keistimewaan kepada rakyat
Filipina.
Walau bagaimanapun, gerakan propaganda telah gagal kerana Filipina tidak diberikan
pengiktirafan sebagai salah satu anak jajahan kepada Sepanyol. Hal ini kerana penjajah Sepanyol
tidak boleh menganggap Filipina sebagai anak jajahan dan Sepanyol menegaskan bahawa
Filipina tidak layak menerima segala keistimewaan yang diberikan seperti masyarakat
Sepanyol.28 Keadaan ini menyulitkan bagi Filipina kerana idea motherland untuk menganggap
Sepanyol sebagai motherland dan Filipina sebagai anak jajahan telah gagal. Namun begitu,
Filipina tidak menganggap itu sebagai satu masalah kerana mereka gagal untuk memperoleh
pengiktirafan daripada Sepanyol tetapi penyebaran idea motherland ini telah berjaya menyatukan
penduduk di Filipina dengan semangat nasionalisme. Dengan kekuatan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat Filipina, pemimpin-pemimpin menggunakannya sebagai satu langkah
untuk bergerak ke hadapan bagi memperjuangkan hak-hak masyarakat Filipina.
Karya dan Penulisan
27 Onofre D. Corpuz. Filipina. Hlm. 119.
28 Mohd Janan Ahmad. Sejarah Nasionalisme di Tenggara Asia. Hlm. 120.
10

Noli Me Tangere
Karya dan penulisan merupakan salah satu sumbangan Jose Rizal dalam menegakkan rakyat
Filipina daripada penguasaan penjajahan Sepanyol. Idea penyebaran karya dan penulisan
bermula selepas pemerintah Gabenor Jeneral De La Torre digantikan dengan dasar yang keras
oleh Rafeal de Izquierdo. Filipina di bawah pemerintah Gabenor Jeneral De La Torre adalah
berasaskan ideologi liberal, iaitu merujuk kepada suatu ideologi yang merupakan asas kepada
pembentukan sistem demokrasi. Melalui sistem pemerintahan demokrasi, rakyat Filipina dapat
disatukan serta membawa kepada idea-idea perubahan dan perbincangan masalah rakyat.
Menurut penulis yang telah memetik pandangan dari Abraham Lincoln iaitu beliau mengatakan
bahawa demokrasi ialah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, iaitu kerajaan bagi
pihak rakyat, kerajaan yang berdasarkan perwakilan dari rakyat dan kerajaan yang memerintah
untuk kepentingan rakyat29.
Walau bagaimanapun, penganti Gabenor Liberal Torre, Rafeal de Izquierdo telah
membawa kepada satu dasar pemerintahan yang kasar dan bertindak menentang rakyat Filipina
yang mengikuti ideologi liberal. Tindakan Rafeal de Izquierdo yang menangkap orang-orang
awam dan paderi-paderi Filipina yang penyokong pemerintahan liberal, berserta pembunuhan
tiga orang paderi Filipina Father Bungos, Gomez, dan Zamor telah membawa kepada satu era
penentangan terhadap kezaliman penjajahan Sepanyol di Filipina.30 Hal ini sekaligus telah
membawa kepada kempen Gerakan Propaganda iaitu yang telah dilancarkan oleh beberapa
orang cendekiawan termasuklah Jose Rizal. Selanjutnya, Jose Rizal telah berjaya menerbitkan
tiga karya dan penulisan yang terkenal seperti Noli Me Tanggere, El Filibusterismo dan La
Solidaridad. Ketiga-tiga karya dan penulisan ini menjadi satu sandaran utama sumbangan Jose
Rizal dalam mempertahankan rakyat Filipina daripada kezaliman kekuasaan Sepanyol.
Penghasilan karya ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan
masyarakat Filipina. Noli Me Tanggere merupakan novel terulung yang diterbitkan oleh Jose
Rizal di Berlin pada tahun 1887. Noli Me Tanggere juga dikenali sebagai Touch Me Not iaitu
tajuk novel yang menjadi satu gambaran penderitaan yang dialami oleh rakyat Filipina. Noli Me
29 Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 95.
30 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 882.
11

Tanggere diterbitkan dengan tujuan untuk mendedahkan penderitaan rakyat Filipina di bawah
pemerintahan Sepanyol di samping untuk membentuk negera Filipina yang bebas daripada
kezaliman dan kekejaman pemerintahan Sepanyol. 31 Jose Rizal meluahkan perasaan antiSepanyol iaitu dengan cara mendedahkan beberapa isu tentang paderi-paderi Sepanyol yang
menyalahgunakan kuasa sehingga membawa kepada penindasan dalam kalangan rakyat Filipina.
Keseluruhan novel ini akan mempamerkan plot perjalanan cerita yang mewakili beberapa watak
penting sebagai Crisostomo Ibarra, Paderi Damaso dan Paderi Salvi, Maria Clara dan Kapten
Tiago. Watak-watak ini akan menonjolkan sikap dan perkara-perkara yang memberi gambaran
secara jelas tentang keadaan rakyat Filipina yang ditindas di bawah pemerintahan Sepanyol dan
kekuasaan paderi-paderi Sepanyol.
Walau bagaimanapun, edaran Noli Me Tanggere adalah terlalu terhad berikutan terdapat
penentangan hebat oleh pemerintahan Sepanyol sendiri. Begitu juga dengan golongan paderipaderi Sepanyol yang mendakwa bahawa Noli Me Tanggere sebagai buku yang membawa ajaran
sesat dan bertentangan dengan agama. Secara tidak langsung edaran Noli Me Tanggere adalah
terhad di beberapa tempat sahaja berikutan terdapat pengawasan yang ketat oleh paderi-paderi
dan pemerintahan Sepanyol sendiri. Hal ini demikian kerana, novel Noli Me Tanggere adalah
menjiwai kehidupan dan keadaan masyarakat Filipina yang ditindas sama ada dari aspek
kebebasan bersuara, keadilan undang-undang serta kebebasan agama daripada kongkongan
paderi Sepanyol.32
Akhbar La Solidaridad
Di samping itu, gerakan propaganda yang disertai oleh Jose Rizal juga memperlihatkan
sumbangan dalam penerbitan akhbar La Solidaridad. La Solidaridad diibaratkan sebagai lidah
pergerakan propaganda anti-Sepanyol di Filipina. La Solidaridad diasaskan oleh Graciona Lopez
Jeana pada tahun 1889 di Barcelona. Kemudian De Pilar bertindak sebagai pengarang
mengantikan Lopez Jeana setelah berpindah ke Madrid. La Solidaridad merupakan saluran utama
dalam menyuarakan propaganda anti-Sepanyol dan akhbar ini diterbitkan dua minggu sekali iaitu
untuk membuka minda rakyat di Filipina. Penerbitan akhbar La Solidaridad telah menggariskan
31 Paul Rodell. 2002. Culture and Customs of Philippines. London: Greenwood Press.
Hlm. 64.
32 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 883.
12

tujuan seperti berusaha secara aman untuk mendapatkan pemulihan politik dan sosial,
menggambarkan keadaan rakyat di Filipina supaya menggalakkan Sepanyol mengambil langkah
memperbaiki keadaan, menentang pengaruh buruh yang berupa tindak balas dan unsur
pertengahan, menganjurkan fikiran liberal dan kemajuan, dan membela cita-cita rakyat Filipina
dalam mengecapi demokrasi dan kebahagiaan.33 Penerbitan akhbar La Solidaridad hanya
bertahan selama tujuh tahun sahaja kerana faktor kekurangan dana. Penerbitan terakhir adalah
pada 15 November 1895. Justeru, penerbitan akhbar ini telah membawa beberapa kesan terhadap
rakyat Filipina serta pemerintahan Sepanyol ketika itu. Antara kesan-kesan penerbitan akhbar La
Solidaridad adalah termasuk membawa kepada perselisihan faham antara De Pilar dan Jose
Rizal, termeterainya Surat Rayuan 1888, dan timbulnya kekacauan berkaitan tanah di Calamba
pada tahun 1887-1992.
Perselisihan faham antara De Pilar dan Jose Rizal berlaku apabila De Pilar mula
menunjukkan keinginan untuk menentang pemerintahan kolonial Sepanyol secara agresif,
manakala prinsip penentangan Jose Rizal masih lagi secara aman iaitu dengan menggunakan
karya dan penulisan. Surat Rayuan 1888 pula telah mendedahkan perbuatan curang yang
dilakukan oleh paderi Biskop besar Pedro Payo terhadap hal ehwal awam awam serta halanganhalangan yang mereka timbulkan untuk menghalang penyatuan antara Sepanyol dan Filipina. 34
Seterusnya, kekacauan tanah di Calamba pada tahun 1887 hingga 1992 pula mempamerkan
penindasan pentadbir estet terhadap bayaran sewa kepada penghuni estet-estet di Calamba.
Dalam erti kata lain, keseluruhan penerbitan akhbar ini telah membawa kesan dan sedikit
sebanyak telah mempengaruhi pemikiran rakyat Filipina untuk bersatu menentang kezaliman
penguasaan golongan paderi serta pemerintahan Sepanyol.
Novel El Filibusterismo
Selain itu, pada tahun 1891 Jose Rizal telah menerbitkan novel kedua yang bertajuk El
Filibusterismo iaitu sambungan daripada novel Noli Me Tanggere. 35 El Filibusterismo diterbitkan
di Gent selepas empat tahun penerbitan Noli Me Tanggere. Penerbitan novel kedua ini adalah
bertujuan untuk menggambarkan kekejaman pemerintahan Sepanyol dan penderitaan rakyat
33 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 190.
34 Ibid. Hlm. 192.
13

