Anda di halaman 1dari 1

1.

1 LATAR BELAKANG KAJIAN


Kaedah pengajaran yang betul dan berkesan adalah untuk menarik minat pelajar untuk
mempelajari semua kemahiran asas dalam Pendidikan Seni Visual. Walau bagaimanapun, tidak
semua pelajar yang berminat untuk mempelajari kemahiran asas dalam Pendidikan Seni Visual
ini. Kajian ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang kepentingan peralatan dalam subjek
Pendidikan Seni Visual. Dalam kajian ini, saya mengkaji kaedah pengajaran yang berkesan untuk
menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Pemerhatian menunjukkan pelajar tidak suka untuk belajar kemahiran asas dan tidak membawa
peralatan sewaktu sesi pembelajaran. PSV terdiri daripada dua bidang iaitu pengeluaran seni
visual serta sejarah seni dan juga apreasasi mendengar. Kedua-dua kaedah ini akan membantu
pelajar dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai oleh pelajar
adalah kemahiran pemikiran secara kritikal dan kreatif, kemahiran komunikasi, kebolehan
membuat pilihan dan keputusan, bagaimana untuk mencari, mentafsir dan menggunakan
maklumat, dan kemahiran pengurusan dalam PSV akan lebih bermakna jika pelajar lebih
berminat untuk mengkaji dengan lebih terperinci dalam bidang ini. Sebaliknya, jika ada pelajar
yang tidak mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini akan menyebabkan masalah
kepada semua murid. Setelah diteliti, sikap pelajar sendiri memainkan peranan yang penting bagi
menangani masalah tersebut. Justeru itu, pelbagai kaedah dan cara di ketengahkan untuk
menangani masalah tersebut.