Anda di halaman 1dari 64

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

TAJUK 1

PENGENALAN SEJARAH

Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai pelbagai pengertian sejarah oleh
sejarawan luar dan tempatan. Disamping itu disiplin-disiplin sejarah, pemikiran
sejarah dan juga sumber sejarah juga akan dibincangkan.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:1.
2.
3.

Menjelaskan pengertian sejarah mengikut pelbagai pandangan ahli akademik


Menjelaskan disiplin-disiplin sejarah
Membuat perbandingan ciri-ciri sumber-sumber sejarah

Jadual 1.1: Pengertian Sejarah Menurut Pandangan Tokoh


Tokoh

Pengertian Sejarah

Herodotus

Sejarah bermaksud penyelidikan atau penyiasatan


terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman

Leopold von
Ranke

Sejarah haruslah dikaji dan ditulis seperti sebenarnya


berlaku (wes es eigentlich gewesen) berasaskan
fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secara
saintifik

R. G.
Collingwood

Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang halhal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa
lampau.

E. H. Carr

Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus


antara ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa
kini dengan masa lampau.

Ilmu Khaldun

Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang


masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang
berlaku pada masyarakat tersebut.

Abdul
Rahman
Abdullah

Sejarah sebagai realiti objektif (fakta) memerlukan


pemikiran subjektif (interpretasi) sejarahwan yang
bertanggungjawab.

Tafsiran Kendiri
Sejarawan bebas memilih peristiwa, bidang kajian, menganalisis serta mentafsir
sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan sumber-sumber atau bahan-bahan bukti
mahupun fakta-fakta yang diterima. Sejarawan juga bebas memberi tafsirannya sendiri

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


terhadap sesuatu peristiwa asalkan tafsirannya mempunyai sumber-sumber kajian
yang mencukupi bagi mengukuhkan dan membenarkan pentafsiranya. Jika ada dalam
kalangan sejarawan yang tidak mempersetujuinya, maka satu kajian lain perlu
dilakukan berdasarkan sumber-sumber yang boleh membenarkan pandangannya pula.
Oleh itu, kebenaran sejarah boleh dikatakan sesuatu yang bersifat objektif dan
subjektif. Ini adalah kerana fakta sejarah itu bersifat objektif sedangkan pentafsirannya
bersifat subjektif.1

DISIPLIN SEJARAH
Sejarah Politik
Tema politik sentiasa menarik perhatian sejarawan dan masyarakat kerana
naluri manusia sendiri yang gemarkan kuasa, pangkat, harta, dan wanita.

Sifat

manusia yang tamak kuasa inilah yang menyebabkan segala sesuatu dilihat dan dinilai
dari sudut pandangan ini. Antara mereka termasuklah ahli sejarawan yang melihat
seolah-olah kuasa politiklah yang sebenarnya menjadi faktor utama pengerak yang
mengubah perjalanan sejarah manusia selama ini. Maka tidak hairanlah jikalau sejarah
politik sentiasa berpengaruh sepanjang zaman.Sejarah politik terbahagi kepada dua
iaitu politik tinggi, dan politik rendah.
kegiatan

golongan

elit

yang

Sejarah politik tinggi menyentuh tentang (i)

memerintah,

(ii)

dasar-dasar

pentadbiran

dan

perlaksanaannya, dan (iii) urusan diplomatik dan strategik. Sejarah politik rendah lebih
tertumpu kepada kegiatan masyarakat dan orang-orang awam.

Sebagai contoh

gerakan politik di kampung-kampung, atau sikap para pengundi atau para penyokong
parti tertentu.

Walaupun masih menyentuh sejarah politik namun kesannya tidak

sampai kepada peringkat negara.

Sejarah Sosial
Kemunculan aliran sejarah sosial adalah akibat kritikan terhadap sejarah politik
yang dianggap sempit dan terbatas kepada golongan elit atau pihak yang berkuasa
sahaja. Sejarah sosial mengetepikan politik dan lebih tertumpu kepada sejarah orang
kebanyakan.

Di antara aspek-aspek yang dikaji dalam sejarah sosial ialah

kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, perundangan,


pemikiran, keluarga, wanita, etnik dan sebagainya. Ciri utama yang menjadi tumpuan
ialah aspek kualitatif berbanding aspek kuantitatif. Aspek kualitatif yang dimaksudkan
ialah sistem nilai atau sikap golongan yang dikaji sedangkan aspek kuantitatif lebih
banyak menggunakan perangkaan atau rajah dalam kajiannya.

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Sejarah Ekonomi
Walaupun pada asalnya sejarah sosial termasuk sejarah ekonomi, tetapi
sejarah ekonomi telah berkembang menjadi satu subdisiplin yang tersendiri. Sejarah
ekonomi terbahagi kepada dua jenis.

Jenis yang pertama bersifat tematik, iaitu

menekankan aspek kegiatan ekonomi atau tema-tema ekonomi dalam sejarah.


Manakala jenis yang kedua bersifat paradigmatik, iaitu faktor ekonomi sebagai skema
mental atau asas falsafah dalam menganalisis setiap kejadian sejarah. Sebagai suatu
tema, sejarah ekonomi berkembang hingga melahirkan dua aliran lagi iaitu aliran
tradisional dan aliran New Economic History (cliometrics). Sifat aliran tradisional agak
menyeluruh dan luas hingga termasuk kegiatan sosial.

Manakala sifat aliran New

Economic History (cliometrics) terlalu khusus dan menjurus kepada persoalan ekonomi
semata-mata dengan menggunakan kaedah-kaedah matematik, ekonometrik dan
kuantitatif.

Kedua-dua aliran sejarah ekonomi ini terus berkembang dan saling

melengkapi dalam pendekatan masing-masing. Di antara ciri-ciri sejarah ekonomi ialah


(i) kemampuan membuat generalisasi, (ii) kemampuan menyusun data secara
kuantitatif,

(iii)

kemampuan

membuat

kajian

mengindentifikasikan pola atau kecenderungan.

perbandingan,

dan

(iv)

Generalisasi walaupun bersifat

abstrak merupakan suatu konstruksi berdasarkan kuantifikasi dan perbandingan secara


empirik untuk menghasilkan suatu hukum.
Sejarah Agama
Sejarah agama tidak popular sebagai suatu bidang kajian dalam disiplin
sejarah.

Ini kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada pengajian agama.

Dalam pengajian agama ini, biasanya dikaji tentang (i) perbandingan agama, iaitu
kajian tentang sejarah dan perbandingan agama-agama yang pernah wujud di dunia,
dan (ii) kajian tentang agama Kristian.
Sejarah Kebudayaan
Sejarah kebudayaan sama seperti sejarah ekonomi, pada asalnya sebahagian
sejarah sosial tetapi telah berkembang menjadi satu subdisiplin sejarah sendiri. Secara
umumnya kebudayaan mencakupi keseluruhan cara hidup manusia termasuk unsurunsur kebudayaan sejagat seperti sistem sosial, sistem ekonomi, sistem politik, sistem
agama, moral, adat istiadat, undang-undang, kesenian, bahasa, ilmu pengetahuan dan
sebagainya.Secara khususnya kebudayaan terbahagi kepada dua jenis iaitu (i)
kebudayaan tinggi atau elit, dan (ii) kebudayaan popular atau massa. Kebudayaan
popular lebih diminati oleh pengkaji dalam kajian budaya kerana kurang berdasarkan
sumber-sumber dokumentasi berbanding kebudayaan tinggi.

Sebaliknya ia lebih

berfokus kepada sumber yang diperolehi melalui kajian lapangan menggunakan

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


kaedah pemerhatian, temudugaatau penyertaan oleh pengkaji sendiri di dalam
masyarakat atau budaya yang dikajinya.
Sejarah Tempatan (Local History)
Dalam bidang sejarah yang bersifat geografi terdapat sejarah tempatan yang
memberi tumpuan kepada unit kawasan kecil seperti daerah, kampung, komuniti atau
kelompok masyarakat tertentu.

Dorongan awal yang melahirkan kajian sejarah

tempatan ialah kecintaan kepada kisah atau pengalaman yang paling hampir dengan
diri sendiri.

Ini menyebabkan sejarah tempatan lebih menarik jika dibandingkan

dengan bidang-bidang sejarah lain yang biasanya membosankan kerana (i) tiada
hubungan emosi dengan pengalaman seseorang, dan (ii) bersifat elitis.

Sejarah

tempatan juga bersifat interdisiplin, lantaran tema dan kaedah penyelidikannya luas
dan menyeluruh. Sumber-sumber sejarah tempatan juga banyak seperti buku, peta,
tinggalan arkeologi, arkib, bangunan, gambar, dan manusia.

PEMIKIRAN SEJARAH
Konsep Ruang dan Masa dalam Sejarah
Menurut Nirmal Yadav ruang merujuk kepada lokasi, arah dan jarak di
permukaan bumi atau planet lain.

Penguasaan konsep ruang penting bagi

membolehkan individu memahami perhubungan di antara tempat dengan fenomena


bersejarah. Manakala masa pula adalah merujuk kepada perhubungan di antara
pelbagai peristiwa. Lokasi, jarak dan tempoh merupakan tiga elemen yang membentuk
hubungan masa. Penguasaan konsep masa penting bagi memahami urutan peristiwa
dalam masyarakat. Urutan masa (timelines) merupakan satu siri peristiwa yang berlaku
mengikut kronologi manakala himpunan masa (time convention) melibatkan tarikh dan
peristiwa. Memahami kronologiiaitu kemahiran melihat masa lalu, kini dan akan
datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Sebagai contoh muridmurid dididik dengan kemahiran memahami konsep masa mengikut kemajuan sesuatu
tamadun di samping memahami konversi masa iaitu melabelkan sesuatu peristiwa
mengikut zaman seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan Zaman Penjajahan tanpa
menyatakan tahunnya.

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Jadual 2.1: Konsep Masa Dalam Sejarah

Satu dekad 10 tahun

Satu abad atau kurun 100 tahun

Kurun ke-19 tahun 1800 hingga 1899

Kurun ke-20 tahun 1900 hingga 1999

Satu alaf 1000 tahun

Zaman jangka masa tertentu yang mempunyai ciri-ciri istimewa


yang berkaitan dengan masa tersebut. Contohnya, Zaman Batu dan
Zaman Logam.

Masihi tahun atau kurun yang dikira berasaskan tarikh kelahiran


Nabi Isa.