Filipina dengan lebih terbuka. Dengan erti kata lain, penerbitan El Filibusterismo mempamerkan
penulisan yang menentang anti-Sepanyol dengan kata-kata yang lebih tajam dan mendalam iaitu
plot penceritaan yang lebih agresif dengan menjiwai keadaan sebenar penderitaan rakyat Filipina
ketika itu. Di samping itu, penerbitan El Filibusterismo sekaligus mempamerkan plot penceritaan
yang lebih menarik iaitu sambungan daripada watak-watak penting dalam novel Noli Me
Tanggere dan dijelaskan dengan terperinci watak utama Simoun dalam membalas dendam demi
menuntut kebebasan dan keadilan terhadap kependudukan sosial rakyat di Filipina di bawah
penguasaan pederi serta pemerintah Sepanyol. Keseluruhan novel El Filibusterismo turut
menghubungkaitkan peringatan Jose Rizal kepada kematian pejuang kebangsaan tiga orang
paderi Filipina yang telah dihukum bunuh ketika dasar pemerintahan Rafeal de Izquierdo. Di sini
jelas menunjukkan bahawa penghasilan karya oleh Jose Rizal ini adalah bertujuan untuk
menanamkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina.36
Penubuhan Liga Filipina
Liga Filipina merupakan satu pertubuhan yang diasaskan oleh Jose Rizal. Beliau telah
menubuhkan Liga Filipina untuk memperjuangkan nasib rakyat Filipina dan seterusnya
membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol. Penubuhan Liga Filipina adalah pada
tarikh 3 Julai 1892 iaitu di Tondo, Manila. Tujuan awal penubuhan Liga Filipina adalah
menyatukan rakyat Filipina untuk menentang penjajahan Sepanyol di Filipina. Jose Rizal
sebelum ini merupakan seorang perancang, penyair dan ahli falsafah yang tidak menyertai manamana pertubuhan. Tidak lama kemudian barulah beliau telah mula menyedari akan kepentingan
perpaduan lalu pulang ke Filipina untuk menubuhkan Liga Filipina.
Jose Rizal telah mula sedar bahawa penulisan sahaja tidak cukup untuk mengubah pemikiran
rakyat Filipina. Beliau sedar perlunya kewujudan sebuah organisasi yang dapat menuntut
pembaharuan daripada Sepanyol dan menyuarakan pendapat rakyat Filipina. Apabila wujudnya
perpaduan, maka kerajaan Sepanyol akan terpaksa melaksanakan pembaharuan.37 Oleh kerana
itu, Jose Rizal telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Liga Filipina bagi
35 Onofre D. Corpuz. 2002. Saga and Triumph: The Filipino Revolution Against
Spain. Philippines: Universtiy of The Philippines Oress and Cavite Historical Society.
Hlm. 22.
36 Ibid. Hlm. 31.
14

memperjuangkan nasib rakyat Filipina dan menuntut pembaharuan daripada Sepanyol. Liga
Filipina juga dilihat akan dapat menyuarakan pendapat rakyat Filipina secara kolektif. Ketika
penubuhan Liga Filipina, beliau telah memberikan ucapan berunsurkan patriotisme dan
nasionalisme kepada sekumpulan setianegarawan iaitu mengenai kepentingan bersatu untuk
mencapai kemerdekaan di Filipina. Jose Rizal juga telah berkesempatan untuk menyerahkan
sebuah perlembagaan yang digubal di Hong Kong. Perlembagaan ini adalah bertujuan untuk
penubuhan Persatuan Liga. Perlembagaan tersebut mengandungi beberapa perkara iaitu yang
pertama ialah menyatukan seluruh gugusan kepulauan Filipina menjadi satu badan yang teguh,
kuat dan mempunyai satu keturunan bangsa, lindungan bersama bagi setiap kehendak dan
keperluan, pertahanan menentang semua kekerasan dan aniaya, menggalakkan pengajaran,
pertanian dan perdagangan dan yang terakhir ialah mengkaji dan mengamalkan pemulihan. 38
Selain itu, Liga Filipina yang ditubuhkan pada tahun 1892 juga mempunyai cogan katanya yang
tersendiri iaitu Unus Instar Omnium yang membawa maksud setiap orang adalah sama. Pada
peringkat awal penubuhannya, Ambrosio Salvador telah dilantik sebagai Presiden pertama Liga
Filipina. Manakala Agustin de la Rosa sebagai Pegawai Kehakiman, Bonifacio Arevalo sebagai
Bendahari dan Deodato Arellano sebagai Setiausaha. Tambahan pula, terdapat beberapa orang
ahli lain antaranya Andres Bonifacio, Domingo Franco, Mamerto Natividad, Numeriano
Adriano, Timoteo Lanuza, Arcadio del Rosario, Jose A. Dizon, Timoteo Paez, Ambrosio
Rianzares Bautista, Doroteo Ong-Juco dan Apolinario Mabini.
Tuntutan Liga Filipina
Pada asalnya, Liga Filipina adalah merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sosial dan
reformasi politik. Jose Rizal dan Liga Filipina telah bertindak untuk menuntut perubahan dan
pembaharuan daripada kerajaan Sepanyol dari segi politik, ekonomi dan sosial. Antara tuntutan
Liga Filipina terhadap Sepanyol adalah supaya institusi kerajaan bersifat lebih liberal dan
pemerintahan yang lebih mementingkan kebajikan dan mengutamakan kepentingan rakyat
diwujudkan. Liga Filipina juga telah menggalakkan perkembangan dalam bidang pendidikan dan
37 Krishna Murthy. 2002. Perkembangan Idea Nasionalisme di Filipina Sehingga
Pembentukan Republik Malolos: Suatu Perjuangan daripada Pasif ke Aktif. Tesis
Sarjana. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Hlm. 66.
38 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 195.
15

ekonomi di Filipina. Liga Filipina juga telah merancang untuk menubuhkan majlis mesyuarat
untuk membincangkan pelbagai permasalahan rakyat Filipina. Majlis mesyuarat yang dirancang
mempunyai dua peringkat iaitu Majlis Wilayah yang mewakili setiap wilayah, manakala yang
kedua ialah Majlis Rakyat iaitu untuk peringkat bandar. Majlis mesyuarat ini ditubuhkan untuk
berbincang dan memastikan bahawa pemerintah sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Penyertaan
majlis mesyuarat ini pula adalah terbuka untuk seluruh rakyat Filipina yang mengambil berat
akan negara mereka.39 Liga Filipina juga mementingkan pendidikan rakyat Filipina. Hal ini
sesuai dengan pendapat pengasasnya iaitu Jose Rizal bahawa pendidikan sangat penting untuk
Filipina merdeka. Menurut Jose Rizal, rakyat Filipina haruslah mempunyai latar pendidikan yang
tinggi supaya mereka bersedia untuk memerintah Filipina. Selain itu juga, apabila mempunyai
pendidikan tinggi maka mereka dapat melontarkan pendapat yang bernas serta menarik perhatian
rakyat Filipina selain merupakan persediaan baik untuk menguruskan negara.
Pembubaran Liga Filipina
Walaupun Liga Filipina bukanlah merupakan pertubuhan yang bersifat revolusioner,40 namun
segala tuntutan dan rancangan Liga Filipina telah menggugat kedudukan Sepanyol di Filipina.
Liga Filipina hanyalah sebuah pertubuhan bersifat sosial dan separa politik. Liga Filipina
menekankan aspek pembaharuan dari segi sosial, ekonomi dan politik untuk kepentingan rakyat
Filipina. Namun tuntutan Liga Filipina seperti penubuhan majlis mesyuarat, persamaan hak,
penyatuan rakyat Filipina, membangunkan aspek pendidikan dan ekonomi rakyat Filipina telah
menyebabkan Sepanyol berasa kedudukan mereka di Filipina terancam. Liga Filipina yang
bergerak secara rahsia sebelum ini telah diketahui oleh Sepanyol. Pergerakan Liga Filipina ini
telah dicurigai oleh Sepayol. Mereka telah menyiasat pergerakan Liga Filipina dan telah
menemui beberapa tulisan yang berbaur hasutan seperti El Filibusterismo.41

39 Ibid. 198.
40 David Joel Steinberg David K. Wyatt. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara
Moden. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 357.
41 Teodoro A. Agoncillo. 1969. A Short History of Philippines. New York: The
American Library. Hlm. 75.
16

