Anda di halaman 1dari 21

PEMARKAHA

SEMESTER 2 SESI 2015/2016


QGK 3023
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
TAJUK

LAPORAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


1. Program Kesihatan Gigi Dan Mulut
2. Program Rancangan Makanan Tambahan

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

KUMPULAN

NO. MATRIK

NO
TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:


TARIKH SERAH:

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 Pengenalan

2.0 Tujuan Dan Matlamat

3.0 Dasar Sekolah SK Perantau Damai

4.0 Kepentingan Program Kesihatan Sekolah

5.0 Laporan 1 : Program Rawatan Pergigian Dan Mulut

5.1 Carta Organisasi

5.2 Perlaksanaan Program

5.3 Cara Penambahbaikan Program

5.4 Keberkesanan Program Terhadap Kesihatan Pelajar

6.0 Laporan 2 : Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

6.2 Objektif RMT

10

6.3 Carta Organisasi

11

6.2 Sumber Kewangan

11

6.3 Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Murid RMT

12

6.4 Kaedah dan Pemilihan Tender RMT

12

6.5 Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Yang Menyediakan RMT

12

6.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Perserta RMT

13

6.7 Kaedah Pemilihan Pekerja Yang Terlibat Dengan RMT

13

6.8 Pemilihan Bahan Mentah

14

6.9 Menu Makanan Yang Disediakan

14

6.10 Cara Penyediaan Menu RMT

15
1

6.11 Keberkesanan Program Terhadap Murid

16

6.12 Cadangan Penambahbaikan Program RMT

16

7.0 Rumusan

18

8.0 Bibliografi

20

1.0 PENGENALAN
Program Kesihatan Sekolah adalah antara program yang diwujudkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima
dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
Keutamaan adalah kepada murid-murid sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh
Malaysia. Rawatan yang disediakan adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh
kerajaan.
Kumpulan sasar bagi program ini adalah menjurus kepada murid-murid :
1.
2.
3.
4.

Pra-sekolah
Tahun 1
Tahun6
Tingkatan 3

2.0 TUJUAN DAN MATLAMAT


2.1 Program kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi tujuan seperti berikut:

Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah pada tahap paling optima


melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan pencegahan penyakit

rawatan dan rujukan.


Melakukan pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan yang boleh
menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat membuat
2

rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan

murid dalam sistem pendidikan khas.


Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah
sekolah sebagai satu institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan

pembelajaran kesihatan yang berkesan dan selesa.


Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-

masing dengan cara yang betul.


Memberi kesedaran kepada murid tentang bahayanya penyakit seperti Hepatitis B

dan juga pelbagai penyakit berbahaya yang lain.


Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, kempen,

ceramah dan pameran demi menjayakan sebarang kempen kesihatan.


Mewujudkan satu sistem maklumat mengenai aspek kesihatan yang lengkap dan
terkini.

2.2 Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan


beberapa rasional seperti berikut :
2.1.1 Mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah.
2.1.2 Dapat mengawal penyakit bawaan vektor.
2.1.3 Memantau tahap kebersihan di persekitaran sekolah khususnya di
2.1.4

kantin sekolah.
Memastikan dan membuat penanda aras mengenai tahap kebersihan
dan keselamatan di sekitar sekolah.

2.3 Terdapat Enam Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini yang
merupakan kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan program ini
iaitu;
1. Polisi Kesihatan Sekolah
2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat.
3. Persekitaran sosial sekolah yang selamat.
4. Penglibatan komuniti.
5. Kemahiran kesihatan diri.
6. Perkhidmatan kesihatan sekolah.
Disamping Enam Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini juga
turut mengambil kira beberapa kriteria penting bagi menjayakan program ini dan agar
program ini sesuai dengan persekitaran dan iklim sekolah seperti berikut;
1.
2.
3.
4.

Kurikulum Sekolah.
Keadaan fizikal dan sosial sekolah.
Perkhidmatan kesihatan sekolah
Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.

Sebarang Program Sekolah Sihat yang dijalankan seharusnya dapat meningkatkan


pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah.
3.0 DASAR SEKOLAH SK PERANTAU DAMAI
3.1 Dasar sekolah merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan
sesuatu piagam. Hal ini termasuklah aspek terpenting iaitu kesihatan murid. Berikut
merupakan dasar sekolah SK Perantau Damai dengan kesihatan murid-murid. Sekolah
akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik melalui
program-program yang dirancang seperti :

Pemeriksaan Gigi dan Mata.


Pemeriksaan Kesihatan.
Program RMT.
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Ceramah dan Kempen.

Selain itu juga, pihak sekolah akan mendapatkan maklumat tahap kesihatan tiap
pelajar daripada ibu bapa atau penjaga. Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar
didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. Dengan cara ini, pihak sekolah akan
terus berurusan dengan pihak hospital tanpa perlu merujuk menghubungi penjaga
terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. Pihak sekolah akan bertanggungjawab
sepenuhnya dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.
4.0 KEPENTINGAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Dalam memastikan pentingnya program yang dibuat di sekolah maka perancangan
teliti dan telus perlu dirangka dan disusun sesuai dengan tahap murid-murid.
Antaranya;
i.

Memperguna model kesihatan untuk memperkembang individu dari segi

ii.

mental.
Menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan

iii.

kemahiran kesihatan kanak-kanak.


Memberi penekanan kepada pentingnya aspek persekitaran +i,ikal kepada

iv.

kesihatan.
Mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana
pembelajaran yang kondusif.

5.0 LAPORAN 1 : PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN DAN MULUT


Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat
penting. Program rawatan pergigian dan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan
kesedaran kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan
gigi. Program ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang
lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan
banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah perlu dalam penjagaan
gigi.
Program sedemikian bukan sahaja menerangkan mengenai penjagaan gigi tetapi juga
merangkumi kesihatan mulut yang tanpa disedari ianya boleh membawa kepada gejala
penyakit mulut yang kronik. Ini kerana masyarakat pada masa sekarang terdedah
dengan pelbagai jenis makanan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan
tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi
atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen sebegini di setiap
sekolah kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak ke!il
5.1 CARTA ORGANISASI
CARTA ORGANISASI RAWATAN PERGIGIAN DAN MULUT
SEKOLAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI,
26700 MUADZAM SHAH, PAHANG
PENGERUSI
GURU BESAR
EN. ANUAR LUDDIN

NAIB PENGERUSI
GPK HEM
EN.MOHD NAZRI
XULKIFLY

PENYELARAS
EN.HUSNI MUBARAK
B. ABD. LATEH

SETIAUSAHA
EN.MOHAMAD B.
ABDULLAH

AJK
GURU KELAS
SEMUA GURU

5.2 PELAKSANAAN PROGRAM


Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian
sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1979. Penjagaan kesihatan pergigian yang
komprehensiF dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid
sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat ,aman
persekolahan.
Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah
penyeliaan dan

pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini

dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.


Gambar 1: Penerangan tentang cara-cara yang betul memberus gigi oleh jururawat.

Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah. Klinikklinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan
menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai
perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah
khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi
atau ingin mencabut gigi mereka. perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan
masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanakkanak sekolah rendah.

Gambar 2: Murid sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi.

Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian


Bergerak. Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada muridmurid sekolah termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman.
Biasanya, mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan
diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih.
Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru
kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terke!uali
daripada menjaga gigi dan mulut mereka. tambahan lagi rawatan pergigian ini juga
dijalankan melalui Klinik Pergigian Bergerak. Klinik ini merupakan sebuah kenderaan
yang diubahsuai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini
memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang
terhad. Klinik bergerak ini memudahkan sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang
terhad memberi perkhidmatan pergigian.
Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak
ada sekolah yang tidak menerima rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanakkanak memiliki gigi yang cantik serta mempunyai gigi yang cantik, bersihdan menarik
ketika mencecah usia dewasa kelak.

Gambar 3: Pemeriksaan gigi oleh jururawat

Pemeriksaan gigi Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan asas


termasuk pendidikan kesihatan pergigian pemeriksaan tampalan penskaleran dan
penggilapan gigi.

Jika rawatan yang kompleks diperlukan murid-murid sekolah

tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Disamping itu,
semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang telah diberi keizinan
oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan secara percuma ini.
5.3 Cara Penambahbaikan Program
Di samping itu, Program Senyuman Ceria Masa Depan Gemilang yang dijalankan
oleh syarikat swasta Colgate Sdn.Bhd. adalah salah satu usaha kesihatan membabitkan
penjagaan gigi dan mulut dijalankan secara global. Pada tahun 2010, program
berkenaan membabitkan semua sekolah rendah kerajaan di Malaysia. Matlamat
program ini adalah berkongsi maklumat kepada kanak-kanak dan keluarga mereka
yang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan
objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membantu mengurangkan
masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah
kaviti yang menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini
mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu bapa dan
guru-guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik.
Tambahan pula di negara ini, produk Colgate menyokong program berkenaan di
sekolah rendah kerajaan sejak 1969. Program terbabit kini meliputi lebih daripada
69100 kanak-kanak di sekolah rendah kerajaan di seluruh negara dengan sokongan
Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Kesihatan. Sasaran program adalah
8

kanak-kanak yang berusia antara enam hingga lapan tahun di samping memberikan
risalah interaktif untuk ibu bapa yang dibawa pulang oleh kanak-kanak berkenaan.
Oleh itu, program ini dapat disampaikan secara terus ke rumah bagi memudahkan
mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul.
5.4 Keberkesanan Program Terhadap Kesihatan Pelajar
Program rawatan pergigian dan mulut yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi
kesan kepada mereka yang terlibat se!ara langsung dan tidak langsung dalam program
ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar, guru, pengusaha kantin yang
menyediakan makanan, dan masyarakat telah berubah pandangan tentang penjagaan
gigi dan mulut serta amalan harian. Pelajar mula mengamalkan amalan menggosok
gigi iaitu sebanyak tiga kali seharian pada waktu tertentu. Menjaga kebersihan gigi
dengan cara yang betul. Mereka juga akan membawa balik pengetahuan, sikap, dan
amalan yang dipelajari di sekolah ke dalam keluarga masing-masing dan juga
masyarakat. Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak akan mampu menjaga gigi mereka apabila menyedari manfaatnya untuk
jangka panjang.

Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa

termasuk ibu bapa yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul.
Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka
akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi
yang !antik dan senyuman yang ceria.
6.0 LAPORAN 2 : PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
(RMT)
6.1 Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu para
pelajar sekolah rendah daripada kalangan keluarga miskin. Hal ini bermaksud RMT
adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 20% hingga
30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha bersepadu
dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan
murid tersebut. Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang
bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid
sekolah rendah.
Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri dan
kemudiannya diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan
9

Jawatankuasa Kabinet Menteri yang telah mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada
tahun 1979. RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan
daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan perkapita
RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Program ini di bawah
pengurusan guru RMT dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).
Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247
juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di seluruh
negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi
peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta
berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana pada mulanya RMT ini akan
dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang
membabitkan 54000 murid miskin sahaja.

Namun terdapat pelbagai masalah

berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak
telah tercicir daripada senarai yang menerima bantuan.
Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid (SMM) yang
dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang benar-benar layak menerima
bantuan. Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu
ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta
kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu
menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah
mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak se!ara bergilir-gilir
daripada 20 menu yang ditentukan.
6.2 Objektif RMT
Ia dilaksanakan bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid
sekolah rendah terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah
secara imbuhan dan buat sementara waktu memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha
yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Selain itu, RMT juga adalah untuk
memberikan makanan tambahan yang berat dan seimbang kepada murid-murid yang
berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan
dan kekurangan tenaga. Tambahan lagi, ia dapat menyelenggarakan pendidikan
kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.