Hijrah tahun mengikut kalendar Islam yang berasaskan peristiwa


perpindahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah.

Kronologi urutan peristiwa mengikut masa kejadian.

Cuba lihat contoh tajuk penyelidikan yang berbunyi Ekonomi Malaysia:


Penguasaan Orang Cina di Malaysia, 1963-1969.

Ruang bagi tajuk penyelidikan

tersebut merujuk kepada Malaysia, dan waktu pula merujuk kepada tahun 1963 hingga
1969 manakala orang Cina dan ekonomi merupakan aspek kajian.
Kesinambungan dan Perubahan
Apa yang dikatakan berubah, dan apa yang dikatakan kekal? Kesinambungan
dan perubahan merupakan asas untuk mengorganisasi masa lampau yang kompleks.
Kesinambungan dan perubahan sering dikaitkan dengan kemajuan dan kemerosotan
mengikut masa tetapi

perubahan tidak bermakna kemajuan, dan ini sering

mengelirukan murid. Penilaian kesinambungan dan perubahan boleh dibuat melalui


perbandingan di antara masa lampau dan masa kini atau antara dua peringkat masa
lampau (contohnya sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua).
Nilai Keperihalan
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) sejarah pada umumnya dapat
mempengaruhi pembentukan budaya bangsa dan negara, membentuk nilai-nilai
kewarganegaraan, mencorakkan ideologi tertentu dalam pembinaan negara bangsa,
dan

sumber

inspirasi

kepada

pembinaan

wawasan

masa

depan

Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pengetahuan sejarah amat penting kerana ia dapat menyemai

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


nilai-nilai yang diperlukan dalam proses perkembangan dan pembangunan individu.
Nilai-nilai kemanusiaaan dan kemoralan seperti nilai kewarganegaraan;nilai etika dan
moral; nilai sosial; nilai budaya dan estetika; nilai sosialisasi politik; nilai tradisi; nilai
universal; nilai perpaduan dan persefahaman; nilai patriotisme; dan sebagainya dapat
disebar dan disuburkan melalui sejarah.Nilai-nilai dalam sejarah boleh dijadikan
teladan, panduan dan pedoman hidup untuk menggalakkan seseorang berfikir dan
mengambir iktibar daripada sejarah lampau. Nilai-nilai ini selaras dengan aspirasi dan
wawasan pembinaan bangsa Malaysia yang akan mencurakan segala taat setia
kepada negara. Di antara unsur-unsur nilai yang boleh dipupuk melalui pendidikan
sejarah menurut Abd. Rahim Abd Rashid2 ialah:

Kesetiaan (loyalty)

Kebanggaan (sense of proudness)

Kesedaran kebangsaan (national awareness)

Nasionaliti (nationality)

Kewibawaan

Sedia berkorban

Perpaduan nasional

Penghayataan nilai perjuangan

Keyakinan diri

Pembinaan diri bangsa

Memahami sejarah orang lain

Sebab dan Akibat


Bagaimana dan kenapa keadaan dan tindakan tertentu memberi kesan kepada
yang lain. Punca kepada konsep sebab dan akibat ialah peranan manusia (sama ada
secara individu atau kumpulan) dalam menggalakkan, membentuk dan menghalang
perubahan dalam sejarah. Konsep sebab ada kaitan dengan motivasi (niat) sesuatu
kumpulan atau individu yang dipengaruhi oleh ideologi, institusi dan keadaan. Jadi
sejarah tidak setakat penceritaan secara naratif sahaja, bahkan juga penjelasan dan
analisis tentang sebab-musabah atau punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu.
Tidak

selalunya

penjelasan

sejarah

melibatkan

kajian

sebab-musabab

(mengapa) tetapi bagaimana (proses atau selok-belok) sesuatu kejadian itu berlaku.
Selain itu, ada juga pihak yang kelihatan semacam mengambil mudah sahaja terhadap
persoalan ini, dengan cara mengaitkan pertanyaan tentang sebab-musababnya dengan

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


kebetulan (chance atau accident) sahaja tanpa memerlukan penelitian yang serius
terhadapnya.
Pada umumnya terdapat dua aliran besar tentang masalah penyebaban dalam
sejarah, iaitu aliran sekular dan aliran teologi. Dalam aliran sekular wujud (i) konflik
atau pertentangan pendapat tentang hierarki sebab-musababnya (hierarchy of causes),
dan (ii) kecenderungan untuk menonjolkan faktor tertentu sahaja sebagai faktornya
yang asasi dan terpenting (linear causation). Penyebaban yang bercorak sekular ini
menjelaskan sebab-sebab yang dikaitkan dengan alam tabii dan manusia yang
menentukan perjalanan sejarah. Di antara ahli sejarah yang menekankan peranan
besar iklim atau geografi sebagai penentu nasib manusia ialah Alexander von
Humboldt, Henry T. Buckle, Richard Green, Friedrich Ratzel, Frederick J. Turner, dan
Brooke Adams. Dalam erti kata yang lain, terdapat kuasa atau tenaga impersonal yang
memainkan peranan yang menentukan terhadap arah dan perjalanan sejarah manusia.
Kuasa atau tenaga alam ini berlaku secara tabii (natural), bukannya ditentukan oleh
sebarang kuasa lain seperti yang diyakini oleh orang-orang agama.
Bagi aliran yang menekankan kuasa personal, ia mementingkan peranan
individu. Aliran individu ini dikenali sebagai Teori Manusia Agung (Great Man Theory)
yang menekankan peranan dan ketokohan seseorang yang tertentu sebagai faktor
utama yang membawa perubahan besar dalam sejarah. Menurut Leopold von Ranke
(1795-1886) seseorang manusia agung dapat mempengaruhi masyarakat kalau (i)
kena pada ketikanya (timing), dan (ii)sealiran dengan arus semangat zamannya
(zeitgeist) atau semangat tempatnya (ortgeist).

Bagi aliran idealis (yang dipelopori oleh George Hegel, Benedetto Croce, dan R.
G. Collingwood) semua sejarah ialah sejarah pemikiran. Ia merupakan suatu proses
yang rasional dan logik, yakni sejarah didasari oleh akal fikiran manusia bukannya
kebetulan (accidental) sahaja.

Kalau sekiranya aliran idealis melihat dominasi

pemikiran terhadap dunia, dan dengan itu mempengaruhi perjalanan sejarah,


sebaliknya aliran materialis lebih menekankan asas kebendaan sebagai pengerak
asasi kejadian-kejadian sejarah.
Sebagai ditegaskan sebelumnya, penjelasan tentang penyebaban yang
menekankan faktor tertentu sahaja sebagai yang terpenting itu disebut sebagai linear
causation.

Nampaknya penjelasan yang menjurus itu mulai dipertikaikan oleh

sejarawan, terutama pada masa kini.

Sebagai suatu masalah yang kompleks,

kejadian-kejadian dalam sejarah tidaklah tercetus kerana faktor tertentu sahaja, tetapi
kerana berbagai-bagai sebab (multiple causation).

Contohnya, di samping adanya

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


faktor luaran, ada pula faktor dalaman, faktor jangka panjang, faktor jangka pendek
atau segera, di samping faktor-faktor politik, sosial, ekonomi, agama dan sebagainya.
Jika ciri utama aliran sekular ialah konflik yang berterusan tentang sebabsebabnya yang utama atau sebenar, sebaliknya ciri asasi aliran teologi ialah kepastian
tentang sebabnya yang sebenar, iaitu Tuhan.

Tuhanlah yang merupakan sebab

pertama (first cause) dan utama, kemudian baru terdapat sebab-sebab sampingan
(secondary causes) yang lain. Sebenarnya sebab-sebab yang ditonjolkan oleh aliran
sekular tidaklah ditolak oleh aliran teologi. Namun semuanya itu hanya merupakan
sebab-sebab sampingan belaka, sedang yang menjadi sebab utamanya ialah Tuhan.
Pendeknya, penjelasan sejarah menurut aliran teologi adalah bersifat absolute,
berbanding dengan aliran sekular yang bersifat relatif atau berbeza dan berubah-ubah
dari semasa ke semasa.
Generalisasi dalam Sejarah
Menurut Suhartono W. Pranotogeneralisasi adalah usaha membuat kesimpulan
dengan mengumpulkan yang khusus untuk memperoleh yang umum.

Manakala

generalisasi menurut Ishak Saat (2010) merupakan suatu kesimpulan umum


berdasarkan sesuatu kejadian atau peristiwa. Generalisasi memperhatikan hal yang
khusus untuk kenyataan kebenaran secara umum.

Generalisasi dalam sejarah

bertujuan meningkatkan data sejarah yang begitu luas kepada satu bentuk yang mudah
difahami. Generalisasi adalah penting bagi sesebuah karya sejarah kerana generalisasi
akan menunjukkan sama ada seseorang sejarawan itu mampu atau tidak untuk
menyimpulkan fakta-faktanya agar menjadi suatu penyeluruhan yang konkrit serta
dapat diterima oleh pembaca.
Penggunaan generalisasi dalam sejarah menurut Gilbert J. Garraghan (1949)
adalah seperti berikut:
(i)

Generalisasi diterapkan secara khusus mengikut kehendak individu


hanya akan berlaku secara moral dalam bentuk kemungkinankemungkinan sahaja.

(ii)

Empat kaedah biasanya digunakan untuk membuat generalisasi iaitu


perbezaan, persamaan, variasi dan residu (bekas dan sisa).

(iii)

Penggunaan generalisasi secara tepat adalah untuk menginterpretasi


kejadian masa lalu.

Walau bagaimanapun generalisasi boleh juga

memberi gambaran tentang kejadian akan datang.

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


(iv)

Tidak perlu mencari keseragaman dan peraturan generalisasi dalam


sejarah. Ini kerana melalui generalisasi sejarah, hasil proses sejarah
dan peristiwa dapat dijelaskan secara sistematik.

(v)

Fakta individu sebagai asas generalisasi mesti diuji untuk mencari


kebenaran sebagaimana yang sebenarnya.

(vi)

Cetusan

kesimpulan

generalisasi

diambil

daripada

kemungkinan

peristiwa semasa yang sama dan peristiwa semasa yang berbeza.


(vii)

Penghapusan generalisasi dalam sejarah adalah berdasarkan sumber


yang terbatas atau kurang.