Disebabkan itu, Jose Rizal telah ditangkap pada tarikh 7 Julai 1892 dan dibuang negeri ke
Dapitan iaitu merupakan sebuah kawasan yang terletak di Mindanao.42 Sepanyol menggangap
bahawa Jose Rizal merupakan ancaman mereka dan oleh sebab itulah Sepanyol membuat
keputusan untuk menghentikan gerakan reformasi Liga Filipina yang mengancam kedudukan
mereka di Filipina. Apabila Jose Rizal ditangkap, Liga Filipina menjadi lemah dan perjuangan
nasionalisme juga semakin lemah. Hal ini adalah kerana mereka telah kehilangan seorang tokoh
dan pemimpin nasionalisme yang berpengaruh dan apabila Jose Rizal ditangkap maka kesannya
telah menyebabkan perjuangan mereka menjadi semakin lemah. Namun begitu, perjuangan
menentang Sepanyol telah diteruskan oleh Andres Bonifacio dan pengikut Jose Rizal yang lain
iaitu menerusi penubuhan Katipunan yang lebih radikal.43
Gerakan Katipunan
Perjuangan yang dibawa oleh Jose Rizal tidak terhenti walaupun beliau telah ditangkap dan
dibuang negeri ke Dapitan. Semangat yang dibawa oleh beliau kepada masyarakat Filipina masih
dirasai oleh mereka. Penulisannya yang berpengaruh dan pengorbanannya yang berani telah
menyemarakkan api semangat kebangsaan yang dinamik dalam hati rakyat Filipina yang
akhirnya membawa kepada perjuangan seterusnya iaitu Gerakan Katipunan.44 Katipunan
ditubuhkan dengan nama penuhnya iaitu Kataastaasan Kagalanggalangang Katipunan nemga
Anak ng Bayan (Highest and most Respected Association of the Sons of the Country) dengan
ringkasnya dikenal dengan huruf K.K.K ataupun Katipunan.45 Gerakan Katipunan telah
ditubuhkan pada 7 Julai 1892 oleh Andres Bonifacio yang merupakan salah seorang daripada
ahli Liga Filipina.
Katipunan merupakan satu gerakan yang bersifat radikal berbanding perjuangan yang
dibawa oleh Jose Rizal yang sebelumnya bersifat pasif dan tidak mencetuskan revolusi. Jika
dilihat dari segi perjuangan dalam Liga Filipina dan Gerakan Katipunan, kedua-duanya
42 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 198.
43 Ibid. Hlm. 198.
44 Shafie Abu Bakar. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7. Hlm 13.
45 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 199.
17

mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu kebahagian dan kebajikan rakyat Filipina. 46
Namun begitu, cara yang dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut adalah berbeza kerana Liga
Filipina mendapatkan pemulihan secara aman manakala Gerakan Katipunan mencapai matlamat
melalui revolusi. Justeru, kebangkitan ini menandakan berakhirnya perjuangan secara aman
dalam mendapatkan pemulihan daripada Sepanyol. Gerakan ini dimulakan sebagai gerakan yang
radikal dan menggunakan kekerasan dalam mencapai kemerdekaan bagi Filipina.

Pemimpin Katipunan
Antara pemimpin dalam Gerakan Katipunan yang mendapat pengaruh daripada perjuangan Jose
Rizal ialah Andres Bonifacio dan Emilio Jacinto. Andres Bonifacio merupakan pengasas gerakan
ini dan beliau mendapat galakan dan dorongan dalam menubuhkan persatuan ini oleh Jose Rizal
sendiri. Bonifacio merupakan seorang rakyat Filipina yang berketurunan bawahan namun
mempunyai semangat cintakan tanah air. Beliau terkenal sebagai seorang perwira yang agung di
Filipina sehinggakan mendapat gelaran sebagai Plebeian yang Agung dan Bapa Katipunan.
Semangat dan kecekalan yang beliau miliki sejak kecil menjadikan beliau seorang yang gigih
dan berani dalam menempuh dugaan. Hal ini demikian kerana, semenjak kecil lagi, beliau
menjalani kehidupan yang agak sukar.
Bapanya iaitu Santiago Banifacio merupakan seorang tukang jahit manakala ibunya
hanyalah seorang suri rumah. Semasa beliau berumur 14 tahun, beliau menjalani kehidupan
sebagai anak yatim. Namun begitu, dengan semangat dan kecekalan yang beliau peroleh, beliau
rajin bekerja dan membuat segala jenis pekerjaan untuk hidup seperti menjual rotan semambu
dan kipas kertas di tepi jalan bandar raya. 47 Beliau turut menjalankan pekerjaan sebagai orang
suruhan bagi syarikat asing Fleming & Company dan bekerja sebagai penjaga stor bagi Fressel &
46 Ibid. Hlm. 200.
47 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 200.
18

Company. Beliau tidak mempunyai peluang untuk belajar di kolej dan hanya belajar membaca
daripada ibu saudaranya. Beliau banyak berusaha belajar sendiri dan membaca bahan bacaan
yang memberikan semangat kepada beliau. Antara bahan bacaan yang dibaca oleh beliau ialah
akhbar dan novel yang ditulis oleh Jose Rizal seperti Noli Me Tanggere, El Filibusterismo dan
La Solidaridad.
Buku yang disukai oleh beliau ialah The History of French Revolution yang memberi
inspirasi dan rangsangan kepada beliau untuk menubuhkan persatuan revolusi serta
merancangkan revolusi untuk menentang Sepanyol. Pemimpin Katipunan yang seterusnya ialah
Emilio Jacinto yang merupakan pembantu Bonifacio. Beliau digelar pemimpin yang bijaksana
dalam Katipunan. Jika dilihat dari latar belakang dirinya, beliau juga berasal daripada keturunan
rakyat yang biasa seperti Bonifacio. Namun, beliau berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya
di kolej walaupun serba kekurangan dan kemiskinan. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda
Sastera dari Kolej San Juan de Letran dan mendapat sedikit pengetahuan mengenai undangundang di Universiti Santo Tomas.

48

Pada tahun 1894, beliau telah menjadi ahli Gerakan

Katipunan dan memegang jawatan sebagai setiausaha dan pegawai kehakiman serta menjadi
penasihat Bonifacio. Beliau meninggal dunia kerana demam dan ketika itu beliau sedang
melaksanakan gerakan bawah tanah bagi menghidupkan cita-cita Katipunan di Laguna.
Pengaruh Jose Rizal dalam Keanggotaan Katipunan
Pada mulanya, keanggotaan dalam Katipunan diperkenalkan oleh Bonifacio iaitu dengan cara
sistem segi tiga. Namun begitu, disebabkan sistem ini agak rumit, ia telah ditukarkan kepada
sistem penerimaan ahli baru yang mengikut contoh istiadat Masonic. 49 Terdapat tiga peringkat
ahli dalam gerakan Katipunan. Peringkat yang pertama ialah Katipunan (associate) yang
memakai tengkolok hitam dan senjata seperti pistol atau bolo. Semboyan yang digunakan ialah
Anak ng Bayan (son of the people). Ahli pada peringkat kedua pula dinamakan sebagai kawal
(askar) yang memakai tengkolok hijau dan selepang hijau. Semboyan yang digunakan ialah
Gom-Bur-Za iaitu suku kata dari nama paderi Gomez, Zamora dan Burgos.

48 Ibid. Hlm. 201.


49 Ibid. Hlm. 206.
19

Manakala ahli dalam peringkat yang ketiga dinamakan sebagai bayani (setia negarawan)
yang memakai tengkolok dan selendang berwarna merah dan kedua-duanya bertepikan warna
hijau iaitu lambang peperangan dan harapan. Semboyannya ialah Rizal iaitu perwira Filipina
yang agung dan merupakan yang dipertua Katipunan yang terhormat. Keanggotaan dalam
Gerakan Katipunan ini turut disertai oleh kaum wanita Filipina. Wanita pertama yang menjadi
ahli Katipunan ialah isteri Bonifacio iaitu Gregoria de Jesus. Ahli lain turut disertai oleh ahli
keluarga Jose Rizal iaitu Trinidad (kakak Jose Rizal), Angelica Lopez dan Delfina Herbosa
(saudara perempuan Jose Rizal) dan Carmen de Rodriguez, Marta Saldana serta Macaria
Pangilinan (saudara karib Jose Rizal).

Pengaruh Jose Rizal dalam Kesusasteraan Katipunan


Gerakan Katipunan ini juga turut menghasilkan karya-karya kesusasteraan yang ditulis oleh
Bonifacio, Jacinto dan Dr. Valenzuela.50 Karya yang dihasilkan merupakan inspirasi daripada
karya-karya Jose Rizal untuk membangkitkan semangat cintakan tanah air dan melahirkan darah
perjuangan. Bonifacio berjaya menghasilkan syair yang bersifat politik iaitu Pagibig sa
Tinubuang Bayan (Love of Fatherland) dan Pahimakas (Farewell) yang merupakan terjemahan
Tagalog daripada epik perpisahan Rizal. Jacinto merupakan penulisan agung dalam gerakan
Katipunan. Beliau berjaya menghasilkan karya seperti A La Patria (To my Fatherland) iaitu
sebuah lagu yang mendatangkan ilham yang sebanding dengan Altimo Adios yang dihasilkan
oleh Jose Rizal. Antara karya lain ialah A Mi Marde (To My Mother) merupakan karya yang
menyayat hati dan hasilnya yang sangat indah dalam bentuk prosa iaitu Kartilla menjadi kitab
dalam Gerakan Katipunan. Manakala, Dr. Valenzuela berperanan dalam membantu Bonfacio dan
Jacinto untuk menyunting akhbar Kalayaan (Liberty) yang merupakan akhbar dalam Gerakan
Katipunan. Beliau juga turut menghasilkan karya beliau yang tersendiri iaitu Catwiran? (is it
fair?) karangan yang ditujukan kepada negara khususnya. Antara lain, beliau juga turut
membantu Bonifacio dalam menghasilkan rencana dan nama pena beliau iaitu Madlang Away.
50 Ibid. Hlm. 207.
20

