Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Seksualiti

(PKE3103E)

Perkemban
gan
Aspek
Sosial

Pengenalan
Pembangunan yang pesat, perubahan sosio-ekonomi,
demografi serta budaya menyebabkan remaja masa
kini berhadapan dengan kehidupan yang amat berbeza
daripada alam remaja kita pada suatu masa dahulu.
Perubahan ini bukan sahaja memberi kesan kepada
keluarga dalam mendidik remaja malahan golongan
remaja sendiri terpaksa belajar menyesuaikan diri.
Memahami perkembangan zaman dan kaitannya
dengan perubahan sosia remaja akan membantu kita
memikirkan cara penyelesaian yang lebih baik.

Imej Kendiri

Penghargaan Kendiri
Penghargaan kendiri berkait rapat dengan
penghormatan diri.
Ia melibatkan penghargaan diri sendiri sebagai
manusia dan tanggapan kedudukan sendiri dalam
kumpulan keluarga, sahabat, rakan sekerja dan orang
lain.
Penghargaan kendiri yang keterlaluan boleh
membawa kepada keangkuhan manakala
kekurangannya boleh mengakibatkan rasa tidak
berguna.

Keseimbangan kedua-dua aspek ini adalah penting.


Tumpuan berlebihan boleh menghalang hubungan
kerjasama dengan orang lain.
Sebaliknya kurang kesedaran diri boleh menyebabkan
seseorang itu tidak dapat berinteraksi dengan bebas di
rumah, sekolah, tempat kerja dan dalam masyarakat.

Konsep Kendiri
Konsep kendiri ditakrif sebagai tanggapan seseorang
terhadap diri sendiri.
Konsep ini merangkumi tanggapan tentang kebolehan,
sahsiah, sikap, sifat, rupa bentuk, tujuan dan tingkah laku.
Istilah imej kendiri, penilaian kendiri, dan penghargaan
kendiri memberi makna yang sama seperti konsep kendiri.
Konsep kendiri dihuraikan sebagai daya pengaruh tingkah
laku yang mengawal seseorang bertindak mengikut
tingkah laku dan tindakannya.

Seseorang yang yakin dan menghargai diri sendiri


mempunyai tingkah laku yang berbeza daripada
seseorang yang berasa tidak berketerampilan, kurang
baik dan tidak selamat.
Tingkah laku seseorang memperkukuh lagi tanggapan
terhadap diri sendiri.
Konsep kendiri kita dibentuk melalui interaksi dengan
orang lain.

Kasih Sayang
Kasih sayang adalah perasaan yang membentuk emosi
kita.
Perasaan ini adalah intipati yang penting dalam
membentuk individu, keluarga dan masyarakat yang
sihat secara menyeluruh.
Kita dilahirkan atas dasar perasaan kasih dan sayang
yang wujud di dalam jiwa seorang lelaki dan wanita.

Thank You