Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN
Nasionalisme boleh dikatakan sebagai semangat cintakan negara dan perjuangan untuk
mencapai kemerdekaan. Petikan daripada buku Abu Talib Ahmad yang memetik dari takrifan
Suntharalingam, menyatakan nasionalisme sebagai satu fenomena sejagat, yang mengiktiraf
hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan
kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kedaulatan ulung individu disalurkan kepada
negara bangsa itu.1 Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa nasionalisme dikenal pasti
sebagai usaha menamatkan penjajahan serta merombak nilai-nilai dan institusi politik
secocok dengan konsep negara bangsa yang bebas dan berdaulat.2
Kerajaan pada kurun ke-19 seperti Burma (Myanmar), Vietnam, Filipina, Thailand,
Indonesia dan sebaigainya merupakan kerajaan yang mendiami keseluruhan tanah dan
kepulauan di Asia Tenggara. Masing-masing mengamalkan sistem pemerintahan berbentuk
hierarki dan menjalankan pentadbiran feudal. Kemasukan penjajah Barat mula meletakkan
pengaruh yang berbeza ke atas kerajaan-kerajaan tersebut. Mereka mengubah dasar-dasar
ekonomi dan pentadbiran agar memihak kepada kuasa Barat, bertujuan untuk mengaut
keuntungan yang diperolehi dari kerajaan tersebut.
Penguasaan kuasa Barat ke atas setiap kerajaan amat berbeza kerana setiap kerajaan
tersebut menjalin hubungan dengan kuasa Barat yang berlainan, seperti Perancis di Vietnam,
British di Burma, Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Akibatnya, timbul rasa tidak
puas hati masyarakat tempatan yang membawa kepada kebangkitan menentang kuasa-kuasa
Barat yang melaksanakan imperialisme ke atas mereka. Kebangkitan masyarakat ini
merupakan semangat nasionalisme dalam usaha membebaskan diri mereka daripada belenggu
kuasa Barat.
2.0 PERGERAKAN NASIONALISME BURMA, VIETNAM DAN THAILAND
Dalam konteks kajian yang menyentuh keseluruhan abad ke-19 menunjukkan gerakan
nasionalisme yang masih berada dalam peringkat paling bawah atau tidak begitu radikal.
Pada masa itu, negara-negara seperti Burma atau dikenali Myanmar, Vietnam dan Thailand
tidak melaksanakan gerakan nasionalisme dalam menentang kuasa-kuasa kerana dilihat pada
11
21
1

penghujung abad ke-19, kesedaran rakyat dalam menentang kuasa penjajah tidak begitu
meluas.
2.1 Burma (Myanmar)
Burma merupakan sebuah kerajaan tradisional yang dipengaruhi oleh kuasa British.
Pelbagai perubahan dan dasar-dasar baru yang meliputi aspek ekonomi, politik dan
sosial yang dilaksanakan oleh British ke atas Burma. Apabila Burma telah
diisytiharkan sebagai tanah jajahan British, rombakan sistem pentadbiran telah
dilaksanakan dan telah mengurangkan kuasa pemerintah tempatan. Sebelum itu, telah
berlaku beberapa siri penentangan awal masyarakat Burma terhadap kuasa British.
Penentangan tersebut dikenali sebagai Perang Inggeris-Burma yang meliputi tiga siri
peperangan yang memperlihatkan kekalahan Myanmar di tangan British.
Myanmar terpaksa akur kepada imperialisme British dan pada 1 Januari 1886
dengan rasminya seluruh Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar BritishIndia.3 Hal ini menandakan penguasaan British ke atas Burma secara menyeluruh.
Walaupun penentangan itu melibatkan siri peperangan, tapi merupakan antara langkah
awal gerakan nasiolisme Burma dalam menentang kuasa asing. Peristiwa ini
kemudiannya membawa kepada gerakan anti-British yang meluas. Gerakan ini hanya
dapat ditamatkan pada pertengahan tahun 1890 setelah British menggunakan
gabungan kekuatan tentera dan helah politik.4
2.2 Thailand (Siam)
Sememangnya benar kerajaan Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa
asing namun sekitar abad ke-19, Thailand ada menjalinkan hubungan dengan kuasakuasa Barat. Thailand telah melihat penjajahan kuasa Barat dari kerajaan-kerajaan
Asia Tenggara yang lain. Lalu timbul kesedaran kepada pemerintah Thailand iaitu
Raja Mongkut atau Rama 4 untuk mengelakkan peristiwa penjajahan itu berlaku.
Dengan cara memodenkan Thailand sejajar dengan perkembangan yang dibawa oleh
Barat.

