Anda di halaman 1dari 10

Manhaj Salaf Dalam Berinteraksi dengan Kitab-Kitab Ahli Bid`ah Dan

Sesat.
Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Yayasan Ta`lim 19 Jun 2016

Islam merupakan agama yang tertegak di atas syiar Amar Makruf Nahi
Mungkar.Allah menyifatkan kebaikan umat ini adalah dengan mereka
menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar [ Ali-Imran : 110 ] .Termasuklah
daripada Amar Makruf dan Nahi mungkar ialah memberikan khabar gembira
kepada mereka yang patuh dan taat serta memberikan amaran kepada
mereka yang berpaling dan menyeleweng.Tanggungjawab menjelaskan
kebenaran dan memberikan peringatan serta amaran merupakan tugas para
Rasul dan pengikut-pengikut mereka sehingga kiamat. [Al-Baqarah :213,
Al-An`aam : 48,]
Kesesatan dan penyelewengan yang berlaku di kalangan sebahagian besar
umat Islam adalah suatu realiti yang tidak dapat diingkari.Sebagaimana yang
dibuktikan dalam lipatan sejarah.Sejarah penyelewengan dan kesesatan akan
terus berulang sehinggalah kiamat.Pada era globalisasi ini kita melihat
tersebarnya banyak kitab-kitab yang menyeru manusia kepada kebatilan
ilhad,kekufuran,syirik dan bid`ah .Media massa hari ini pula dilihat
menggalakkan lagi cetakan dan penyebaran buku-buku karya tokoh sesat
dan ahli bid`ah sehingga ia mudah dicapai.Justeru sebagai seorang
muslim,wajib kita mengetahui bagaimana manhaj atau metodologi Salaf
dalam berinteraksi dengan kitab-kitab ahli bid`ah dan sesat.Tambahan pula
terdapat segolongan umat Islam yang mudah terpengaruh dengan dakyah
dan seruan sebahagian ahli batil yang menyebarkan serta mempromosikan
kitab-kitab sesat atas dasar kebebasan hak asasi dan sebagainya.

1. Wajib mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah serta Manhaj Salaf


kerana ia adalah Islam yang sebenar dan ia maksum ( terpelihara )
daripada sebarang kebatilan, kesalahan dan kekurangan.
Seorang muslim wajib meyakini bahawa Al-Quran dan As-Sunnah dengan
dipandu kefahaman Salafussoleh sudah cukup untuk membimbingnya
kepada jalan yang benar,sehingga tidak diperlukan lagi segala ilmu-ilmu
asing1 untuk memahami agama.Segala apa yang terkandung dalam Al-Quran
merupakan kebenaran,apa yang menyelisihinya adalah kebatilan.As-Sunnah
pula adalah pentafsir dan penjelas kepada Al-Quran.Manhaj Salafussoleh
pula adalah tangga yang akan menyampaikan kita kepada kefahaman yang
tepat dan benar berkenaan agama.Firman Allah SWT :

( Al-Quran ) Yang tidak dapat didatangi sebarang kebatilan dari manamana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana,
lagi Maha Terpuji. [ Fusshilat : 42 ]
Firman Allah SWT :

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?
kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka
akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya. [ An-Nisa` : 82 ]
Firman Allah SWT :

Seperti ilmu falsafah Yunani dan ilmu kalam.

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan Yang


jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci
(yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai
Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau
menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada
mereka, dan supaya mereka memikirkannya. [ An-Nahl : 44 ]
Berkata Imam As-Syafi`i ( wft 204H ) :


...