Pengaruh Jose Rizal dalam Gerakan Revolusi Katipunan


Bonifacio bertindak untuk memulakan revolusi ke atas Sepanyol namun, sebelum menjalankan
revolusi tersebut, beliau telah mengirimkan Dr. Valenzuela sebagai utusan untuk menyampaikan
hasrat dan meminta sokongan Jose Rizal untuk melancarkan revolusi. 51 Justeru, dalam hal ini,
jelas menunjukkan bahawa idea dan sokongan Jose Rizal dalam gerakan Katipunan ini amat
penting bagi mereka. Namun begitu, hasrat mereka untuk melancarkan revolusi dan
pemberontakan tidak dipersetujui oleh Jose Rizal.52 Bagi Jose Rizal, beliau tidak menolak untuk
melakukan pemberontakan namun beliau lebih khuatir jika pemberontakan tersebut gagal
dilakukan. Hal ini kerana kurangnya persediaan daripada rakyat untuk melakukan
pemberontakan.53 Jika dilihat secara logiknya, kelengkapan senjata dan dana yang dimiliki oleh
pihak Sepanyol lebih kuat dan besar berbanding rakyat Filipina. Bonifacio yang telah menerima
perkhabaran daripada Jose Rizal tetap dengan pendiriannya untuk melakukan pemberontakan
terhadap Sepanyol namun pemberontakan ini gagal disebabkan terbukanya rahsia mengenai
Gerakan Katipunan kepada pihak Sepanyol.
Sumbangan Lain
Semenjak tahun 1892 iaitu selepas ditangkap oleh pihak Sepanyol, Jose Rizal hidup sebagai
orang buangan di Dapitan. Terdapat banyak peluang untuk beliau melarikan diri daripada
tawanan Sepanyol, bahkan pengikutnya sendiri menawarkan bantuan untuk melarikan beliau dari
bandar Dapitan tersebut. Namun begitu, Jose Rizal amat berpegang teguh pada janji beliau
terhadap pihak Sepanyol. Selama beliau berada di Dapitan, beliau telah memberi banyak
sumbangan kepada penduduk di Dapitan. Antaranya ialah beliau memberi perkhidmatan
perubatan, membina sebuah sekolah dan kolam air, membuat kerja-kerja pertanian dan
mengusahakan projek untuk memperbaiki bandar tersebut. Di samping itu juga, beliau turut tidak
ketinggalan dalam menghasilkan beberapa karya penulisan serta melakukan penyelidikan
saintifik. Karya penulisan yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya menceritakan tentang
keadaan beliau semasa dalam tahanan Sepanyol. Beliau banyak menghabiskan masa di Dapitan
51 Raul. J. Bonoan. 1998. Jose Rizal and The Asian Renaissance. Hlm. 107.
52 Shafie Abu Bakar. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7. Hlm 14.
53 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 210.
21

dengan membantu kanak-kanak di Dapitan iaitu dengan cara mendidik mereka melalui ilmu
pengetahuan.
Beliau mengajar kanak-kanak di Dapitan membaca, mengajar bahasa Sepanyol, bahasa
Inggeris, ilmu kira-kira dan ilmu ukur.54 Di samping itu juga, beliau menerapkan sifat keberanian
dalam diri kanak-kanak tersebut dan salah satunya adalah melalui pencarian nafkah atau sumber
makanan dalam kehidupan seharian. Hal ini mendatangkan kepuasan bagi beliau kerana mampu
mendidik kanak-kanak tersebut berjiwa besar dan berani dalam menempuh kehidupan mereka.
Selain itu, beliau juga membantu masyarakat di Dapitan untuk memperoleh kehidupan yang
lebih baik dari segi keperluan asas. Beliau menggunakan ilmu yang beliau perolehi untuk
memajukan daerah Dapitan. Salah satu usaha yang telah beliau lakukan ialah melalui pembinaan
Waterworks iaitu satu sistem tata air di Dapitan. Sistem ini dibina untuk memastikan
masyarakat Dapitan memperoleh air yang bersih untuk digunakan dalam kehidupan seharian
mereka. Walaupun ketika itu beliau tidak mempunyai peralatan dan dana yang mencukupi,
namun sistem tata air ini berjaya dihasilkan. Dari segi perubatan pula, beliau mempraktikkan
kepakaran yang beliau miliki dalam bidang perubatan untuk membantu masyarakat di Dapitan.
Perkhidmatan perubatan yang diberikan ialah perubatan mata, pembedahan kecil atau umum,
ginekologi, obstetrik dan pergigian. Salah seorang yang mendapat bantuan daripada Jose Rizal
ialah Taufar iaitu seorang lelaki tua yang buta yang telah dibawa oleh anak tirinya Josephine
Bracken untuk mendapatkan rawatan mata. Terdapat juga masyarakat Filipina dan orang luar
yang datang ke Dapitan untuk mendapatkan rawatan mata daripada Jose Rizal setelah
mengetahui reputasi dan kepakarannya dalam bidang Ophthalmologist.

