Anda di halaman 1dari 8

Kaedah Penilaian PBS - Modul Pengajaran Morfologi BM

Kaedah Penilaian dalam Transformasi Pendidikan menurut Tahap


Band dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pendahuluan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula di Tingkatan Satu
Sekolah Menengah di seluruh negara pada tahun 2012. PBS akan
menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014. Dalam mata
pelajaran bahasa Melayu, PBS menjadi wahana penting kepada guru untuk
melahirkan murid yang dapat menguasai kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Guru juga berperanan sebagai pendidik,
pembimbing, pemudah cara dan penilai dalam konteks Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS).
Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk memberikan sedikit banyak
pandangan dan ilham kepada para guru bahasa Melayu dalam melaksanakan
dan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan PBS
di dalam bilik darjah.
Modul
Modul pengajaran dan pembelajaran morfologi bahasa Melayu -Kata Nama
Am dan Kata Nama Khas kepada murid-murid Tingkatan 1 Meekness, SMK
Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.
Band 1
Guru memperkenalkan Kata Nama, iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama
Khas. Tahap ini merupakan tahap pencapaian tahu, iaitu tahap paling rendah
dalam standard prestasi PBS.
Contoh Kata Nama Am:
Meja, beg, buku, pensel dan kasut.
Contoh Kata Nama Khas:
Ali, Tanjong Malim, Pak cik Chong, Kedai Runcit Mutu, dan Restoran KFC.
Evidens:
Murid dapat mengenal pasti Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Band 2
Guru mengarahkan murid-murid melengkapkan 10 ayat menggunakan Kata
Nama Am dan Kata Nama Khas. Kemudian, murid-murid diminta membaca
ayat-ayat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul. Latihan ini
menunjukkan murid-murid tahu dan faham melengkapkan ayat dengan Kata
Nama Am dan Kata Nama Khas.
Contoh Latihan dan Evidens:
Meja, Pak cik Chong, Restoran KFC, sahabat, Jalan Chong Ah Peng, kakak,
Hang Tuah, telefon, sekolah, Malaysia
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Pak cik Chong membeli beberapa cucuk sate ayam di pasar malam.
Meja tulis saya besar.
Saya dan Mutu sedang berbual-bual di Restoran KFC .
Ahmad, sahabat karib Rama.
Suatu kemalangan telah berlaku di Jalan Chong Ah Peng.
Telefon itu telefon canggih.
Hang Tuah, pahlawan agung Melaka.
Malaysia memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sekolah itu alma mater saya.
Gadis gemuk itu kakak Ranjit Singh.
Band 3
Guru memberikan suatu petikan, sama ada petikan akhbar, petikan makalah
atau seperenggan cerpen/novel.
Band 3 merupakan tahap pencapaian yang menunjukkan murid tahu, faham
dan boleh buat. Murid diberi masa untuk membaca keseluruhan sampel
petikan
yang
diberikan.
Guru memberikan latihan kepada murid-murid untuk mengenal pasti dan
menyenaraikan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas dalam petikan yang
diberikan.
Contoh Petikan Akhbar:
Dalam program santai
di
sebuah kopitiam di Bangsar,Perdana
Menteri berbual
dan
mendengar
dengan
tekunpandangan serta soalan yang
dikemukakan
oleh
sekumpulanpemimpin belia.
(Berita Harian, 15 November 2012)

Senaraikan:
KN Am program, kopitiam, pandangan, soalan, pemimpin, belia.
KN Khas Bangsar, Perdana Menteri.
Contoh Petikan Makalah:
Republik
Rakyat
China, misalnya,
bakal
menjadi
kuasaekonomi Asia ibarat telah bersedia mencapai taraf negara maju,
seperti
negara
Barat
apabila bahasa rasmi,
iaitu
penggunaan
bahasa Mandarin benar-benar
dibudayakan
dalam
semualapangan kehidupan.
(Pelita Bahasa, September 2012, Halaman 45)
Senaraikan:
KN Am ekonomi, negara, bahasa, lapangan, kehidupan
KN Khas Republik Rakyat China, Asia, Mandarin
Contoh Seperenggan Cerpen/Novel:
Safura menginsafi dirinya. Dia tidak
menyangka
bahawa Amri tersepit
antara kasih seorang ibu dan kekejamanseorang bapa.

sama

sekali

(Novel Tingkatan 1, HIKMAH, Halaman 50)


