Anda di halaman 1dari 6

BAB2:DAYA DAN GERAKAN

2.1 Gerakan Linear


Jarak (Distance), d
Jumlah laluan yang diambil oleh satu gerakan objek
Unit SI: meter (m)
Kuantiti skalar (scalar quantity)
Sesaran (Displacement), s
Jumlah jarak dengan mengambil kira arah gerakan
objek
Unit SI: meter (m)
Kuantiti vektor (vector quantity)
Laju (Speed), v
Jarak per unit masa
v = d/t di mana
d = jarak
t = masa yang diambil
Unit bagi laju: ms-1
Halaju (Velocity), v
Sesaran per unit masa
v = s/t di mana
s = sesaran;
t = masa yang diambil
Unit bagi halaju: ms-1

Pecutan (Acceleration)/ Nyahpecutan (Deceleration),


a
Kadar perubahan halaju
a = v/t di mana
v = halaju akhir - halaju awal
t = masa yang diambil
Unit bagi pecutan/nyahpecutan: ms-2
*Bagi nyahpecutan, ada tanda negatif di depan
magnitudnya

2.2 Graf Gerakan


Persamaan Gerakan Linear (Linear Motion
Equation)
v = u + at
v = u + 2as
s = ut + (1/2)at
s = (1/2)(u + v)(t)
s = (1/2)(u + v)(t)
di mana, s = sesaran; u = halaju awal; v = halaju
akhir; a = pecutan; t = masa yang diambil
2.3 Inersia
(Inertia)
Definisi Inersia
Satu sifat objek apabila ia menentang sebarang
perubahan pada arah gerakan objek tersebut.

Hubungan di antara Jisim dan Inersia


Semakin besar jisim objek, semakin besar inersia
Kesan-Kesan Negatif Inersia
Reka bentuk kereta
~Ruang penumpang diperkukuhkan tali pinggang
keledar
beg udara
~Lori tangki - struktur besi kukuh di belakang kepala
lori
~Kapal kontena - perlu mematikan enjin jauh dari
pelabuhan sebelum berlabuh
2.4 Momentum
Definisi Momentum, p
Hasil darab bagi jisim objek dan halaju
p = mv di mana
m = jisim objek
v= halaju
Unit bagi momentum: kg ms-1
Prinsip Keabadian Momentum
(Principle of Conservation of Momentum)
Jumlah momentum linear dalam satu sistem yang
tertutup bagi satu jasad adalah sama
Oleh itu, jumlah momentum sebelum perlanggaran
adalah sama dengan
jumlah momentum selepas perlanggaran.
.
Jenis-Jenis Perlanggaran dalam Momentum
(Type of Collision in Momentum)

~Perlanggaran kenyal (Elastic collision)


~Perlanggaran tak kenyal (Inelastic collision)
~Letupan (Explosion)
2.5 Kesan-Kesan Daya
(Effects of Force)
Definisi Daya (Force), F
Satu tindakan yang mengubah keadaan gerakan bagi
satu jasad/objek di dalam satu garis lurus;
Unit SI: Newton (N)
Rumus Daya, F
F = ma di mana
F = daya yang bertindak [unit: Newton/kg ms2]
m = jisim (mass) objek [unit: kg]
a = pecutan (acceleration) objek [unit: ms-2]
2.6 Impuls dan Daya Impuls
(Impulse and Impulsive Force)
Definisi
Impuls:
Hasil darab bagi daya, F terhadap masa, t yang
diambil untuk daya tersebut bertindak
Daya impuls:
Kadar perubahan momentum
2.7 Ciri-Ciri Keselamatan di dalam Kenderaan
(Safety Features in Vehicles)

Papan Pemuka Berlapik (Padded Dashboard)


~Meningkatkan selang masa (time interval)
perlanggaran supaya daya impuls yang terhasil
dapat dikurangkan
Kerangka Keselamatan Penumpang (Passenger
Safety Case)
~Menggunakan aloi logam yang diperkukuhkan
(reinforced) untuk melindungi penumpang
Penyandar Kepala (Headrest)
~Mencegah penumpang daripada mengalami
kecederaan leher yang teruk akibat daripada inersia
Cermin Hadapan (Windscreen)
~Diperbuat daripada kaca kalis pecah (shatter-proof
glass) supaya ia tidak mudah pecah berkecai
~Ini akan mengurangkan kecederaan yang
disebabkan oleh kepingan kaca yang berkecai
semasa kemalangan
Tali Pinggang Keledar Keselamatan (Safety Seat Belt)
~Untuk mencegah penumpang daripada tercampak
ke hadapan yang disebabkan oleh inersia
Zon Remuk Hadapan/Belakang (Front/Rear Crumple
Zone)
~Senang diremukkan untuk meningkatkan selang
masa hentaman (impact)
Bampar Getah Hadapan (Front Rubber Bumper)
~Untuk menyerap (absorb) hentaman untuk
mencegah kerosakan kepada kereta