Anda di halaman 1dari 13

3.

0 Penghargaan
Terlebih dahulu, saya Koay Bee Leng

dari unit M3 ingin merakamkan setinggi-

tingginya penghargaan kepada pensyarah yang dipertanggungjawab untuk mengajar mata


pelajaran Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian iaitu Puan Siti Khamariah Binti Rizuwan.
Puan membolehkan saya berpeluang untuk mendedahkan diri kepada Teknologi Rumah
Tangga dan Pertanian. puan juga mengajar saya dengan sepunuh hati, prihatin dan
bersabar supaya saya boleh menguasai ilmu pengetahuan membina projek pertanian dan
projek membuat pakaian dalam masa yang singkat ini. Puan juga banyak membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek kemahiran akademik ini.
Pihak seterusnya yang saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ialah rakanrakan seunit saya iaitu unit M, senior-senior IPG. Mereka banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya dalam pengetahuan tentang Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian. Mereka
juga meminjam buku-buku rujukan mereka kepada saya, memberi cadangan membina
projek pertanian dan projek membuat pakaian serta mengingati saya tentang perkaraperkara penting yang patut diperhatikan sewaktu menyiapkan tugasan tersebut. Selain itu,
rakan-rakan seunit saya juga banyak menolong saya. Saya selalunya membincangkan
tentang tajuk tugasan bersama selain mengkaji masalah yang dihadapi bersama. Saya juga
menggunakan sumber ke perpustakaan dengan sebaik-baiknya. Saya juga selalu merujuk
kepada pensyarah-pensyarah sewaktu saya menghadapi masalah dalam penyiapan
tugasan tersebut.
Sekian terima kasih.

4.0 Pengenalan
Pokok berbunga telah wujud sejak zaman batu. Penggunaan tanaman untuk hiasan dan
bau-bauan mendapat perhatian. Sesuatu yang wangi dan indah dianggap popular untuk
mengindahkan suasana rumah kediaman. Ahli kaji purba sering menjumpai bekas minyak
wangi dan kilang minyak wangi. Taman tergantung babylon. 50 jenis sayuran di tanaman di
Semenanjung Malaysia dataran tanah rendah, tanah tinggi. Kebanyakan sayur di Malaysia
ditanam secara kecil-kecilan dengan keluasan di antara 0.2-1.2 ha. Kawasan utama ialah
Cameron Highlands (Pahang), Tangkak dan Kulai (Johor), Banting dan Tanjong Karang
(Selangor), Lembah Kinta dan Taiping (Perak) serta Cabang Empat dan Wakaf Stan
(Kelantan). Kawasan yang sesuai menentukan pengeluaran sayur-sayuran. Pada amnya,
tanah yang sesuai untuk penanaman sayur - tanah yang mengandungi 40-60% pasir, 15%
liat dan kaya dengan bahan organik. Walau bagaimanapun, jenis tanah yang lain seperti
tanah peroi, tanah liat, tanah gambut dan tanah pasir (tanah bris dan tanah bekas lombong)
juga sesuai jika keadaan tanah tersebut diperbaiki dengan cara pengurusan tanah yang
tertentu.

5.0 Pendahuluan
Kursus ini adalah mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Tajuk ini
membincangkan tentang sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan
hiasan, kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan, jenis-jenis
tanaman sayur-sayuran dan hiasan, persediaan untuk penyemaian dan penanaman,
pembiakan dan penyediaan anak benih, penanaman, pengurusan dan penjagaan serta
pengutipan dan penggunaan hasil. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan
kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam
pengajaran mikro.
Kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan. Menghiasi ruang
kawasan dalam dan luar bangunan. Sebagai tujuan perlindungan pemandangan yang
kurang

menarik.

Mengurangkan

kejadian

hakisan

tanah.

Berwarna-warni

dapat

mengurangkan kebosanan. Pembersihan udara dari gas gas pencemaran. Mengisi masa
lapang dan sebagai hobi. Menjana ekonomi dan sumber pendapatan.

Jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Jenis- jenis tanaman hiasan ialah pokok
naungan, pokok hiasan, pokok renik, pokok memanjat/menjalar, palma, pokok lendair, pokok
kaktus dan rumput turf. Contohnya, semarak api, sena, beringin, janda merana, kemboja,
kenanga, puding, kemuning, janda kaya, markisa, bunga jepun, melor, pokok kelapa gading,
pinang kuning, setawar, ati-ati, sensiveria, opumtia, kaktus krismas, rumput tikar dan rumput
lipan. Jenis-jenis tanaman sayuran ialah jenis daun, jenis kekacang, jenis buah dan jenis
akar. contohnya bayam, sawi , kangkung, kobis, kacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang
tanah, kacang panjang, bendi, cili,

terung, timun,tomato, halia, lobak putih/merah,ubi

keledek, keladi dan sengkuang.

