Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Kerja berpasukan amatlah perlu dalam meningkatkan produktiviti sesebuah


organisasi. Ia akan menentukan sejauh mana prestasi organisasi berkenaan dari semasa ke
semasa. Bagi menyerlahkan prestasi ini setiap anggota mesti berupaya berkomunikas
secara terbuka dan jujur di antara satu sama lain, berani menghadapi cabaran dan konflik
serta bersedia menerima perbezaan pendapat. (Mohd. Taib Dora, 2015)pg103 Maknanya
di sini bahawa struktur komunikasi sangat penting mempengaruhi prestasi pasukan dan
produktiviti sesebuah organisasi.
Selain itu, kerja berpasukan juga menyumbang banyak kebaikan kepada pihak
pengurusan, staf dan organisasi itu sendiri. Ia akan memberikan peluang dan ruang untuk
menyelesaikan pelbagai masalah dan dapat membina perancangan yang konsisten.
(Mohd. Taib Dora, 2015)pg 3 Dari sini dapat disimpulkan bahawa pasukan yang
mempunyai hubungan yang kukuh antara ahlinya, berupaya menghasilkan kejayaankejayaan yang berterusan dari semasa ke semasa.
Justeru, untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan jaya, setiap ahli pasukan
perlu mempunyai komunikasi yang sama atau selaras dalam kalangan ahli. Inilah yang
dikatakan bahawa yang berat sama dipukul dan ringan sama dijinjing, bagai aur
dengan tebing, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dan
sebagainya. (Mohd. Taib Dora, 2015)pg 103
Segala kekuatan dalam dapatan kajian ini hendaklah dijadikan panduan manakala
kelemahan yang diperoleh dijadikan sempadan untuk tidak diulangai oleh sesebuah
organisasi khususnya guru-guru di sekolah pada masa hadapan. Kepentingan dan ciri
keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru yang dijadikan rujukan penting
dalam kajian ini merupakan satu alternatif amalan kerja berpasukan yang boleh
diimpilentasikan oleh pihak sekolah bagi tujuan mewujudkan persekitaran kerja yang
kondusif dan berkesan serta dapat meningkatkan potensi, kebolehan serta kemahiran guru
dan akhirnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai