Anda di halaman 1dari 3

SJK (T) MAMBANG DI AWAN, 31900 KAMPAR, PERAK

POST- MORTERM ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2012

Kekuatan :
Kerjasama antara guru- guru dalam menjayakan amat memberangsangkan.
Persiapan dewan menonjolkan kerjasama antara guru dan pekerja am yang
positif.
Persembahan murid yang dirancang amat baik sekali.
Hadiah- hadiah bagi semua kategori, cenderahati sangat menarik.
Bakat murid murid sangat menonjol dalam semua persembahan.
Persembahan- persembahan seperti mendeklamasi sajak, drama dan choral
speking mendapat sambutan menarik perhatian ibu bapa dan orang ramai.
Keseluruhannya, perancangan dan pelaksanaan sukan tahunan adalah baik
walaupun guru-guru terpaksa menyelesaikan pelbagai jenis program pada akhir
sesi persekolahan.
Kerjasama daripada ibu bapa dalam melatih murid untuk persembahan dan
membuat persiapan akhir amat tinggi.
Sokongan yang tinggi dari pihak PIBG untuk menjayakan majlis Anugerah
Kecemerlangan adalah sangat baik.
Bantuan yang dihulurkan oleh YB Keshwinder Singh, Adun Malim Nawar bagi
jamuan minum petang bagi majlis ini adalah sangat baik.
Kelemahan :
Kesempitan dewan menyukarkan orang ramai. Ini adalah kerana kantin sekolah
diubahsuai dijadikan pentas dan dewan.
Perancangan pengurusan murid untuk terima hadiah kurang memuaskan kerana
murid banyak terlibat dalam persembahan.

Cadangan :
Tambahkan lagi canopy ditepi dewan untuk menampung banyak lagi orang.
Rancang teliti keperluan guru untuk mengurus murid bagi persembahan dan
menerima hadiah.

LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID TAHUN


2012
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mambang Di Awan telah melangsungkan
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid dengan meriahnya pada 7 November
2012 yang lalu. Majlis ini berlangsung pada sebelah petang iaitu bermula pukul
2.30 petang.
Majlis Hari Kecemerlangan Murid kali ini telah dirasmikan oleh , YB
Keshwinder Singh, Merangkap Adun Malim Nawar.
Murid- murid yang terlibat dalam persembahan berkumpul di bilik darjah
tahun 6, manakala murid-murid lain berada di dewan. Sebelum bermulanya majlis
pada kali ini, tetamu-tetamu khas ibu bapa dan orang ramai diundang untuk
meneliti dahulu hasil kerja science Fair murid tahun 6 yang di adakan di bilik darjah
tahun 2.
Majlis bermula dengan bacaan doa,nyayian lagu Negaraku dan Tamil
Valtu. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar dan juga Ucapan
Perasmian oleh YB Keshwinder Singh, Adun Malim Nawar. Setelah itu, majlis diikuti
dengan persembahan daripada setiap kelas dan juga Persatuan. Secara
keseluruhanya murid mempersembahakan 13 jenis persembahan yang menarik dan
harmonis.
En. Krishnan PPN, PK turut hadir sebagai tetamu khas untuk
menyempurnakan upacara pemberian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang.
Murid dianugerahkan dalam pelbagai kategori seperti cemerlang akedemik, disiplin
& kebersihan, kehadiran penuh, Terbaik Nilam, Terbaik Akedemik dan Terbaik
Kokurikulum.
Selain daripada itu, Murid-murid tahun 6 dan Pra-sekolah diberi sijil.
Manakala murid tahun 6 yang menyempurnakan tugasnya sebagai pengawas
sekolah dan pengawas PSS diberi sijil Penghargaan. Majlis berakhir dengan ucapan
terima kasih oleh setiausaha sukan pada pukul 5.00 petang. Para jemputan dan ibu
bapa dihidang dengan jamuan minum petang.
Secara keseluruhannya Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid ini berlangsung
dengan meriah dan lancar.
Disediakan oleh

.
GUNAMADEY A/P GANESAN
SETIAUSAHA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2012

Anda mungkin juga menyukai