"
" Selagi mana Al-Kitab atau As-Sunnah kedua-duanya masih wujud,maka
keuzuran bagi sesiapa yang mendengarnya adalah terputus (tiada).(Tiada
pilihan) melainkan wajib mengikuti kedua-duanya,jika tiada sesuatu dalil(
dalam sesuatu masalah ) maka kami kembali(merujuk)kepada perkataanperkataan para sahabat Rasulullah SAW,atau salah seorang dari kalangan
mereka,kemudian kepada perkataan Imam-Imam iaitu Abu Bakr,atau 'Umar
atau 'Uthman r.a maka kami kembali taqlid(mengikuti mereka)lebih dicintai
bagi kami...maka jika tiada didapati(sesuatu dalil) daripada Imam-imam
maka para sahabat Rasulullah
SAW yang mempunyai kedudukan
Imamah(panutan) dalam agama itulah yang kami ambil pendapat
mereka,dan mengikuti mereka lebih utama bagi kami berbanding mengikuti
sesiapa yang(datang) selepas mereka". [ Al-Umm 7/280 ]

2. Punca Ahli Bid`ah dan golongan menyeleweng sesat adalah kerana


meninggalkan kefahaman Salafussoleh.
Mungkin ramai di antara kita yang tertanya-tanya,mengapa masih ada di
kalangan mereka yang mendakwa berpegang dengan Al-Quran ataupun AsSunnah namun mereka masih lagi menyeleweng dan sesat.Apakah punca

utama mereka menyeleweng dan sesat?.Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah


:

Oleh kerana itu engkau akan mendapati Muktazilah,Murjiah,Rafidhah dan


selain mereka dari kalangan ahli bid`ah,mereka mentafsirkan Al-Quran
berdasarkan pendapat mereka dan akal-akal mereka serta apa yang mereka
takwilkan dari sudut bahasa.Oleh itu engkau akan dapati mereka tidak
bersandar kepada hadis-hadis Nabi SAW,para sahabat,tabi`in dan imamimam kaum muslimin.Mereka langsung tidak bersandar kepada Sunnah dan
tidak juga kepada ijmak Salaf dan atsar peninggalan mereka.Hanyasanya
mereka bersandar kepada akal dan bahasa.Engkau akan mendapati mereka
tidak bersandar kepada kitab tafsir-tafsir yang ma`thur,hadis dan atsar
Salaf,mereka hanya bersandar kepada kitab-kitab adab ( sastera ) dan kitabkitab Kalam ( falsafah ) yang diletakkan ( asas-asasnya ) oleh pemimpinpemimpin mereka.Inilah juga jalan ( yang ditempuh ) oleh Malahidah (
golongan mulhid,atheis lagi menyeleweng ),sesungguhnya mereka hanya
mengambil ( agama mereka ) daripada kitab-kitab falsafah,sastera dan
bahasa,adapun kitab-kitab
Al-Quran,Hadis dan Atsar mereka tidak
berpaling pun untuk merujuknya [ Majmu` Al-Fatawa 7/119 ]
Apabila kita mengetahui sebab kesesatan dan penyelewengan yang sering
terjadi khususnya dalam ucapan dan penulisan tokoh-tokoh bid`ah
seharusnya kita mengetahui Kaedah Emas dalam berinteraksi dengan
setiap ucapan,idea dan penulisan dalam agama ini.Kaedah emas ini diambil
dari kata-kata Imam Al-Barbahari ( wafat:329H ) :

,
, :
, , ,-

Maka lihatlah-semoga Allah merahmatimu- setiap orang yang engkau telah
dengar ucapannya dari kalangan penduduk zamanmu khususnya maka
janganlah engkau tergesa-gesa ( untuk menerimanya ) janganlah engkau
masuk ke dalam sesuatu isu daripadanya sehinggalah engkau bertanya dan
meneliti : Adakah pernah salah seorang dari kalangan sahabat-sahabat Nabi
SAW- RA atau salah seorang ulama (salaf ) yang pernah mengatakannya?
Jika engkau mendapati ianya menepati atsar daripada mereka maka
berpegang teguhlah dengannya,dan jangan engkau melampauinya dengan
sesuatu apa pun,dan jangan engkau memilih sesuatu ( pendapat ) yang lain (
lagi menyelisihi mereka ) nescaya engkau akan terjatuh ke dalam neraka, [
Ithaf Al-Qari bi At-Ta`liqat `ala Syarh As-Sunnah lil Barbahari hlm 78 ]
3. Berpaling dan meninggalkan segala kebatilan , tokoh-tokoh dan
penulisan mereka .
Firman Allah SWT :


Dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan
cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah
mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau
dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka
janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah
Engkau mengingati (akan larangan itu). [ Al-An`aam : 68 ]
Maksud Al-Khaudh dalam ayat ini ialah bercakap dengan apa yang
menyelisihi kebenaran,berupa memperindahkan pendapat-pendapat yang
batil dan menyeru kepadanya,memuji ahlinya dan berpaling dari

kebenaran,mengejek-ejek kebenaran dan ahlinya maka Allah memerintahkan


kepada Rasul dan umatnya apabila mereka melihat orang-orang yang
mengejek,mencaci ayat-ayat Allah agar berpaling dan tidak menghadiri
majlis-majlis mereka . [ Taysir Al-Karim Ar-Rahman fi Tafsir Kalam AlMannan 1/260 ]
Rasulullah SAW pernah melihat Umar bin Al-Khattab r.a memegang kitab
yang beliau dapati dari ahli kitab,baginda marah lalu bersabda:



Apakah engkau menjadi bingung terhadapnya wahai ibn al-khattab,demi
zat yang jiwaku berada di tanganNya,aku datang kepada kamu dengan
membawa cahaya yang terang.Janganlah kamu bertanya kepada mereka
tentang sesuatu! Bagaimana jika mereka menceritakan kepada kamu
kebenaran lalu kamu mendustakannya atau mereka menyampaikan kebatilan
lalu kamu membenarkannya?.Demi yang jiwaku berada di tanganNya
seandainya Musa AS hidup maka tidak ada jalan lain selain dia wajib
mengikutiku. [ HR Ahmad,Ibnu Abi Ashim,Al-Albani menilai shahih
dalam Zilal Al-Jannah ]
Ini merupakan asas terpenting,dan hukum asal yang wajib kita berpegang
dengannya.Apabila melihat kebatilan yang tidak mampu untuk kita
ingkari,ubah atau mengurangkannya maka kita diperintahkan untuk
berpaling dan menjauhi kebatilan,ahli-ahli dan sarana-sarana yang boleh
membawa kepadanya termasuklah tidak membaca atau membelek buku dan
karya tulisan yang mempromosikan kekufuran,ilhad,syirik dan bid`ah.Jika
Umar bin Al-Khattab yang digelar sebagai Al-Faruq dengan kelebihan
dalam agama yang telah dicapainya pun Rasulullah tetap memarahi dan
mengingatkannya agar berwaspada dari tulisan Ahli Kitab yang padanya ada
kebenaran dan kebatilan,maka bagaimana orang-orang yang lebih rendah
kedudukannya berbanding Umar ?

4. Menjauhkan diri dari syubhat kekufuran,ilhad,syirik dan bid`ah


serta sarananya adalah untuk menyelamatkan hati daripada
terpengaruh dan rosak.
Hati adalah tempat berpusat segala tindak tanduk kita.Jika hati baik dan
sejahtera dengan Tauhid dan Sunnah maka akan baiklah pula segala amalan
dan tindak tanduk kita.Apabila hati sudah dikotori dan dicemari dengan
syubhat kekufuran,ilhad,syirik dan bid`ah maka ia akan merosakkan segalagalanya.Justeru pada zaman yang penuh dengan fitnah syubhat dan syahwat
ini menjaga hati kita daripada terseleweng merupakan suatu keutamaan
lebih-lebih lagi pada hari ini kebatilan dan kebenaran telah bercampur
aduk.Kebatilan pula telah dipakaikan dengan pakaian kebenaran sehingga
ramai manusia terkeliru dan menyangka kebatilan itu kebenaran,bid`ah itu
sunnah,syirik itu tauhid,maksiat itu adalah taat.Tidak hairanlah apabila Ibnu
Aun ( wafat 150 H ) mengatakan :
,

Muhammad- iaitu Ibnu Sirin- melihat bahawa orang yang paling cepat untuk
terjebak dalam riddah ( murtad ) adalah Ahli Ahwa` ( ahli bid`ah dan
pengikut hawa nafsu ) beliau berpandangan ayat ini ( Al-An`aam : 68 ) turun
menjelaskan berkenaan mereka. [ Al-Ibanah 2/431 ]
Kata Mufaddhal bin Muhalhal As-Sa`di ( wft 167H ) :
,
, ,
Seandainya seorang ahli bid`ah apabila dia duduk bersamamu dan
menceritakan bid`ahnya engkau terus akan berwaspada dan melarikan diri
daripadanya,tetapi ( bayangkan ) dia menceritakan kepadamu dengan
membawa ucapan-ucapan Sunnah dalam zahir majlisnya,kemudian dia
memasukkan kepadamu bid`ahnya maka barangkali ia akan membuatkan
hatimu menerimanya,maka bilakah ( bid`ah ) itu akan keluar dari hatimu?
[ Al-Ibanah 2/444 ]

5. Pendirian Ulama Salafussoleh terhadap Kitab-kitab Ahli bid`ah dan


sesat.
Pendirian ulama Salaf terhadap Kitab-kitab ahli bid`ah dan sesat terbahagi
kepada beberapa pendapat.Ada di kalangan mereka berpandangan keras
dengan mengatakan ia harus dihapuskan.Ada juga yang berpandangan hanya
perlu dijauhi dan diwaspadai.Kedua-dua pendapat ini benar jika ditinjau dari
sudut pandangan masing-masing.Dari sudut pemerintah dan pihak berkuasa
maka mereka wajib menghapuskan kitab-kitab ahli bid`ah,kerana mereka
mempunyai autoriti untuk melakukan hal tersebut.Adapun bagi kalangan
orang biasa maka mereka hanya mampu untuk menjauhi,memboikot dan
mewaspadainya.Jika menghapuskan hanyalah dalam ruang lingkup
kemampuan dan autoriti mereka.Ataupun diasingkan kitab-kitab ahli bid`ah
dan sesat di tempat-tempat yang khusus.Hal ini kembali kepada tingkatan
merubah kemungkaran yang disebutkan dalam hadis Nabi SAW.
Kata Imam Malik bin Anas ( wft :179H ) :

Tidak boleh melakukan sewaan dalam sesuatu pun daripada kitab-kitab
ahli ahwa` ( pengikut hawa nafsu ) dan bid`ah [ Jaami` Bayaan Al-`Ilmi
wa Fadhlihi 2/942 ]
Abdullah bin Ahmad bin Hanbal mengatakan:
Aku telah mendengar bapaku ( Imam Ahmad ) mengatakan : Salaam bin Abi
Muti` dari kalangan tsiqaat ( perawi yang terpercaya ),adalah Abu Awanah
telah menyusun satu kitab yang terkandung di dalamnya perkara-perkara
yang mengaibkan para sahabat Rasulullah SAW,jelas ianya mengandungi
bencana,lalu Salaam bin Abi Muti` datang dan berkata : Wahai Aba
`Awanah!,berikan aku kitab itu,lalu beliau memberikannya,Salaam
mengambilnya dan membakarnya. [ Al-`Ilal wa Ma`rifah Ar-Rijaal 1/108 ]
Kata Imam Abul Qasim Al-Asbahani ( wft :535H ) daripada Abi Mansur
Ma`mar bin Ahmad katanya :