31
42
2

Rama 5 dan penasihat-penasihatnya telah mengambil beberapa contoh


kolonial seperti dari segi ekonomi dan pentadbiran semata-mata untuk melepaskan
diri daripada kolonialisme.5 Chulalongkorn dapat memulakan semula rancangan
pemodenan Siam untuk menentukan kemampuan negerinya untuk menghadapi
ancaman dan cabaran dari luar.6 Selain itu, Thailand juga menjalankan hubungan
diplomatik dengan banyak kuasa Barat yang lain, maka penjajahan oleh sebuah kuasa
Barat tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat kuasa Barat yang lain yang menjalin
hubungan.
2.3 Vietnam
Kedatangan Barat semasa abad ke-19 telah didorong oleh kepentingan ekonomi
pedagangan dan pengeluaran bahan mentah penting terutama di Vietnam. Peralihan
pengaruh di Vietnam yang pada peringkat awalnya di kuasai oleh kuasa China telah
beralih kepada pengaruh Perancis. Apabila Perancis menguasai Vietnam, pelbagai
perubahan baharu yang diperkenalkan oleh mereka sehingga berlaku penentangan
daripada rakyat tempatan. Penentangan ini sampai ke puncaknya pada tahun 1885
apabila Raja Ham Nghi melibatkan diri dalam pergerakan Can Voung atau Persetiaan
kepada Raja.7 Gerakan nasionalisme di Vietnam sekitar abad ke-19 tidak begitu
meluas disebabkan oleh beberapa faktor seperti ketiadaan tokoh-tokoh nasionalisme
yang mampu menggerakkan nasionalisme dan pengaruh-pengaruh dari luar yang
membangkitkan semangat untuk menentang penjajah bagi menuntut kebebasan
memerintah.
3.0 GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA
3.1 Dasar yang dijalankan Spanyol di Filipina.
Kedatangan Spanyol di Filipina adalah sejak dari abad ke-16 iaitu melalui Persetiaan
Saragossa yang ditandatangani oleh Spanyol dan Portugal pada tahun 1529. 8 Spanyol
53
63
7A3
8 E4

melihat Filipina sebagai sebuah kawasan yang tidak mempunyai susunan yang baik
dari segi politik dan sosialnya. Penjajahan Spanyol ke atas Filipina dijalankan tanpa
sebarang penumpahan darah disebabkan Philip II tidak mahu perkara yang sama
berlaku seperti di Mexico dan Peru. Hasrat Spanyol ke atas Filipina dapat dilihat
dalam tujuan perdagangan rempah, untuk mengadakan hubungan China dengan Jepun
dan seterusnya mengkristiankan masyarakat Filipina itu sendiri. Namun, pengaruh
gologan paderi Dominic yang terlalu kuat menyebabkan rakyat Filipina semakin
menderita.9 Sejak dari kurun ke-16 dan ke-17, penentangan yang berlaku di Filipina
adalah di peringkat kecilan seperti tentangan terhadap penempatan semula dan
penukaran agama oleh rakyat Filipina.10 Jika dilihat tempoh pendudukan Spanyol di
Filipina yang agak lama, hal ini menunjukkan gerakan nasionalisme di Filipina
dijalankan agak lambat. Antara salah satu puncanya adalah disebabkan bentuk muka
bumi Filipina. Kawasan Filipina yang berpulau-pulau telah menyukarkan masyarakat
Filipina untuk bersatu dan berhubung bagi menentang Spanyol.
3.2 Pemberontakan Yang Berlaku Di Filipina
Penentangan awal berlaku sejak abad ke-16 apabila kehadiran Spanyol tidak
disenangi oleh kaum Moro yang tinggal di Selatan Filipina. 11 Namun, senjata dan
kapal-kapal Spanyol yang lebih canggih telah berjaya menepis tentangan daripada
kaum Moro. Penduduk Pulau Bohol telah menentang kemasukkan Kristian yang
dibawa oleh Spanyol tetapi berjaya dipatah Spanyol bersama 1000 tentera Cebu. Pada
tahun 1744, penduduk Bohol memberontak sekali lagi, namun telah berjaya
dipatahkan oleh sekumpulan pegawai kecil Spanyol yang memerintah tentera Filipina.
Selain itu, pemberontakan di Luzon, Pampangan, Pangasinan dan Ilokos juga telah
dipatahkan oleh golongan tentera yang terdiri daripada orang-orang Filipina beragama
Kristian. Penentangan yang dijalankan menemui kegagalan kerana pemberontakan
yang dicetuskan oleh beberapa kawasan tersebut adalah secara berasingan dan

9d
10O3
11 4

didorang pula dengan bentuk muka bumi Filipina yang terpisah secara berpulaupulau. Walau bagaimanapun, pada abad ke-19, wujud gerakan-gerakan yang ingin
memperjuangkan hak dan keadilan rakyat Filipina.

3.3 Gerakan Kebangsaan Filipina


1) Peringkat Pertama
Peringkat ini berlangsung sehingga 1872 iaitu melalui peristiwa pemberontakan
Cavite. Pada abad ke-19, pentadbiran dikuasai oleh gologan Paderi Dominic yang
sentiasa melakukan penindasan terhadap rakyat telah menaikan lagi semangat
nasionalisme oleh golongan intelektual. Pada 1840 dan 1842 berlaku
pemberontakan di Tayabas. Apolinario yang tidak berpuas hati ingin bangkit untuk
menyemarakan perasaan menentang Spanyol dalam kalangan paderi-paderi di
Spanyol. Namun, rancangan beliau berjaya diketahui Spanyol yang bertindak
menyerang perjumpaan yang diadakan Apolinario dan menangkap beberapa
orang-orang beliau. Pada tahun 1872 adalah waktu puncak apabila meletusnya
pemberontakan Cavite yang dilancarkan oleh 200 orang tentera yang didukungi
oleh rakyat Filipina. Ketika itu, Gabenor Filipina ialah Rafael De Izquierdo yang
sentiasa berasa curiga terhadap rakyat Filipina. Golongan paderi Dominic telah
menggunakan kesempatan ini untuk menyingkirkan golongan cerdik-pandai
Filipina yang selama ini mengecam mereka. Malahan, ramai orang Filipina
dipenjarakan. Tiga orang paderi Filipina iaitu Jose Burgos, Mariano Gomez dan
Jacinto Zamora dijatuhi hukuman bunuh dengan cara dicekik telah meningkatkan
lagi semangat juang rakyat Filipina terhadap bangsanya. Ternyata, pengaruh
golongan Dominic yang kuat telah berjaya mematahkan setiap pemberontakan
yang dicetuskan rakyat. Namun, semangat nasionalisme yang mendalam
menyebabkan rakyat Filipina tidak berputus asa dalam memperjuangkan
kebebasan.
2) Peringkat kedua
Pemberontakan pada peringkat kedua dibangkitkan oleh Jose Rizal yang
merupakan seorang penulis dan seorang yang bertanggungjawab menyemai
semangat nasionalisme di Filipina. Usahanya bukan sahaja di atas kertas, malahan
5

beliau telah berangkat ke Mandrid pada 1882, demi menyuarakan hasratnya agar
beberapa pembahuruan dapat dijalankan, disamping menegakkan keadilan
terhadap bangsa Filipina yang sering ditindas oleh golongan paderi. 12 Usahausaha Rizal dibantu oleh golongan intelektual Filipina yang sedang menuntut di
Spanyol. Pada 1884, dalam jamuan makan malam yang menyambut kemenangan
pelukis-pelukis yang terdiri daripada orang Filipina, Jose Rizal telah memberikan
ucapan mengenai nasib bangsanya di Filipina. Hasilnya, orang-orang Besar
Spanyol yang hadir dalam jamuan tersebut berasa kagum terhadap ucapan yang
disampaikan Rizal.
Pada 1887, Gabenor Filipina iaitu Emilio Terrero mula menjalankan siasatan
lanjut mengenai kegiatan yang dijalankan golongan paderi Dominic. Malahan
terdapat laporan yang mengatakan bahawa paderi-paderi menjalankan kutipan
cukai secara haram sebanyak sembilah per sepuluh daripada hasil yang sepatutnya
mereka bayar pada kerajaan. Namun, golongan paderi telah bertindak
menyingkirkan Gabenor Emilio. Pada 1888, Rizal berangkat ke Spanyol dan
menjalankan usaha-usaha menerbitkan rencana-rencana yang menggambarkan
tentang pemerinbtahan Spanyol di Filipina.Pada 1892, Rizal pulang de Filipina
kerana nasib rakyat Filipina semakin buruk, ditindas golongan paderi. Jose Rizal
telah mewujudkan Liga Filipina yang bertujuan untuk memajukan bangsa Filipina.
Malangnya, tiga hari kemudian beliau telah ditangkap dan dibuang ke Dapitan,
Mindanao. Rizal akhirnya terpaksa meninggalkan dunia politik, namun
semangatnya masih lagi membara dalam masyarakat Filipina. Penglibatan Rizal
dalam dunia politik meluaskan lagi pengaruh nasionalisme rakyat. Karya dan
pendapat Rizal telah membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan
masyarakat Filipina untuk menentang penindasan dan mendapat pembebasan
daripada cengkaman pemerintahan Spanyol yang kejam.
3) Peringkat ketiga
Andres Bonifacio telah mengambil tempat Rizal dan mula mengatur strategi untuk
menjalankan pemberontakan dengan penubuhan persatuan Katipunan. Setelah
empat tahun pakatan berjalan secara sulit, akhirnya rancangan tersebut tetap
sampai ke pengetahuan Spanyol. Rizal yang tidak berada disitu sememangnya
menentang pemberontakan tersebut diteruskan atas faktor kekurangan peralatan
12 O4
6

ketenteraan disamping faktor masa yang tidak sesuai. Namun, Banifacio bertekad
menjalankan

pemberontakan

tersebut

pada

30

Ogos

1896.

Akibatnya

pemberontakan tersebut gagal dan ramai orang-orang Filipina telah ditahan dan
diseksa. Tahanan-tahanan Filipina telah menyebut nama Rizal menyebabkan Rizal
pada ketika itu yang berada Spanyol telah ditangkap dan dibawa ke Filipina.
Walaupun, Rizal telah menafikan sokongannya terhadap pemberontakkan tersebut,
Spanyol mengandaikan bahawa Rizal tidak menyokong kerana pemberontakan itu
pasti gagal. Pada 30 Disember 1896 Jose Rizal telah dijatuhi hukuman bunuh.
Kematian Rizal menyebabkan pemberontakan menjadi semakin ganas tetapi tidak
teratur di Filipina. Melalui kehebatan tentera Spanyol yang terlatih telah berjaya
mematahkan gerakan pemberontakan di Filipina.
Persatuan Katipunan pula semakin hilang arah. Aguinaldo telah dilantik
sebagai presiden, manakala Bonifacio tidak diiktiraf kelayakannya. Angkatan
Aguinaldo telah menuju ke Bulacan agar meraka tidak diganggu oleh Spanyol.
Kerajaan

