Anda di halaman 1dari 4

( Tugasan Individu )

Riba

MUIZZUDDIN BIN AHMAD BASTAMAN


GA02054

PENSYARAH :
Dr. SHIFA BINTI MOHD NOR

2016

1. What is riba?
RIba adalah tambahan bayaran yang terdapat di dalam sesebuah pinjaman. Riba juga berlaku apabila
berlaku pertukaran barangan ribawi yang tidak sama kuantiti dan kualitinya.

2. Prohibition of riba (Al-Quran and Hadis)


Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang melarang aktiviti riba. Antaranya adalah

39. that which ye Lay out for increase through the property of (other) people, will have no increase with
Allah.
( Arrum : 39)

161. that They took usury, though They were forbidden
( Annisa : 161 )


130. O ye who believe! devour not usury, doubled and multiplied; but fear Allah. that ye may (really)
prosper.
( Alimran : 130 )

Dan juga banyak larangan di dalam hadith :


Jabir berkata bahwa Rasulullah saw mengutuk orang yang menerima riba, orang yang
membeyarnya, dan orang yang mencatatnya, dan dua orang saksinya, kemudian beliau
bersabda, Mereka itu sama semuanya,(HR Muslim no 2995, kitab al-Masaqqah).
Diriwayakan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw berkata, Pada malam perjalanan miraj,
aku melihat orang-orang yang perut mereka seperti rumah, di dalamnya dipenuhi oleh ular-ular
yang kelihatan dari luar. Aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu. Jibril menjawab bahwa
mereka adalah orang-orang yang memakan riba.
Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Masud bahwa Nabi saw bersabda, Riba itu mempunyai 73
pintu (tingkatan); yang paling rendah (dosanya) sama dengan seseorang yang melakukan zina
dengan ibunya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw bersabda, Tuhan sesungguhnya berlaku
adil karena tidak membenarkan empat golongan memasuki surga atau tidak mendapat petunjuk
dari-Nya. (Mereka itu adalah) peminum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim, dan
mereka yang tidak bertanggung jawab atau menelantarkan ibu-bapaknya.
3. Are interest and usury similar to riba?

Faedah ataupun bunga adalah sama dengan riba jika lebihan faedah itu diperoleh daripada
hasil bayaran lebihan daripada pinjaman. Faedah atau bunga yang dibayar oleh peminjam
merupakan lebihan dalam pinjaman. Ini adalah riba sepertimana yang dikisahkan didalam
hadith. Peminjam dan pemberi pinjam telah melakukan aktiviti riba walaupun telah mendapat
keredhoan masing-masing.

4. Types of riba
Riba terbahagi kepada dua bahagian iaitu riba al-buyu dan riba ad-duyun . Riba albuyun adalah riba dalam jual beli dimana berlaku apabila terdapat penangguhan nasiah atau
barangan tidak sama nilainya fadl. Barang yang tidak sama nilainya adalah seperti pertukaran
emas 1 kilogram dengan emas 700gram. Pertukaran ini adalah riba. Manakala riba yang terdapat
penangguhan pula adalah apabila pertukaran diletakkan tempoh tertentu seperti seorang yang
membeli emas namun hanya boleh diperolehi sebulan selepas pembayaran dibuat.
Penangguhan waktu serahan ini dipanggil riba nasiah.
Riba adduyun pula berlaku apabila berlaku pinjaman alqardh dimana apabila terdapat bayaran
lebih terhadap pulangan wang pinjaman dalam sesuatu tempoh.
5. The rationale of prohibition of riba
Islam mengharamkan riba kerana ia banyak mendatangkan kesan yang tidak baik dari segi
ekonomi mahupun sosial. Dari segi ekonomi, riba adalah jalan yang paling tidak elok dalam
mendapatkan serta mengumpul kekayaan kerana ia menindas orang yang dikenakan riba itu.
Pengamal riba tidak melakukan apa-apa kerja yang melibatkan pengeluaran ataupun perniagaan
tetapi hanya menunggu wang daripada orang yang dikenakan riba. Misalnya di sini pemiutang
hanya mengumpul kekayaan daripada faedah yang dikenakan ke atas pinjaman penghutang.
Riba hanya meningkatkan kekayaan sebelah pihak sahaja dan langsung tidak menyumbang
kepada kekayaan Ummah Islam keseluruhannya malah, sejarah telah membuktikan kesan riba
telah menyebabkan kejatuhan ekonomi sesebuah negara dalam satu jangka masa yang panjang.

6. Other issues in relation to riba for discussion


Amalan riba merupakan amalan antarabangsa yang diguna pakai di setiap negara. Amalan ini
telah membawa keuntungan yang besar terhadap bank-bank di dunia di mana mengenakan
pinjaman wang simpanan ahlinya kepada peminjam yang ingin membeli asset-aset besar
mahupun pinjaman peribadi. Walaupun di Malaysia terdapat bank-bank dan institut kewangan
islam yang setaraf bank konvensional, kesedaran orang ramai dalam menangani masalah riba
masih belum berkurang. Isu halal haram menjadi bahan ketawa dan perbalahan di sisi mereka
yang tidak meyakini dengan perbankkan Islam. Begitu juga dengan isu pekerja bank
konvensional yang terpaksa meneruskan pekerjaan mereka kerana kesukaran untuk mencari
kerja lain. Isu pembeli insuran yang sudah hampir 20 tahun yang terikat dengan polisi syarikat
akibat ketiadaan syarikat takaful suatu ketika dahulu. Perlukah kini mereka melepaskan polisi
insuran dimana bayaran telah dibuat selama 20 tahun dan mulakan semula dengan menjadi

penyumbang baru di dalam takaful? Hal-hal seperti ni menyebabkan masyarakat tidak mahu
berfikir panjang dalam isu riba yang terdapat di sekeliling mereka. Pihak yang berkuasa perlu
melaksanakan penyelarasan bagi setiap elemen riba yang terdapat di dalam aktiviti ataupun
pekerjaan orang Islam.

Anda mungkin juga menyukai