5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
5.8
5.9
5.10
Pengenalan
Filum Austrik
Rumpun Austroasia
Rumpun Austronesia
Keluarga Nusantara
Bahasa Melayu dan Bahasa Nusantara
Lain
Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia
Bahasa Melayu dan Bahasa Melanesia
Bahasa Melayu dan Bahasa Mikronesia
Rumusan
Perkataan Penting
Ringkasan
Rujukan
5.1 PENGENALAN
Kebanyakan bahasa-bahasa dunia mempunyai pertalian kekeluargaan sama ada pertalian jauh
atau pertalian dekat. Sesuatu bahasa yang memiliki lebih banyak ciri-ciri yang sama antara
mereka akan menganggotai satu kelompok. Walau pun terdapat berbagai-bagai cara
mengkategorikan bahasa-bahasa dunia, secara umum bahasa dikelompokan berdasarkan
usianya seperti berikut:
Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun
ke atas.
Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berusia 2500-5000 tahun.
Keluarga bermaksud kelompok bahasa berusia kurang dari 2500 tahun.
Bahasa-bahasa yang dikelompok dalam sesuatu keluarga kemudiannya dipecahkan
kepada Subkeluarga
Lihat Rajah 5.1. Filum Austris terbahagi kepada TIGA Rumpun: iaitu rumpun Austronesia,
rumpun Tibet-China dan rumpun Austroasia. Perkataan Austrik berasal daripada perkataan
Latin, austro yang bermakna selatan. Filum Austrik merangkumi beribu jenis bahasa yang
ditutur di seluruh benua Asia dan terbahagi kepada TIGA rumpun.
Rumpun Austroasia terdiri daripada bahasa Khasi di Annam, Nicobar, Mon, Khmer,
dan Munda.
Rumpun Cina-Tibet terdiri daripada bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam, dan
lain-lain.
Rumpun Austronesia (dahulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia) terdiri daripada
EMPAT keluarga bahasa: Nusantara, Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia
Pembahagian rumpun kepada beberapa keluarga juga dipengaruhi oleh ciri-ciri persamaan
dan perbezaan. Sejumlah bahasa yang mempunyai ciri-ciri persamaan yang banyak, dan
nampak jelas membezakan kesemuanya dari sejumlah bahasa yang lain digolongkan menjadi
satu dan dinamakan keluarga bahasa. Begitu juga halnya pembahagian keluarga kepada
beberapa sub-keluarga.
Rumpun bahasa Austro-Asiatik yang bermaksud Asia Selatan adalah sebuah rumpun
bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatann (Lihat Rajah 5.1). Di
antara bahasa-bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa Vietnam, bahasa
Khmer, dan bahasa Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang, dan bahasa Vietnam
dan bahasa Khmer yang dianggap sebagai bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan
Kemboja), sementara bahasa Santali dan bahasa Khasi masing-masing dijadikan bahasa rasmi
di utara India. Bahasa lain dari rumpun ini dituturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.
Bahasa Munda
Bahasa Mundari
Bahasa Santali
Bahasa Mon-Khmer
bahasa Mon
bahasa Vietnam
bahasa Khmu
bahasa Asli
Dalam bab ini, kita akan bertumpu kepada rumpun Austronesia yang pertama kali digunakan
oleh sarjana lingustik bandingan, Wilhelm Schmidt pada abad ke-19. Beliau banyak meneliti
bahasa-bahasa dalam rumpun dan bahasa yang terdapat di tanah darat Asia. Istilah
Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin, iaitu austro yang bermaksud selatan dan
4
FILUM
RUMPUN
AUSTRIK
AUSTRONESIA
TIBET-CINA
AUSTROASIA
SUBKELUARGA
NUSANTARA
KELUARGA
Melanesia
Mikronesia
Polinesia
Bali-Sasak
Filipina
Jawa
Kalimantan
Sumatera
Melayu
Batak
Minangkabau
Aceh
Lampong
Nias
Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu,
bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada subkeluarga tertentu seperti subkeluarga:
Filipina
Sumatera
Jawa
Kalimantan
Bali-Sasak
Muna Butung
Gorontalo
Tomini
Loinang
Bunku-Laki
Sulawesi selatan
Bima- Sumba
Ambon-Timul
Sula-Bacon, dan
Halmahera selatan-Irian Jaya.
Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah
mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang
diberi nama Austronesia. Pemerincian subkeluarga kepada unit yang lebih kecil boleh berlaku
dan dipanggil sebagai subkelompok. Keterangan lanjut berdasarkan subkelompok ini boleh
dilihat berdasarkan nama bahasa dan tempat tertentu. Sebagai contohnya, bahasa Melayu
dan bahasa Miningkabau termasuk di dalam kumpulan yang sama.
Perkataan Nusantara berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa yang
bermaksud pulau dan antara yang bermaksud lain. Istilah Nusantara merujuk
kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang
merangkumi Kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling Selatan
Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur, dan mungkin juga Taiwan. Istilah ini digunakan
untuk menunjukkan persamaan antara bahasa-bahasa di pulauan Polinesia, yakni bahasabahasa yang meliputi bahasa Fiji, Maori, Hawaii dan bahasa Melayu. Istilah Polinesia yang
dicipta oleh William Marsden juga menunjukkan hal yang sama.
Istilah padanan untuk Nusantara dalam bahasa Melayu ialah Alam Melayu dan dalam
bahasa Indonesia ialah Nusantara, walaupaun istilah ini kin i juga digunakan
secara meluas di Malaysia. Bagi memastikan kebenaran fakta-fakta ini, kita perlu
merujuk kepada penyelidikan yang kebanyakannya dilakukan oleh para pengkaji yang
datang dari Barat. Antara pengkaji dan hasil-hasil penyelidikan para pengkaji tersebut
adalah seperti
7
Perlu di fahami bahawa rumpun Austronesia adalah berdasarkan ciri-ciri persamaan antara
satu sama lain. Terdapat juga perbezaan yang ketara antara rumpun tersebut. Perbezaan inilah
yang menjadi asas kepada pembahagian keluarga tersebut. Perbezaan tersebut dapat kita lihat
dari aspek sistem bunyi, pembentukan kata dan ayat, dan perbendaharaan kata. Mari
kita lihat tentang komponen rumpun tersebut.
A) BAHASA ACEH
Bahasa Aceh merupakan sebuah bahasa yang dituturkan oleh suku Aceh yang terdapat di
wilayah pesisir Indonesia, sebahagian pedalaman dan sebahagian pula di kepulauan Aceh.
Bahasa-bahasa yang memiliki keakraban yang rapat dengan bahasa Aceh adalah bahasa
8
B) BAHASA SUNDA
Sekiranya kita melihat bahasa Sunda, ia telah digunakan oleh lebih kurang 34 juta orang dan
merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di Indonesia selepas Bahasa Jawa.
Bahasa ini ditutur oleh mereka di bahagian selatan Provinsi Banten, Jakarta dan di
kebanyakan tempat di Jawa Barat. Terdapat beberapa dialek dalam bahasa Sunda, bermula
dengan dialek Sunda-Banten sehinggalah dialek Sunda-Jawa Tengahan yang mulai
bercampur dengan bahasa Jawa. Terdapat beberapa dialek yang sering dipertuturkan iaitu:
Dialek Barat
Dialek Utara
Dialek Selatan
Dialek Tengah Timur
Dialek Timur Laut
Dialek Tenggara
Sebutan
hiji
dua
tilu
opat
lima
genep
tujuh
dalapan
salapan
sa-puluh
C) BAHASA TAGALOG
Tagalog ialah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina. Bahasa ini tergolong dalam
kumpulan bahasa Austronesia dan mempunyai hubungan dengan bahasa Indonesia dan
bahasa Melayu. Tagalog berasal dari sebuah bahasa Filipina Tengah. Ia mempunyai
hubungan rapat dengan bahasa yang dipertutur di kawasan Bicol dan Visayas (cuba
kenalpasti kedudukan kawasan ini). Bahasa-bahasa yang telah membuat sumbangan penting
dalam pembangunan perbendaharaan kata bahasa Tagalog termasuklah bahasa Sepanyol,
Inggeris, Hokkien, Melayu, Arab dan bahasa-bahasa tempatan yang lain.