6.0 Dokumentasi Penanaman Sayuran Dan Tumbuhan Hiasan


6.1 Peralatan/Bahan:
Pencakar tangan, cangkul, serampang tangan, tong, paip, anak benih, penyiram air dan
sudip tangan.

6.2 Persediaan penyemaian dan penanaman


Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Pemuliharaan tanah perlu
dilakukan untuk kesuburan.Tanah akan terjejas jika kandungan nutrien rendah, keadaan
tanah berasid, tanah berlempung dan tanah berpasir. Pemilihan tapak yang berhampiran
dengan bandar atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran, berhampiran sumber air
bagi mudah menyiram dan mencuci sebelum pemasaran dilakukan, kawasan luas dan
lapang

supaya mudah mendapat cahaya matahari dan mempunyai kemudahan

infrastruktur.
Penyediaan batas, pembahagian kawasan, pembersihan kawasan, membuang
rumpai dan batu batan, membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan
penyakit, abunya digunakan sebagai baja, rumput kering boleh diguna sebagai sungkupan.
4

Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh
haiwan perosak dan akar rumpai. Membina batas rata dengan ketinggian 15-25 cm atau
batas tunggal berketinggian 20-25cm.

6.3 Pembiakan dan penyediaan anak benih


Terdapat juga tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan Bebawang. Tumbuhan
ini perubahsuai untuk tujuan penyimpanan makanan. Kebiasaannya

tumbuhan ini

mempunyai ruas sangat pendek dan daun berlendir. Kaedah pembiakan yang menggunakan
kaedah bahagian istimewa ialah pembiakan melalui anak-anak pokok. Seperti yang kita
semua ketahui, terdapat beberapa tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap yang
mengeluarkan anak-anak pokok sendiri sebagai cara membiak. Untuk membiakkan
tumbuhan jenis ini, kita boleh potong anak pokok dan menanam terusnya ke dalam beg
politin atau pasu.
Medium semaian adalah bahan yang merupakan tempat pertumbuhan dan
perkembangan akar tumbuh-tumbuhan. Medium semaian yang sesuai untuk keratan batang
adalah campuran 2 bahagian tanah loam,1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
sungai atau nisbah 2:1:1. Tanah loam adalah campuran butiran pasir, selut, dan tanah liat.
Bahan organik pula merupakan saki-baki haiwan dan tumbuhan yang reput. Manakala pasir
sungai pula berfungsi untuk membaiki sistem saliran dan memudahkan penembusan akar.

Langkah-langkah penyediaan medium semaian adalah menapis bahan-bahan


medium secara berasingan, sukat ketiga-tiga bahan mengikut nisbah 2:1:1 ,gaulkan bahan
sehingga sebati. Seterusnya,menutup lubang-lubang di dasar kotak semaian atau pasu
dengan kepingan pecahan pasu atau pecahan batu bata, mengisikan medium semaian ke
dalam kotak semaian sehingga 2-.5 cm dari bibir bekas, akhirnya letakkan bekas semaian di
tempat yang redup

6.4 Penanaman
Terdapat juga biji benih yang disemai terus ke batas tanaman dengan jarak tanaman yang
betul. Kaedah ini sesuai untuk biji benih yang kasar seperti kacang buncis, kacang panjang,
timun dan bendi. Biji benih hendaklah dijemur hingga benar-benar kering dan kemudian
disimpan dalam botol. Botol tersebut hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk untuk
tidak menjejaskan keupayaan biji benih itu untuk becambah. Satu lagi cara untuk
menyimpan biji benih adalah dengan menyimpannya dalam bekas yang mengandungi
karbon dioksida atau bekas tanpa udara.

Anak benih perlu dipindahkan atau diubah ke batas penanaman dari batas semaian
atau bekas semaian. Proses pengerasan berlaku apabila anak benih didedahkan sedikit
demi sedikit kepada cahaya matahari dengan kekerapan siraman yang kurang. Proses
pengerasan dilakukan untuk mengurangkan renjatan pada anak benih apabila diubah.
Kerja-kerja mengubah sesuai untuk dilakukan pada lewat petang atau awal pagi apabila
waktu sejatan kurang. Pemindahan anak benih membolehkan ia menerima nutrien, cahaya
dan ruang untuk tumbesaran.
Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak
benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih, segarkan
anak benih sebelum diubah, lakukan waktu pagi atau petang, siram batas semaian untuk
lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah. Dengan
menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar, mesti
dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar, tanam anak benih di batas
tetap pada jarak yang disyorkan, tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya
akar dapat pegangan yang kuat.

