Anda di halaman 1dari 21

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0

PENGENALAN............................................................................................... 2

2.0

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR...................................................2

2.1

Definisi Kemahiran Mendengar.......................................................................2

2.2

Definisi Kemahiran Bertutur............................................................................3

3.0

KONSEP-KONSEP DAN TUJUAN KEMAHIRAN.................................................4

3.1

Kemahiran mendengar.................................................................................. 4

3.2

Kemahiran Bertutur...................................................................................... 4

3.2.1

Tujuan Bertutur......................................................................................... 5

4.0

BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR.................................................6

5.0

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN.............................................................7

5.1

Kemahiran Mendengar.................................................................................. 7

5.2

Kemahiran Bertutur...................................................................................... 8

6.0

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN...............................................................9

6.1

Kemahiran Mendengar..................................................................................9

6.2

Kemahiran Bertutur.................................................................................... 10

6.2.1

Jenis-jenis Aktiviti Bertutur........................................................................10

6.2.2

Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur.....................................................11

7.0

KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR..........................13

8.0

PENUTUP.................................................................................................... 14

9.0

BIBIOLGRAFI............................................................................................... 15

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


BAHAGIAN A
1.0

PENGENALAN
Kemahiran merupakan kebolehan semulajadi yang diperolehi oleh manusia yang

menjadikan ianya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Tahap penguasaan
kemahiran bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melatih dirinya sehingga ke
tahap maksimum. Berbahasa pula ialah berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud
system yang teratur berupa lambang lambang bunyi yang digunakan untuk
mengekspresikan sesuatu perasaan dan fikiran bahasa tersebut. Kemahiran bahasa
merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi tiga kemahiran iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.
Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku.
Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan
pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru perlu kreatif dalam
menarik perhatian murid murid agar ilmu yang disampaikan berkesan. Kemahiran
berbahasa terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bukan lisan seperti membaca dan menulis
dan kemahiran lisan melibatkan dua kompenon asas seperti mendengar dan bertutur.
2.0

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


2.1

Definisi Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar bermaksud kebolehan mendengar dengan teliti dan


memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti perbualan,
soal jawab dan perbincangan. Alat pendengaran yang digunakan untuk mendengar
ialahtelinga.Pelajar yang menguasai kemahiran ini dapat mendengar dengan baik dan
membalasransangan yang diterima setelah mentafsir apa yang didengar. Kemahiran ini
jugadimulakan

pada

peringkat

awal

dalam

pengajaran

bahasa

yang

bertujuan

untukmeningkatkan kefasihan pelajar bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.


Percakapan dan pendengaran berkait rapat antara satu sama lain. Kebiasaannya
individu akan mendengar dahulu sebelum bertutur. Mendengar adalah kemahiran asasdan
utama dalam proses komunikasi. Pendapat ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan
satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau
bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau
pemikiran. Pendapatnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung
kepada percakapan dan pendengaran. Mendengar memerlukan perhatian yang tinggi
2

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


kerana ia melibatkan proses kognitif untuk memahami dan memproses maklumat yang
didengari. Murid yang gagal menguasai kemahiran ini tidak akan memberi perhatian yang
penuh dan gagal untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa
mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif
terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam
sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu
meluas dalam kehidupan seharian.
Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu
Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia menyatakan, kajian terhadap
murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46%
daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti
pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru. Seterusnya, terdapat beberapa
kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang
diajar di luar dan dalam bilik darjah.
2.2

Definisi Kemahiran Bertutur.

Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada


alat sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi
menggunakan bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak
boleh dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Model pertuturan yang lemah akan
menghasilkan ajukan yang lemah. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin
ajukan yang baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana model
tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik juga.
Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal
ini demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda
dan persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna
guru bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan di atas tadi
memberi implikasi bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola
bahasa seperti yang terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan tidak
sempurna sifatnya.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


3.0

KONSEP-KONSEP DAN TUJUAN KEMAHIRAN


3.1

Kemahiran mendengar.

Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara di mana pendengaran


merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan diingati. Hal ini berlaku melalui
latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, individu lebih
banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
Manakala dari aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses
pendengaran di mana pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan
berkesan dan ia harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Pendengaran untuk
mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti. Tujuan
pendengaran adalah untuk hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik,
kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif. Selain itu, pendengaran untuk tujuan
apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.

