Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Mingguan 11

(18/4/2016 hingga 22/4/2016)


Masalah
Murid tidak mementingkan latihan kebakaran.

Analisis Masalah
Apabila loceng kebakaran telah berbunyi, murid-murid berjalan secara perlahan-lahan untuk
berjalan ke tempat berhimpun. Selain itu, mereka masih bersembang dan bermain dengan
kawan apabila dalam perjalanan ke tempat berhimpun. Tambahan pula, guru-guru tidak menjadi
contoh yang baik seperti berjalan cepat ke tempat perhimpunan. Seterusnya, murid tidak
didedahkan maklumat bahawa apa yang perlu dibuat apabila berkumpul di tempat
perhimpunan.

Kekuatan
Latihan kebakaran diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan
kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika
kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran. Selain itu, latihan kebakaran
memberi pendedahan kepada pelajar tentang laluan yang betul untuk keluar dengan
selamat. Tambahan pula, latihan ini adalah untuk memberi maklumat kaedah mengawal
kebakaran dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang

bahaya

kebakaran. Di samping itu, latihan kebakaran ini dapat mengenal pasti kelemahan
kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi
mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia ada, prosedur dan keyakinan
individu serta organisasi semasa latihan. Melalui latihan kebakaran, murid-murid dan
guru-guru dapat mengetahui atau mempelajari cara-cara penggunakan peralatan
pemadam api. Seterusnya, mewujudkan semangat kerjasama di antara pihak Bomba
dan pihak sekolah sekirannya kebakaran benar-benar berlaku. Melalui latihan ini, pihak
bomba

dapat menerangkan tatacara menyelamatkan diri ketika kebakaran agar

mengelakkan murid atau guru terperangkap dalam kebakaran.

Kelemahan
Sikap murid memandang ringan terhadap latihan kebakaran ini menyebabkan latihan ini
tidak berkesan. Seterusnya, murid tidak mendengar taklimat oleh bomba dengan serius
kerana mereka masih bersembang dengan kawan. Selain itu, pihak bomba
mengaplikasi cara penggunaan alat pemadam api tetapi murid yang rendah tidak dapat
lihat dengan jelas. Guru yang mengambil kehadiran murid agar lambat dan memerlukan
masa yang panjang untuk memastikan murid telah berkumpul di tempat perhimpunan.
Pihak bomba. Murid terlalu banyak dan keadaan yang agak bising menyebabkan
penjelasan pihak bomba kurang jelas.
Cadangan untuk penambahbaikan
Guru haruslah menjadi contoh kepada murid dan memandang serius kepada latihan
kebakaran seperti mengenakan hukuman kepada murid yang bermain-main semasa
latihan ini dijalankan. Tambahan pula, guru haruslah bersikap pantas apabila
mengambil kedatangan murid dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekirannya
mendapati murid tidak ada di tempat perhimpunan. Sekiranya guru kelas tidak hadir,
guru lain boleh membantu untuk memastikan semua murid bagi kelas tersebut ada di
tempat perhimpunan. Guru juga harus memainkan peranan untuk mengawal disiplin
murid semasa di tempat perhimpunan. Apabila penerangan dijalankan, murid tahun 3
haruslah berada di depan dan tahun 6 haruslah di belakang mereka agar semua murid
dapat mendengar dan memahami cara penggunaan alat pemadam api.
Tempoh Penyelesaian
Setiap tahun menjalankan latihan kebakaran
Kesimpulan
Latihan kebakaran haruslah dilaksanakan oleh setiap sekolah. Hal ini penting untuk
memberi pendedahan kepada murid tentang maklumat pencegahan kebakaran dan
menyelamatkan diri sekirannya berlaku kebakaran. Oleh itu, setiap warga sekolah
haruslah memandang berat terhadap latihan kebakaran.

Rujukan
Slavin, R. (1987). A theory of school and classroom organization. Eduational
Psychologist, 22, 89-108.

...................................................... ......................................................
.
Tandatangan Pelajar Guru
(Nama: KHOO CHEE YI

Tarikh:22 /4/2016

...................................................

.
Tandatangan Guru Pembimbing
Tandatangan Pensyarah Penyelia
) (Nama:
) (Nama:
)

Tarikh:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai