Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MUKA SURAT
1.0
PENGENALAN
2.0
3.0
4.0
5.0
KESIMPULAN
11
BIBILIOGRAFI
12
1.0 PENDAHULUAN
Historiografi sejarah barat moden telah memperlihatkan susur galur penerimaan dunia
terhadap kaedah pensejarahan yang dianjurkan Ranke, kemudian wujud pula aliran Marxisme
seterusnya aliran Positivisme dan barulah kemunculan aliran Annales yang lebih menyeluruh dan
berpengaruh. Lynn Hunt seorang ahli sejarah dalam sebuah artikel menyebut bahawa There is
no one historical journal that is more influential in the world today than Annales. 1 Pada
awalnya aliran ini pernah mendapat tentangan dalam kalangan ahli sejarah di Perancis, namun
sejak tamatnya Perang Dunia Kedua ia telah berkembang maju dan bahkan telah menguasai
pensejarahan negara Perancis. Aliran ini dikatakan merupakan kemuncak pada revolusi
pensejarahan barat yang dilihat lebih moden dan terperinci. Aliran Annales sebuah pemikiran
dalam pensejarahan barat yang meletakkan sejarah dalam kedudukan yang boleh dikatakan
benar-benar saintifik.2 Hal ini menunjukkan pada kita betapa aliran Annales ini telah membawa
pelbagai pembaharuan dalam menghasilkan sebuah pensejarahan yang benar-benar menyeluruh.
Oleh itu, dalam esei, penulis akan cuba menjelaskan faktor atau penyumbang kepada
kemunculan aliran Annales yang dikatakan hadir untuk memperbaik kelemahan-kelemahan yang
terdapat dalam pensejarahan tradisional. Disamping itu juga, penulis akan membuat sedikit
penilaian atau analisis berkaitan tentang sejauh manakah aliran ini telah berjaya memantapkan
penulisan sejarah.
Hunt Lynn, (1986). French History in the Last Twenty Years: The Rise and Fall of the Annales
Paradigm. Journal of Contemporary History, 21(2), 209.
1
2 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 175.
2
Marwick Arthur, The Nature of History, Lyceum Books Inc., United Kingdom, 1989, hlm 73.
4 Geoffry Barraclough, Main Trends in History, Holmes & Meier Publishers Inc., New York,
Secara ringkasnya, aliran Annales membawakan satu bentuk penulisan sejarah yang
baharu, menjadikan penulisan sejarah berorientasikan penyelesaian masalah (histoire probleme)
yang sangat berbeza dengan penulisan kajian sejarah aliran tradisional. Aliran Annales juga
mahukan penulisan sejarah meliputi semua lapisan strata masyarakat bukan sahaja golongan
atasan seperti ahli politik dan bangsawan malah termasuk juga golongan wanita, askar-askar
perang, pengemis dan sebagainya yang sebelum ini diketepikan.Selain itu, matlamat Annales
juga adalah untuk menggabungkan bidang sejarah dengan cabang-cabang ilmu yang lain seperti
Arkeologi, Geografi, Matematik, Linguistik, Psikologi, Sosiologi, Antropologi dan Ekonomi dan
sebagainya bagi menjadikan kajian dalam sesuatu pensejarahan itu lebih menyeluruh dan
holistik. The new history, on the other hand, has come to concerned with virtually every human
activity. Everything has a history.5
Usaha untuk melakukan pensejarahan dilihat dari sudut yang pelbagai serta luas
merangkumi aspek seperti kehidupan manusia dan tindak balasnya terhadap alam sekitar dan
sebagainya. Aliran Annales
Totale (Sejarah Menyeluruh), Longue Duree (Jangka Masa Lama), History Probleme dan
Mentalities (Pemikiran), serta Conjoncture6. Melalui penekanan gagasan yang dibawa oleh aliran
ini, maka penghasilan sesuatu penulisan sejarah dilakukan secara menyeluruh dengan melihat
kepada sumber, dan fakta yang diperoleh secara tepat.
Burke Peter, (ed). New Perspectives on Historical Writing, Polity Press, United Kingdom,
1992, hlm 3.
5
R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 196.
6
hlm 175.
8 Ibid, hlm. 187.
5
however skillfully interlocked in a chain of cause and effect, was quite incapable of meeting the
new demands9
Dalam mendepani gagasan aliran annales ini juga kita dapat melihat sumbangan dari sudut
kewujudan prinsip histoire totale10 atau gelaran yang diberikan sebagai sejarah keseluruhaan.
Aspek keseluruhan yang dimaksudkan ini adalah pemaparan secara keseluruhan di dalam usaha
menulis seseebuah pensejarahan dimana prinsip ini based on the premise that the compiling of
long statistical series (of birth and fertility rates, exports, agricultural prices, etc.) would
provide rock solid, authentically validated, structures around which to discuss other societal
phenomena.11 Ia justeru meliputi kesemua lapisan masyarakat, fenomena, situasi atau keadaan
dan merangkumi kesemua unsur-unsur semulajadi yang wujud di atas permukaan bumi. Prinsip
ini menjadikan kesemua elemen ini penting serta tidak terkecuali dan perlu dikaji oleh ahli
sejarah. Histoire totale akan mendalami semua bentuk utama kehidupan kolektif, ekonomi,
institusi, struktur social dan tamadun. Sejarah kejadian tidak diketepikan malah dibincangkan
mencakupi kehidupan kolektif manusia seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian seperti
yang diutarakan oleh Braudel.12
Selain itu juga, annales juga menyumbang kepada penggunaan kaedah-kaedah kuantitatif yang
lebih saintifik. Kaedah kuantitatif yang melibatkan penggunaan nombor dan data empirikal yang
dapat diuji dari segi keesahannya selain dilihat lebih jitu. Misalnya, dalam bidang sejarah
9 Geoffry Barraclough, Main Trends in History, Holmes & Meier Publishers Inc., New York,
124.
12 Ibid, hlm. 188.
6
demografi, ekonomi atau statistik digunakan untuk membuat perkiraan yang tepat kemudian
dapat dianalisiskan. Arthur Marwick menyebut dalam bukunya dengan mengatakan bahawa
dalam pensejarahan aliran annales menerusi penggunaan kaedah kuantitatif contohnya,Braudel
makes a brave, if possibly over imaginative, effort to exactly quantify the sourcesof power
available in Europe at the end of the eighteenth century. There are diagrams, tables, maps, and
flow charts.13
Seterusnya, annales turut menggagaskan sebuah kajian jangka panjang ataupun yang dikenali
sebagai sejarah long duree yang mengambil kira tempoh kajian selama puluhan tahun, seabad
dan separuh abad. Prinsip long duree ini dilihat lebih bermakna berbanding penyataan deskriptif
yang dibuat oleh seorang saksi. Misalnya, kajian tentang harga barang-barang boleh
mengumpulkan data untuk jangka masa seabad atau lebih. 14 Hal ini amat dititik beratkan oleh
salah seorang pendukung aliran ini juga seperti Braudel dimana beliau mengatakan bahawa
economic and social changes over the long term, la long duree and geo historical changes
over the very long term are what really matter.15
Ia berbeza dengan dengan pensejarahan tradisional yang hanya mementingkan kejadian jangka
pendek. Sebagai contoh dapat dilihat menerusi Petempuran Waterloo.16 Menerusi gagasan ini
13 Marwick Arthur, The Nature of History, Lyceum Books Inc., United Kingdom, 1989, hlm
128.
14 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 190.
15 Burke Peter, (ed). New Perspectives on Historical Writing, Polity Press, United Kingdom,
1992, hlm 4.
16 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 190.
7
dapat membantu ahli seseorang ahli sejarah memahami perjalanan sejarah dan kaitannya dengan
keadaan jangka panjang yang mungkin lebih dilihat berkesan dalam menjelaskan sebab
tercetusnya sesuatu peristiwa. Dalam Revolusi Perancis 1789 contohnya, bagi mengesan
berkaitan dengan golongan bawahan itu haruslah dilihat daripada beberapa segi seperti corak
pengeluaran pertanian, harga, sewa, upah, kesihatan, kadar kematian dan sebagainya yang
berlaku sebelum revolusi itu.