3.2

Kemahiran Bertutur

Seperti yang telah diketahui, hubungan antara kemahiran bertutur dengan kemahiran
mendengar adalah saling berkait rapat. Oleh itu, kemahiran bertutur melibatkan beberapa
konsep iaitu pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
Ini berlaku pada peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih banyak belajar bertutur
melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya.
Oleh itu, individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui
kecergasan otaknya. Dalam aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh
mempengaruhi kemahiran bertutur. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan
menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula
membolehkan penutur berinteraksi atau berkomunikasi secara berkesan. Penutur fonologi
yang baik boleh menguasai sesuatu bahasa dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


3.2.1

Tujuan Bertutur.
Bertutur atau bercakap merupakan suatu kemahiran bahasa. Dalam komunikasi lisan

terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar
sebagai penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu :
i.

Bercakap untuk tujuan memaklumkan.

Bercakap bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin
berbentuk nasihat, tunjuki ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang
tugasnya memeberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu, misalnya,
guru atau pengajar dan jurujual.
ii. Bercakap untuk keseronokkan
Di mana-mana sahaja kita pergi dan apa pun yang kita buat, kita suka bercakap atau
berbual dengan orang lain. Biasanya, bercakap atau bersembang dengan orang lain
memang menyeronokkan kita, terutama apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam
sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri. Dalam keadaan
seperti di atas, banyak yang berlaku adalah perbualan sosial, kadangkala kita diminta atau
dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan dengan sesuatu
majlis.
iii. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi.
Bercakap untuk memengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam kehidupan
manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada dari segi sosial,
politik, ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli politik yang berkempen semasa pilihan
raya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat, begitu juga pendakwah agama, peniaga dan
sebagainya.
Malahan, kadangkala kita bercakap kerana kita berasa amat perlu mempengaruhi
orang lain sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri, atau untuk kebaikkan
kedua- duanya.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)

iv. Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah


Tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang demikian, apabila timbul
masalah, perkara tersebut perlu diatasi atau diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada pada
peringkat individu, keluarga, sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara.
4.0

BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Menurut Kamarudin Haji Husin di dalam buku Ilmu Bahasa dan Kecekapan

Berbahasa menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai


bentuk. Biasanya ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya adalah
mendengar secara pasif.
Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling
rendah. Pada peringkat ini pendengar biasanya tidak berupaya memahami makna
keseluruhan yang diucapkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarinya.
Pendengar juga kurang memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkataan
yang didengar itu.
Banyak perkara yang dapat mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif.
Antaranya adalah mungkin bahan yang diperdengar itu kurang menarik minat mereka atau
mungkin kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.
Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa
tentu tidak dapat memahami sepenuhnya pertuturan bahasa tersebut. Keadaan menjadi
lebih buruk lagi jika mereka diganggu oleh pengaruh bahasa ibunda, dialek, terhadnya
perbendaharaan kata atau sebagainya.
Seterusnya adalah mendengar tanpa tindak balas.Mendengar tanpa tindak balas
bermaksud murid-murid mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu.
Hal ini berlaku kerana pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu.
Mungkin pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna antara perkataan yang
diucapkan dalam ayat. Dengan kata lain, mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada
marah, sedih, gembira, simpati dan sebagainya.
Juga adalah mendengar secara menebuk-nebuk. Hal ini berlaku dalam kalangan
murid bahasa pertama. Murid hanya menebuk-nebuk perkataan atau rangkai kata yang
6

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini kemahiran mendengar
murid yang menuturkan bahasa itu masih rendah.
5.0

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN
5.1

Kemahiran Mendengar

Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar.

Pada peringkat awal kemahiran

mendengar, murid-murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, murid akan melakukan perkara dan aktiviti
yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh pelajarnya menggayakan gaya
seekor monyet, maka murid tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan aksi
seekor monyet mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini,
murid cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Murid

juga dapat mengingat dan

memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.