Membuat sungkupan/naungan merupakan lapisan yang dibuat daripada bahanbahan longgar untuk melindungi permukaan bumi dan memulihara air dalam tanah dengan
mengurangkan penyejatan serta hakisan. Bahan-bahan yang lazim digunakan terdiri
daripada rumput, sisa sawit atau tebu, bahan organik, sabut, lalang, serbuk kayu, daun dan
juga bahan-bahan seperti politen dan sebagainya. Sewaktu penanaman sayuran,
sungkupan diletakkan ke atas permukaan batas. Jenis sungkupan yang biasa digunakan
untuk melindungi anak benih yang disemai daripada hujan adalah dengan menggunakan
plastik atau daun-daun kering

6.5 Pengurusan dan Penjagaan


Penyiraman dilakukan untuk membekalkan air kepada tanaman hiasan melalui medium.
Kekurangan bekalan air akan menyebabkan tanaman layu dan akhirnya mati. Air boleh
dibekalkan kepada tanaman dalam pasu menggunakan tong penyiram atau hos yang
mempunyai muncung penyiram. Air yang digunakan untuk menyiram haruslah bersih, bebas
daripada kekotoran seperti minyak, bahan-bahan kimia seperti racun rumpai, dan tidak
mengandungi garam terlarut yang terlalu tinggi sehingga boleh merosakkan tumbuhan.
Penyiraman biasanya dilakukan dua kali sehari, iaitu pagi dan petang bergantung kepada
keadaan cuaca. Penyiraman perlu dikawal supaya tidak keterlaluan. Air yang berlebihan
akan memenuhi rongga-rongga tanah dan menyebabkan akar tidak dapat bernafas dan
akhirnya mereput.
Sayur-sayuran memerlukan baja terutamanya baja yang mengandungi bahan
nitrogen, fosforan, kalium dan unsur mikro seperti mangan, zink, magnesium, kumprum,
besi, boron dan molybdenum untuk pertumbuhan yang baik. Nitrogen kebanyakannya
terdapat dalam bentuk protein dan nucleoprotein dalam sel-sel tumbuhan. Sejumlah besar
sebatian nitrogen diperlukan untuk pembiakan, pertumbuhan dan pernafasan. Tanaman
sayuran memerlukan sejumlah besar nutrien-nutrien ini untuk proses tumbesar kerana
9

tanaman ini cepat membesar. Oleh itu, baja harus ditambah kepada tanah untuk memberi
zat makanan tambahan kepada pokok.
Tanaman hiasan dalam pasu dan tanaman sayuran perlu dijaga daripada serangan
penyakit dan serangga perosak supaya sentiasa kelihatan subur dan menarik. Kehadiran
haiwan perosak dan jangkitan penyakit merupakan masalah yang mesti diatasi oleh
penanam sayuran. Haiwan perosak dan jangkitan penyakit mengakibatkan tumbesaran
sayuran terbantut. Ini menjadikan mutu sayuran terjejas dan hasil pengeluaran akan
berkurangan. Secara amnya, perosak dan penyakit boleh dikawal dengan mengamalkan
pengurusan penanaman yang sihat, iaitu memastikan kebersihan ladang, mengelakkan
kecederaan pada pokok, menggunakan baka sayuran yang berdaya tahan dan
mengamalkan penggiliran tanaman. Penyakit atau kerosakan pada pokok biasanya
disebabkan oleh kulat. Kulat akan membiak dengan cergas dalam keadaan yang lembab.
Maka penyiraman yang berlebihan harus dielakkan.
Tumbuhan akan juga menjangkit penyakit sekiranya diserang oleh bakteria yang
masuk ke dalam tumbuhan melalui luka-luka dan rongga semula jadi tumbuhan seperti
stoma dan hidatod. Maka kebersihan di sekeliling tumbuhan dan peralatan perkebunan
seperti sekateur harus dijaga. Serangga perosak biasanya merosakkan tanaman dengan
memakan atau menghisap daun dan juga mungkin merupakan pembawa bakteria atau virus
yang menyebabkan penyakit tanaman. Jenis serangga yang sering menimbulkan masalah
terhadap ancaman adalah afid, teritip, lalat putih, trip dan tungau merah. Kaedah mengawal
penyakit dan perosak pula bergantung kepada jenis penyakit dan perosak yang menyerang
tumbuhan.

