Anda di halaman 1dari 2

Job Satisfaction and Stress Among Secondary School Music Teachers in Malaysia.

(27/9/2013)
A) Isu-isu yang terkandung dalam penulisan tersebut :
Guru muzik sering menghadapi pelbagai tugasan yang merangkumi bukan sahaja
tugas mengajar muzik tetapi banyak tugasan yang lain yang boleh menyebabkan tekanan.
Antaranya seperti dari segi masalah pelajar, masalah guru itu sendiri, masalah dari segi
pentadbiran, tidak mendapat sokongan dari pihak atasan bermaksud kekurangan untuk
mendapat sokongan untuk menyertai pertandingan luar kerana kekurangan bajet. Selain
itu, masalah dari segi kemudahan dan peralatan, kekurangan guru muzik yang terlatih dan
kekurangan kepakaran dalam bidang muzik.
Kajian diluar negara mengatakan bahawa guru muzik sering mengalami tekanan
daripada pelbagai sumber, dimana beban tugas tidak sama dengan guru yang mengajar
subjek lain. Hal ini kerana guru muzik amat berbeza dengan guru yang mengajar subjek
lain seperti subjek-subjek amali. Guru muzik memerlukan kekuatan dari pelbagai aspek
seperti dari segi kekuatan afektif, kognitif dan psikomotor. Ketiga-tiga ini amat
diperlukan untuk guru muzik untuk mendalami subjek Pendidikan Muzik di sekolah.
Afektif ini bermaksud emosi. Emosi yang perlu dikawal untuk menangani pelbagai
masalah sebelum memulakan latihan. Kognitif pula adalah bermaksud perkara yang
menggunakan akal fikiran. Manakala, psikomotor pula adalah penggunaan pergerakan
fizikal. Contohnya, guru memerlukan banyak pergerakan untuk menstabilkan stamina
sebelum memulakan sesi latihan bersama pelajar.
Subjek pendidikan muzik telah dilaksanakan di Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Tekanan pada
guru-guru muzik apabila ada pertandingan di peringakat sekolah atau di peringkat daerah
mahupun di peringkat negeri. Tekanan ini akan diberikan kepada guru muzik,
terutamanya mengajar di sekolah menengah untuk menghasilkan persembahan muzik
yang terbaik tambahan pula pertandingan tersebut diarahkan oleh pengetua sekolah.
Dalam jurnal ini menggunakan kaedah kualitatif untuk menemuduga para guru

muzik yang menghadapi masalah tekanan untuk mengajar subjek muzik di sekolah.
Soalan-soalan yang dikemuakan seperti bagaimana mereka merasakan beban menjadi
seorang guru muzik, bagaimana mereka uruskan pelajar-pelajar, apakah penegasan yang
perlu mereka gunakan untuk mengajar muzik. Soalan yang dikemuakan akan di hantar di
facebook kerana perbuatan ini telah dijalankan oleh alumni Jabatan Pendidikan Muzik
UiTM dan dikatakan telah mempunyai rangkaian kenalan dari rakan-rakan yang lulus
dari universiti lain. Seperti gabungan perbincanagn masalah dengan program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Muzik (UPSI).
Kajian yang memfokuskan kepada tahap kepuasan guru bekerja dan faktor-faktor
penyumbang tekanan dalam kalangan guru-guru muzik di Malaysia. Dalam jurnal ini
mengatakan bahawa guru muzik di Malaysia memilih untuk menjadi sebagai seorang
guru muzik kerana minat yang mendalam terhadap profesion sebagai seorang guru muzik
walaupun menghadapi pelbagai tugas dan tanggungjawab di sekolah. Selain itu, tertulis
juga bahawa mereka akan menghadapi pelbagai tugas dan akan terus tetap kuat
menghadapi tugasan sebagai seorang pendidik muzik sehinggalah pada tahun-tahun yang
akan datang. Contoh kata-kata guru Pendidikan Muzik di Malaysia :
Teacher A - Ada ketikanya sangat puas apabila apa yang kita buat seperti pancaragam,
koir, gamelanberjaya menjadi johan atau membuat persembahan yang baik di sesuatu
majlis. Saya sangat puas terutamanya Pancaragam kerana saya bermula dari zero
(sekolah baru dibuka) hingga berada dalam ranking kebangsaan walau dalam masa hanya
enam tahun. Semuanya saya buat sendiri dari menggubah lagu, membuat formasi, melatih
pelajar dan semua yang berkaitan.
Teacher B - Ya, saya sangat berpuas hati. Saya berpuas hati dan berbangga apabila
melihat pelajar-pelajar saya berjaya dalam pertandingan dan persembahan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
Teacher G - Saya sangat berpuas hati dengan kerjaya ini kerana sebagai guru muzik kita
berpeluang merasai pelbagai keseronokan dalam mengajar matapelajaran ini.

Beri Nilai