Seterusnya pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran
mendengar ini, murid didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara
tepat dan terperinci. murid juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau
maklumat khusus. Sebagai contoh, guru memberitahu murid tentang kejadian kebakaran
yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid serta murid dapat
mengetahui cara-cara untuk mengelakkan kebakaran itu.
Pada peringkat ini juga, murid didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat
sesuatu tindakan yang dibuat. Selain itu, murid ini akan diajar untuk mengenal perhubungan
orang-orang yang berinteraksi dalam kehidupan sosial serta diterapkan ilmu dalam aspek
mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. Mereka akan dipupuk untuk menjadi
seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian terhadap
penyampai. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut menjaga perasaan
penyampai serta ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat memberi manfaat kepada
pelajar terbabit.
Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada
peringkat ini, murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah
karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan
tersebut. murid akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)

Selain daripada itu, murid akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang
bercakap. Murid tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah
pertuturan. Contohnya, dalam sukatan murid Tahun Lima, murid diajar mendengar dan
mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka juga diajar untuk
mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar sama ada merujuk
kepada guru atau kawan-kawan.
Pada peringkat ini juga, murid akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau
perbualan serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk
struktur nahu.

5.2

Kemahiran Bertutur

Untuk mencapai objektif kemahiran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan bahasa dengan tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di
sekolah dan masyarakat, kemahiran bertutur perlu dipelajari berperingkat-peringkat.
Pada peringkat awal, pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang hal-hal
yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid. Contohnya seperti bertanya
khabar serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh murid tersebut. Seseorang guru
pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan
bertatasusila. Pada peringkat ini juga, seseorang guru haruslah bercakap dengan terus
terang dan ikhlas terhadap pelajar mereka tentang sesuatu perkara.
Pada peringkat pertengahan, murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang
sesuatu objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar
atau gambar-gambar bersiri kepada murid-murid tersebut. Selain itu, pada peringkat ini juga
guru akan mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid
tersebut.
Murid juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil
bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah. Kemudian, pelajar yang lain akan memberi
komen secara mudah serta membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan terhadap
sesebuah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


Pada peringkat maju pula, proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat
analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat
atau cadangan serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata
sepakat.

Hal ini dapat kita perhatikan dalam mesyuarat sosial seharian, perbincangan untuk
mendapatkan kata sepakat merupakan contoh pertuturan peringkat maju. Selain itu, pada
peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan
keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan pertimbangan yang dibuat. Murid
juga diajar untuk menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat memberi
respon peribadi tentang karya sastera ataupun tentang sesuatu perkara.
6.0

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN


6.1

Kemahiran Mendengar.

Dalam meningkatkan Kemahiran Mendengar terdapat beberapa cara yang telah


digunakan antaranya ialah memandang kepada pengucap, berprasangka baik, niat yang
betul, tumpuan yang tinggi, perhatikan apa yang ditulis, fokus apa yang ditunjuk dan latih diri
banyak mendengar dari bertutur.
Aktiviti pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran mendengar dalam kalangan murid ialah:

Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti


perbualan, ucapan, cerita, drama, dan juga pelafazan puisi.

Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan
mental dan emosi pelajar.

Pertandingan kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan
oleh guru serta memberi jawapan yang betul.

Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar


dalam kalangan pelajar.

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


Pengalaman mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi
percakapan (bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis aktiviti yang boleh
dijalankan dalam pelajaran bahasa Melayu :

i.

Mendengar bunyi alamiah.

Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain


secara berasingan atau dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau

digangguioleh bunyi latar belakang.


Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa dan jarang

didengar.
Mencari bunyi

pendengaran.
Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks tertentu.
Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan bunyi yang diberi.
Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga bersama-

yang

sengaja

dihilangkan

dalam

sesuatu

konteks

sama dengan bunyi lain.


ii.

Kefahaman mendengar (percakapan)


Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan.
Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti.
Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.
Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu cerita, laporan,
perbahasa, ceramah dan perbualan.
-Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang dinyatakan terlebih
dahulu ataupun tidak.
Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita, kenyataan,
pendapat dan sebagainya.
Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang.
Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan.
Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui pengingatan.
Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan, perasaan dan
ragam penuturnya.

6.2

Kemahiran Bertutur
6.2.1

Jenis-jenis Aktiviti Bertutur.