Spanyol

telah

melakukan

rundingan

agar

pasukan-pasukan

pemberontakan tersebut menyerah. Ganjaran 800 000 peso dijanjikan terhadap


ketua-ketua pemberontakan sekiranya meraka meletakkan senjata. Namun, keduadua pihak gagal menunaikan janji sehinggalah kehadiran Amerika Syarikat telah
memberi sinar harapan terhadap golongan pemberontak Filipina untuk menentang
Spanyol. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh paderi dan pegawai
Spanyol juga adalah punca yang melambatkan kebangkitan nasionalisme di
Filipina.13 Walau bagaimanapun, gerakan nasionalisme yang masih lagi bertahan
menentang Spanyol akhirnya menerima kejayaan apabila mereka bersekutu
dengan Amerika untuk menumpaskan Spanyol. Pada 1982, Spanyol telah tumpas
ke tangan Amerika tetapi janji yang diberikan terhadap Filipina tidak ditepati
apabila Amerika mengatakan bahawa Filipina masih belum mampu untuk
berkerajaan sendiri dan perlu berada dibawah pemerintahan Amerika.
3.4 Tokoh Nasionalisme di Filipina
Tokoh nasionalisme di Filipina ialah Jose Rizal. Jose Rizal dilahirkan pada 1861 di
Calamba, Laguna, Filipina dan beliau berketurunan Sepanyol-Cina. Beliau merupakan
anak ke 7 dari sebelas orang adik beradik hasil perkahwinan Francisco Mercado dan
13 c
7

Teodora Alonso yang merupakan ibu bapa kepada Jose Rizal.14Semasa Jose Rizal
dilahirkan, Filipina pada masa itu berada di bawah penjajahan Sepanyol yang sudah
lebih 300 ratus tahun dijajah.15 Jose Rizal menuntut di Ateneo de Municipal de Manila
dan lulus dengan ijazah dalam bidang Ukur Tanah dan Penilaian pada tahun 1877.
Selain itu, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam seni dan sastera dan
disebabkan itu, beliau telah pergi ke Fakulti Seni dan Sastera untuk menyambung
pengajian ijazah dalam bidang Falsafah di University of Santo Tomas .16
Namun dalam waktu yang sama, ibunya telah menjadi buta dan beliau telah
memutuskan untuk menjadi pakar dalam oftalmologi untuk membantu ibunya. Beliau
telah mendaftar di Fakulti Sains Perubatan di University of Santo Tomas pada tahun
1878 untuk tujuan ini. Seterusnya beliau pergi ke Sepanyol untuk meneruskan
pengajian dan mendaftar di Universidad Central de Madrid di mana beliau mendapat
ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 1884. Beliau menamatkan ijazah yang lain
dalam Falsafah dan Surat dari institut yang sama tahun seterusnya. Beliau tidak
pernah puas untuk menimba ilmu pengetahuan, beliau telah pergi ke Perancis untuk
melanjutkan pengetahuannya tentang oftalmologi di Universiti Heidelberg. Beliau
menamatkan pengkhususan matanya pada tahun 1887 di bawah bimbingan profesor
terkenal Otto Becker.17
Pada tahun 1887, semasa belajar perubatan di Universidad Central de Madrid,
beliau menulis novel 'Noli Me Tangere' yang menceritakan tentang penderitaan rakyat
Filipina di bawah pemerintahan Sepanyol. Beliau dikritik dengan hebatnya zaman
penjajahan Sepanyol di Filipina dan menulis mengenai ketidakadilan dan kekejaman
yang dialami oleh orang-orang asli. Novel beliau telah diharamkan oleh kerajaan
kerana kandungan pedas itu. Beliau telah didedahkan kepada kehidupan yang
bermasalah di bawah kerajaan Sepanyol dan sedar akan kesukaran yang dialami oleh
rakyat Filipina. Beliau menjadi pemimpin gerakan reformasi pelajar Filipina di
14 s
15 z
16 Ibid. hlm 7
17 Ibid. hlm 8
8