Dalam menggalas prinsip-prinsip yang dibawakan oleh annales, golongan annalistes juga telah
mempersembahkan sebuah lagi bentuk kaedah dalam pensejarahan iaitu histoire probleme.
Dimana, dalam pendekatan ini mengikut Furet akan membantu ahli sejarah membina datanya
secara nyata berasaskan kepada soalan-soalan berkonseptual. Kebaikan pendekatan ini ialah
pelaku sejarah itu boleh dikaji secara bebas, mengikut soalan yang dibangkitkan oleh ahli sejarah
yang bijak, dan tidak semata-mata ditafsir mengikut pandangan saksi sezaman. 17 Seterusnya
pula, soalan-soalan yang diuji yang seharusnya mementingkan jalinan yang wujud antara
fenomena-fenomena sosial. Barulah kelihatan suatu pensejarahan itu terangkum dalam satu
bentuk yang lebih hollistik dan sempurna.
Pendekatan yang lain iaitu Conjoncture digunakan bagi memaparkan sesebuah peristiwa yang
berlaku secara cepat. Prinsip ini yang asalnya lebih ditekan dalam bidang ekonomi namun, cuba
dipelbagaikan oleh aliran Annales bagi memperlihatkan perjalanan pelbagai peristiwa dalam
pelbagai bidang seperti politik, geografi, dan sosial, antropologi, dan ekonomi dan sebagainya.
Melalui pendekatan ini, kajian dalam satu bidang dipaprkan dalam bentuk pola dan pola tersebut
dikaitkan dari satu bidang dengan bidang yang lain bagi mencari hubungkait antara pola tersebut.
17 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 190.
8
4..0
sememangnya tidak dinafikan telah memberi kesan yang sangat signifikan dalam dunia
pensejarahan. Ramai sarjana yang menentang dengan kontradiksi pemikiran yang berbeza namun
tidak kurang hebatnya yang menyokong. Arthur Marwick, seorang ahli sejarah dalam
penulisannya telah memberi penghormatan terhadap aliran ini they have played an honourable
part in general movement towards the use of a much wider range of source materials including,
in particular, visual sources and the artifacts of popular culture.18 Namun begitu, sumbangan
aliran ini dalam pensejarahan masih menimbulkan kontroversi dalam kalangan ahli-aahli sejarah.
Furet misalnya, seorang ahli sejarah, walaupun telah menyatakan annales ini merupakan
kumpulan pengkaji yang telah bersatu untuk memperjuangkan sejarah yang lebih komprehensif
dan menyeluruh, tetap melihat gagasan yang dibwa oleh aliran ini sebagai hanya sebuah doktrin.
G. McLennan, misalnya, mengakui tentang bahaya menggunakan istilah aliran kepada sebuah
majalah Perancis yang telah berusia lima puluh tahun itu kerana sukar dipastikan dalam rencanarencana yang dimuatkan itu.19 Ia adalah bertunjangkan daripada kelemahan-kelamahan yang
18 Marwick Arthur, The Nature of History, Lyceum Books Inc., United Kingdom, 1989, hlm
125.
R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 201.
19
timbul dalam aliran Annales itu sendiri. Contohnya dalam penulisan sejarah kuantitatif telah
dikritik dan dipertikaikan oleh pakar-pakar ekonomi.
