Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN PERTANIAN MODEN

ISI PENTING
1. Melalui pertanian moden negara akan dapat dapat meningkatkan mutu hasil
pertanian yang diusahakan.

2. Kadar hasil keluaran juga jauh lebih tinggi dan lebih produktif berbanding dengan
pertanian tradisional.

3. Apabila hasil pertanian meningkat, pendapatan negara juga turut meningkat.

4. Banyak peluang pekerjaan yang baru dapat diwujudkan kepada penduduk


setempat apabila pertanian moden diperkenalkan.

5. Industri-industri yang berasaskan pertanian juga turut berkembang selaras


dengan perkembangan sektor pertanian.

6. Kaedah-kaedah moden banyak digunakan dalam menghasiklan keluaran-keluaran


pertanian yang bermutu.

Tanaman jenis baka baru dapat diperkenalkan hasil daripada penyelidikan oleh
agensi-agensi berkaitan.

Kebaikan pertanian secara tradisional:tidak memerlukan kos dan modal yang besar;
tidak memerlukan jentera dan teknologi canggih;
hasil pertanian yang bebas daripada pencemaran bahan kimia yang boleh
menjejaskan kesihatan manusia;
mesra alam dan tidak mendatangkan pencemaran terhadap alam sekitar;
mewujudkan ikatan yang erat dalam kalangan keluarga.

Keburukan pertanian secara tradisional:tidak menghasilkan pendapatan yang banyak kepada petani;
hasil pertanian yang kurang bermutu;
mudah terdedah kepada serangan penyakit dan serangan makhluk perosak;
memerlukan jangka masa yang lama kerana menggunakan tenaga manusia dan
binatang;
menjadikan golongan petani hidup dalam kemiskinan;
merosakkan alam sekitar ( pertanian pindah );
pergantungan yang besar kepada keadaan cuaca dan persekitaran.