Anda di halaman 1dari 17

KESAN PENDIDIKAN

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan
dan kemampuan negara.
Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);


Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada


empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil.
Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di
antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk
mewujudkan satu sistem persekolahan.
Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada
masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum


Melayu;
i.

Laporan Barnes (1951)


a.

Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.

b.

Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan


memperbaiki pendidikan orang Melayu.

c.

Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:


i.

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

ii.

Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa


pengantar.

iii.

Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15


orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda
mereka.

iv.

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris


wajib diajar di sekolah Melayu.

d.

Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:


i.

Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan


ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

ii.

Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil


ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini
akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;


1. Laporan Fenn-Wu (1951)

a. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr.
Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
b. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina
yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan
budaya orang Cina.
c. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952).
d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:

i.

Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga


bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga
diadakan.

ii.

Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

iii.

Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung


keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan
Negara.

Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak


sistem persekolahan kebangsaan;
1. Ordinan Pelajaran (1952)
a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji
Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah
Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah
vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan
kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan
disebabkan masalah kewangan.
Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan
untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua,
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,
sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Kesan Perubahan Terhadap Mereka Yang Berkepentingan Dalam Pendidikan (sebelum


1957)

Laporan Barnes (1951)

Penggunaan bahasa melayu dapat diluaskan dan hampir kesemua dapat

berbahasa dalam bahasa melayu.


Memberi kesan baik dari segi ekonomi kerana pedagang akan cuba
memahami bahasa melayu dan dapat berkomunikasi untuk kelangsungan

hidup.
Masyarakat Cina dan Tamil tidak sepenuhnya berpeluang mempelajari
bahasa ibunda mereka disebabkan bahasa Cina dan Tamil akan
disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka. Kesan ini dihadapi bagi kawasan setempat yang
kurang minat bersekolah.

Laporan Fenn-Wu (1951)


-

Kemahiran kerja di luaskan menerusi sekolah vokasional dengan

penerapan ilmu yang sesuai dengan pembangunan ekonomi Negara.


Memberi impak baik kepada peluang kerja pada zaman tersebut.
Bahasa yang diguna pakai di sesebuah sekolah mengikut kesepaduan
dan penggunaan bahasa Inggeris dikekakalkan bagi memudahkan
mereka memahami komunikasi pemimpin dengan masyarakat serta
komunikasi sosial dengan masyarakat berbilang kaum.

Ordinan Pelajaran (1952)


-

Kesan daripada penubuhan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang


digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa
pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut
sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas
pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di
kalangan masyarakat pada masa itu.

Laporan Razak (1956)


-

Kesan baik yang didapati ialah murid lebih bersungguh untuk menghadapi
sistem penilaan iaitu berlandaskan skop peperiksaan yang diatur
berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama bagi kesemua

sekolah.
Semangat perpaduan timbul engan dasar memartabat bahasa melayu

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem


pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa
Rahman Talib pada tahun 1960.
Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961
yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua
peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua
pelajar. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar.
Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan
tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun
1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan
ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Kesan Perubahan Terhadap Mereka Yang Berkepentingan Dalam Pendidikan (1957-1970)


-

Ibu bapa tidak merasa risau untuk memikirkan masalah kewangan untuk

pendidikan anak anak. Ini telah diberi percuma untuk semua pelajar.
Dengan penghapusan peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah

menengah ramai pelajar dapat menyambung keperingkat menengah.


Dengan ini, sektor pekerjaan selepas zaman persekolahan akan
menerima kesan baik daripada hasil didikan diperingkat sekolah. Telah di
didik dan di terap tentang soft skill untuk kehidupan jangka masa panjang.

Susunan bilik darjah yang berkesan dan sistematik, pelajar lebih


berketerampilan dan berfikiran matang.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka
Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani
masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan
yang sama untuk semua kaum.
Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,
antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun
1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa
Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik
diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan
Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja
mahir.
Pada

tahun

1979,

semakan

semula

pelaksanaan

dasar

pendidikan

oleh

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan


cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun
1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat
pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu
bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kesan Perubahan Terhadap Mereka Yang Berkepentingan Dalam Pendidikan (1971-1990)

Pendidikan

ini

telah

mencapai

perpaduan

nasional.