Louis Gottschalk pula telah mengkategorikan generalisasi kepada beberapa


bentuk untuk menilai peristiwa atau sumber sejarah iaitu:
(i)

The school of unique.

Sejarah dilihat sebagai peristiwa yang tidak

berulang dengan merujuk kepada tempat, masa dan individu yang


terlibat.
(ii)

School generalization basic of trend. Perbincangan sejarah dilihat dari


arah yang berlainan aspek interpretasi dan masa.

(iii)

School limited of generalization.

Melihat sejarah dengan cara

menggambarkannya.
(iv)

School of organization of camparison.


membuat perbandingan.

Mengkaji sejarah dengan

Sebagai contoh, membandingkan penulisan

karya sejarah seorang penulis dengan penulisan karya sejarah seorang


penulis yang lain.
(v)

Generalisasi untuk tujuan kawalan.

(vi)

The school of cosmic generalization.

Sejarah dilihat daripada aspek

kejadian alam berasal daripada idea Marxisme.

Aktiviti
Bincangkan sumber-sumber sejarah. Anda catatkan nota anda dalam
peta pokok (i-Think).

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

TAJUK 2

Sejarah Awal

Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai Zaman Air Batu, Zaman
Prasejarah, Kerajaan awal, Kesultanan Melayu Melaka

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:1.
2.
3.

Menjelaskan ciri-ciri zaman Air Batu, Zaman Prasejarah, Kerajaan Awal


dan Kesultanan Melayu melaka.
Menjelaskan perbezaan antara zaman dalam zaman Prasejarah
Menganalisis faktor pembangunan dan kejatuhan Kesultanan Melayu
Melaka

Aktiviti
Bincangkan ciri-ciri Zaman Air Batu. catatkan hasil perbincangan anda
dalam bentuk peta pemikiran (i-Think).
Sumber arkeologi menjelaskan bahawa Malaysia telah diduduki oleh manusia sejak
beribu-ribu tahun yang lalu. Sumber ini juga menjelaskan bahawa terdapat empat
zaman prasejarah iaitu:
(a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
(b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
(c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)
(d) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)
(a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
Berdasarkan rekod-rekod sejarah, zaman ini wujud kira-kira 35 000 tahun yang lalu.
Komunitinya tinggal dalam gua-gua. Kegiatan ekonomi mereka bersifat sara diri dan
hidup secara nomad. Contoh petempatan komuniti ini ialah di Gua Badak dan Kota
Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Tingkayu (Sabah).
(b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Berbanding dengan Zaman Paleolitik, zaman ini dianggarkan wujud sekitar 11000
tahun yang lalu. Komuniti zaman ini tertumpu di gua-gua batu kapur. Mereka sudah
mula mendiami kawasan sekitar sungai dan pinggir laut. Peralatan batu yang
digunakan dalam kehidupan seharian mereka lebih halus buatannya. Masih memburu
binatang dan mula bercucuk tanam. Kawasan petempatan mereka seperti di Gua Cha
(Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Gua Kepah (Kedah) dan Jenderam Hilir (Selangor).
(c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)

10

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Zaman ini wujud sekitar 5 000 tahun yang lalu. Komuniti zaman ini masih
menggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian.
Kegiatan utama mereka adalah memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam
dan menternak binatang. Mereka mula mengadakan hubungan dengan komuniti luar.

Contoh petempatan yang memperlihatkan zaman ini adalah seperti di Gua Gomantong
dan Gua Madai (Sabah), Gua Niah dan Gua Tengkorak (Sarawak).
(d) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)
Zaman ini dikatakan wujud sekitar kira-kira 2500 tahun yang lalu. Komuniti zaman ini
tidak lagi menggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka dalam kehidupan
seharian. Kehidupan komuniti zaman ini lebih teratur dan beradat. Contoh petempatan
zaman ini adalah di Sungai Lang dan Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk.
Kerajaan kerajaan Awal
Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuklah Tan-Tan, Kalasapura, Fo- Lo-An, ChiuChih, Lo-Yeh, Chih-Tu,Tun-Sun, Pan-Pan dan Hsia-Wai-Lu. Kerajaan-kerajaan
tersebut mempunyai nama dalam loghat bahasa China.
Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan


awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah
Melayu.
Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah,
Kalah Bar dan Kalagram.
Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua
juga disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5.
Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan
pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah
Bujang
Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan
seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh HinduBuddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi
yang terletak di Lembah Bujang.
Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat
penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat
membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab,
India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka
meneruskan perjalanan mereka ke Timur.
Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil
tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan
seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading,
damar, rotan, tanduk dan sebagainya.
Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi
juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana
dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan
semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861).
Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak
pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa
dari negara India dan barangan kaca dari Timur
Tengah.

11

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Kerajaan
Langkasuka

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-yashiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab)
dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di
kawasan
yang
dikenali
sebagai
Pattani
(dahulunya Kedah).
Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu
silam yang terletak di Semenanjung Malaysia
Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan
Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan
yang paling awal di Tanah Melayu.
Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan
pada kurun ke-2 masihi.
Legenda orang Melayu mendakwa bahawa
Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian
berpindah ke Pattani.
Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi
mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China
(500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu"
yang diasaskan pada kurun pertama masihi.
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam
tulisan-tulisan Melayu dan Jawa,
sementara tulisan-tulisan dari China pernah
menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau
Lang-chia-shu
Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan
hubungan dengan China.
Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta
dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi
Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri
naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada
kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan
Pattani
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu
ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan
Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini
boleh didapati melalui buku "The Naga King's
Daughter", terbitan Antara Books.

12

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Kerajaan Chih Tu

Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud


Tanah Merah, yang terletak di negeri Kelantan.
Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada
abad keenam Masihi.
Beliau ialah seorang raja yang berkuasa mutlak.
Beliau diketuai oleh tiga orang menteri yang
bertanggungjawab dalam pemerintahan dan
pentadbiran.
Sistem pemerintahan berjaya mengikut corak
pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima
pengaruh Hindu.

Aktiviti
Cuba fikirkan kerajaan-kerajaan awal yang lain. Catatkan jawapan anda dalam bentuk
peta bih (i-Think).
Kesultanan Melayu Melaka

Pengasasan Melaka
Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama (1293-1309) dan
pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri
Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki
Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau
menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi
Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala,
dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat
neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari
Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan
Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di
tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli
dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha.
Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia
Tenggara.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").
Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara
menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah
diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu
pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari
tempat perlindungan yang baru.

13

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada
tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang
tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal
kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.

Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana,


beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau
tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orangorang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor
pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya.
Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan
membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan
nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan
tempat itu "Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan
Parameswara membayar ufti kepada negara China pada tahun 1409 supaya
mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho,
beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540
orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri
Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang
terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka
merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada
negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan
menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat
menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat
of Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju
adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan
Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain
dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut
semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka,
berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu

Perkembangan Melaka
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja,
yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada
kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja
Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu
Syahid".
Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar
Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi
negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan
Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara
pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat
serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar.

14

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka
Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang
kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting
bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke
negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458
bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara
pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali
sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak
kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang
Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal
Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan
Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar
kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah
muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa
besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan
sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat
perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan
perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih
tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan
kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di
bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan
daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang,
Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan
nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai abang tua dalam perdagangan
dan agama, sentiasa berkirim salam dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka
sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis
serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16
Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan
Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi
juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat
dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan
juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat
lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka
adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi

15

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


asas kepada pegangan yang menjadi
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

nadi

menggerakan

seluruh

kegiatan

Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan
Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami
rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi
beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)
mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar
luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan
diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di
Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orangorang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri,
disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan
supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20
anak kapalnya ditahan.

16

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Perkembangan Negeri-negeri Di Tanah Melayu

Tajuk 3

Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai Negeri-Negeri Selat, NegeriNegeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu, Malayan
Union, Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
dan Pembentukan Malaysia.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:1.

2.
3.

Menceritakan perkembangan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu, negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malayan Union,
persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
dan Pembentukan Malaysia.
Menganalisis sebab-sebab kegagalan Malayan Union
Menganalisis sebab penentangan terhadap pembentukan Malaysia

Negeri-negeri Selat, 1826-1890


Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau Pinang
yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India telah
mengangkat Pulau Pinang menjadi Presidency ke-4 selepas Madras, Bombay dan
Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara.
Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residen yang
bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823,
semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan bukan dari
Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus
diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui
pertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan
Perjanjian Inggeris-Belanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan
India.

Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk menyatupadukan


ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan tujuan untuk
mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. Pernyataan ini kemudian dipanggil Negerinegeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi Presidency ke-4 dan Pulau Pinang
dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahanarahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat
dipindahkan ke Singapura.

Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke taraf
Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2 orang

17

SJH3116
NEGARA
Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang
dan MALAYSIA
Melaka. Tetapi
selepas KITA
tahun
1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat.

Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat


Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkan di
bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:

a.

1831-1851 ditadbir oleh Kerajaan Benggala

b.

1851-1858 diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor


Jeneral

c.

1858-1867 diserahkan kepada Pejabat India

Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India


ke Pejabat Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata
Wang dan cukai pelabuhan. Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada
masa itu terlibat dalam satu pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana
sepoi-sepoi India bangkit menentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelas
memperlihatkan kelemahan Pejabat India untuk memerintah India sendiri dan
membuktikan ketidakmampuan untuk mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh.
Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta Pejabat
Tanah Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-negeri
Selat daripada Pejabat India. Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI
telah dibubarkan dan kuasa pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di
London. Pada 10 Ogos 1866, Parlimen meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran
Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah Jajahan. Pada 1 April 1867, Akta
tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat
Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri Selat mencapai taraf Tanah
Jajahan Mahkota.

Sebab-sebab perpindahan
1.

Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat

Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah


timbul beberapa masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai
terutama golongan saudagar yang merupakan golongan terpenting. Mereka
menuduh Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan masalah dan memenuhi
keperluan mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuai menjalankan

18

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India dan
mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauh
daripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan
penting yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa
yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak
ada pegawai-pegawai India yang mengetahui benar-benar akan kedudukan
Negeri-negeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selat
mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun dari
segi sosial. Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India
sering-kali bertentangan dengan kehendak-kehendak atau tidak dapat
memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.
2.

Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat

a.

Masalah lanun

Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang
dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di
Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa
puak seperti Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka
tidak sahaja merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta
membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa
rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat.
Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina turut terlibat dalam peristiwa lanun.

b.

Mengawal kegiatan kongsi gelap

Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam
usahanya mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan
kongsi gelap cina, Kerajaan India menggunakan sistem indirect rule iaitu
memberi kebebasan kepada kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka.
Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-negeri Selat ditubuhkan berdasarkan
puak-puak, menyebabkan sering terjadi pergaduhan antara mereka yang
kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan. Keadaan ini semua
memberi kesan buruk kepada saudagar. Bagi golongan saudagar Negerinegeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat hendaklah dijalankan lebihlebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan Inggeris di
Negeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan
itu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi,
jika kegiatan lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita
hendak menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris
yang penting di bahagian timur tidak akan tercapai.

19

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

3.

Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat

Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan


pentadbiran Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya
merosot. Ini adalah kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi
bilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan kerja tambahan.
Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih
dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak
faham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka
menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawaipegawai ini juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak
terjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeru itu,
mereka mengamalkan rasuah. Kerajaan India juga tidak mengambil
tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di Negeri-negeri Selat.
Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga ketenteraman,
misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga
penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri
Selat juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam
yang terlatih dan kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta
mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat seorang hakim di
Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes
tertangguh.
4.

Ketiadaan perwakilan tempatan

Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih


wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan
pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di
majlis perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai
yang jahil mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal
tidak secocok dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan
sosioekonomi di Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India dan Britain.
Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawaipegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak puas hati dengan tindakan
Kerajaan India dan menuntut supaya sebuah majlis perundangan ditubuhkan dan
diwakili oleh wakil tempatan.
5.

Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat

Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India


ke Negeri-negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000
orang banduan telah dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah
keras oleh saudagar-saudagar yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka
20

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeri
Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan
Negeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing akan merasa
bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri
Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduanbanduan itu dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial
mereka.
6.

Dasar tidak campur tangan Kerajaan India

Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi


pendapat mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan
merugikan perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Mereka
inginkan Kerajaan India untuk campur tangan dan menamatkan keadaan
huru-hara di Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Mereka
mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan
untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan India
enggan berbuat demikian. Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar proSiam di mana dasar ini telah merugikan kegiatan perdagangan saudagar
British.
7.

Akta Mata Wang, 1855

Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini
menjadikan mata wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di
Negeri-negeri Selat bagi menggantikan mata wang ringgit perak dan sen.
Akibatnya, bantahan-bantahan telah timbul disebabkan saudagar-saudagar
telah biasa dengan penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilai
wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang ringgit.
Masalah ini menjadi kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati
golongan saudagar terhadap pentadbiran India. Akhirnya, Kerajaan India
terpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang rupee.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892
kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith
menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan
persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan
British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham
mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang
dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1
Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi
Gabenor Negeri-negeri Selat.

21

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Faktor-faktor penubuhan
1.

Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada


November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan
Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk
menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama
Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis
panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem
Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik.
Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku
ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan
cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam
pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri
tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn
Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri
sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank
Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan
kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat.
Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan
keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran.
Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan
menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan
persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.
2.

Menghadkan kuasa Residen

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak,


Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat,
mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran
dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa
Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam
menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai
institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang
yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen
sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa
Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negerinegeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana
mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.
3.
Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat
bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers
menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang
mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang
merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada
tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan

22

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir
tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun
1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin
runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan
dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran
kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah
British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di
Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British. Cadangan kedua
ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat
dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi
masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum
diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya
seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan
Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan
Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika
negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D.
Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari
Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia
bergabung.
4.

Keselamatan

A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri


Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak
pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan
persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai
kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga
keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam
laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek
keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
5.

Dasar British

Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri
kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan
persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan
Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British
dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New
Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya
Federation Decision of 1895 dan Jagjit Singh dalam bukunya Administration of the
Federation Malay States 1896-1920.

23

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri


Melayu. Negeri-negeri itu ialah:

Johor

Terengganu

Kelantan

Kedah

Perlis

Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi
hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu
berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan
akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904.
Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka
terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British
kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian
seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".
Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan
Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan
sebahagian daripada Malaysia

Pembentukan Perlembagaan Malayan Union


Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II merupakan
sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa
Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.

Rasional untuk pembentukan Malayan Union


Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah
Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah
Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan
sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph
Hone.Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk
Tanah Melayu selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua perbincangan
24

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan
Melaka menjadi Malayan Uniondiusulkan , sedangkan Singapura dikekalkan
sebagai tanah jajahan yang berasingan.
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah
jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang
Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan
rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniagapeniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan
kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan
dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpinpemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai
sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.Namun
begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura kedalam
Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura,
kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai lagi faktor
yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk
mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama
untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk
menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu
kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada
14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia
berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain
'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu
mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri
Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British.
Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh
penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa
pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan
melalui pembentukan Malayan Union.
Butiran utama Malayan Union
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi
tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan
Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam
bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat
Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah
melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union.
Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu,
kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultansultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya
Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan
hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan
kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal
semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa
berbanding sebelum pendudukan Jepun.
25

SJH3116undang-undang
MALAYSIA NEGARA
Skim Malayan Union juga mencadangkan
baru KITA
yang
memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurangkurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua
warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang
sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali,
kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi
kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.
Peringkat memperkenalkan Malayan Union
Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent,
Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama
kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo
juga dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian
dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak
kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan
yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir
Harold MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan
tandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang
yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah
Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah
mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal
pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah
Melayu.Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling
sesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja
Melayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untuk
mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya mengambil masa
selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah
Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan
pada masa itu. Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani
pendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran
untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti
yang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu
untuk menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa
untuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan
yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan
dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa
Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah
memeterai perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun,
sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syaratsyarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe
baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union
untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga
bimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah
semua perjanjian terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan
Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka
ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk memerintah dihapuskan.

26

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan
rancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari
1946.berserta Kertas Putih satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan
undang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan
kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.

Gerak balas daripada kaum Melayu


Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya
bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini
telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti
Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan
yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin
Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah
Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan
membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi
persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak
meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai
Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank
Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence
Guillemard. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk
merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha
menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan.
Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan
yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja daripada penduduk Tanah
Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.

Orang-orang Melayu Menentang Penubuhan Malayan Union

Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan
Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini
mengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara
27

MALAYSIA
NEGARA
KITA
yang digunakan oleh MacMichael untukSJH3116
memperoleh
tandatangan
bagindabaginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan
Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke London
untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut
pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas
penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan
bantahan Melayu terhadap Malayan Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu.
Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak
British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk
merdeka yang bertiup kencang dari tanah seberang (Indonesia). Di atas
kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk
menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan
melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak
bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri
Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk
menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah
Melayu sebelumnya.
Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu
turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk
menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima
tekanan yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan
Union mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi
masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi
yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di mana
sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan
slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan
Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada akhir
lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang
positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin
bahawa Malayan Union akan berkubur.
Persekutuan Tanah Melayu, 1948

Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah


Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu
dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka. Perjanjian Persekutuan
telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember
1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang
dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari
1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini
ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil
Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana
ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam
sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga
telah dikembalikan.

28

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang
mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis
Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang
ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi. Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula
mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50
orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua
kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri
Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi. Majlis RajaRaja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar
imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri
dalam Persekutuan.
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi
melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan
kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi
warganegara;
1. Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
2. Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal
dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-mencrus.
3. Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di
Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
4. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu
serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
5. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua
ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.
Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi
warganegara sekiranya;
1. dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun
daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat
dan
2. Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia
membuat permohonan.
Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon
mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak
menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa
Inggeris dengan baik.
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan
kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja
Melayu di negeri masing-masing.

29

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM
Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah
luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian
Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan
diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.
Penubuhan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah menimbulkan tentangan
yang semakin menghangatkan lagi perkembangan politik di Tanah Melayu. Terdapat
usaha-usaha yang dilakukan di beberapa buah negeri di Semenanjung yang hendak
membebaskan dirinya dariapad Persekutuan Tanah Melayu. Antara gerakan
pemisahan yang pernah berlaku ialah Pulau Pinang I (1948-1949), Pulau Pinang II
(1953-1957), Johor dan Kelantan (1955-1956). Gerakan pemisahan Pulau Pinang dan
Johor mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mengikut jejak Singapura dan
berada terus di bawah pentadbiran British. Manakala gerakan pemisahan di Kelantan
bertujuan untuk memulihkan keagungan agama Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat
Melayu (Kassim Thukiman, 2002).

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan


Beberapa langkah telah diambil oleh pihak berkuasa di Tanah Melayu untuk
memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu antaranya ialah memperkenalkan Sistem
Ahli. Sistem ini telah dijalankan pada 1 Februari 1951. Sistem Ahli ialah satu sistem
mini-cabinet dengan ahli-ahlinya bersifat Menteri. Mereka mengetuai beberapa
jabatan yang diletakkan di bawah tanggungjawab mereka. Antara mereka yang dilantik
memegang potfolio tertentu adalah seperti di bawah,

Dato Onn Jaafar

Jabatan Ahli Dalam Negeri


Jabatan Ahli Ekonomi

O.A. Spencer

Jabatan Ahli Pertanian &Hutan

Tunku Yaakob Sultan Abdul Hamid

Jabatan Ahli Kesihatan

DR.Lee Tiang Keng

Jabatan Ahli Pelajaran

E.E.C. Thuraisingam

Jabatan Ahli Perindustrian

J.D.Hodgkinson

Jabatan Ahli Tanah,


Perlombongan & Perhubungan

Dato Mahmud Mat

Jabatan Ahli Perumahan dan


Kerjaraya

J.D. Mead

30

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Pihak British juga telah memulakan proses pilihanraya di Persekutuan Tanah Melayu.
Peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam Perjanjian
Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Persekutuan Tanah Melayu
pada suatu masa yang sesuai. Seorang sejarawan tempatan menyatakan kemahuan
untuk mengadakan pilihanraya ini bukan dimulakan dan didesak semata-mata oleh
Konvensyen Kebangsaan Perikatan UMNO-MCA. Ia adalah kesedaran semua pihak
orang Melayu yang telah terlibat dalam gerakan nasionalisme, politik dan pentadbiran
Persekutuan Tanah Melayu. Semasa berucap merasmikan pembukaan Konvensyen
Kebangsaan ini, Tunku Abdul Rahman telah meminta pihak British mengadakan
pilihanraya peringkat Persekutuan. Menurut Tunku Abdul Rahman,

The people feel that it is time that they are given bigger roles to
play in the political affairs of the country I feel that
independence of Malaya can only be brought about by
constitutional changes and such constitutional changes can only
be affected by a change in the Federal Legislature. There is no
option left for us but to demand for an early election.

Pilihanraya pertama di Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada peringkat bandaran.


Buat permulaannya pilihanraya Majlis Bandaran Pulau Pinang telah diadakan pada 1
Disember 1951. Dalam pilihanraya ini parti UMNO, Parti Radikal Pulau Pinang dan
Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding. Parti Radikal Pulau Pinang telah
memenangi enam daripada sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pilihanraya
peringkat Majlis Bandaran berikutnya diadakan pada peringkat Majlis Bandaran Kuala
Lumpur. Pada peringkat ini UMNO telah membentuk Perikatan dengan MCA.
Keputusan pilihanraya ini memihak kepada Perikatan UMNO-MCA, di mana Perikatan
UMNO-MCA telah memenangi sembilan kerusi daripada dua belas buah kerusi, dua
kerusi dimenangi oleh IMP dan satu kerusi dimenangi calon bebas.

Penyelia pilihanraya T.E Smith telah mengumumkan penamaan calon bagi pilihanraya
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ini akan diadakan pada 15 Jun 1955,
manakala pengundian telah ditetapkan pada 27 Julai 1955. Proses pendaftaran
pengundi telah dimulakan sejak 18 Ogos 1954 di seluruh Persekutuan Tanah Melayu
kecuali bagi Terengganu di mana pendaftaran hanya bermula pada 28 Oktober 1954.
Pada pilihanraya ini telah ditetapkan pengundi mestilah berumur 21 tahun ke atas,
bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu lebih enam tahun.

Calon yang bertanding pula seramai 159 orang, merebut 52 kerusi. Terdapat seorang
calon wanita iaitu Cik Halimaton Abdul Majid yang bertanding di kawasan Ulu Selangor.
Beberapa buah parti dan calon bebas telah bertanding dalam pilihanraya ini.
Pilihanraya ini telah menjadi latihan kepada anak-anak tempatan untuk menimba
pengalaman dan mengamalkan demokrasi.

31

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


PARTI YANG BERTANDING DALAM
PILIHANRAYA 1955

Nama Parti

Melayu Cina

India

Jumlah

Perikatan

35

15

52

Parti Negara

29

30

Parti Islam Sa
Tanah
Melayu(PAS)

11

11

Parti Kebangsaan
Perak

Parti Buruh

Liga Melayu Perak

Parti Progresif
Perak

Calon Bebas

16

18

Jumlah

103

20

129

Sumber : Smith, Report on the First Election of Members


to the Legislative Council of the Federation of Malaya,
1958:18

32

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Agihan kerusi mengikut negeri adalah seperti berikut menurut laporan T.E.
Smith, 1958. Report on the First Election of Members to the Legislative Council
of the Federation of Malaya. Kuala Lumpur: Government Press.

Perak
Johor
Selangor
Kedah
Kelantan
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
Pahang
Terengganu
Melaka

10 Kerusi
8 Kerusi
7 Kerusi
6 Kerusi
5 Kerusi
4 Kerusi
3 Kerusi
3 Kerusi
3 Kerusi
2 Kerusi

Perlis

1 Kerus

Keputusan pilihanraya tahun 1955 adalah seperti berikut,


KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1955

Nama Parti

Calon

Menan
g

Jumlah
Undi

Peratusa
n

Perikatan

52

51

818013

79.6

Parti Negara

33

78909

7.6

PAS

11

40667

3.9

Parti
Kebangsaan
Perak

20996

2.0

Liga Melayu
Perak

5433

0.5

Parti Progresif
Perak

1081

0.1

Parti Buruh

4786

0.4

Bebas

18

31642

3.0

Sumber : Smith, Report on the First Election of Members


to the Legislative Council of the Federation of Malaya
1958:18

33

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Pada bulan September 1955, Perikatan telah menghantar satu rombongan
kemerdekaan ke London dengan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Beberapa siri
perundingan dan persidangan telah diadakan di antara perwakilan Persekutuan Tanah
Melayu dengan pihak British. Hasil daripada perundingan ini, satu suruhanjaya
perlembagaan dibentuk untuk merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu merdeka berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut,

i. Supaya kerajaan pusat itu kuat dan berkuasa ke atas kerajaan


negeri.
ii.Kedudukan Raja-raja Melayu.
iii.Mengadakan seorang Ketua Negara yang dipilih daripada Rajaraja Melayu.
iii.Satu rupa bangsa bagi seluruh Tanah Melayu.
iv.Kedudukan Istimewa orang Melayu.
Suruhanjaya Perlembagaan ini merupakan sebuah badan bebas yang diketuai oleh
Lord Reid, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perlembagaan. Anggota-anggotanya ialah
Sir Ivor Jenning dari United Kingdom, Sir William Mackell dari Australia, Sir B. Malik
dari India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya ini dilantik atas nama
Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Yang Maha Mulia Raja-raja. Tugas suruhanjaya
ini ialah,

Bagi memeriksa aturan2 perlembagaan yang ada di-seluroh


Persekutuan Tanah Melayu dengan mengambil perhatian tentang
kedodukan dan marwah Yang Maha Mulia baginda Queen dan Duli
Yang Maha Mulia Raja-raja dan membuat shor bagi satu bentuk
perlembagaan federal bagi seluroh negeri ini sebagai kesatuan yang
merdeka, memerentah sendiri dalam Commonwealth yang diasaskan atas democracy berparliament dengan dua majlis
undangan

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari
1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja
diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti
yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi
British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai
laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah
diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan.
Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.

34

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf
perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan.
Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan
Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan
meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa
pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu
selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda
dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi
Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.
Cadangan Suruhanjaya Reid
Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu
yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri
masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang
dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang
Dipertua (berperanan seperti Gabenor).
Corak pemerintah telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan
ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan
mengawal pentadbiran kerajaan.
Pindaan laporan Suruhanjaya Reid
Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan
berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina
dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri.
Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan
bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah
diterima.
Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam
tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh
orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah
Melayu untuk bebas menganut agama sendiri.
Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa
orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang
Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini
ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari
semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa
syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan
terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya
tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

Akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.

35

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu oleh


Tunku Abdul Rahman

Penubuhan Malaysia 1963


Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangannya tentang gagasan
Malaysia pada ucapan bersejarahnya di Kelab Wartawan di Singapura. Menurutnya,

Sebagai satu bangsa, Malaya hari ini sedar bahawa tidak dapat berdiri
sendiri. Di luar bidang politik antarabangsa, maka politik kebangsaan kita
hendaklah berdasarkan pada konsep yang luas. Lambat laun Malaya akan
mencari persefahaman dengan British dan dengan rakyat-rakyat di wilayah
Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.

(Nik Anuar Nik Mahmud, 2000)

Terdapat beberapa sebab cadang penubuhan Malaysia ini dikemukakan oleh Tunku
Abdul Rahman, antaranya ialah:

a. Ancaman komunis
Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti
Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan
kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua
pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan
pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura. Perkembangan
pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura
membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan

36

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian,
Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya
menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura
bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat.
Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam
ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku
menyatakan:
While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of
open action by the Communists, which might endanger the peace, and
security of the Federation, but an independent Singapore, anything could
happen
(Mohd Noor Abdullah, 1979)

b. Seimbangkan Kaum
Penubuhan Malaysia dapat membentuk keseimbangan kaum.
Pencantuman Singapura sahaja dengan Tanah Melayu akan
mengancam kedudukan orang Melayu dari segi bilangan penduduk.
Sabah, Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam Malaysia bagi
memastikan keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan
bumiputera.

Komposisi Penduduk Berdasarkan Etnik 1962


Wilayah

Melayu

Cina

Lain-Lain

Jumlah

& Bumiputera
Tanah
Melayu &
Singapura

3, 322, 534

3, 424, 351

977, 802

7, 724,
687

Borneo

872, 853

355, 491

54, 383

1, 282,
827

Jumlah

4, 195, 387

3, 779, 842

1, 032, 185

(46.6%)

(41.9%)

(11.5%)

9, 007,
414
(100%)

Sumber : Ongkili, J.P., 1985:154.

37

c. Mempercepatkan kemerdekaanSJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Pembentukan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak serta
Singapura memperolehi kemerdekaan lebih awal. Usaha ini seiring
dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di
seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain,
resolusi itu menegaskan:

Convinced that all peoples have as inalienable right to complete


freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the
national territory Declares that all peoples have the right to selfdetermination, by virtue of that right, they freely determine their political
status and freely pursue their economic, social and cultural
development
(Mohd Noor Abdullah, 1979)

Untuk merealisasikan penubuhan Malaysia satu Jawatankuasa Perundingan


Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada Julai 1961 di Singapura.
Jawatankuasa ini telah mencapai beberapa keputusan. Antaranya ialah;

i.Sebuah jawatankuasa akan dibentuk untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah


dan Sarawak berhubung pembentukan Malaysia.

ii.Perlembagaan Malaysia yang akan dibentuk hendaklah berasaskan Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957.

iii.Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi Malaysia.

iv.Kedudukan istimewa bumiputera Sabah Sarawak dikekalkan.

Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk meninjau reaksi rakyat Sabah dan
Sarawak. Mengikut laporan Cobbold, hampir semua penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong pembentukan Malaysia. Selepas persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak
diperolehi, satu jawatankuasa merangka perlembagaan yang menyentuh kedudukan
Sabah dan Sarawak dibentuk. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuh bertujuan
mengkaji peruntukan perlembagaan yang berkaitan dengan penyertaan Sabah dan
Sarawak ke dalam Malaysia. Jawatankuasa ini telah mengesyorkan,

38

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


i.Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Malaysia dengan pengecualian kepada
Sabah dan Sarawak.
ii.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia tetapi bahasa Inggeris
digunakan sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak.
iii.Sistem pendidikan dikekalkan dibawah bidang kuasa pusat kecuali bagi Sabah dan
Sarawak.
Bagi penduduk Singapura pula satu referendum telah diadakan untuk mendapat
pandangan penduduk Singapura. Sebanyak 71.1% penduduk Singapura menyokong
penubuhan Malaysia.
Cadangan Tunku Abdul Rahman telah disokong oleh pihak British. Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan kerajaan British terpaksa menerima konsep
Malaysia kerana kalau tidak mereka akan menghadapi satu keadaan seperti Irian
Barat. British sedar demi kepentingan ekonomi, tentera dan politik mereka pada jangka
panjang adalah lebih baik mereka berundur secara teratur sementara masih berkuasa
daripada disingkirkan secara paksa sebagaimana berlaku ke atas Belanda di Irian
Barat.
Cadangan Tunku ini telah menimbulkan reaksi positif daripada pihak Singapura tetapi
negatif dari negara Indonesia. Lee Kuan Yew sepertimana dilaporkan oleh berita harian
pada 4.6.1961 menyatakan sokonganya terhadap Malaysia kerana matlamat Singapura
ialah merdeka dengan Malaya. Singapura menyokong hanya dengan tujuan
memperolehi kemerdekaan. Apabila kemerdekaan diperolehi, Singapura kemudiannya
sanggup menimbulkan beberapa isu dan akhirnay dipisahkan daripada Malaysia.
Bagi Indonesia pula reaksi pertama datangnya daripada Jawatankuasa Pusat Parti
Komunis Indonesia. Jawatankuasa ini menyifatkan Malaysia sebagai neokolonial. Pada
peringkat awalnya pemerintah Indonesia tidak memandang serius cadangan ini malah
dalam beberapa kenyataan oleh Menteri Luarnya, Dr. Subandrio seolah-olah
menggambarkan pihak pemerintah Indonesia merestui penubuhan Malaysia. Dalam
satu surat yang di hantar kepada New York Times bertarikh 13 November 1961, Dr.
Subandrio mengatakan,

As an example of our honesty of expansionist intent, one fourth of the


island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great
Britain, is now becoming the target of the Malayan Government for a
merger. Of course, the people there are ethnologically and geographically
very close to the others living in the Indonesian territory. Still, we do not
show any objection towards this Malayan policy of merger. On the
contrary, we wish the Malayan Government well if it can succeed with this
plan.

39

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Malah dalam satu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada
20 November 1961 sekali lagi Dr. Subandrio menegaskan Indonesia tidak akan
menentang penubuhan Malaysia. Menurut Dr. Subandrio,

We are not only disclaiming the territories outside the former Netherlands East
Indies, though they are of the same island, butmore than thatwhen Malaya
told of her intentions to merge with the three (sic) British Crown Colonies of
Sarawak, Brunei and British North Borneo as one Federation, we told them that
we had no objections and that we wished them success with this merger so that
everyone might live in peace and freedom.

Akan tetapi apabila tercetusnya pemberontakan Brunei. Pemerintah Indonesia secara


rasmi menganggap cadangan Malaysia bertentangan dengan hasrat rakyat Kalimantan
Utara. Indonesia menunjukkan simpati mereka dan menyokong pemberontakan itu.
Kenyataan simpati Presiden Sukarno ini dilaporkan oleh akhbar The Straits Times.
Menurut akhbar ini, Sukarno berkata,
we will continue our against colonialism and imperialism in all their forms,
openly and secretly as well. We express Indonesias sympathy to struggle of the
people of North Kalimantan (Borneo ).
Straits Times, 22 December 1962.
Sukarno menganggap gagasan Malaysia sebenarnya bertujuan menyelamatkan
ekonomi British. Menurut Sukarno,

mengapa kita anti Malaysia, kita tidak mahu penjelmaan neokolonialism di


sekitar kita yang bererti mengepong Indonesia. Malaysia penjelmaan
neokolonialism. Malaysia untuk menyelamat timah, getah dan minyak untuk
kaum imperialis.
Berita Harian, 15.2.1963.
Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana ia mempunyai rancangan untuk
menggabungkan wilayah-wilayah di Nusantara ini di dalam satu persekutuan yang
besar yang dikenali sebagai Indonesia Raya. Konsep ini pernah disuarakan oleh
Profesor Mohd Yamin, Penasihat Soekarno selepas Indonesia merdeka dari tangan
Jepun. Profesor Mohd Yamin mencadangkan Indonesia Raya pada peringkat awalnya
menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dan Indonesia dan kemudiannya akan
berkembang membentuk rangkaian yang lebih besar apabila Burma, Thailand,
Vietnam, Filipina dan Pulau-pulau lain bergabung dalam Indonesia Raya. Hajat
Indonesia ini bukan suatu yang disengajakan tetapi memang telah dirancang oleh

40

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


beberapa pemimpin Inodenesia. Dalam perbincangan Badan Penyelidik Usaha
Persiapan Kemerdekaan Indonesia (Investigating Committee for Preparation of
Indonesias Independence) ada disebut tentang kawasan Indonesia merdeka. Antara
lainnya disebut dan dibincangkan kedudukan Malaya dalam Indonesia. Mohd Yamin
menyebut,

In fact, I have on one occasion in my dream of a Pan-Indonesia, which will


include not only Malaya and Papua (New Guinea) but also the Philippines.
There was a stage in my life when I kept dreaming of a Pan-IndonesiaI
have scores of letters and telegrams which have come from Malaya asking
that Malaya be included in Indonesia Day before yesterday three young
men from Syonanto (Singapore) came to see me conveying a request from
the youth of Malaya that Malaya be included in Indonesia. One of the
well-known leaders from Malaya, Lt-Colonel Abdullah Ibrahim, conveyed
the request that Malaya be incorporated in Indonesian territory. Apart
from that I myself am convinced that the people of Malaya feel themselves
as Indonesian, belonging to Indonesia and as one of us.
P/PEN 3/103, Background To Indonesias Policy Towards Malaysia 1964.

Kenyataan Mohd Yamin ini menggambarkan pihak Indonesia memang mengimpikan


Malaya menjadi sebahagian daripada Indonesia. Impian ini menjadi lebih kukuh apabila
ada kalangan rakyat Malaya yang mahukan Malaya berada di dalam Indonesia. Malah
ada rakyat Malaya yang menganggap mereka merupakan sebahagian daripada rakyat
Indonesia. Itulah impian Indonesia, jadi apabila Tunku mencadangkan pembentukan
Malaysia menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, ia telah
memusnahkan impian Indonesia sejak sekian lama.
Indonesia juga dikatakan menentang gagasan ini kerana Tunku Abdul Rahman tidak
berbincang terlebih dahulu dengan Indonesia untuk menubuhkan Malaysia. Indonesia
berkecil hati kerana ia adalah sebuah negara jiran yang besar. Tunku Abdul Rahman
telah menafikan dakwaan Indonesia kononnya beliau tidak berbincang dengan
Indonesia ketika mengemukakan gagasan ini. Kata Tunku Abdul Rahman,
saya telah menulis surat kepada Soekarno mengenai projek Malaysia dan
beliau tidak menentangnya, mungkin tidak terlintas pada fikirannya bahawa
projek saya akan berhasil dan kerana itu dia meminta Subandrio menulis surat
kepada New York Times dan membuat satu ucapan di Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kita adalah sebuah negara yang berdaulat dan tidak boleh berbuat lebih
daripada itu kerana pada pokoknya perkara itu ialah perkara di antara pihak
kita, British dan rakyat di negeri berkenaan. Saya tidak menentang Soekarno
mengambil balik Irian Barat. Sebaliknya saya cuba menolongnya mendapatkan
wilayah itu.

41

SJH3116 MALAYSIA
KITA
BeritaNEGARA
Harian, 13.7.1963.

Dalam satu kenyataan yang lain Menteri Luar Indonesia menyatakan Indonesia akan
tetap membalas segala kenyataan yang dibuat oleh pihak Tanah Melayu. Dr.
Subandrio menyatakan,

Indonesia akan secara aktif membalas pertanyaan-pertanyaan dari


pemimpin-pemimpin Malaya yang memusuhi kami dan tidak akan tinggal diam
seperti masa laluDia (Tunku Abdul Rahman) menyangka sebagai Perdana
Menteri dia bebas secara terang-terang mencaci negara lainMalangnya
Malaya juga telah menyerahkan dirinya untuk menjadi alat kolonialism dan
penjajahan. Itulah sebabnya kita terpaksa menjalankan dasar konfrontasi ini
tanpa peperangan.

Berita Harian, 26.1.1963

Indonesia menganggap punca perbalahan ini datangnya dari Malaysia dan konfrontasi
tidak dapat dielakkan lagi. Indonesia telah memperkuatkan angkatan tenteranya untuk
menghadapi Malaysia. Akhbar The Straits Times melaporkan pada 16 Julai 1963,
tentera laut Indonesia telah menubuhkan satu unit khas, Armada Siaga sebagai
persediaan menghadapi Malaysia. Selain memperkuatkan angkatan tenteranya, pihak
pemerintah Indonesia juga telah menjalankan beberapa tindakan agresif sepanjang
tempoh konfrontasi ini. Pihak pemerintah Indonesia telah menjalankan perang psikologi
dan perang ideologi terhadap Malaysia. Malah Indonesia juga telah melancarkan
konfrontasi ekonomi. Polisi ini menurut Muhammad Ghazali Shafie,
This policy is a avowedly designed to destroy Indonesias dependence on
Singapore as the commercial heart of Southeast Asia. The reasoning behind this
policy also includes the attempt to promote industrial unrest and thereby to ignite
a political explosion which could destroy Malaysia from within.