, ,
,
Kemudian,termasuk daripada ( prinsip ) As-Sunnah adalah meninggalkan
pendapat (manusia),dan qiyas ( analogi ) dalam agama,meninggalkan
perdebatan dan pertelingkahan,meninggalkan pembuka-pembuka ( bid`ah )
Qadariyyah dan ahli kalam,meninggalkan perbuatan melihat ( membaca)
kitab-kitab ilmu kalam dan kitab-kitab nujum ( ramalan ) [ Al-Hujjah fi
bayan Al-Mahajjah 1/252 ]
Kata Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah :
Kesemua kitab-kitab yang mengandungi penyelisihan terhadap As-Sunnah
ianya tidak diizinkan ( untuk disebarkannya ) ,bahkan diizinkan untuk
menghapuskannya kerana tiadalah sesuatu pun yang lebih memudaratkan ke
atas ummah berbandingnya.Para sahabat telah membakar mushaf-mushaf
yang menyelisihi mushaf Uthman kerana mereka takut berlakunya
pertelingkahan,bagaimana jika mereka melihat kitab-kitab ( yang sesat ) ini
yang lebih menimbulkan khilaf dan perpecahan di kalangan ummat.
Jelas beliau lagi :
Kitab-kitab yang mengandungi pendustaan dan bid`ah wajib
dihapuskan,penghapusannya lebih utama daripada menghapuskan alat-alat
hiburan,muzik dan bekas-bekas arak kerana mudaratnya lebih besar daripada
hal-hal tersebut [ At-Turuq Al-Hukmiyah hlm 329 ]
Kata Imam Az-Zahabi selepas menyebutkan berkenaan sebahagian daripada
kitab-kitab Ahli bid`ah lagi sesat :
, ,
, , ,
. ,
Maka waspadalah,waspadalah daripada kitab-kitab ( sesat ini ) ,larikanlah
diri bersama agamamu daripada syubhat-syubhat terawal,jika tidak kamu
akan terjebak dalam sikap kehairanan,maka barangsiapa yang menginginkan
keselamatan dan kejayaan maka hendaklah dia melazimi ubudiyyah,sentiasa

melazimi istighatsah kepada Allah,hendaklah berdoa dengan sepenuh hati


kepada pelindungnya agar tetap konsisten di atas Islam,dan memohon agar
dimatikan di atas iman para sahabat dan pemimpin tabi`in.Allah sahaja yang
memberikan taufiq. [ Siyar `Alaam An-Nubala` 19/338-339 ]
Akhir sekali penulis membawakan penjelasan Al-`Allamah Syeikh
Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin :
Termasuklah memboikot ahli bid`ah adalah dengan meninggalkan melihat
( membaca ) kitab-kitab mereka kerana takut akan terfitnah dengannya,atau
takut ia tersebar di kalangan manusia,maka menjauhkan diri daripada
tempat-tempat kesesatan merupakan suatu kewajipan berdasarkan sabda
Raslullah SAW berkenaan Dajjal :

Barangsiapa yang mendengar ( kedatangan ) Dajjal hendaklah dia


menjauhinya.Demi Allah sesungguhnya seorang lelaki benar-benar akan
mendatangi Dajjal dan menyangka bahawa dia ialah seorang mukmin,lalu
dia akan mengikutinya ( Dajjal ) akibat syubhat yang disebarkan olehnya.
[ HR Abi Daud no : 3762,sanadnya shahih ]
Akan tetapi jika tujuan seseorang melihat dan membaca kitab-kitab mereka
untuk mengenal pasti kebid`ahan mereka sekaligus untuk membantahnya
maka tidak mengapa bagi sesiapa yang mempunyai aqidah yang sahih yang
boleh dia membentengi diri dengannya dan dia mampu untuk membantah
mereka.Bahkan boleh jadi ia wajib baginya,kerana membantah bid`ah adalah
wajib,apa yang tidak sempurna dengannya sesuatu kewajipan kecuali
dengannya maka ianya adalah wajib. [ Syarh Lum`atul `Itiqad hlm 114 ]
Wallahu`alam.