10

Di samping itu juga ia bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa serta
amalan yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan, dan kebersihan
alam sekitar. Akhir sekali, RMT mampu menggalakkan penglibatan dan penyertaan
masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT secara telus dan amanah.
6.3 CARTA ORGANISASI
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
SEKOLAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI,
26700 MUADZAM SHAH, PAHANG
PENGERUSI
GURU BESAR
EN.ANUAR LUDDIN

NAIB PENGERUSI
GPK HEM
EN.MOHD NAZRI
ZULKIFLY

PENYELARAS
PN. FATIMAH BT
IBRAHIM

SETIAUSAHA
EN.AHMAD AMIR B ISHAK

AJK
GURU KELAS
SEMUA GURU

6.2 Sumber Kewangan


Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah disediakan
oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh
Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan
seterusnya Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada semua sekolah di bawah seliaan
mereka. Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran
kepada pihak yang mengurus RMT di sekolah setelah laporan bulanan disemak dan
diluluskan oleh Jabatan.
11

6.3 Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Murid RMT


Di sekolah SK Perantau Damai, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses
pemilihan berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa
penjaga setiap pelajar itu. Pelajar yang layak dipilih melalui perbincangan oleh panel
Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada GPK HEM dan wakil PIBG dan Guru
Penyelaras RMT. Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :
a. Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.
b. Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.
c. Murid yang kedudukan rumahnya jauh dari sekolah.
6.4 Kaedah dan Pemilihan Tender RMT
Pihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan pengurusan
RMT ini kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah
berdasarkan kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran.
6.5 Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Yang Menyediakan RMT
Memandangkan di sekolah ini pihak kantin yang mengurus dan menyediakan
makanan RMT maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada
pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah.(erdasarkan kepada bilangan murid yang menerima RMT seramai 400 orang
murid RM2.05 didarabkan kepada jumlah 400 dan hasilnya didarabkan kepada jumlah
hari persekolahan pada bulan tersebut.

12

Contoh Surat Perjanjian

6.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Perserta RMT


Pihak pengusaha kantin sekolah biasanya yang diberikan hak untuk pengurusan dan
penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi
setiap murid RMT mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas akan mengambil kadkad tersebut 10 minit sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT
yang terdapat di kelas masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit
lebih awal sebelum loceng rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di
kantin. Pekerja kantin yang bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad
RMT murid tersebut sebelum memberikan makanan RMT.
6.7 Kaedah Pemilihan Pekerja Yang Terlibat Dengan RMT
Memandangkan pihak sekolah telah memberikan keper!ayaan kepada kantin sekolah
dalam penyediaan makanan RMT ini maka pihak pengurus kantin telah mengarahkan
pekerja-pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa yang telah
ditetapkan. Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan pekerjapekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas
warna putih dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

13

6.8 Pemilihan Bahan Mentah


Mengikut peraturan tentang bekalan makanan penyediaan dan penyimpanan barangbarang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT 8 Kementerian Pelajaran
Malaysia 2003 dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah
terdiri daripada makanan yang:
i.

mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan memberi tenaga dan

ii.
iii.
iv.

mencegah penyakit.
Segar tidak rosak dan tidak busuk.
Mampu mengenyangkan.
Tidak mengandungi bahan kimia pewarna dan lain-lain yang boleh
merosakkan kesihatan.

Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas didapati menerusi kajian yang
dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan
makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Tidak
berbahaya kepada murid serta mampu member tenaga.
6.9 Menu Makanan Yang Disediakan
Penyelaras RMT iaitu GPK Hal Ehwal Murid di sekolah ini telah menyediakan syarat
menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak pengusaha kantin. Menu
makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan tender
RMT dengan pengurus kantin sekolah.
6.9.1 Berikut adalah contoh menu RMT di sekolah ini.

14

Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin sekolah
makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini.
6.10 Cara Penyediaan Menu RMT
Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri oleh
pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap
kebersihan pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid. Berdasarkan tinjauan
yang dibuat didapati pihak pengusaha kantin mula menyediakan makanan RMT pada
jam 9.00 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15
minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas
plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini
kelihatan terurus dengan sistematik.
Gambar 1: Penyediaan makanan RMT

15

Contoh borang kantin dan RMT

6.11 Keberkesanan Program Terhadap Murid


Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada pelajar
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang
terlibat dalam program ini iaitu pelajar,guru, dan pengusaha kantin iaitu orang yang
menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan
dan amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala
peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan
kepada murid-murid untuk mengelakkan daripada berlakunya keracunan makanan dan
penyakit-penyakit yang berjangkit. Pelajar akan mula mengamalkan membasuh tangan
sebelum makan. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan, duduk dengan
cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan
menjaga kebersihan sekeliling. Membawa balik pengetahuan sikap dan amalan yang
dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.
6.12 Cadangan Penambahbaikan Program RMT
Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya;
i.

Mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa


bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid
RMT makan pada setiap pagi.
16

ii.

Memberi galakan berbentuk ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan

iii.

makan setiap hari.


Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh
dijalankan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan
dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang.
Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang
cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada

iv.

waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru RMT.


Demonstrasi mencuci tangan dengan cara yang betul. Murid-murid dapat
mengetahui cara-cara membasuh tangan yang betul dan bersih. Program seperti
ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan
tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci

v.

tangan sebulan sekali.


Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh
disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Muridmurid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan
pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan

vi.

cerdas ketika belajar.


Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut

vii.

boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.


Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan
untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan

viii.

murid-murid yang berdisiplin dan menepati masa.


Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada murid RMT
yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu

ix.

daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.


Memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal
pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu

x.

pagi.
Memastikan tangan dan kuku murid sentiasa bersih dari sebarang kekotoran.

Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak
mendapat kerjasama daripada ibu bapa disebabkan menu yang kurang sesuai dengan
selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini
mampu meningkatkan peratus murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu
awal pagi.

17

Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang


tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu
meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk
makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.
Kesimpulannya, RMT ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
mendapatkan sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi
penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan
fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan
juga dapat memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan
dengan itu tahap kognitif, emosi, dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan
sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, sosial dan intelek atau JERIS.
Gambar murid sedang menikmati makanan RMT.

7.0 RUMUSAN
Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima
dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
Keutamaan diberi kepada murid-murid Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh
Malaysia. Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan
rasional-rasional iaitu untuk mengurangkan masalah kesihatan dalam kalangan murid
sekolah selain dapat mengawal penyakit bawaan vektor dan memantau tahap
kebersihan di persekitaran sekolah khususnya di kawasan kantin sekolah dan membuat
penanda aras tentang tahap kebersihan dan keselamatan di persekitaran sekolah.

18

Selain itu juga, program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah telah banyak
mengubah amalan gaya hidup di kalangan kanak-kanak kerana mereka telah
didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru dan boleh dikongsi bersama ahli
keluarga lain seterusnya masyarakat. Program ini juga membantu pihak kerajaan
Malaysia khususnya dalam memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa terjamin dan
terhindar dari sebarang gejala penyakit yang berbahaya dan mengancam keselamatan
umum. Matlamat dan objektif kementerian yang terlibat secara keseluruhan juga
tercapai dan terbukti bahawa kerajaan sentiasa peka dalam hal-hal kebajikan rakyat
terutamanya generasi akan datang.

8.0 BIBLIOGRAFI
Kaswanti Purwo, Bambang, 2009. Nutrisi Dan Pemakanan. Jakarta: PN Balai.
19

Komaruddin Hidayat & Putut Widjanarko, 2008. Pengantar Ilmu Kesihatan. Jakarta
Selatan: Penerbit MIZAN.
Abdul Latif Ahmad, 2002. Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed, 2010.
Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam: Penerbitan Kosmik.
Green L. W., Krueter M. W., 2005. Health Program Planning: An Educational and
Ecological Approach, 4th Edition. New York: McGraw-Hill.
Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian. Telah dimuat turun pada 18 April 2016
dari http://smkbtkokurikulum.blogspot.com/2013/07/pelajar- mendapat kemudahan - rawatan - gigi.html Alyssa Faizureen 2013.
Perkhidmatan Pergigian Sekolah. Telah dimuat turun pada 16 April
2016 dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pergigian/umum/
perkhidmatan-pergigian-sekolah.
Nota Ringkas Pendidikan Kesihatan Sekolah. Telah dimuat turun pada
19 April 2016 dari http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/notaringkas-pendidikan - kesihatan.html.
10 Penyebab Sakit Gigi. Telah dimuat turun pada 20 April 2016 dari
https://cauchymurtopo.wordpress.com/2013/03/25/10-penyebab-sakit-gigi/
Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar 2012.

20