Negara Filipina juga menentang penubuhan Malaysia. Filipinan menentang kerana


menuntut haknya ke atas Borneo Utara. Tuntutan ini jelas apabila Dewan Perwakilan
Filipina yang bersidang pada 24 April 1962 meluluskan resolusi yang dikenali sebagai
Resolusi Ramos member kuasa kepada Presiden Filipina untuk mengambil langkah
bagi memperolehi kembali Borneo Utara mengikut lunas-lunas undang-undang (Nik
Anuar, 2000).
Tentangan-tentangan daripada Negara-negara jiran ini menuntut beberapa tindakan
memperbaiki hubungan diadakan. Pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963, Sidang
kemuncak telah diadakan di Manila diantara Perdana Menteri Persekutuan Tanah
melayu, Tunku Abdul Rahman, Presiden Filipina, Diosdado Macapagal dan Presiden

42

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Indonesi, Sukarno. Hasil daripada Sidang Kemuncak ini MAPHILINDO ditubuhkan.
MAPHILINDO dianggap sebagai penyatuan rumpun Melayu dan antara tujuannya ialah
untuk menyelesaikan masalah penentang Indonesia dan Filipina berhubungan gagasan
penubuhan Malaysia. Apabila Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963,
Indonesia dan Filipina melancarkan penentangan terhadap Malaysia secara terbuka.
Dengan itu MAPHILINDO telah dibubarkan. Konfrontasi Indonesia hanya tamat apabila
jeneral Suharto mengambil alih pemerintahan Indonesia. Perjanjian perdamaian antara
Malaysia dan Indonesia telah diadakan antara kedua buah Negara ini pada Ogos 1966.
Walaupun menerima tentangan namun Malaysia Berjaya dibentuk pada 16 September
1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun
begitu pada 9 Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Malaysia.

43

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Tajuk 4

Masyarakat Malaysia

Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai Pelbagai etnik dan kaum.
Agama dan Kepercayaan, Kebudayaan dan Kesenian, Institusi Raja
Dan Proses Perpaduan.
.

Aktiviti
Dalam kumpulan anda, bincangkan beberapa etnik dan kaum yang
terdapat di negara ini. Anda juga perlu menganalisis bentuk-bentuk
kepercayaan dan agama yang dianuti serta kebudayaan dan kesenian
oleh setiap etnik ini. Terjemahan perbincangkan anda dalam mana-mana
peta pemikiran (i-Think) yang sesuai.

Institusi Raja

Yang Di Pertuan Agong

Ketua Negara, Raja Berperlembagaan


Ketua Agama Islam Negeri Baginda, WP, Sabah,
Sarawak, Melaka dan PP
YDPA lambang kedaulatan dan perpaduan
Kedudukan mengatasi semua orang dalam Persekutuan
Kuasa eksekutif negara
Hanya boleh didakwa di mahkamah khas atas sifat
peribadinya
Menyandang jawatan selama 5 tahun dan dibantu oleh
Timbalan YDPA

44

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

MAJLIS RAJA-RAJA

Suatu pihak berkuasa Persekutuan


Badan tanpa kuasa perundangan
Badan penting dalam membentuk
hubungan rapat antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Tugas MRR

Memilih dan memecat YDPA dan TYDPA


Mempertimbangkan soal-soal dasar negara
Mempersetujui atau tidak hal ehwal agama
Islam dan amalan adat istiadat orang Melayu
Menyatakan persetujuan atau tidak berkaitan
sebarang pindaan Perlembagaan
Memberi pandangan berkaitan dasar hak
keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera

Proses Perpaduan

Kesedaran daripada Peristiwa 13 Mei


Kemajuan ekonomi mesti disertai dengan
kestabilan politik
Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
perlu seimbang, jika tidak boleh timbulkan
konflik
Keseimbangan memerlukan:
Agihan kekayaan ekonomi secara saksama
Perkongsian kuasa pemerintahan

45

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei


Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa
Langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk
eratkan perpaduan nasional dan keharmonian
antara kaum.
Perpaduan nasional tidak akan tercapai jika
sebilangan besar rakyat adalah miskin.
Setiap rakyat haruslah hormati satu sama
lain.

Usaha-usaha kerajaan untuk


memupuk perpaduan nasional
Penubuhan JPNIN (1969) untuk
Memupuk perpaduan dan keharmonian kaum
Mantapkan integrasi nasional antara semua
negeri, terutamanya antara Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.

46

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Tajuk 5

Simbol-simbol Negara

Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai Rukun Negara, Bunga
Kebangsaan, Jata Negara, Bendera kebangsaan dan Lagu Kebangsaan

Rukun Negara
Diperkenal 31 Ogos 1970
Bertujuan untuk membentuk jati diri rakyat
Malaysia
Prinsip-prinsip:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

47

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang


terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala
bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok
Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok
Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian
dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam
bahagian tengah itu, warnawarna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan
kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning
warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu
yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negerinegeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan,
Bersekutu Bertambah Mutu ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan
Jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duliduli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: ) dikenali sebagai Jalur Gemilang,


mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan
jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan
persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan
Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke
bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi
Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk di bawah Perlembagaan Negara
Malaysia). [1] Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

48

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


Lagu Kebangsaan
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta
Negaraku (Jawi: ) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal
daripada Pulau Mah di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan
Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan
Seychelles, kerana di dakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu
ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780- 1857) ini, kemudiannya
telah diberikan seni kata baru dan dinamakan Allah Lanjutkan Usia Sultan seterusnya
dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Lagu rasmi negeri Perak Allah
Lanjutkan Usia Sultan ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan
Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Digunakan untuk urusan rasmi oleh
seluruh rakyat Malaysia terutamanya di sektor awam.

49

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu [1] (Hibiscus
rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus
yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan
Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk
mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada
akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga
untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga
Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka
dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah
diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah
Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan
Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

50

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Tajuk 6

Peranan patriotisme rakyat Malaysia

Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai Peranan Malaysia dan
Peranan jati diri dan patriotisme rakyat Malaysia

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Lambang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

51

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


1.PBB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan untuk menjamin
keamanan dan keselamatan dunia, memupuk kerjasama antarabangsa dan melindungi
hak asasi manusia tanpa mengira kaum dan agama. Ditubuhkan pada Oktober 1945.
Ibu pejabat PBB di San Francisco, Amerika Syarikat (kini di New York). Sehingga
Oktober 1991, 166 buah negara menganggotai PBB. Malaysia menyertai PBB pada 17
September 1957.
2.Struktur PBB adalah seperti berikut,
i.Perhimpunan Agung
a. Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan
bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak
sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang
antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini
ii.Majlis keselamatan
a. Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia
bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negaranegara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada
kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk
memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan
PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap
bulan
iii.Majlis Ekonomi dan Sosial
a. Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk
mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa.
ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga
tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa
menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang
merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan
Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi
sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan
yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF).
b.ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain,
termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat
cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk
memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari
PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat
iv.Majlis Peramanahan

52

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


a. Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa
wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan
penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua
wilayah amanah ini kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa
ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir
Perang Dunia II telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik
sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang
merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada
Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1
November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang
rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005,
Setiausaha Agung Ban Ki-moon mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya
penghapusan Majlis Peramanahan.
v.Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
a. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai
"Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia
ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.
b.Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah
Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah
Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan
bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.
c.Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang
diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan
undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang
diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi
terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak
tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada
tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.
vi.Sekretariat
a. Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan
kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya
dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung
seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.

53

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB.


b.Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh
badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang
diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial,
dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu
menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan,
mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan
keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya
terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB
3.Ketua pentadbir PBB ialah Setiausaha Agung. PBB juga mempunyai beberapa
agensinya seperti FAO, World Bank, ILO, IMF, UNCTAD, WHO, UNICEF dan
UNESCO.

4.Peranan Malaysia dalam PBB, antaranya ialah,

i.Bersama Ireland mengutuk China kerana mencabul hak asasi penduduk Tibet (1959).
ii.menyertai pasukan pengaman di Congo, Zaire. (1960),
iii.Mengawal genjatan senjata di antara Iran-Iraq (1988).
iv.Menyertai ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965 dan 1989-1990.
v.Tunku Abdul Rahman membangkitkan soal Apartheid yang diamalkan di Afrika
Selatan.
vi.Membangkitkan isu Antartika.
vii. Memperjuangkan hak asasi Palestin untuk mendapatkans emula tanah air mereka.
viii.Menganjur Persidangan Antarabangsa mengenai Palestin di bawah PBB.
ix.Menjadi ahli dalam WHO. UNICEF dan UNESCO.
x.Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Persidangan Dadah di Austria (1987).

54

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


xi.Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Yang Dipertua Pertubuhan Pendidikan, Saisn dan
Kebudayaan pada tahun 1989.
xii. Malaysia menghantar tentera menganggotai UNTAC (United Nations Transitional
Authority in Combodia)

Lambang Pertubuhan Persidangan Islam

1.OIC ditubuhkan pada Mei 1971. OIC beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi. Ia
dianggotai negara-megara Islam. Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung
OIC yang pertama.
2.Tujuan OIC diwujudkan ialah,
i.Mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara negara-negara Islam.
ii.Menyelesaikan persengketaan antara negara-negara Islam.
iii.Menghapuskan semua penindasan dan penjajahan.
iv.Mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan kemasyarakatan umat Islam.

3.Peranan Malaysia dalam OIC antara lainnya ialah,


i.berusaha bersama-sama dengan anggota OIC untuk mencapai penyelesaian dalam
peperangan Iran-Iraq.
ii.Berjaya memulhkan hubungan Mesir dengan negara-negara Arab yang lain selepas
Mesir dipulaukan kerana mengadakan hubungan dengan Israel.
iii.Berperanan aktif dalam Bank Pembangunan Islam.

55

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


iv.Memberi bantuan dalam bidang ekonomi kepada Mali dan Maldives.
v.Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dengan kerjasama dariapad beberapa
buah negara Islam.
vi.Memberi biasisiwa kepada pelajar-pelajar dari negara Islam lain bagi membolehkan
mereka menuntut di UIA. Antaranya dari negara Bangladesh, Sri Lanka, Nigeria dan
Gambia.

Komanwel
1.Komanwel merupakan pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh
Britain. Komanwel mempunyai keahlian 49 buah negara. Malaysia menganggotai
Komanwel pada tahun 1957.