Beliau juga telah

memohon jawatan sebagai doktor bedah dalam Tentera Sepanyol di Cuba yang ketika itu sedang
mengalami revolusi. Tambahan pula, ketika itu beliau telah mendapat surat daripada Profesor
Blumentritt yang memberitahu mengenai jangkitan kolera di Cuba dan masalah doktor yang
tidak mencukupi. Justeru, Jose Rizal diberi keizinan untuk menjadi doktor sukarela dan beliau
dihantar ke Manila pada tahun 1896. Namun begitu, beliau telah ditangkap sekali lagi di Manila
kerana dituduh terlibat dalam pemberontakan dan revolusi di Cuba.55
54 Ibid. Hlm. 217.
55 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real
Ophthalmologist. Hlm. 91.
22

Penutup
Kesimpulannya, Jose Rizal sememangnya merupakan seorang reformis yang sangat disegani dan
dihormati oleh masyarakat Filipina. Hal ini demikian kerana, beliau banyak memberi sumbangan
terhadap masyarakat Filipina terutamanya dalam menyuntik semangat nasionalisme dalam
kalangan masyarakat untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah iaitu Sepanyol. Hal
ini demikian kerana, penjajahan Sepanyol di Filipina telah meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap masyarakat Filipina dan oleh sebab itulah, apabila Jose Rizal berusaha
memperjuangkan untuk membebaskan Filipina dari Sepanyol maka mereka telah memberi
sokongan yang sepenuhnya. Buktinya, terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh Jose Rizal
untuk menyebarkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina dimana salah
satunya ialah beliau telah menggunakan penulisan sebagai medium untuk menentang Sepanyol.
Salah satu penulisan beliau yang terkenal di Filipina ialah Noli Me Tangere dimana melalui
penulisan tersebut, beliau telah mendedahkan mengenai penindasan yang telah dilakukan oleh
Sepanyol terhadap masyarakat Filipina dan beliau menyeru agar masyarakat Filipina bangkit
23

untuk menegakkan keadilan dan hak mereka. Namun begitu, kaedah penulisan tersebut adalah
bersifat tidak radikal dan kemudian, barulah Jose Rizal mengambil tindakan yang lebih efisien
iaitu dengan cara melancarkan Liga Filipina pada tahun 1892. Melalui liga tersebut, dapat dilihat
bahawa Jose Rizal bersungguh-sungguh untuk membebaskan Filipina daripada Sepanyol namun,
tidak lama kemudian, beliau telah dijatuhkan hukuman mati iaitu pada 30 Disember 1896.
Kematian beliau adalah merupakan kehilangan yang paling besar dalam kalangan masyarakat
Filipina kerana beliau merupakan seorang reformis yang sangat komited untuk membebaskan
Filipina daripada Sepanyol. Walaupun beliau telah meninggal dunia namun usahanya selama ini
tidak sia-sia iaitu perjuangannya telah diteruskan pula oleh Andres Bonifacio iaitu dalam
Revolusi Kantipunan.

BIBLIOGRAFI
A. Kardiyat Wiharyanto. 1996. Pembentukan Negara-Negara Nasional di Asia Tenggara.
Jakarta: Universitas Sanarta Dharma.
Anggita Tiana et.al. 2013. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan Sepanyol di
Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Tesis Sarjana. Jakarta: Fakulti Ilmu Sosial.
D.G.E. Hall .1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
David Joel Steinberg David K. Wyatt. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gregorio F. Zaide. 1980. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Krishna Murthy. 2002. Perkembangan Idea Nasionalisme di Filipina Sehingga Pembentukan
Republik Malolos: Suatu Perjuangan daripada Pasif ke Aktif. Tesis Sarjana. Kuala
Lumpur. Universiti Malaya.
24

Leon Ma Gufrrero. 1974. The First Filipino: A Biography of Jose Rizal. Manila: National
Historical Commision.
Ma. Dominga B. Padilla. 2011. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real Ophthalmologist.
Philippine Journal of Ophthalmologist, 36 (2), 83-91.
Mohd Janan Ahmad. 1969. Sejarah Nasionalisme di Tenggara Asia. Kelantan: Pustaka Aman
Press.
Niels Mulder. 2005. Wacana Publik Asia Tenggara: Menuju Masyarakat Madani. Yogjakarta:
Penerbit Kanisius.
Onofre D. Corpuz. 1973. Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_______________ 2002. Saga and Triumph: The Filipino Revolution Against Spain. Philippines:
Universtiy of The Philippines Oress and Cavite Historical Society.
Paul Rodell. 2002. Culture and Customs of Philippines. London: Greenwood Press.
Raul. J. Bonoan. 1998. Jose Rizal and The Asian Renaissance.
Shafie Abu bakar. 1972. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7-15.
Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Teodoro A. Agoncillo. 1969. A Short History of Philippines. New York: The American Library.
Wan Abdul Rahman Latif et. al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

25

Anda mungkin juga menyukai