Anda di halaman 1dari 3

Ada apa dengan usrah?

3 Rukun usrah Syeikh Syahid Imam Hassan al-Banna

Usrah merupakan salah satu dari sistem dalam islam.Dalil menyebarkan dakwah
islam bermula dari pengumpulan kecil-kecilan untuk kenal islam di lakukan oleh
Rasulullah saw di rumah arqam abi al-arqam ketika awal penurunan islam.
Hassan al-banna pernah menyebut jalan dakwah kita ini adalah jalan dakwah yang
satu
Bermaksud,dakwah seperti Rasulullah,adalah adalah yang patut kita gunakan zaman
sekarang.
Pengumpulan dan usrah (5-6 orang)
Jadi wasilah penyampaian islam itu sentiasa berjalan sehingga sekarang,perasan
tak?
Tak perasan kalau anda tiada usrah dan anda tak pernah buat dakwah! serious!
Jadi dari jalan dakwah yang satu ini,Hassan al-banna mula mengumpulkan anak-anak
muda di kampung-kampung dan seluruh Mesir.Dan kemudian membentuk
Katibah(Pengumpulan usrah-usrah kecil) untuk mencari Murabbi yang boleh membawa
usrah.
Nak cari Murabbi supaya membantu Hassan al-banna buat usrah ketika itu.
Proses Katibah berlansung bukan 2-3 hari tapi bertahun lama sehingga lahirlah
murabbi-murabbi yang boleh membawa usrah dan memegang manhaj islam yang
sebenar.
Katibah bermula dari September 1937 dan pada 1943 mula berlaku beberapa
tentangan dalam Ikhwah Muslimin ketika itu.Risau dengan keadaan semasa,maka

lahirlah murabbi-murabbi yang boleh membawa usrah ketika itu,dan selepas 6 tahun
Hassan al-Banna mati di bunuh meninggalkan Ikhwan Muslimin dalam keadaan banyak
membentuk Murabbi-murabbi agung seperti Hassan hudaibi dan ramai lagi.
Dan akhirnya sampai sekarang,wujudlah beberapa Usrah sehinggalah sekarang.
Anda anda usrah??
Kalau takda usrah carilah usrah sekarang.
Hassan al-Banna meletakkan dalam sistem Usrah akan melalui 3 rukun.
(1)TAARUF
(2)TAFAHUM
(3)TAKAFUL
Nampak macam senang,tapi nak praktikkan susah sangat.Tak percaya?Boleh telu
suri maksud-maksud 3 rukun tu.
Taaruf :
Saya ada 3 soalan nak tanya pada anda yang membaca(dan yang ada usrah),
1 Anda tahu tak apa ciri bakal isteri yang kawan seusrah dengan anda
mahukan?
2- Anda tahu apa yang kawan seusrah kita lakukan ketika sedang down ?
3- Anda tahu tak bagaimana cara nak nasihat kawan seusrah dengan anda ketika
dia sedang marah?
Kalau anda semua tak mampu nak jawab soalan-soalan yang saya berikan,anda belum
mampu lagi untuk mempraktikalkan rukun yang pertama ini.
Taaruf bermakna anda mendalami setiap apa perkara mengenai kawan seusrah
dengan anda.Bukan setakat tahu nama,tempat tinggal,malah mengetahui sebesarbesar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara.
Macamna nak jawab soalan-saoalan di atas?
Anda kena saling muayashah iaitu saling bersama dengan ahli seusrah,makan
bersama,borak bersama,kongsi masalah bersama,dan tidur bersama.
Sehinggakan datang satu nilai-nilai ruhi mengenal ahli seusrah tersebut sehingga kita
mampu memahami dia tatkala keadaan keadaan musibah yang melanda diri dia.
Dan merasakan inilah nilai ukhwah yang Allah berikan.
Dan ketika itu,cuba jawab balik soalan-soalan yang saya berikan di atas.
Dan tak perlu tanya sebiji-sebiji soalan yang di berikan,tak perlu tanya bagaimana calon
yang dia mahukan,tapi sebaliknya kita menjawab sendiri atas sebab terdapatnya nilainilai ukhwah yang tinggi dan taaruf yang mendalam.
Tafahum :
Juga ada beberapa soalan.

1 Bila kali terakhir anda menasihati kawan seusrah anda?


2- Mana lebih susah?Beri nasihat atau mendengar nasihat?
3 Bayangkan kawan seusrah anda ada di depan mata,berikan satu bentuk
nasihat pada dia sekarang !
Inilah konsep tafahum yang di letakkan oleh Hassan al-Banna,iaitu rukun yang kedua
yang membawa maksud saling memahamkan antara ahli usrah.
Juga sentiasa menghisab diri bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan serta saling
nasihat menasihati.
Satu konsep yang mudah,tapi susah nak buat.
Cuba jawab soalan ke 3 di atas?Mudah nak jawab?Susah..
Anda akan cuba meletakkan kawan seusrah itu dalam kepala,dan mula untuk fikir aib2
yang ada pada dirinya,dan mula mengatur ayat,kemudian terus beri nasihat.
Itu konsep nasihat yang salah.
Kita kena fikir keadaan ahli seusrah dengan kita hari-hari.Sehinggakan dia merasakan
kita adalah penasihat yang terbaik.Nasihat bukan hanya ketika dia dalam keadan
futur,atau sebaliknya,akan tetapi kita kena beri nasihat berhari-hari kepada kawan
seusrah supaya meninggalkan benda buruh,dan melakukan perkara baikdan di saat
kadang-kadang dia merasakan dia tidak perlukan nasihat.
Jadi itu guna kita faham konsep rukun yang ke dua ini.Tafahum.
Takaful :
Bila sebut sahaja takaful,kita akan ingat Skim Perlindungan Insurans di malaysia.
Jadi boleh juga di gunakan pada konsep ini,iaitu saling bantu membantu dalam
meringankan beban ahli seusrah kita sendiri.Malah melaksanakan kebaikan pada
kawan seusrah kita adalah lebih dari beritikaf di masjid Nabi.Seperti mana hadith Nabi
Muhammad saw :
Seseorang yang pergi dan berjalan untuk menunaikan hajat/keperluan seorang
saudaranya adalah lebih baik dari beritikaf di masjid aku sebulan
Jadi konsep ini bertepatan dengan maani ruhi yang mendidik sentiasa menolong
kawan seusrah yang lain dan meringakan beban.
Jadi inilah dia ketiga-tiga rukun usrah yang perlu di lakukan bagi mendidik dan
mentarbiyah diri seseorang muslim itu dalam sistem usrah.
Kalau kita berlegar-legar kepada 3 rukun ini,saya yakin ia akan membentuk satu
sistem usrah yang hebat yang memberi banyak kejayaan pada Jemaah Islam
sendiri dan seterusnya memberi kesan kepada pembentukan ustaziatul alam.
WA.