10

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diklasifikasikan sebagai aktiviti bertutur iaitu
seperti berbual, berceramah, bercerita, berpidato, berpuisi dan berbincang.

6.2.2

Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur

Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan
tersebut seperti cadangan yang berikut:
a.

Aktiviti bercakap untuk keseronokkan

Murid menyampaikan cerita.


Murid menyampaikan lawak atau jenaka.
Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.
Murid menyanyi
Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang
murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau

baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.


Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan

atau guru.
Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau
guru baru yang datang mengajar di kelas mereka.

b.

Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.

Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.


Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas
tentang cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau
cara memasak sesuatu masakan.

Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan


dengan sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam
perlawanan bola sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang.

Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau
persatuan di sekolah.

c.

Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi.

Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai


pencadang atau pembangkang.
11

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)

Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.
Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu

persatuan yang diwakilinya di sekolah.


Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau
mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik,
sabun pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.

d.

Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.

Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang


dipilih oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah
atau di rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah,
kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau

mencalarkan kereta guru.


Murid bermesyuarat atau

berbincang

tentang

bagaimana

hendak

mengumpulkan wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang


bagi membina dewan sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan

perpustakaan dan sebagainya.


Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu
perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi
perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu
sebagai mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa
dan orang yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh

berlakon sebagai saksi, pegawai polis dan juri.


Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada
mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid
yang mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding

tentang masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.


Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang
ketiga yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham
tersebut dengan cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.

7.0

KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


12

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


Kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur atau juga dikenali sebagai
kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah membolehkan
seseorang itu berinteraksi dengan orang lain secara tepat bagi menyatakan kehendak,
perasaan, pengalaman dan berupaya mengutarakan pendapat dan pandangan yang jitu
serta berkesan. Contohnya dalam aktiviti perbincangan kumpulan, murid yang telah
menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur akan mudah
melakukan perbincangan kumpulan dengan cara memberikan buah fikiran yang
bernasberdasarkan pengalaman yang sedia ada pada murid tersebut melalui kemahiran
bertutur dan mendengar yang telah dikuasainya. Ini secara tidak langsung akan
memberikan kesan yang positif kepada proses perbincangan di samping dapat membantu
rakan-rakan

dalam

kumpulan

perbincang

memahami

isi-isi

perbincangan

dengan

memberikan pendapat serta contoh yang mudah difahami.


Kepentingan

yang

seterusnya

adalah

membolehkan

murid-murid

menyebut

perkataan atau ayat dengan betul, jelas dan tepat. Apabila murid-murid mendengar cikgu
bahasa melayu mereka menyebut perkataan, mereka akan berusaha untuk menyebut
perkataan tersebut dengan gaya, sebutan serta intonasi yang sama dengan apa yang guru
mereka sebut. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan sebutan murid-murid tersebut
dan akhirnya akan menyebabkan murid-murid dapat menyebut ayat dengan betul, jelas dan
tepat. Ini akan memudahkan murid-murid dalam proses berkomunikasi dengan individu lain
ataupun melancaran proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas bukan hanya
tertumpu kepada kelas bahasa melayumalahan semua subjek yang dipelajari oleh muridmurid.
Kepentingan yang ketiga adalah membolehkan murid-murid bertutur menggunakan
ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang lebih luas.
Contohnya dalam kelas bahasa melayu, cikgu Aina mengajar murid-muridnya bagaimana
menggunakan ayat yang tersusun dengan perkataan yang tepat ketika bercakap. Melalui
kemahiran mendengar secara aktif, murid-muridnya akan mendengar apa yang diujarkan
oleh Cikgu Abu yang menggunakan bahasa yang betul dengan penggunaan ayat yang
tepat. Secara tidak langsung murid-muridnya akan mengusai kemahiran bertutur dengan
menggunakan ayat dan perkataan yang tepat.