Sepanyol dan telah menulis beberapa artikel dan esei dalam akhbar Sepanyol 'La
Solidaridad.18
Beliau percaya bahawa Filipina telah bergelut dengan masalah berkembar
biarawan rasuah dan kerajaan yang tidak baik. Idea cita-cita progresif, pembaharuan
keamanan, hak individu dan hak untuk rakyat Filipina membentuk asas penulisannya.
Fokus utama pembaharuan yang diperjuangkan adalah kebebasan berhimpun dan
bersuara, perwakilan dalam badan perundangan, hak sama rata di sisi undang-undang
untuk kedua-dua warga Filipina dan Sepanyol, dan bahawa Filipina menjadi wilayah
Sepanyol. Bagaimanapun, pihak berkuasa penjajah tidak memihak kepada
pembaharuan ini.
Pada tahun 1891, novel keduanya 'El Filibusterismo' telah diterbitkan sebagai
sekuel kepada novel pertamanya. Novel ini diuruskan dengan tema gelap dan ganas
yang tidak jauh berbeza daripada tema sebelumnya. Novel ini mendalam kesan
pandangan masyarakat Filipina mengenai identiti kebangsaan dan telah diharamkan di
beberapa tempat di negara ini untuk watak yang rasuah kerajaan Sepanyol.19
Beliau kembali ke Filipina pada tahun 1892 kerana beliau merasakan beliau perlu
berada di negara ini untuk membawa secara berkesan mengenai pembaharuan. Dia
membentuk sebuah gerakan sivik dipanggil La Liga Filipina yang berkempen untuk
reformasi sosial secara aman dan undang-undang.
Pada awal 1890-an, kerajaan telah melabel Rizal sebagai musuh negeri walaupun
hakikat bahawa dia menyokong pembaharuan aman. Pihak berkuasa marah dengan
novel dan tulisan-tulisannya yang telah mendedahkan rasuah kerajaan Kolonial
Sepanyol. Beliau telah dibuang ke Dapitan pada Julai 1892.
Ketika berada di Dapitan beliau meneruskan kerja-kerja pembaharuan beliau
dengan membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak lelaki muda, hospital dan sistem
bekalan air. Dia juga mengajar pertanian dan mengusahakan projek pertanian
menggunakan pisang abaca, tumbuhan yang digunakan untuk membuat tali.
18 D3
19 Ibid.
9

Pada tahun 1895, Cuba telah diselubungi oleh wabak demam kuning dan Rizal
menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai doktor tentera. Permintaannya diterima
oleh Gabenor Jeneral Ramon Blanco.
Selain itu, Jose Rizal yang banyak melakukan kritikan telah ditangkap dan Liga
Filipina dibubarkan. Namun, tulisan-tulisannya banyak memberi inspirasi kepada
kelahiran Katipunan yang lebih agresif dan mendapat sokongan ramai terutama
golongan petani. Tulisan-tulisan beliau menyedarkan rakyat Filipina bahawa mereka
adalah satu bangsa.Pada Ogos 1896, sebuah kumpulan rahsia Katipunan memulakan
satu revolusi ganas. Katipunan telah melancarkan satu revolusi tetapi telah gagal.
Walaupun Rizal adalah sama sekali tidak berkaitan dengan revolusi tersebut, beliau
telah ditangkap dalam perjalanan ke Cuba. Jose Rizal disyaki terlibat dalam gerakan
revolusi itu walaupun beliau tidak menyokongnya. Beliau telah ditangkap dan
dikenakan hukuman bunuh.20

4.0 NASIONALISME INDONESIA


4.1 Awal penjajahan Barat
Pada awal abad 1600-an, kuasa-kuasa Eropah telah mula merebut hak penguasaan di
kawasan Timur khususnya di kepulauan Melayu. Di Indonesia, kawasan-kawasan
kepulauan seperti Pulau Maluku, Pulau Ambon, Pulau Banda, Makasar, Bantam dan
Jawa telah menjadi rebutan di antara pihak Belanda dan British dalam merebut
monopoli perdagangan rempah terutama Bunga Cengkih. Pada awalnya, Syarikat
Hindia Timur Belanda dibawah Gabenor Jeneral Johannes Camphuys telah
mempunyai pengaruh yang kuat di Indonesia terutama di Jawa. Tujuan asal mereka
menguasai kepulauan Indonesia adalah untuk tujuan perluasan perdagangan.
Kemasukan V.O.C Belanda telah bermula pada 31 Disember 1799.21 Pada permulaan
kemasukan Belanda tiada kesan serta merta yang berlaku di Indonesia. Namun
terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Herman Willem Daendels
merupakan Gabenor Jeneral Hindia Belanda. Daendels telah menjalankan pentadbiran
20 M. x
21v
10

secara diktaktur yang menyebabkan pemerintahan beliau ditentang. Antara kesilapan


dilakukan Daendles seperti berlakunya persengketaan di antara Daendles dengan
Sultan Bantam dalam tuntutan mendapatkan buruh. Daendles juga telah melakukan
tindakan melampau terhadap Amangku Buwono II iaitu Sultan Jogjakarta sehingga
baginda berpaling kepada pihak Inggeris.22 Kesilapan yang dilakukan ini telah
menyebabkan pemerintahan jatuh kepada British yang diwakili oleh Thomas
Stamford Raffles pada tahun 1811. Tidak lama kemudian,

setelah tamatnya

peperangan Napoleon dan selesainya kongres Vienna, pemerintahan Indonesia telah


kembali semula kepada Belanda dibawah pimpinan Van Der Capellan pada tahun
1819.23

4.2 PERANG JAWA


Nasionalisme di Indonesia pada abad ke 19 dapat dilihat dalam peristiwa Perang Jawa
yang berlangsung antara tahun 1825 sehingga 1830. Perang Jawa ini juga dikenali
sebagai Perang Diponegoro yang meletus di hampir seluruh daerah di Jawa.
Peperangan ini berlaku akibat daripada perjuangan menentang kekuasaan asing ketika
itu iaitu kuasa Hindia Belanda yang telah memasuki hal ehwal pemerintahan di
Yogjakarta. Bukan itu sahaja, Perang Jawa juga dikatakan sebagai satu usaha untuk
mengislamkan tanah Jawa. Peperangan ini telah dipimpin dibawah Putra Sultan
Hamengku Buwono III iaitu Pangeran Diponegoro.24 Tercetusnya perang jawa ini
adalah disebabkan oleh faktor kebangkitan rakyat dalam menentang penjajahan
Belanda yang telah memasuki urusan pentadbiran tempatan sehingga pemerintah
tempatan kehilangan hak dalam pentadbiran. Kemerosotan kekuasaan bumiputera
dalam pemerintahan tempatan boleh dilihat sejak abad ke 17 setelah hubungan di
antara kerajaan Mantaram dan VOC berlangsung. Sejak daripada itu, Daerah-daerah
pantai Mantaram seperti Krawang, Semarang, Cirebon, Rembang, Jepara, Surabaya,

22 b
235
24 x
11

Persuruan dan Madura dikuasai oleh Belanda.25 Bukan itu sahaja, kekuasaan raja
seperti Sultan Agung (1623-1645)turut makin berkurang dalam pentadbiran kerajaan
tempatan. Manakala Belanda semakin rancak meluaskan kekuasaannya dalam
kerajaan tempatan. Masalah-masalah dalaman kerajaan seperti penggantian taktha,
pengangkatan pejabat-pejabat tinggi negara seperti patih dan bupati turut dicampur
tangan oleh Belanda.26
Pada awal abad ke 19, pengaruh Belanda pada kerajaan Surakarta dan
Yogyakarta juga bertambah kuat. Kekuasaan Belanda itu dapat dilihat apabila
Daendles berusaha untuk mencampuri hal ehwal tatacara di dalam istana. Khusunya
di Yogyakarta, Daendles telah menuntut persamaan darjat dengan sultan dalam
upacara kunjungan rasmi seperti penghapusan keharusan menyajikan sirih oleh Sultan
bagi pembesar Belanda dan memperbolehkan kedudukan pembesar belanda selaras
dengan kedudukan raja.27 Daendles yang berada di pihak Belanda juga telah
mengenepikan janji Raffles sebelum ini yang akan mengangkat Diponegoro sebagai
sultan selepas kematian adiknya Djarot(Amangku Buwono IV) dan Belanda turut
tidak mengiktiraf Diponegoro sebagai pemimpin agama islam di Pulau Jawa.
Tindakan Belanda ini telah mengakibatkan Diponegoro bangkit menentang
pemerintahan kuku besi Belanda yang mencampuri pemerintahan tempatan. Bukan itu
sahaja, kemunculan nasionalisme ketika ini turut disebabkan oleh tindakan pihak
Belanda yang mengenakan tekanan terhadap petani. Para petani terpaksa berhadapan
dengan tekanan pajakan tanah dan kerja wajib. Seterusnya mereka juga terpaksa
berhadapan tindakan raja yang mengizinkan penyewaan tanah kepada pekebunpekebun swasta asing. Dalam pada itu, penyewaan tanah ngarai kepada pekebun
swasta telah membawa kepada kekurangan tanah sawah. Hal ini telah menimbulkan
penentangan dalam kalangan petani yang mengharapkan kekecewaan mereka dapat
dibantu oleh pangeran Diponegoro.28
25ibid.,hlm. 185.
26ibid.
27ibid.,hlm. 188.
28x 192.
12

Diponegoro banyak menghabiskan masanya di Tegalrejo berbanding di istana.


Di Tegalrejo, Dipenogoro banyak memusatkan perhatian pada soal agama,
pengetahuan tentang adat, sejarah dan hal-hal berkaitan kerohanian. Berdasarkan
pandangan ahli sejarah Sanusi Pane dari riwaat Diponegoro menyatakan bahawa
Diponegoro dalam penentangannya adalah lebih menfokuskan kepada kerohanian dari
duniawi29. Perang jawa ini juga dikatakan sebagai satu jihad dalam menentang kuasa
kristian iaitu Belanda. Maka, beribu-ribu orang Islam tempatan telah menyokong
Diponegoro. Penentangan terhadap kuasa asing ini turut dapat dilihat dalam peristiwa
Belanda membangunkan jalan melintasi tanah makam leluhur Dipengoro yang
mendapat tentangan keras dari Diponegoro serta rakyat desa Tegalrejo yang telah
menjadi pengikut setianya.30 Peristiwa ini telah memuncakkan lagi berlakunya Perang
Jawa. Pada 20 Julai 1825, pihak Belanda telah menyerang Tegalrejo. Penduduk
Tegalrejo setia berdiri dibelakang pangeran Diponegoro dengan membawa peralatan
senjata seperti tombak. Lembing, umban pelempar batu dalam menghadapi serangan
pihak Belanda.31
Menjelang tahun 1829, angkatan orang-orang Jawa telah mula merosot setelah
Mangkabumi dan anak saudaranya Sentot menyerah kalah kepada Belanda.
Kelemahan ini telah menyebabkan Dipenogoro terpaksa menerima rundingan yang
ditawarkan oleh pihak Belanda. Dalam tahun 1830, Dipenogoro telah menemui
Jeneral De Kock dan dalam perundingannya, beliu telah meminta agar diiktiraf
sebagai ketua agama Islam di Pulau Jawa. Namun, perundingan tersebut gagal dicapai
dan Dipenogoro telah ditangkap oleh de Kock serta telah dibuang ke Minado dimana
beliau telah menghabiskan masanya menulis riwayat hidup di sana.32 Penangkapan
Dipenogoro tersebut menyatakan bahawa berakhirnya Perang Jawa pada tahun 1830.
4.3 Perang Aceh

