Anda di halaman 1dari 2

Saya telah mencipta sebuah lagu yang bertajuk Ciptaan Terindah yang

diinspirasikan oleh seorang penyanyi iaitu Hindi Zahra dengan lagu nya
Beautiful Tango . Lagu saya yang bertajuk ciptaan terindah yang
menggunakan rentak bossanova mengisahkan bahawa manusia perlu
menghargai serta mendalami ciptaan tuhan dengan bersama-sama
menerokai dunia yang hanya sementara di samping mengingati-Nya dan
saling memupuk perasaan cinta dalam diri terhadap ciptaannya dan
kebesarannya.
Saya turut mengambil beberapa elemen muzik daripada lagu tersebut
untuk mencipta lagu saya, termasuklah tanda nada serta pergerakan
kord. Tanda nada lagu saya adalah menggunakan nada E minor . Saya
turut menggunakan pergerakan kord i ,ii dan V pada verse lagu ini. Tempo
bagi lagu ini adalah c=135 .Seterusnya, kebanyakkan not-not yang
digunakan dalam lagu saya adalah not-not melompat . Contohnya
terdapat pada bar 10, 13,21 dan 24 (Sila rujuk skor). Manakala not
bertangga terdapat pada bar 33 dan 66 . Renj yang digunakan pada lagu
saya adalah besar kerana menggunakan melebihi satu oktaf dimana not
yang paling rendah adalah B3 yang dapat dilihat pada bar 10 , manakala
not yang paling tinggi adalah B4 pada bar ke 13. Terdapat banyak motif
melodi yang diulang pada lagu saya contohnya ,
a) Motif melodi a pada bar 10 hingga 12 , dan pada bar 18 hingga 20 .

b) Motif melodi b pada bar 34 hingga 35 , dan bar 38 hingga 39.

Motif corak irama pada lagu saya adalah,


1. Motif a

3. Motif b

2. Motif c

4. Motif c

Meter yang saya gunakan untuk lagu saya adalah meter 4/4. Jenis not
yang saya gunakan dalam lagu saya kebanyakkannya not kuaver dan juga
krocet .