Negara-negara Anggota Komenwel

Bendera Komenwel

56

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


2.Peranan Malaysia dalam Komanwel ialah,
i.Kerjasama dalam bidang ketenteraan
a.Pada tahun 1957, negara kita telah menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan
British, Australia dan New Zealand. Menurut perjanjian ini ketiga-tiga buah negara ini
akan membantu negara kita mengatasi pencerobohan luar dan komunis.
b.Pada tahun 1971, Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa telah diasaskan di antara
Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura. Menurut perjanjian ini
sekiranya negara yang terlibat di serang oleh musuh, anggota yang lain boleh
menimbang sama ada hendak membantu atau tidak.
ii.Kerjasama dalam bidang ekonomi
a.Malaysia telah mengadakan hubungan dengan negara-negara Komanwel untuk
kepentingan ekonomi.
b.Britain telah menanam banyak modal di bekas-bekas tanah jajahannya.
c.Negara Komanwel juga mengadakan kerjasama dalam bidang kewangan iaitu Blok
Sterling. Blok Sterling ialah tabung bagi negara-negara yang mengasaskan nilai mata
wang mereka dengan mata wang Britain (pound)

iii.Rancangan Colombo
a.Menurut rancangan Colombo, negara-negara anggota Komanwel yang kaya akan
membantu negara anggota yang memerlukan bantuan.
b.Antara bidang yang diberikan tumpuan ialah bidang latihan. Biasiswa tekah
disediakan oleh Britain, Kanada, New Zealand untuk pelajar-pelajar dari Malaysia, Sri
Lanka, India dan Palistan yang melanjut pelajaran ke institute pengajian tinggi.
c.Malaysia juga menyumbang kepakaran teknologi getah kepada negara anggota.
iv. Kerjasama dalam bidang pendidikan
a.Sehingga akhir tahun 1970-an, ramai pelajar Malaysia telah dihantar belajar di
negara Britain, Australia dan New Zealand.
b.Biasiswa pendidikan Komanwel juga telah ditubuhkan.
v.Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
a.Pada tahun 1989 Malaysia telah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel.
b.Antara isu yang dibahaskan ialah persoalan hak asasi, masalah ekonomi negara
sedang membangun, isu alam sekitar dan dasar Apartheid.

57

SJH3116
MALAYSIA
NEGARA
KITA
c.Hasil daripada persidangan ini Peristiharan
Langkawi
berkenaan
alam sekitar
dihasilkan, Penyata Kuala Lumpur berkaitan dasar Apartheid dan Tabung Ekuiti
Komanwel.

Majlis Perasmian CHOGM 2007 yang dirasmikan oleh Kebawah


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II.

vi.Sukan Komanwel

a.Sukan Komanwel diadakan untuk memupuk semangat kesukanan dan persahabatan


di antara negara-negara Komanwel.
b.Sukan ini diadakan empat tahun sekali secara bergilir-gilir.
c.Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)


1.ASEAN ditubuh hasil daripada Deklarasi Bangkok pada Ogos 1967. ASEAN pada
peringkat awalnya dianggotai Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
Kini, ASEAN mengandungi sepuluh anggota dengan penambahan negara Kampuchea,
Laos, Brunei, Vietnam dan Mnyanmar.

58

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA

Negara-negara anggota ASEAN

2.ASEAN ditubuhkan dengan beberapa matlamat, antaranya ialah,


i.Mempercepatkan perkembangan ekonomi, social dan kebudayaan melalui kegiatan
bersama.
ii.Mewujudkan kestabilan dan keamanan serantau berasaskan keadilan dan kepatuhan
undang-undang serta prinsip Piagam bangsa-Bangsa Bersatu.
iii.Meneruskan usaha pengajian tentang Asia Tenggara

Lambang ASEAN

59

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


3.ASEAN mempunya sebuah Sekretariat ASEAN (tetap) terletak di Jakarta, Indonesia.
Terdapat beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengerakkan ASEAN.
Jawatankuasa tersebut adalah seperti dibawah,
i.Jawatankuasa perdagangan dan pelancongan.
ii.Jawatankuasa kenderaan dan perhubungan.
iii.Jawatankuasa industri, galian dan tenaga.
iv.Jawatankuasa kewangan dan urusan bank.
v.Jawatankuasa makanan.
vi.Jawatankuasa kegiatan social dan kebudayaan.
vii.jawatankuasa pertanian dan perhutanan.
4.Mesyuarat Menteri-menteri ekonomi ASEAN diadakan dua kali setahun. Mesyuarat
Tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN juga diadakan. Manakala Mesyuarat KetuaKetua Kerajaan ASEAN (Sidang Kemuncak) diadakan dari masa ke semasa.
5.Kerjasama yang telah diusahakan oleh ASEAN ialah,
i.Keamanan dan kestabilan
a.Mewujudkan satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali (Zone of Peace,
Freedom dan Neutrality) dengan tidak memihak kepada mana-mana blok dunia.
b.Peringkat awalnya ASEAN tidak mengiktiraf kerajaan Kampuchea yang diketuai oleh
Heng Samrin dan Hun Sen yang dianggap boneka Vietnam dan berfahaman kominis.
c.Mengadakan Persetiaan Pemuafakatan dan kerjasama untuk mewujudkan keamanan
dan pemuafakatan yang kekal di antara negara anggota.
d.Mengiktiraf kerajaan demokratik di bawah pemerintahan Pol Pot sebagai kerajaan
yang sah dan memberi sokongan kepada penubuhan kerajaan Campuran Kampuchea
Demokratik di bawah pimpinan Norodom Sihanouk.

ii.Kerjasama Ekonomi
a.Kesepakatan telah diperolehi di mana cukai eksport dalam kalangan anggota ASEAN
bagi barang-barang seperti garam, cuka dan rotan dihapuskan.
b.Projek membuat barang tertentu dibahagikan dalam kalangan anggota, mislanya
Malaysia dan Indonesia mengeluarkan baja urea, Filipina membuat superfosfat,
Singapura membuat enjin diesel dan Thailand memngeluarkan serbuk soda.
c.Kerjasama antara Malaysia dan Thailand diadakan dalam usaha carigali minyak.

60

SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA


d.Mewujudkan kerjasama antara negara anggota dengan Kanada dalam bidang
perhutanan.
e.Dialog ekonomi diadakan dengan pemimpin Britain, Amerika Syarikat, Australia, EEC
dan Jepun.
f.Jawatankuasa tetap Ekonomi ditubuhkan dalam bidang perdagangan, perindustrian,
galian dan tenaga, kewangan dan urusan bank, penagngkutan dan telekomunikasi.
g.Cukai dikurangkan secara beransur-ansur mengikut (ASEAN Free Trade Agreement)
(AFTA).
h.Tahun 1992 dijadikan Tahun Melawat negara-negara ASEAN untuk menambahkan
pendapatan dalam kalangan negara-negara anggota.
i.Peraturan Perdagangan Istimewa diadakan bertujuan menambahkan perdagangan
dalam kalangan negara anggota.

iii.Kerajasama Sosial dan Kebudayaan


a.Dalam aspek kebudayaan, Tabung Kebudayaan ASEAN telah ditubuhkan untuk
membiayai kegiatan kebudayaan.
b.Perayaan Filem dan Lagu ASEAN telah diadakan.
c.Pertukaran rancangan radio dan televisyen diadakan.
d.Pertandingan sukan antara negara anggota juga diadakan seperti SEA Game dan
Pertandingan Bolasepak Piala ASEAN (dulunya dikenali Piala Tiger).
e.Kerjasam dibidang pendidikan diadakan melalui Pertubuhan Menteri-Menteri
Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO). Ditubuhkan di Bangkok pada bulan November
1965. Matlamatnya ialah untuk mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan
antara negara anggota. Antara projek SEAMEO ialah penubuhan Pusat Kajian Bahasa
Inggeris (RELC) di Singapura dan Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.

Cuba anda bincangkan peranan yang telah dimainkan oleh Tunku Abdul
Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan
Tun Abdullah Badawi
Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan bagaimana
anda boleh melahirkan warga Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh.

61

Jangan lupa ekses laman web yang berkenaan untuk mendalami kaedah ini.

62

SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Buku Rujukan
Abdul Latif Abu Bakar. (1998). Patriotisme dan Nasionalisme: Satu Pandangan dan
Renungan,dlm.
Jurnal IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia), jilid 1. hlm. 83-84.

Allen, J.D.V. (1967). The Malayan Union.monograph no.10.Conecticut:New


Heaven.
Bhattacharjee, G.P. (1976).Southeast Asian politics:Malaysia and Indonesia.
Culcutta:Minerva Associates PvT.Ltv.
Cheah Boon Kheong.(1987).Red Star Over Malaya. Singapore:Singapore
Tector.
Chandran Muzaffar.(1979).Protector , An anaylsis of the concept and practice of
loyalty in leader led relationship within Malay society. Pulau Pinang:
CO 825/86/55425/4B, Regional Cooperation Economic Development,
Preparation of Plans by South east Asian Territories, Federation of
Malaya.
D.O.K.T N0.120/1949, Summary of Security Activities During Emergency.
Robertson, Eric.(1986).The Japanese file :Pre-War Japanese penetration
in Southeast Asia. Singapore:Heinemann Asia.
Hans Kohn, 1960. The Idea Nationalism : A Study In Its Origin And Background.
New York: Collier Books.
Ismail Said.(2009).Dr.Burhanuddin al-Helmi:pejuang Melayu sejati.Shah
Alam:Karisma Publication.
Ismail Said.(2009).Pengajian Sosial 1.Shah Alam:Karisma Publication.
Ismail Said.(2010). Perkembangan sejarah negara.Puchong: Multimedia
Publication.
Ismail Said.(2011).Menagak Islam membela bangsa.Kuala Lumpur:Unit
Penerbitan Harakah.
Itagaki, Yoichi.(1962).Some aspects of the Japanese policy for Malaya under
the occupation with special reference to nationalism, dlm.KG
Tregonning.papers on Malayan history.Singapore:Journal Southeast
Asian History.
Khoo.KK.(1981).Sino-Malaya relations in Peninsular Malaysia before 1942,
dlm.Journal of Southeast Asian Studies.Vol.XII N0.1 March.
Ongkili,J.P. (1972). Jurnal Jebat. Bangi: Jabatan Sejarah.Penerbitan UKM.
63

SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN


SJEARAH
Ratnam, K.J. (1965).Communalism and political process in Malaya.Kuala
Lumpur:University of Malaya Press.
Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman.(2005).Kenegaraan
Malaysia.Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti.
Simundjuntak, B.(1969).Malayan Federalism 1945-1963.A study of Federal
problems in a plural society.London:Oxford University Press.
Tengku Anuar .(1987). Pengetahuan kenegaraan Malaysia.Kuala Lumpur:Nurin
Enterprise.
Tunku Abdul Rahman.(1980).Pandang balik.Kuala Lumpur:Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd.
Vasil, 1972. The Malaysian General Election of 1969. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Zarina Othman.(2006).Penubuhan Malaysia.Bangi:Pusat Pengajian Sejarah,
Politik dan strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zene Hanrahan.(1962).The Communist struggle in Malaya.New York:

SELAMAT MAJU JAYA

64