29ibid.,hlm. 193.
30ibid.
31ibid.
32c 534.
13

Di antara pelawanan-pelawanan besar yang terjadi di daerah-daerah di Indonesia


dalam abad 19, perlawanan di Aceh termasuk yang paling berat dan paling lama bagi
Belanda.Walaupun kekuatan Kerajaan Acheh dalam abad 19 ini semakin berkurang
jika dibandingkan dengan kekuasaannya pada abad ke 17, tetapi ekoran rasa semangat
cintakan negara telah menyebabkan Kerajaan Aceh bangkit kuat untuk menentang
penjajah. Pada awal abad 19 ini yang menjadi Sultan ialah Sultan Alaudin
Muhammad Daud Syah (1823-1838), yang telah berusaha untuk meningkatkan
kewibawaan dan kekuasaan pemerintah pusat. Tanggal 17 Mac 1824, sebuah
persetujuan antara Inggeris dan Belanda mengenai pembahagian wilayah jajahan di
Indonesia dan semenanjung Malaya telah di tandatangani. 33Perjanjian ini bertujuan
untuk menghalang Belanda dari menggangu kemerdekaan negara Aceh. Berikut
merupakan faktor berlakunya nasionalisme di Aceh.
4.4 Belanda menduduki daerah Siak
Sultan Ismail dari Siak (1827-1867) merupakan penguasa daerah Siak tetapi sering
kali gagal dalam pemerintahannya. Selepas mendapat kuasa dalam mentadbir daerah
Siak pada tahun 1840, terdapat beberapa pemberontakan yang dijalankan oleh
iparnya iaitu Tengku Putra untuk merebut takhta pemerintahan daerah Siak. Untuk
mengelakan kehilangan takhta, Sultan Ismail telah meminta bantuan daripada Belanda
untuk menentang Tengku Putra. Tetapi sebelum Belanda membantu Sultan Ismail
menumpaskan Tengku Putra, pada tanggal 1 Februari 1858 pihak Belanda telah
mengikat Sultan Ismail dengan sebuah perjanjian dimana Sultan Siak perlu mengakui
kedaulatan Hindia Belanda di Sumatra timur. Hal ini juga bererti bahawa kerajaankerajaan lain yang berada di bawah pengaruh Siak seperti Deli, Asahan, Kampar dan
Inderagiri dengan sendirinya menjadi daerah takluk Hindia Belanda.

34

Selepas

Belanda berjaya menumpaskan Tengku Putra, akhirnya Sultan Siak perlu tunduk
dengan Belanda ekoran perjanjian yang telah ditandatangani tetapi daerah Siak sejak
pemerintahan Sultan Iskandar Muda lagi telah berada dibawah kekuasaan Aceh.
Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati Sultan Aceh kerana
wilayah-wilayah yang ditandatangani tersebut termasuk dalam daerah lindungan
33 c 241
34 Ibid 242
14

Aceh. Ini telah menyebabkan Sultan Aceh mulai waspada dan mempersiapkan diri
menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. Kerisauan Sultan Aceh semakin
meningkat apabila pada tahun 1871, pihak Belanda dan Inggeris telah mencapai
persetujuan dan menandatangani satu perjanjian yang disebut Trakrat Sumatra.
Menurut perjanjian ini, orang Belanda diberi kebebasan untuk mengadakan perluasan
kekuasaannya diseluruh Sumatra, termasuk ke Aceh yang selama ini tidak boleh
diganggu kedaulatannya.35 Tindakan pihak Belanda ini telah mendorong berlakunya
kebangkitan kerajaan Aceh dalam menentang Belanda.
Sejak beberapa tahun sebelumnya, Sultan dan para pembantunya memang
sudah menaruh kecurigaan kepada niat buruk pemerintah Hindia Belanda. Ekoran itu,
persiapan untuk mempertahankan negara telah mulai dilakukan misalnya mencari bala
bantuan dari luar negeri. Selain itu, sepanjang pantai Aceh Besar juga telah
dibangunkan kuta iaitu banteng untuk memperkuat wilayah. Tempat-tempat yang
penting di ibu kota seperti Istana Sulatan, Gunongan, dan Masjid Raya Baiturrahman
juga turut diperkuat.
Walaupun tampaknya pemerintah pusat kesultanan Aceh lemah dan
perekonominya merosot, namun ekoran semangat juang rakyat Aceh yang dilandasi
oleh kecintaan pada tanah air, agama dan kemerdekaan telah menyeret orang Belanda
ke dalam peperangan yang hebat dan lama. Pada tanggal 5 April 1873,pihak Belanda
telah mendarat di Aceh dengan dipimpin oleh Mayor Jenderal J.H.R.Kohler untuk
berperang dengan Aceh dengan misi menguasai Aceh. Namun Aceh telah bersiap
sedia dari segi fizikal dan mental untuk menentang Belanda. Walaupun terdapat
beberapa pengunduran yang dilakukan oleh Aceh ekoran tindakan Belanda menembak
pertahanan Aceh, namun askar pejuang Aceh tetap teguh dalam mempertahankan
Masjid Raya Baiturrahman dan istana Sultan. Akhirnya, atas persetujuan
pemerintaahnya di Batavia,pasukan Belanda telah meninggalkan pantai Aceh pada
tanggal 29 April 1873. Serbuan pertama Belanda yang pertama telah menemui
kegagalan.
Menjelang 9 disember 1873, pihak Belanda telah kembali semula ke pantai
Aceh untuk membuat serbuan kali kedua selepas kegagalan pada serbuan pertama.
Dalam serbuan kedua ini pihak belanda telah memperbanyakakan tenteranya
35 s 242
15

