Karangan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Fakta: Menjaga Kebersihan

Bina sebuah karangan berdasarkan gambar dan rangkai kata di bawah.

*Menjaga kebersihan -elakkan penyakit


*Mencuci tangan -sabun
*Mencuci sayur-sayuran -tiada kuman -kotoran
*Memastikan kebersihan -belas -air bersih
*Menutup makanan -lalat
Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan terdedah
dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai.
Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya tangan kita menjadi
benar-benar bersih.
Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah dibasuh
terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan yang tercemar
dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita.
Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh itu,
basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.
Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk menghalang
serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari makanan kita.

Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan agar
kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.

Anda mungkin juga menyukai