Anda di halaman 1dari 2

Ulasan

Contoh 1
Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. panjang jawapan kamu
hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Saya ada memelihara seekor kucing jantan yang sangat comel. Namanya Osin. Saya amat menyayangi Osin kerana
Osin sangat manja dan suka dibelai. Setiap kali selepas solat, Osin akan menghampiri saya lalu menggeselkan
badannya ke tangan saya. Saya pula menggosok-gosok badan Osin yang gebur itu menyebabkan Osin berdengkur
'burr! burr! burr! dengan kuatnya.
Osin juga selalu berkelahi jika bertemu dengan kucing jantan lain di luar rumah. Saya berasa amat bimbang kerana
takut Osin cedera dan sakit. Oleh itu, jika menyedari Osin berkelahi, saya cepat-cepat datang menghalau kucing
jantan tersebut. Kadang-kadang saya memukul kucing asing itu dengan penyapu agar kucing itu tidak berani lagi
datang ke rumah kami.
Tindakan itu selalu ditegur oleh adik saya. Dia berasa tidak adil campur tangan untuk membela Osin. Bagaimana
pun saya berpendapat perlu melindungi Osin kerana Osin bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada keluarga
kami. Walau bagaimanpun saya tidak akan memukul kucing asing itu dengan kuat melainkan sekadar menghalau
dan menakutkannya sahaja. Tidak baik kita bertindak keterlaluan terhadap haiwan.
Nilai/Pengajaran
1. kasih-sayang
2. ambil berat
3. memberi nasihat atau menegur
4. membuat pertimbangan
5. Rasional
Rangka Ulasan

Penanda Kata
Wacana Bantu
ialah

kita mestilah

Nilai/Pengajaran Kata
Ayat Nilai
Hubung
sayang
dan
menjaga haiwan peliharaan
kita.

Selain itu

megambil berat

akan

di samping itu kita haruslah

menegur

atau

seterusnya

kita perlulah

membuat pertimbangan yang

wajar bagi setiap keputusan


kita.

akhirnya

kita wajarlah

rasional

setiap tindakan kita.

kita hendaklah

dalam

keselamatan dan
keperluannya.
menasihati saudara kita jika
mereka melakukan kesalahan.

Ulasan

Nilai murni dalam petikan ini ialah kita mestilah sayang dan menjaga haiwan peliharaan kita. Selain itu, kita
hendaklah mengambil berat akan keselamatan dan keperluannya. Di samping itu, kita haruslah menegur atau
menasihati saudara kita jika mereka melakukan kesalahan.Seterusnya, kita perlulah membuat pertimbangan yang
sewajarnya bagi setiap keputusan kita. Akhirnya, kita wajarlah rasional dalam setiap tindakan kita.

Anda mungkin juga menyukai