8.0

PENUTUP

13

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses
komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana
kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.Kemahiran
mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa.
Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas. Apa yang penting bagi
seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran ialah bahan rangsangan untuk
meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Guru harus
memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat mempercepat penguasaan kemahiran. Di
samping itu, guru harus memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan
tatabahasa serta laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.
Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Latihan yang
dijalankan hendaklah berteraskan sesuatu sesuatu tugasan yang boleh membawa kepada
sesuatu aktiviti. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan murid menunjukkan kefahaman
mereka melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Guru juga harus memberi
peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta dengan
motivasi

9.0

BIBIOLGRAFI

14

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


Ab. Rahman Ab. Rashid, Hajah Wan Som Mamat (1995). Bahasa Melayu Bahasa
Dalam Komunikasi Dan Proses Komunikasi. Edisi Pertama. Selangor:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Abdullah Sani. Y. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Ee, A. M. 1991. Pedagogi: Satu Pengenalan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1998), Pedagogi III.Pengujian, Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan
Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam : Fajar Bakti Sdn., Bhd.
Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah,
Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Tuan Jah Tuan Yusof 2013.Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah,Selangor:Penerbitan Muktimesia Sdn. Bhd
Siti Hajar Abdul Aziz .(2008). Bahasa Melayu 2:Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/.../kemahiran-mendengar.html(dilayari pada 10
Februari 2011.
Mohd Farhan Iqbal Faiz & Nik Azleena. Seminar Penyelidikan Tindakan 2013. Jabatan Ilmu
Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail.
Kamarudin Hj. Husin. (1978). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Khairul Hazman Taha (Januari 11, 2011). Panduan Melaksanakan Modul Elektif di
SK. Diperoleh pada 23 Februari, 2015 daripada
http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa-2009/panduan-melaksanakan-modulelektif-di-sk.html
Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011.Diperoleh
pada 1 Mac 2015 daripada http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39frontpage/127-info-sekolah
farhanjohar@gmail.com nikazleenanikismail@yahoo.com.my
http://www.scribd.com/doc/79962146/KONSEP-KEMAHIRAN-BERTUTUR
Hallahan &Kaufman 2000
http://catatannota.blogspot.com/2012/02/kemahiran-lisan-kemahiran-membaca.html

BAHAGIAN B

15

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


1.0

PENGENALAN
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran

pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang
dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
Merancang pengajarannya
Menentukan strategi P&P
Menyediakan bahan bantu pengajaran
Menyediakan penilaian
RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum
pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.
Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu
dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta
penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami
terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan
seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.
Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran.
Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif
yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan. Rancangan pengajaran harian
merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini
merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian
ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua
yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting
sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula,
melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam
mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran
penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

16

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Kelas: 4 Cemerlang
Hari: Selasa
Tarikh: 03 September 2015
Masa : 08.15- 08.45 pagi
Bilangan murid: 8 orang
Tema: Haiwan
Tajuk: 1. Mendengar dan Bertutur
Tunjang utama: Komunikasi
Standard kandungan: 1.3.1 Jenis- jenis Bunyi
Standard pembelajaran: 1.3 Mengenal pasti bunyi- bunyi haiwan
Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengenal haiwan di sekeliling mereka.
Hasil pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
I.
II.

Mengecam 3 daripada 5 bunyi haiwan yang diperdengarkan.


Mengajuk 3 daripada 5 bunyi haiwan berdasarkan gambar yang
ditunjuk.

Tunjang lain yang disepadukan: Kerohanian, sikap dan nilai


Penggabungjalinan kemahiran: bertutur, mendengar, pengamatan
Unsur terapi: pendengaran, pertuturan, motor halus
Penyerapan nilai: berani, bekerjasama, mendengar arahan, yakin diri
Kemahiran berfikir (KBKK): kreatif dan kritis
BBM: Laptop, video, slaid, audio, gambar, lembaran kerja (topeng)

Pelaksanaan:

17

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)

Perkara

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah
Set Induksi
vedio

Pengenalan

1. Guru menggunakan komputer


dan projektor untuk

tajuk

Teknik:
1. Soal jawab

menayangkan video lagu Pak

(5 minit)

Mamat ada Kebun


Terapi:
2. Selesai tayangan tersebut, guru
meminta murid jawab beberapa

1. Pendengaran
2. Pertuturan

soalan berikut:
i.

Apakahhaiwan yang
terdapat dalam video?

BBM:
1.Projektor
2.Komputer

ii.

Berapakah jenis haiwan


yang ada di dalam video
tersebut?

3. Guru memperkenalkan tajuk


pada hari ini.