Mencapai

persepaduan kebangsaan telah dikenal pasti sebagai sebagai objektif


-

utama dasar pada tahun 1970-an


Pendidikan pada zaman ini telah menjadikan masyarakat melayu lebih
selesa menuntut ilmu oleh kerana perubahan dasar telah merubah
daripada aliran Inggeris kepada penggunaa sepenuhnya Bahasa Melayu

daripada peringkat seklah rendah hinggalah ke peringkat universiti.


Kesan yang juga wujud daripada zaman pendidikan ini, perpaduan

nasional telah dicapai.


Menghasilkan tenaga kerja berkualiti kepada pembangunan negara. Bukti
yang dilihat tentang ekonomi yang berkembang pesat pada zaman
tersebut ialah dengan pertumbuhan bangunan yang dikira canggih

semasa zaman tersebut tumbuh bagaikan cendawan.


Peluang pekerjaan yang ditawarkan semakin

banyak

ekoran

penumbuhan infrastrukur yang banyak di Bandar juga luar Bandar,


pelbagai agensi dapat merasai kebaikan daripada pendidikan yang telah
diterapkan.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan
negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui
penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta
Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan
Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
i.
ii.

Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;


Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada

iii.
iv.

tahun 1999;
Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan

v.

Idris (UPSI); dan


Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Kesan Perubahan Terhadap Mereka Yang Berkepentingan Dalam Pendidikan (1991-2000)


-

Pada tahun 1992 kerajaan telah memperkenalkan pendidikan umum


selama 11 tahun iaitu setiap rakyat Malaysia diwajibkan mengikuti sesi
persekolahan bermula dari tahun 1 sehingga tingkatan 5. Jadi, rakyat
Malaysia telah menerima kesan positif iaitu dari segi tempoh belajar yang
sama. Keciciran pelajar yang tidak mendapat pendidikan dapat

dikurangkan.
Sementara itu, pemurnian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah berlaku dengan
menggunakan akronim yang sama iaitu KBSR. Usaha ini dilihat telah
meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam

menentukan hala tuju pembangunan insan dan negara di masa hadapan.


Pendidikan di era tersebut telah melahirkan lepasan yang berjaya
membantu meningkatkan mutu Negara dengan penghasilan tenaga kerja
yang produktif dan berpendidikan tinggi menerusi universiti yang telah

ditubuhkan.
Dengan berkembangnya

ICT, pengjaran

dan

pembelajaran

lebih

bersistematik dan berdaya saing. Ini langsung mencerminkan kejayaan


bagi kerajaan yang telah mengubah dasar mengikut peredaran zaman.
Sekali gus menaikkan nama Negara ke takuk yang lebih selesa.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan


perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan
cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan
dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan
2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003
(Keputusan

Jemaah

Menteri,

2002).

Bayaran

Insentif

Subjek

Pendidikan

(BISP)

diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan
diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,
2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah
penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan
pembahagian

ini

KPM

dipertanggungjawabkan

kepada

pembangunan

pendidikan

prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.


Pendidikan pada hari ini semakin mencabar dan juga harus mempunyai nilai kreatif
dan inovatif bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran tinggi dalam pelbagai
bidang. Pendidikan pada hari ini bukan lagi berkisar tentang pengetahuan asas 3M iaitu
membaca, mengira dan menulis malah ia lebih menjurus kepada melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan pelbagai kemahiran bagi menghadapi dunia yang penuh
cabaran. Pendidikan pada hari ini harus bersifat holistik dan dinamik agar ianya berubah
mengikut keperluan semasa.
Pendidikan hari ini, kerajaan sering melakukan kajian serta penyelidikan dari semasa
ke semasa agar dunia pendidikan negara kita tidak ketinggalan dalam mengahadapi
cabaran masa kini. Buktinya dalam tahun 1950 an dan awal 1960 dan 1970 an, dasar dan
sistem pendidikan telah memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan kuatitatif dan
pensejagatan pendidikan (universalization of education) dalam membangunkan prasarana
dan insfrastruktur fizikal. Dapat kita lihat pada ketika ini dasar pendidikan telah diletakkan
pada asas yang kukuh. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan pada
masa itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor-faktor yang dicetuskan daripada sistem
pendidikan itu sendiri dan juga faktor-faktor luaran seperti faktor-faktor ekonomi, budaya,
sosial, agama, politik dan sebagainya. Perubahan-perubahan yang berlaku ini dikawal oleh

tiga undang-undang utama dalam sistem pendidikan iaitu Akta Pelajaran 1961, Essential
(Higher Education) Regulation 1969 dan Akta Universiti dan Kolej 1971. Ini menunjukkan
bahawa kerajaan kita pada hari itu telah bersedia dalam menghadapi cabaran menghadapi
zaman baru.
Misi dan hala tuju pendidikan negara menjadi semakin pesat setelah terbentuknya
wawasan 2020. Dalam masa yang sama, pada ketika itu negara kita sedang mengalami
proses transformasi pembangunan yang dinamik dalam pelbagai aspek kehidupan akibat
perubahan serta peningkatan proses globalisasi dunia dalam bidang ekonomi dan
perdagangan antarabangsa. Hal ini menyebabkan Malaysia turut terjebak dalam arus
permodenan dan globalisasi terutamanya dalam revolusi sains dan teknologi. Oleh yang
demikian ianya telah menyebabkan wujudnya persekitaran yang mencabar dalam
persekitaran pembangunan negara. Hal ini juga turut menimbulkan tuntutan-tuntutan baru
dalam pendidikan negara khususnya bagi melahirkan sumber tenaga kerja dalam jangka
masa pendek mahupun panjang. Dengan berasaskan falsafah pendidikan negara dan
sembilan strategi dalam wawasan 2020 kerajaan Malaysia telah berusaha mencapai hala
tuju pendidikan masa hadapan yang dibentangkan dalam bentuk penyataan misi
Kementerian pendidikan pada tahun 1995.
Menurut Dato Seri Mohd Najid Tun Abdul Razak pendidikan bertaraf dunia
bermaksud usaha-usaha strategik dalam menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu
pengetahuan tidak kira dimana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran. Ia juga
dikatakan berusaha mengetahui apa yang kita belum pelajari. Selain itu juga beliau turut
menyatakan bahawa aspirasi dan cita-cita negara kita adalah untuk melangkah jauh ke
hadapan sebuah negara industri yang maju. Dapat kita lihat disini bahawa pada ketika itu,
kerajaan telah membina dasar-dasar serta pelbagai strategi bagi membawa masyarakat
menuju serta bersaing pada zaman globalisasi. Ini menunjukkan bahawa pihak kementerian
telah mewujudkan prasarana-prasarana yang berkesan dan efektif dalam menjadikan
wawasan ini sebagai satu kejayaan.
Selain itu juga, pelbagai rang undang-undang dibentuk dalam menghadapi cabaran
abad ke 21 ini. Atas kesedaran awal pihak kementeriaan, terdapat pelbagai undang-undang
dan akta-akta yang digunakan bagi mencapai matlamat ini antaranya Akta Pendidikan 1996,
Akta Institusi Pendidikan Swasta, Akta Universiti dan Kolej Universiti,, Akta Majlis Pendidikan
Tinggi negara 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996, serta Akta Pembiayaan
Pendidikan Tinggi Negara1997. Undang-undang yang diwujudkan ini bukan sahaja mampu
memberi panduan kepada sektor pendidikan negara malah ia turut membantu kerajaan
dalam melahirkan masyarakat yang berpendidikan serta memenuhi sember guna tenaga

bukan sahaja dari segi kuantiti malah mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah antara bukti
yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan bahawa sistem pendidikan negara sentiasa dinamik
dan holistik berdasarkan peredaran zaman berdasarkan perubahan dan pindaan dalam
dasar pendidikan itu sendiri.
Selain itu juga, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom turut menyatakan bahawa masyarakat
dunia pada abad ke 21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai knowledge
edge atau digelar juga sebagai K-ekonomi. Zaman k-ekonomi ini telah memberi peluang
kepada masyarakat untuk mempelajari pelbagai bidang serta ilmu baru terutamanya ilmu
tentang penggunaan ICT dan teknologi maklumat. Dengan adanya perubahan ini, dunia kini
sangat bergantung akan penggunaan teknologi maklumat dan ICT. Penguasaan terhadap
teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta negara kita tidak ketinggalan
jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan Jepun. Seperti yang kita
ketahui, dengan perkembangan zaman matlumat ini, ia telah memberi ruang kepada kita
untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat. Selain itu juga, ia turut memberi
peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi melalui
kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikan
sepanjang hayat. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja.
Selaras dengan apa yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin, pentingnya
pengetahuan baru ini kerana pengetahuan baru ini menekankan bahawa pentingnya
matlumat, kretiviti dan inovasi dalam memberikan perkhidmatan baru kepada masyarakat.
Kini kerajaan telah mengambil langkah sejak awal lagi bagi memberikan pengetahuan
kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi. Oleh yang demikian sistem pendidikan
dan R&D yang mantap sangat diperlukan dalam menganangi isu globalisasi dan ICT.
Kerajaan juga harus memberi peruntukan dalam penyelidikan dan pembangunan supaya
pelbagai lagi hasil, kaedah serta teknologi yang baru dalam bidang pendidikan agar bidang
pendidikan negara kita setanding dengan negara maju yang lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan
pendidikan (PIPP)[9] 2006-2010 yang merupakan garis panduan pembangunan pendidikan
negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMK-9. Kerajaan telah
memperuntukkan RM23.198 bilion dibawah peruntukkan pembangunan pendidikan yang
dirangka bagi memajukan bidang pendidikan. Dalam jumlah ini, pihak KPM juga berperanan
dalam memajukan bidang teknologi malumat dan Komunikasi (ICT). Bagi memberi
penekanan dalam bidang ini bagi menghadapi zaman K-Ekonomi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mewujudkan Program Pembangunan Pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak

mulia. Dalam teras ke 4 strategik PIPP, Kementerian Pendidikan Malaysia telah


menekankan aspek merapatkan jurang pendidikan. Dalam aspek ini, kerajaan telah
berusaha merapatkan jurang digital iaitu membangunkan insfrastruktur dan kemudahan di
luar bandar seperti makmal komputer, pusat akses, pembestarian sekolah luar bandar,
menambahbaik TV pendidikan dan banyak lagi. Hal ini adalah bertujuan untuk merapatkan
jurang ICT mahupun digital antara kawasan bandar dan luar bandar supaya masyarakat luar
bandar dapat menikmati pendidikan yang berasaskan teknologi maklumat seperti di
kawasan bandar. Hal ini juga dapat menyeragamkan sistem pendidikan di sekolah bagi
menghadapi zaman globalisasi seperti yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin.
Melalui PIPP ini kerajaan telah membekalkan komputer ke sekolah-sekolah dan
menyediakan pelbagai program latihan dalam bidang perkomputeran untuk guru-guru
khususnya bagi kawasan luar bandar agar para guru dapat menguasai bidang ICT.
Penguasaan bidang ICT amat penting bagi guru-guru kerana melalui guru-guru inilah sistem
pendidikan yang berteraskan teknologi maklumat dapat dicapai.Ada guru yang menerima
penggunaan komputer dalam pembelajaran mereka namun ada juga guru-guru yang
enggan menerima dengan pelbagai alasan. Masalah mula timbul apabila sesetengah guru
terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat dalam sektor pendidikan menolak
penggunaan ICT ini kerana tidak mahu mencuba dan kurang pengalaman serta pendedahan
menyebabkan mereka kurang berminat dalam penggunaan teknologi maklumat. Namun, kini
dengan adanya pelbagai dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan kini, sudah pasti para
guru telahpun menggunakan ICT bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi
juga dalam pengurusan.
Dalam pengurusan prasarana pula, KPM telah membangunkan insfrastuktur dan
pembangunan luar bandar dengan menyediakan makmal komputer dan pusat akses Projek
School Net yang melibatkan penyediaan capaian jalur lebar yang melibatkan sebanyak
10,000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana School net menyediakan kemudahan
pembelajaran tanpa sempadan yang bertujuan untuk menyediakan insfrastruktur komunikasi
bagi melaksanakan program sekolah bestari. Selain itu juga ia turut mewujudkan pendidikan
interaktif yang turut mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan K-Ekonomi.
Kemahiran dalam bidang ICT ini mampu membangunkan keupayaan masyarakat serta
mampu menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran sejajar dengan wawasan 2020.
Dengan adanya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini menunjukkan bahawa
kementerian pendidikan malaysia berusaha keras dalam membangunkan bidang ICT
seterusnya memberi pendedahan dalam penggunaan ICT kepada masyarakat dan pelajar
bukan sahaja di kawasan bandar malah kawasan bandar. walaupun terpaksa menggunakan

perbelanjaan yang besar, pihak kerajaaan terus menerus memperkembangkan penggunaan


ICT dan teknologi-teknologi baru bagi memastikan bahawa negara kita tidak ketinggalan
bukan sahaja pendidikan tetapi bidang-bidang lain. Pandangan Tan Sri Alimuddin yang
menyatakan bahawa negara yang mengabaikan penggunaan ICT akan terus mundur dan
ketinggalan dalam persaingan peringkat global berbanding negara yang menggunakan
bidang ICT dalam memacu pembangunan negara. Penggunaan ICT yang meluas di negara
kita mampu melahirkan lebih individu yang mampu bersaing dalam zaman K-Ekonomi.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang peranan pendidikan dalam pembinaan
negara bangsa. Selepas kemerdekaan negara kita, kerajaan melaksanakan pelbagai
langkah bagi memupuk perpaduan antara kaum seterusnya berusaha dalam pembinaan
negara bangsa. Hingga kini kerajaan masih lagi menekankan aspek pembinaan negara
bangsa. Ini dapat dibuktikan apabila kerajaan meletakkan aspek pembinaan negara bangsa
sebagai teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Malah,
kerjaan berhasrat untuk melahirkan serta membangunkan warganegara dari awal
persekolahan dengan ciri-ciri glokal dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung
warisan kesenian bangsa. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah menggunakan pelbagai
idea

serta

langkah

dalam

membentuk

pembinaan

negara

bangsa

antaranya

memperkasakan bahasa melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan rancangan


integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan
bagi membina jatidiri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan pelajar.
Dalam taklimat perkembangan pendidikan baru 2010-2011, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah melakukan penambahbaikan dalam teras pembinaan negara
bangsa. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah menerapkan konsep satu Malaysia
dalam aktiviti pendidikan kearah pemantapan perpaduan dalam kalangan pelajar. Selain itu
juga kerajaan juga turut memberikan fokus terhadap memartabatkan bahasa melayu dan
seterusnya memperkasakan bahasa inggeris. Seterusnya bagi membentuk perpaduan juga,
kerajaan turut menentuka kouta penentuan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti
kokurikulum. Dalam memastikan kejayaan teras pembinaan negara bangsa ini, kerajaan
turut memastikan bahawa sekolah-sekolah swasta di seluruh Malaysia turut terlibat dengan
teras pembinaan negara bangsa ini. Selain itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri juga harus
terlibat dengan penerapan pembentukan negara bangsa melalui penerapan konsep satu
malaysia di peringkat pentadbiran sama ada di sekolah mahupun di peringkat jabatan
pendidikan itu sendiri. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Taklimat
Perkembangan Baru Pendidikan 2010-2012 jelaslah bahawa pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia tidakpernah mengabaikan aspek pembinaan negara bangsa bagi mewujudkan

masyarakat yang pentingkan perpaduan seterusnya mewujudkan negara yang aman


walaupun berbilang kaum.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang dasar-dasar baru yang dilakukan oleh
kerajaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahan dan cabaran
baru di peringkat glokal. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteri pelajaran Tan
Sri Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagi meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu
menarik minat pelajar-pelajar. Transformasi kurikulum ini juga bertujuan untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan
peperiksaan. Oleh yang demikian aspek penerokaan ilmu harus diberi penekanan dengan
lebih banyak tumpuan terhadap bilik darjah dan pelajar itu sendiri.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, proses pembelajaran ini lebih mementingkan
interaksi diantara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap membantu percambahan idea
yang kreatif dan inovatif. Tambah beliau lagi

budaya kreativiti dan inovasi juga boleh

dipupuk melalui bengkel, seminar dan pertandingan. Langkah bagi menggalakkan pelajar
berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah bermula daripada kurikulum yang seimbang
daripada aspek budaya berfikir dan penjanaan ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka
mampu memberikan pendidikan sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan
membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri dan masyarakat. Namun begitu,
bagi memastikan Transformasi kurikulum ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan
berkesan terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang harus dihadapi oleh pihak
kementerian bagi memastikan transformasi ini berjalan dengan lancar.
Antara kekangan yang dapat kita kenalpasti ialah daripada guru itu sendiri.
Sejauhmanakah penerimaan guru-guru terhadap dasar baru yang diperkenalkan ini? sudah
pasti ada guru-guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. hal
ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guruguru amat penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya.
Sesetengah daripada guru-guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak
dasar ini dengan pelbagai alasan. Selain itu juga, kekangan daripada segi ruang dan waktu
juga menjadikan transformasi ke arah kurikulum dan kokurikulum kurang berkesan. Masalah
ini timbul bagi sekolah yang mempunyai dua sesi yang menghadapi kekangan ruang untuk
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran terancang luar kelas. Kekangan ruang
dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan
budaya ownership. Selain itu juga, kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran sudah

tentu menjadi asas kepada kekangan terhadap dasar baru ini. Tanpa tenaga pengajar yang
mahir, sudah pasti ianya tidak dapat dilaksankan dengan berkesan.
Terdapat banyak lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kementerian pelajaran
malaysia. Kejayaan kebanyakan transformasi kurikulum banyak bergantung kepada
pemimpin sekolah seterusnya melibatkan pelbagai organisasi dalam melakukan analisis,
penilaian, merancang dan membuat keputusan seterusnya melaksanakan program
kurikulum baru. Kecekapan pemimpin dalam mengusahakan penglibatan organisasi dalam
proses transformasi ini akan mewujudkan suasan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Dalam pendidikan itu sendiri pengurusan yang lebih inovatif, imaginatif dan kreatif
diperlukan untuk menghadapi zaman pendidikan dan dunia yang semakin mencabar.
Pihak kerajaan pada hari ini juga turut melakukan beberapa dasar lain bagi
menghadapi era globalisasi ini. Menurut Tan Sri Alimuddin antara dasar yang telah
diperkenalkan adalah satu pelajar satu sukan yang bertujuan meningkatkan minat dan
keupayaan dalam bidang permainan dan sukan agar lebih cergas dan aktif. Selain itu ialah
dasar memartabatkan bahasa melayu dan memperkasakan bahasa inggeris juga
merupakan satu dasar yang bertujuan untuk mengembalikan semula peranan utama bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam
menguasai bahasa inggeris. Menurut beliau lagi, dasar menghadkan 12 matapelajaran
sahaja dalam peperiksaan SPM dan menambahbaik peperiksaan UPSR dan PMR
merupakan satu langkah bagi meningkatkan mutu pendidikan. Satu lagi dasar yang sinonim
dengan pendidikan kini ialah mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai matapelajaran
wajib lulus yang akan bermula pada tahun 2013. Ianya bertujuan untuk meyemai semangat
patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Dasar-dasar yang dilakukan ini merupakan pembaharuan yang dijalankan oleh
kerajaan serta kementerian pendidikan malaysia bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai
daya saing yang tinggi serta mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan
tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran serta tidak gentar dalam menghadapi
apa jua cabaran. Ia merupakan satu langkah kerajaan dalam menuju ke arah negara maju
menjelang tahun 2020.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan bahawa negara akan bertambah maju sekiranya
penduduk menguasai kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT
dalam semua urusan. Seterusnya beliau turut menyatakan bahawa zaman k-ekonomi
merupakan perubahan global dan cabaran baru ini perlu ditangani melalui perubahanperubahan dasar-dasar pendidikan. Bukan itu sahaja, penguasaan terhadap ilmu sains juga
merupakan satu bidang yang penting bagi menuju zaman k-ekonomi. Bidang sains dan

teknologi dikenali sebagai daya utama bagi pembangunan ekonomi negara-negara


perindustrian. Oleh yang demikian pendidikan sains sejagat harus dipandang sebagai
proses yang dinamik dan harus berkembang seiring dengan pendidikan di negara kita.
Proses sains harus bergerang dan bergiat dengan aktif dalam reformasi dan transformasi
pendidikan negara agar ia mampu memenuhi kehendak individu, negara dan glokal.
Oleh yang demikian pihak kerajaan turut mewujudkan dasar sains dan teknologi.
Selain itu juga, pihak kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi universiti-universiti di
negara kita menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang bioteknologi.
Terdapat beberapa institusi IPTA yang sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang
bioteknologi seperti UM, UKM,USM dan UPM yang akan terus mendokong usaha kerajaan
dalam dasar bioteknologi kebangsaan bagi membangunkan dasar kondusif bioteknologi
negara. IPTA yang merupakan pengguna dana terbesar R&D negara pasti mampu
melahirkan siswazah dalam pelbagai bidang perkhususan dan peringkat bagi memenuhi
permintaan institusi penyelidikan dan industri bioteknologi. Tambahan pula perkembangan
bioteknologi negara kita semakin mantap dan banyak hasil yang telah diperolehi daripada
R&D itu sendiri. Walaupun Tan Sri Alimuddin hanya memberi penekanan kepada bidang ICT
namun seharusnya bidang sains ini tidak harus dipandang ringan. Oleh yang demikian
seharusnya bidang sains ini harus diberi pendedahan dan keutamaan semenjak bangku
persekolahan lagi bagi melahirkan masyarakat yang berkemahiran dalam bidang sains dan
teknologi ini.

Kesan Perubahan Terhadap Mereka Yang Berkepentingan Dalam Pendidikan (2001-hingga


sekarang)
-

Antara usaha-usaha yang berjaya bagi melahirkan modal insan adalah


penubuhan universiti. Universiti telah memberi sumbangan kepada
negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang
relevan, khususnya bagi pembangunan modal insan yang mampu

memberi sumbangan kepada masyarakat.


Di samping itu, dengan tertubuhnya j-QAF, ini telah melahirkan pelajar
mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al- Quran, Bahasa Arab dan
Fardhu Ain untuk melahirkan insan yang cemelang akademik dan

sahsiah.
Kesan yang dilihat jelas telah membantu ibu bapa ialah, kelangsungan
hidup lebih terjamin dengan adanya pelbagai bantuan pendidikan dan
skim yang disediakan untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Untuk IPT pula, pihak kerajaan telah mengeluarkan dana yang cukup
besar dalam usaha meringankan beban dengan pengagihan baucer buku
yang bermula tahun2012 dengan nilai RM200 dan semakin meningkat
kepada RM250. Masyarakat telah menerima pengagihan tersebut dengan

sistematik san saksama.


Pendidikan telah membezakan jurang antara yang berpendidikan tinggi,
sederhana dan rendah. Mereka yang berpendidikan tinggi akan berada
ditakuk yang selesa dan menyelusuri arus permodenan tanpa rasa kekok.

Berbeza pula dengan yang berpendidikan rendah.


ICT telah menjadi satu fenomena yang sukar dibendung. Berseiringan
dengan perkembangan teknologi, penyebaran ilmu yang tiada sempadan
telah diterima pakai oleh segenap lapisan masyarakat di Negara kita
Malaysia. Guru dan murid boleh berhubung dengan baik walaupun jarak
telah memisahkan antara keduanya. Proses PdP dapat berlangsung
sekiranya teknologi dan ICT itu dikuasai dengan baik oleh individu atau

masyarakat tersebut.
Kesan baik turut dirasai oleh agensi kerajaan mahupun swasta ialah,
pendidikan telah merealisasikan matlamat agensi dengan lahirnya lebih
ramai individu mahir dalam satu satu pertubuhan tersebut. Menerusi
pendidikan, peningkatan yang sangat ketara boleh dilihat dengan begitu
jelas dan bersistematik. Susun atur kerja yang baik, pengurusan yang
cekap dan penuh dengan soft skill yang dibekalkan semasa alam

pengajian.
Untuk kerajaan, hasilnya jelas juga dilihat menguntungkan. Pengobanan
dan bantuan yang diberikan akan kembali kepada kerajaan juga. Demi
menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang mempunyai daya
saing yang tinggi, pendidikan dari bawah ke peringkt teratas telah
mencerminkan imej yang baik dan positif seterusnya membawa Malaysia
kearah arus permodenan yang standing dengan Negara Luar.

Anda mungkin juga menyukai