Senaraikan:
KN Am diri, dia, kasih, ibu, kekejaman, bapa
KN Khas Safura, Amri
Band 4
Murid diberi tugasan untuk menunjukkan mereka boleh menguasai
tahap tahu, faham dan boleh buat dengan beradab.
Beradab bermaksud boleh bertutur dan menulis berita, rencana atau
seperenggan cerpen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan
bertatasusila.
Murid diminta menghasilkan karangan pendek (seperenggan berita,
rencana atau cerpen) menggunakan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.
Hasil karya disampaikan oleh murid di dalam kelas.
Contoh Berita:
Teluk Intan, 14 November 2012 Dua jiran bergaduh sehingga seorang
daripadanya cedera di depan stesen minyak di Simpang Empat, dekat

sini, malam kelmarin, hanya kerana buahrambutan. Ketua Polis Daerah


Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata pergaduhan
tercetus
apabila mangsameminta kebenaran jirannya
yang
juga suspek untuk mengambil buah rambutan milik suspek berusia 22
tahun.
(Berita Harian, 15 November 2012)
KN Am jiran, stesen, minyak, malam, kebenaran, suspek
KN Khas Simpang Empat, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten
Komisioner Goh Kok Liang
Contoh Rencana:
Selama
55 tahun kita
hidup
bernegara
di
bawah
satubumbung bernama Malaysia,
memang
tidak
dapat
dinafikan
sumbangan penulis bukan Melayu berserta karya mereka
khususnya
golongan muda kepada perkembangan sastera tanah air. Manifestasi
program Bulan Bahasa Kebangsaan dan kempenCintailah Bahasa
Kita yang
bermula
pada
awal
1960-an
telah
melahirkan
banyak pengkarya bukan Melayu pada dekad 1980-an dan 1990-an.
Penganjuran program pemupukan
sastera
pada
peringkat sekolah khususnya
bagi
golongan remaja sepertiMinggu
Penulis
Remaja dan Perkampungan
Bahasa
dan
Sastera di
seluruh negara berjaya menarik penyertaan penulis muda bukan Melayu.
(Tunas Cipta, Oktober 2012)
KN Am tahun, bumbung, karya, sastera, pengkarya, dekad, program,
sekolah, remaja, negara
KN Khas Malaysia, Melayu, Bulan Bahasa Kebangsaan, Cintailah Bahasa
Kita, Minggu Penulis Remaja, Perkampungan Bahasa dan Sastera
Contoh Cerpen:
Ke mana perginya kawan-kawan kita yang lain, Montel? sayu sekali
suara anak itu. Matanya meliar memerhati sekeliling. Dia terasa sesuatu
yang
semakin
sirna
daripada
kehidupan rimba ini.
Hanya
sesekali bunyi lolongan memecah sepi. Tetapi dia yakin, itu bukan
suara Manja. Bukan juga suara Kasih. Bukan juga suaraCinta. Bukan.
Barang kali bunyi ungka mencari teman-temannya berkeliaran entah ke
mana.
(Cerpen Biarkan Mergastua Terus Berbicara, Mohd. Hashim Osman Pelita
Bahasa, Oktober 2012)
KN Am kawan-kawan, anak, mata, rimba, bunyi, suara, ungka

KN Khas Montel, Manja, Kasih, Cinta


Band 5
Band 5 merupakan tahap tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
terpuji. Hal ini bermaksud murid dapat menyampaikan hujah dengan
menggunakan format atau langkah-langkah yang betul. Murid diminta
memberikan pendapat tentang karya yang telah dihasilkan dan mampu
menjawab soalan pendapat berdasarkan bahan wacana yang telah
dihasilkan.
Berita:
Teluk Intan, 14 November 2012 Dua jiran bergaduh sehingga seorang
daripadanya cedera di depan stesen minyak di Simpang Empat, dekat
sini, malam kelmarin, hanya kerana buahrambutan. Ketua Polis Daerah
Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata pergaduhan
tercetus
apabila mangsameminta
kebenaran
jirannya
yang
juga suspek untuk mengambil buah rambutan milik suspek berusia 22
tahun.
(Berita Harian, 15 November 2012)
Ulasan Berita:
Berita mengenai pergaduhan antara dua orang jiran disebabkan buah
rambutan. Pergaduhan tersebut telah menyebabkan seorang daripadanya
cedera. Kes dalam siasatan pihak polis.
Rencana:
Selama
55 tahun kita
hidup
bernegara
di
bawah
satubumbung bernama Malaysia,
memang
tidak
dapat
dinafikan
sumbangan penulis bukan Melayu berserta karya mereka
khususnya
golongan muda kepada perkembangan sastera tanah air. Manifestasi
program Bulan Bahasa Kebangsaan dan kempenCintailah Bahasa
Kita yang
bermula
pada
awal
1960-an
telah
melahirkan
banyak pengkarya bukan Melayu pada dekad 1980-an dan 1990-an.
Penganjuran program pemupukan
sastera
pada
peringkat sekolah khususnya
bagi
golongan remaja sepertiMinggu
Penulis
Remaja dan Perkampungan
Bahasa
dan
Sastera di
seluruh negara berjaya menarik penyertaan penulis muda bukan Melayu.
(Tunas Cipta, Oktober 2012)
Ulasan Rencana:

Dunia bahasa dan kesusasteraan bahasa Melayu amat memerlukan


penglibatan penulis-penulis muda bukan Melayu. Pelbagai usaha dan
program telah dianjurkan oleh pihak yang berwajib untuk memperbanyak
bilangan penulis muda bukan Melayu di negara kita.
Contoh Cerpen:
Ke mana perginya kawan-kawan kita yang lain, Montel? sayu
sekali suara anak itu. Matanya meliar memerhati sekeliling. Dia terasa
sesuatu yang semakin sirna daripada kehidupan rimbaini. Hanya
sesekali bunyi lolongan memecah sepi. Tetapi dia yakin, itu bukan
suara Manja. Bukan juga suara Kasih. Bukan juga suaraCinta. Bukan.
Barang kali bunyi ungka mencari teman-temannya berkeliaran entah ke
mana.
(Cerpen Biarkan Mergastua Terus Berbicara, Mohd. Hashim Osman Pelita
Bahasa, Oktober 2012)
Ulasan Cerpen:
Montel ditanya tentang kawan-kawannya yang lain. Kedengaran lolongan.
Dia amat yakin bahawa suara itu bukan suara Manja, Kasih atau Cinta. Pada
tanggapannya, suara itu bunyi ungka mencari teman-temannya.
Band 6
Band 6 merupakan tahap tertinggi dalam standard prestasi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Murid menguasai tahap pencapaian tahu, faham,
dan boleh buat dengan beradab mithali.
Secara ringkas, murid dapat menghayati, mengulas dan membuat
apresiasi karya yang dihasilkan atau dibaca. Murid dapat membentangkan
ulasan dan pendapatnya dalam bentuk lisan atau penulisan seperti ceramah
atau pembentangan.
Dengan menggunakan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang telah
disenaraikan oleh guru atau kumpulan masing-masing, murid diminta
berbincang, mengarang, menghasilkan dan mendeklamasikan sebuah sajak
dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru di dalam bilik darjah.
KN Am
warkah, langit, bumi, etnik, peluru, bom, ceritera, tanah, sandiwara, bumi,
nisan, penjara
KN Khas Rohingya, Arakan, Myanmar, Rakhine

Hasil dan deklamasikan sajak:


Warkah buat Rohingya
Rohingya
masih hitam, langitmu
Arakan
masih merah, bumimu
Myanmar
ditindas, etnikmu
dibelenggu, merdekamu
dek konflik Rakhine
antara desingan peluru
dan ledakan bom
ada ceritera
pembunuhan
penganiayaan
berkampung di tanahmu
ada sandiwara
kebuluran
kematian
berkhemah di bumimu
Rohingya
kemanusiaan
kian berkubur tanpa nisan
kebebasan
kian berkurung tanpa penjara!
Chai Loon Guan
(Pertama kali dideklamasikan bersempena dengan Program Malam Gema Puisi
Rohingya di Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI, Tg. Malim)

Evidens:
Skrip sajak Warkah buat Rohingya.
Kesimpulan
PBS memberikan ruang untuk guru mendidik dan menyampaikan ilmu
mengikut tahap kemampuan kognitif dan keupayaan literasi murid-murid.
Murid-murid pula diberi peluang yang selesa untuk menimba ilmu dan
kemahiran mengikut tahap kebolehan dan kemampuan masing-masing
tanpa dibelenggu sukatan pelajaran yang terlalu jumud.

Yang penting, prestasi murid dinilai sama ada band rendah, band
sederhana ataupun band tertinggi (Band 1 Band 6)berdasarkan rekod,
pemerhatian, evidens dan instrumen atau alat yang telus.

Anda mungkin juga menyukai