Anda di halaman 1dari 1

1.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kajian berkenaan perpuakkan UMNO era Najib Razak ini akan menggunakan satu teori
utama iaitu teori perpuakan yang menjadi tulang belakang terhadap kajian ini. Di samping
teori perpuakan, konsep elit dan konsep konflik menjadi sayap untuk mengenterpretasi
perpuakkan yang berlaku. Matlamat mengaplikasikan teori dan konsep-konsep tersebut
dalam kajian ini adalah untuk memberikan kefahaman yang menyeluruh terhadap tajuk
kajian diterima dengan mudah. Justeru itu, tujuan-tujuan kajian yang telah ditekankan
sebelum ini akan dapat dikupas dan dijawab dengan lebih teliti dan terbukti
keberkesanannya. Teori dan konsep-konsep yang disebut akan diguna pakai sebagai
kerangka perjalanan kajian ini daripada penulisan awal sehingga penulisan akhir kajian.
Kerangka utama kajian ini akan dijadikan panduan sebagai alat dalam menghurai,
membahas, menelusuri serta menganalisis kesan yang dikemukakan dalam tujuan kajian
secara lebih terperinci dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai