Anda di halaman 1dari 4

MODUL KEM JATI DIRI

LDK 1 (TAARUF WA TAFAHUM)


Pengenalan:
1. Sesi berkenalan serta memahami di antara satu dengan yang lain.
2. Berkenalan dari sudut beberapa perkara peribadi yang perlu seperti nama, asal, tempat tinggal
dan lain-lain.
Objektif:
Di akhir sesi ini pelajar akan dapat:
1. Berkenalan serta memahami di antara satu dengan yang lain.
2. Memupuk hubungan kekeluargaan dan sillaturrahim sesama ahli kumpulan.
3. Mewujudkan sikap bantu membantu serta tolong menolong di antara satu dengan yang lain.
Tindakan:
1. Fasilitator meminta para peserta secara individu untuk memperkenalkan diri dari sudut nama, asal,
tempat tinggal, hobi dan cita-cita.
2. Fasilitator akan memuji apa sahaja hobi dan cita-cita yang diperkatakan oleh para peserta bagi
cita-cita yang berkenaan (bukan pekerjaan yang tidak baik).
3. Fasilitator meminta ahli kumpulan untuk melanik seorang Ketua Kumpulan.
4. Fasilitator membimbing ahli kumpulan untuk mencipta:
a. Logo Kumpulan
b. Nama Kumpulan
c. Trade mark Kumpulan
d. Lagu Kumpulan
5. Pembentangan setiap ahli kumpulan.
Rasional:
1. Sillaturrahim yang terjalin akan mendapat rahmat serta hikmah di dunia dan akhirat.
2. Allah s.w.t amat menyayangi bagi insan-insan yang sentiasa menjalinkan persaudaraan serta
berkasih saying di antara satu sama lain.
LDK 2 (MATLAMAT DAN HALA TUJU)

Pengenalan:
Setiap insan perlu ada matlamat dan hala tuju dalam kehidupan. Perkara ini sangat penting bagi setiap
insane dalam menentukan kehidupan yang terbaik pada masa akan datang.
Objektif:
Di akhir sesi ini pelajar akan dapat:
1. Mengetahui apakah matlamat yang perlu dicapai oleh setiap peserta.
2. Mengetahui apakah strategi kehidupan mereka berdasarkan matlamat yang ingin dicapai.
3. Sedar akan kepentingan mengetahui matlamat dan hala tuju dalam kehidupan.
Tindakan:
1. Fasilitator akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan matlamat dan hala tuju sebagai
seorang pelajar dan insane dalam kehidupan.
2. Fasilitator meminta para peserta untuk mengeluarkan sekeping kertas setiap seorang dan meminta
untuk melakar graf mengikut jangka masa umur bagi setiap blog.
3. Peserta dikehendaki menghuraikann apakah yang akan dilakukan bagi setiap blog jangka masa
umur tersebut sehinggalah mereka mencapai kejayaan iaitu pada blog yang terakhir.
Rasional:
1. Penting dalam menyusun strategi kehidupan yang lebih baik.
2. Mengetahui perancangan dan boleh bersiap sedia ke arah mencapai strategi tersebut.

LDK 3 (S.W.O.T)
Pengenalan:
Manusia merupakan ciptaan Allah s.w.t yang punya kelebihan dan kelemahan masing. Atas dasar itu kita
dituntut dalam Islam agar sentiasa membantu dan bekerjasama sesama manusia ke arah kebaikan dan
ketaqwaan dan bukan ke arah keburukan dan permusuhan.

Objektif:
Di akhir sesi ini pelajar akan dapat:
1. Mengetahui kelebihan serta kelemahan yang ada pada diri.
2. Peserta mampu menambah baik serta memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya
mengekalkan atau meningkatkan kelebihan serta kebaikan yang sedia ada dalam diri.
3. Fokus ke arah perubahan yang ingin dilakukan.
Tindakan:
1. Fasilitator meminta para peserta untuk mengeluarkan sekeping kertas setiap seorang dan meminta

untuk membahagikan kertas tersebut kepada empat (4) bahagian.


2. Setiap petak ada tajuk yang perlu di tulis yang mana di petak yang pertama tulis Kelebihan, petak
yang kedua tulis kelemahan, petak yang ketiga tulis perubahan dan di petak yang keempat tulis
halangan.
3. Para peserta perlu mengisi di setiap petak tersebut berdasarkan kepada penerangan yang
diberikan oelh fasilitator setiap kumpulan.
Rasional:
1. Perubahan perlu dilakukan oleh setiap insane bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan di
akhirat.
2. Setiap masalah dan kelemahan yang ada dalam diri pasti ada jalan penyelesaian yang boleh
dilakukan dengan bimbingan rakan yang lain.

LDK 4 (KASUT AJAIB)


Pengenalan:
Kasut ajaib merupakan satu aktiviti di mana mnguji tahap kreativiti serta nilai kerjasama dan kepemimpinan
dalam kalangan peserta dalam kumpulan masing-masing. Aktivit ini dijalankan dalam kumpulan dan perlu
dibentangkan selesai daripada perbincangan tersebut berlangsung.
Objektif:
Di akhir sesi ini pelajar akan dapat:
1. Memahami erti kepemimpinan dan nilai kerjasama yang perlu dipupuk dalam ahli kumpulan.

2. Berfikiran kreatif dan rasional merupakan satu kaedah menghadapi warna warni kehidupan.
3. Bersangka baik pada setiap masa.
Tindakan:
1. Setiap kumpulan akan diberikan:
a. Sebiji kotak saiz kotak mineral water.
b. Surat khabar lama
c. masking tape
d. gunting
e. dua (2) biji telur ayam
2. Setiap kumpulan diminta untuk membuat sepasang kasut di mana dalam kasut tersebut hendaklah
diletak telur ayam tersebut.
3. Telur tersebut hendaklah dilindungi dengan apa cara sekalipun menggunakan segala bahan yang
telah diberikan agar tidak pecah.
4. Setiap kumpulan akan dikehendaki untuk membentang dan membuat demo berjalan
menggunakan kasut tersebut dan akan melihat sama ada telur pada kasut tersebut akan pecah
atau tidak.
Rasional:
1.

Anda mungkin juga menyukai