Contoh
Tagalog
masakit
basa
malambot
malagkit
kanan
tulong
lima
mura
mahal
kalapati
sayang
tanghal
dalamhat
luwalhat
sarp
pinto
Melayu
sakit
basah, baca
lembut
melekit
kanan
tolong
lima
murah
mahal
merpati
sayang
tengah hari
dalam + hati
luar + hati
sedap
pintu
10
E) BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuh merupakan salah satu cabang bahasa Austronesia di Borneo Barat. Bahasa
ini tersebar daru hujung barat Sarawak di sebelah utaranya hinggalah ke daerah utara di
Kalimantan Barat, iaitu sekitar Sungai Pawan. Di bahagian timur, kawasan bersempadan
dengan Sungai Sekadau juga termasuk di dalam varian ini. Bahasa Bidayu mempunyai
bilangan penutur yang ramai dan sebahagian besar daripadanya tersebar di wilayah
Kalimantan barat, Indonesia. Dari segi terminologinya, penutur bahasa Bidayuhik biasanya
digelar sebagai Land Dayak (Dayak Darat). Istilah ini telah muncul pada abad ke-19 dalam
tulisan mubaligh dan penulis Barat. Istilah inilah yang membezakan suku ini daripada suku
Sea Dayak (Dayak Laut), yakni suku Iban yang dikatakan sering menyerang kapal di di
perairan Sarawak. Walaupun pada masa kini, Sea Dayak tidak digunakan lagi untuk merujuk
kepada suku Iban, namun istilah Land Dayak tetap digunakan sebagai etnonim untuk penutur
subcabang bahasa Austronesia ini yang dikenal sebagai cabang Bidayuh.
Contoh
Bahasa Hawaii dan Bahasa Melayu
Hawaii
kahi
lua
kolu
h
lima
ono
hiku
walu
iwa
hulu
niho
make
maka
lepo
lau
Melayu
satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
sepuluh
gigi
mati
mata
kotor
daun
Bahasa Hawaii, bersama dengan bahasa Inggeris, adalah bahasa rasmi bagi negeri Hawaii,
Amerika Syarikat. Raja Kamehameha III menubuhkan Bahasa Hawaii pertama perlembagaan
pada tahun 1839 dan 1840. Kerana berbagai alasan, jumlah penutur asli Hawaii berkurang
secara berperingkat sejak tahun 1830. Pada tahun 2000, jumlah penutur asli di Hawaii di
bawah 0,1% daripada jumlah penduduk dan ahli Bahasa bimbang tentang masa depan bahasa
Hawaii.
B) BAHASA TONGA
Tonga terletak di sebelah selatan Samoa dan timur Fiji. Negara ini terdiri dari 176 pulau. Bahasa
Tonga adalah bahasa masyarakat Tonga yang termasuk dalam rumpun Austronesia. Bahasa ini
dituturkan oleh lebih kurang 100 ribu penutur.
12
Contoh
Bahasa Tonga
afi
aka
au
efu
fakakaukau
fale
fua
fulufulu
h
hai
Melayu
api
akar
aku
debu
berfikir
rumah
buah
bulu
apa
siapa
Melanesia
merupakan
sebuah
subkawasan di Oceania yang meliputi
dari barat akhir Lautan Pasifik hingga ke
Laut Arafura, berada di timur Fiji. Ka
wasan ini meliputi kebanyakan pulau di
utara dan timur laut Australia. Nama
Melanesia telah pertama kali digunakan
oleh Jules Dumont d'Urville pada 1832
bagi merujuk kepada etnik dan kumpulan
geografi pulau yang terletak jauh dari
Polinesia dan Mikronesia.
Bahasa-bahasa
keluarga
Melanesia
ditutur oleh penduduk yang tinggal
dibahagian pedalaman pulau-pulau besar
yang terdiri daripada New Guinea,
Kepulauan Solomon, Vanuatu, New
Caledonia, Fiji, Wilayah Maluku dan
Irian Barat.
13
5.10 RUMUSAN
Sebagai rumusan lihat jadual dibawah yang menunjukkan perbandingan beberapa bahasa
daripada rumpun Austronesia.
14
15
PERKATAAN PENTING
Filum
Rumpun
Keluarga
Subkeluarga
Austronesia
Autrik
Austroasia
Nusantara
Sumateria
Polinesia
Melanesia
Mikronesia
Di dalam bahasa terdapat pertalian kekeluargaan sama ada pertalian jauh dan pertalian
yang dekat.
Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun
ke atas.
Istilah Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin, iaitu austro yang bermaksud
selatan dan kata bahasa Yunani nesos yang bermaksud pulau.
16
Perkataan Nusantara berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa
yang bermaksud pulau dan antara yang bermaksud lain.
Bahasa Bidayu merupakan salah satu cabang bahasa Austronesia di Borneo Barat.
17