Nilai murni:
1.yakin
2.mendengar
arahan
3. bekerjasama

LANGKAH 1

Bunyi haiwan:

(Menjana idea)

1. Guru bertanya pada murid:


i.

1.Lembu = Moo(7 minit)

Adakah mereka pernah


ditunjukkan di dalam
tayangan? Di mana?

2.Kucing=

1.Pendengaran

Haiwan apakah yang


quack-quack?

Quack-

quack

Terapi:
2.Pertuturan

ii.

menghasilkan bunyi
3.Itik=

1. Soal jawab

melihat haiwan yang

moo

Meow-meow

Teknik:

iii.

Bagaimanakah bunyi

BBM:
1.Komputer
2.Projektor

haiwan yang dikeluarkan


4.Burung= Cip-

di dalam video itu

cip

18

Adakah sama

Nilai murni:
1.Bekerjasama

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


dengan bunyi yang

2.Yakin diri

5.Kambing=

pernah mereka

3.Berani mencuba

Mbekk-mbekk

dengar?

4.Mendengar

2. Guru meminta murid memberi


6. Kerbau=

arahan guru

contoh haiwan lain yang dikenali

Kuak-kuak
I.

Murid membunyikan
bunyi haiwan yang
dinyatakan.

Membunyikan
LANGKAH 2

1. Guru menggunakan projektor

bunyi haiwan.

(Penstrukturan
idea)
Audio
(7 minit)

Contoh ejaan

dan komputer untuk

Teknik:

menayangkan persembahan

1.ICT

powerpoint yang bertajuk


Kenali Bunyi Haiwan

2.soal jawab

2. Slaid tersebut merangkumi:


- Gambar haiwan
- nama haiwan,
bunyi sebenar haiwan
- ejaan bunyi haiwan yang

bunyi:
Burung:

Terapi:
1.Perdengaran
2.Pertuturan

betul

cik = cip

3. Guru meminta murid mengajuk


Kucing:

bunyi haiwan yang terdapat

BBM:

miaw =meow

dalam persembahan

1.Komputer

powerpoint.

2. Projektor
3.Perisian
Powerpoint
Nilai murni:
1.Berani mencuba
2.Yakin diri

LANGKAH 3

Aktiviti

(Aplikasi Idea)

Bunyi saya

(6 minit)

1. Guru memberikan setiap murid


satu helaian kertas
-

Teknik:
1. Cara kerja

Setiap helaian kertas mempunyai


topeng haiwan ( terdapat 6 jenis
topeng haiwan iaitu kucing,
19

Terapi:
1.Motor halus

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


kerbau,itik,lembu,kambing dan

2.Pertuturan

burung)

3.Perdengaran
4.Pengamatan

Murid akan memotong topeng


tersebut berdasarkan ukuran

BBM:

yang telah dibuat.

1.Helaian kertas
bergambar (Topeng

2. Selesai menggunting, murid

haiwan)

diminta oleh guru berkumpul

2.Gunting

dalam kumpulan berdasarkan

3.Tali Getah

jenis topeng haiwan yang sama.

4.Penebuk lubang

3. Kemudian, guru meminta murid


memakai topeng tersebut .
4. Guru akan menayangkan kembali
video Pak Mamat ada Kebun.

Nilai murni:
1.Tolong-menolong
2.Bekerjasama
3.Yakin diri

Kali ini murid diminta


menyanyikan lagu ini bersama di
dalam kumpulan masing- masing
dan membuat bunyi berdasarkan
topeng yang dimiliki

Penutup
(5 minit)

Rumusan
Imbas kembali

1. Guru berbincang bersama murid

Nilai murni:

mengenai pengajaran hari ini.

1.Bersyukur

2. Guru meminta murid


membunyikan semula bunyi
haiwan bila guru menunjukkan
kad gambar.
3. Guru menanyakan soalan
kepada murid:
20

Apakan bunyi semua

2.Bertanggungjawa
b
3.Mendengar
arahan

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU ( BMM3043E)


haiwan sama?
4. Di akhir pengajaran, guru
membuat rumusan kepada
murid bahawa:
-

Setiap haiwan
mempunyai bunyi yang
berbeza untuk
membezakan antara
satu sama lain.

21

Anda mungkin juga menyukai