Walaupun begitu, ahli-ahli sejarah ini masih mempersetujui aliran bahawa Annales ini telah
membawa satu bentuk pendekatan baharu yang berpisah jauh dari sejarah yang diusahakan oleh
Ranke. Misalnya, sumbangan annales dalam usaha mempopularkan kajian tentang sejaarah
tempatan. Sebagaimana yang dihuraikan bahawa kajian Baehrel tentang wilayah Provence,
Deyon tentang bandar Amiens, dan Goubert tentang wilayah Beauvais, ahli-ahli sejarah Annales
mendapati bahawa pemilihan sebuah kawasan yang terhad adalah lebih berkesan daripada
mengkaji sejarah sebuah negara atau tamadun secara berkesan.20 Disamping kolaborasi bidang
sejarah dan sains kemasyarakatan yang dibawakan menerusi aliran ini telah mendatangkan
faedah kepada pengajian sejarah. Usaha murni yang cuba ditonjolkan seperti bantu membantu
sesama bidang juga dilihat apabila golongan Annalistes ini cuba untuk menggarab bidang-bidang
lain untuk memberi satu nafas baru dalam kajian sejarah. Menurut Profesor Hexter, pakar-pakar
sains kemasyarakatan telah sedar bahawa kerjasama dengan bidang sejarah sebagai satu disiplin
yang boleh berkongsi tenaga dan pengetahuan demi meningkatkan persefahaman tentang
manusia sebagai makhluk sosial.21
Dalam isu aliran Annales yang telah mengesampingkan sejarah politik pula mendapat kritikan
daripada ahli-ahli sejarah seperti Furet dan Jacques Le Goff. Menurut Le Goff, soal kuasa
politik harus diberi perhatian yang wajar, yang mana ia patut dihubungkaitkan dengan hal-hal
20 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 203.
21 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 205.
10
bukan politik dalam rantaian kejadian yang luas itu, supaya melahirkan sejarah struktural. 22
Furet pula cuba menyampaikan bahawa gagsan seperti long duree dan conjuncture tidak dapat
digunakan contohnya dalam keadaan apabila menelusuri sejarah seperti Revolusi Perancis.
Namun begitu, pendapat Furet ini menimbulkan kemusykilan apabila Braudel menyatakan
histoire totale yang dianjurkan dalam Annales bukanlah berniat untuk mengetepikan sejarah
politk.
5.0KESIMPULAN
Secara tuntas, aliran Annales yang telah diterajui oleh ahli sejarah seperti Febvre, Bloch
dan Baulden tidak asing lagi dalam memperkatakan soal penulisah sejarah. Pelbagai sudut
pandang baharu, pengkaedahan dan idea baharu yang dikemukakan yang akhirnya
menghidupkan lagi suasana ilmiah bidang pennulisan sejarah itu sendiri yang menjadikannya
lebih bermakna. Gagasan yang dibawa seperti histoire totale, histoire probleme, penggunaan
mesin seperti komputer, kaedah conjucture, kuantitatif yang mereka bawakan justeru memberi
impak yang amat besar sehingga ke hari ini. Kesluasan penyampaian idea dan sejarah yang
dikemukakan membawa ahli-ahli sejarah tradisional dalam bentuk dimensi yang berbeza.
Walaupun, kita harus mengakui sememangnya wujud kelemahan-kelemahan disamping
pembaharuan yang cuba mereka tonjolkan. Walau apapun teguran yang diberikan kepada aliran
sejarah tradisional, dan walau apapun laungan yang diberikan tentang sejarah saintifik, tetap kita
melihat perananannya ini sebagai mengembangkan asas-asas pensejarahan yang diwarisi turun
temurun. Dan sudah pasti, kelemahan akan tetap cuba diatasi dengan memperbaik kaedah atau
R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1987,
hlm 206.
22
11
idea yang sedia ada dalam aliran Annales ini bagi menyampaikan pensejarahan yang benar-benar
objektif dengan ruang lingkup yang lebih luas.
BIBILIOGRAFI
R. Suntharalingam, 1987, Pensejarahan Barat, Selangor Darul Ehsan, Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Marwick Arthur, (ed). 1989, The Nature of History, United States, Lyceum Books Inc.
Burke Peter, (ed). 1992, New Perspectivs on Historical Writing, United Kingdom, Polity Press.
Barraclough Geoffrey, 1991, Main Trends in History, United States, Holmes & Meier Publishers.
Hunt Lynn, 1986, French History in The Past Twenty Years: The Rise and Fall of the Annales
Paradigm, Journal of Contemporary History, 21(22).
Ecole pratique des hautes tudes diakses dari http://www.ephe.fr/en/ pada tanggal 7 April 2016
pukul 2.14 ptg.
12
13