10

6.6 Pengutipan Hasil


Sayuran jenis daun dipungut antara 4 hingga 8 minggu selepas menyemai. Kerja-kerja
memungut hasil biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang. Sayur-sayuran
yang telah cukup matang perlulah dikutip segera. Sayur-sayuran hendaklah dituai mengikut
teknik yang betul iaitu memotong, memetik ,mencabut dan menggali.

11

6.7 Perbincangan
Selepas mendapat penghasilan, kami telah telah membuat satu perbincangan untuk
menjualkan hasilan kami. Maka, sayur-sayuran yang telah dipungut hendaklah dibasuh dan
dibungkus dengan baik sebelum dijual. Sayur-sayuran yang telah cukup matang perlulah
dikutip segera. Proses mengutip hasil sayur-sayuran dinamakan menuai. Sayur-sayuran
hendaklah dituai mengikut teknik yang betul.
Membasuh sayuran yang baru dipetik untuk membuang segala kotoran. Proses
membasuh dilakukan untukmemastikan baja kimia atau racun yang terdapat pada sayuran
dapat dibersihkan. Menyimpan sayuran yang telah dituai dapat dikekalkan kesegarannya
dengan menyimpannya ditempat sejuk. Kami akan membuat gred, menggred merupakan
satu proses menentukan mutu tanaman sayuran mengikut saiz dan kualiti. Saiz tanaman
sayuran dapat ditentukan mengikut saiz daun, buah, ubi dan kekacang yang dituai.
Kesegaran, tiada kecacatan dan kebersihan. Sayuran yang telah dituai dan dibersihkan,
hendaklah dibungkus dengan elok bagi memastikan kesegaran terjamin. Kertas plastik
lutsinar sesuai digunakan khususnya untuk buah-buahan.
Sayur dibungkus dengan sempurna untuk melindunginya daripada kerosakan
semasa pengendalian dan pengangkutan. Bahan pelapik kertas atau plastik boleh
digunakan bagi mengelakkan sentuhan atau geseran di antara sayur dengan bahagian di
dalam bekas, terutamanya bakul buluh yang boleh menyebabkan kecederaan mekanik.
Kotak kertas sesuai digunakan untuk eksport sebab kalak kertas mudah dilabel dan
dikehdali. Jangan biarkan sayuran terdedah kepada cahaya matahari kerana ia masih
menjalani proses pernafasan dan perpeluhan. Sayuran tidak boleh ditimbun terlalu tinggi
kerana akan merosakkan timbunan di bawahnya.
Kami bercadang menjualkan sayur-sayuran ini kepada kantin atau staf-staf Institut
sini. Kutipan ini akan dimasukkan ke dalam tabung duit kelas kami.

12

Rujukan
Buku
Mohd Rahim bin Mohd Sharif. (2007). Kemahiran Hidup Bersepadu Tahun 6. Kuala Lumpur:
dawama Sdn.Bhd.

Siti Amnah Binti Sahran. (2004). Kemahiran Hidup BersepaduTingkatan 3. Melaka:


Percetakan Surta Sdn.Bhd.

Zulkifli bin Mohd Salleh. (2003). Kemahiran Hidup BersepaduTingkatan 1. Pulau pinang:
Monosetia Sdn.Bhd.

Zulkifli bin Mohd Salleh. (2005). Kemahiran Hidup BersepaduTingkatan 2. Pulau pinang:
Monosetia Sdn.Bhd.

Internet
Blog Archive. Kemahiran Hidup Tahun 5. (2012). Diperoleh Mac 30, 2016, daripada
http://benihbijibunga.blogspot.sg/2012/11/peralatan-dan-perlengkapan-berkebun.html

Scribd. Teknologi Pertanian. (2013, September). Diperoleh Mac 30,2016 , daripada


https://www.scribd.com/doc/207109641/Modul-RBT3120-Teknologi-RumahtanggaDan-Pertanian

Shaniza. Kemahiran Hidup Shaniza. (2013,Ogos 5). Diperoleh Mac 30, 2016, daripada
http://www.kemahiranhidup2u.com/2011/07/penyediaan-tapak-tanaman-sayuran.html

Pendidikan khas. Kemahiran Hidup. (2011,November). Diperoleh Mac 30,2016, daripada


http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html

13