berbanding dengan serbuan pertama dahulu dengan tentera berjumlah 2000 orang.
Dalam serbuan kedua ini tujuannya masih sama iaitu untuk menguasai Aceh dengan
mematahkan pejuang-pejuang Aceh yang berjuang untuk melindungi Mesjid Raya
dan istana. Akhirnya istana Sultan telah jatuh ke tangan Belanda dan telah
memerintah Aceh dengan membuat muslihat bersepakat untuk memilih putra sultan
yang masih kecil iaitu Muhammad Daud Syah untuk menggantikan Sultan yang
mangkat. Walaupun istana Sultan telah dikuasai oleh Belanda namun terdapat juga
segelintir rakyat di bawah pimpinan para hulubalang,para ulama dan para kepala adat
terus menyusun kekuatan dan meningkatkan perlawanan untuk menentang Belanda.
Sementara itu, di Aceh Barat, perlawanan menentang Belanda dipimpin oleh
Tenku Umar. Perlawanan menentang Belanda bermula di kampung halamannya
sendiri tetapi telah meluas ke Meulaboh. Ia dibantu oleh isterinya yang bernama Cut
Nya Din yang juga aktif dalam medan peperangan.

36

Untuk menentang pihak

Belanda, Tengku Umar berserta pasukannya kemudian bergerak ke Aceh Besar untuk
melancarkan serangan-serangan terhadap pos-pos Belanda dan memaksa Belanda
meninggalkan di anatara pos-posnya itu, mislanya yang ada di Krueng. Selain itu,
kisah-kisah peperangan dalam karya sastera seperti hikayat perang sabi, hikayat
perang gompeuni dan syair perang atjeh telah dijadikan sebagai alat untuk para
ulama untuk membangkitkan semangat jihad dalam melawan Belanda. 37 Disebabkan
itu, ramai rakyat-rakyat Aceh telah menjadikan cerita daripada kisah-kisah tersebut
sebagai batu asas untuk menentang Belanda daripada menakluki Aceh.
Oleh itu, perang Aceh merupakan perang berat dan paling lama yang dihadapi
oleh pemerintah Hindia Belanda maupun pihak Aceh sendiri. Walaupun kekuatan
Aceh pada abad ke 19 tidak sehebat Aceh pada abad sebelum-sebelumnya, tetapi
semangat

juang rakyat Aceh untuk menentang Belanda daripada Aceh telah

menyebabkan semua lapisan bersatu padu demi kelancaran perlawanan kepada pihak
Belanda.
Kesimpulannya, nasionalisme di Indonesia ini berlaku atas beberapa faktor
iaitu faktor agama, sosial, ekonomi dan cara kehidupan masyarakat di Indonesia. Pada
36 c 253
37 Ibid 254
16

abad ke 19, nasionalisme berlaku pada peringkat permulaan sahaja dengan tujuan
untuk mengelakkan berlaku perluasan kuasa di Indonesia. Manakala, pada abad ke 20
barulah nasionalisme berlaku secara besar-besaran untuk menuntut kemerdekaan di
Indonesia.

5.0 KESIMPULAN
Kebangkitan rakyat di Asia Tenggara dalam menentang kedatangan kuasa-kuasa Barat
merupakan gerakan nasionalisme yang wujud bagi memberi kesedaran kepada masyarakat
tempatan dalam menuntut hak kebebasan dan mengusir kuasa-kuasa asing yang menapak di
situ. Menurut huraian yang diberikan, tidak semua negara-negara tersebut melakukan gerakan
nasionalisme secara serentak dalam jangka masa yang sama, namun kewujudan gerakan
nasionalisme itu wujud dan berlaku secara kecilan yang melibatkan beberapa peringkat

17

penentangan awal. Kemunculan gerakan nasionalisme ini disebabkan oleh factor-faktor


seperti agama, sosial, ekonomi dan cara kehidupan masyarakat.
Antara gerakan nasionalisme yang jelas berlaku adalah penentangan di Filipina dan
Indonesia. Lahirnya tokoh-tokoh nasionalisme seperti Jose Rizal di Filipina dan Pangeran
Diponegoro di Indonesia. Perjuangan mereka dalam membawa kemajuan baharu dan
menentang penguasaan kuasa Barat yang telah menguasai segala aspek politik, ekonomi dan
social sehingga rakyat Asia Tenggara berada dalam keadaan ditindas. Hasil perjuangan
mereka kemudianya telah mendorong kepada penubuhan gerakan-gerakan yang menuntut
kebebasan dan menentang penjajah secara lebih meluas.

18

Anda mungkin juga menyukai